Satu hari suami “extra” bsiap. Tiba2 gosok baju sendri. Bila tahu hal sbenar, terus aku offer dia kawin lg.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, terima kasih admin sekiranya confession ni tersiar.

Aku nak share pasal cara nak tahu pasangan yang cur4ng. Ciri- ciri ni aku banyak baca dekat internet dan setepek sama dengan ciri- ciri yang ada pada suami aku masa beliau terjebak 2 tahun lepas dalam kecur4ngan ni. Cerita dah lama, tapi biasalah kadang-kadang teringat balik.

A) Perwatakan berubah

Bila si dia tengah curang atau bakal curang, perwatakan mesti berubah. Sama ada dari tiba tiba jenis baik je, boleh jadi kuat marah marah (marah benda yang n0nsense, tak masuk akal) Seolah olah dia sengaja nak cari punca nak gaduh (dalam kata lain, nak cari alasan esok esok dia buleh bagi reason kata kita punca nya). Atau pun, dari beliau jenis yang biasa biasa macam no feeling kinda person tetiba jadi terlebih romantic.

key word kat sini TIBA TIBA ye. Handphone pun dari elok je kita boleh guna sama-sama, tapi this time setiap kali aku pegang phone, beliau mesti mengintai2 tengok apa kita tengok. Bila beliau macam tu of course la kita lagi curious kan! Siapa suruh tak pandai cover line.. muahaha..

B) Kuat menipu.

Agak agak la, nak menipu isteri memang tak dapat la. Isteri ni ada deria instinct (bukan buruk sangka ya) yang Allah dah kurniakan. Suami menipu confirm isteri dah boleh hidu. Cuma antara nak suarakan atau tak je.

Lagi satu, orang yang menipu ni, bila kita tanya soalan dekat dia, dia bagi jawapan yang seolah olah repeat balik soalan kita dan dengan nada yang defensive. Contoh aku pernah tanya beliau dulu “Awak curang ngan saya ke?” Si dia, “Awak rasa saya curang??” Something like that.

C) Do everything extra.

Ada setengah orang, dia tak suka melawa, atau malas sangat nak bersiap cecantik. So kalau dia TIBA TIBA bersiap lawa dan hari hari pulak tu. Hmm, why eh? Tapi, bila aku baca point ni kat internet, aku susah nak detect part ni dekat suami aku sebab beliau memang jenis suka bersiap! Beliau sakit, nak pergi hospital pun siap pakai pomade dengan perfume.

Aku yang tukang bawak ke hospital yang bersiap biasa2 ni pulak yang macam orang sakit. haha. Tapi aku dapat detect jugak sebab dia “EXTRA” bersiap. Contoh pagi tu dia iron baju (time ni dia tak bagi aku iron dah sebab katanya aku iron tak betul. dan dan je, padahal sebelum ni elok je aku yang duk iron).

dah iron baju tapi tak pakai baju tu! dia pakai t-shirt. Dah sampai tempat kerja baru dia pakai beb. Tau tak sebab apa? Sebab nak jaga sangat2 penampilan supaya baju tak kedut depan that girl . Yela kalau bersiap dari rumah, tara nak keluar rumah ngan anak lagi, duduk dalam kereta driving kan berkedut dah la baju tu. hehe…

Part extra ni banyak. Lagi satu, tetiba je jadi ghair4h semacam. Dalam kereta nak cium lelebih. Ye la dah kahwin boleh je nak buat gitu tapi agak-agak la kan depan office aku kot. Padahal memang tak pernah buat pun sebelum ni macam tu. Texting pun tiba tiba kerap pulak text, jadi sweet tak tentu pasal, beli banyak hadiah tiba tiba. Banyak lah. Semua ni nak cover lah aktiviti dia disebalik kita.

D) Kerap balik lambat.

Part ni sangat yes sebab aku banyak kali dah tak sedap hati bila beliau balik lambat. Katanya banyak kerja nak siapkan. Ada project bla bla bla (you know the drill) Tapi masa ni aku cuba tepiskan semua rasa dan percaya yang beliau memang ada banyak kerja.

But who knows “kerja” dia tu ialah pergi hantar that girl balik kerja, lepaking dengan member2 tempat kerja together with that girl. Hahaha. Padahal aku kat rumah dengan anak tengah tunggu dia balik. Sedih masa ni sebab masa ni bulan puasa dan aku takder transport, terpaksa duduk rumah mertua sampai 12am- 1am tunggu dia balik.

Buka puasa dengan family beliau tapi beliau takda. Busy berbuka dengan orang lain. Aku pasrah la masa tu sebab beliau kan cakap beliau banyak kerja. Kadang tertidur dekat ruang tamu dengan baju kerja, dengan bertudung (sebab beliau ada adik lelaki and abang belum kahwin). Bila beliau sampai rumah mak, selamba je cium kepala and ajak balik rumah. Macam orang b0doh je aku.

E) Handphone.

Ya.. handphone ni sangat la membantu. Tiba-tiba tukar password (or ltiba2 baru letak password). Nama that girl suami aku tak letak nama lelaki whatsoever, dan beliau tak block pun that girl. So aku percaya bila beliau cakap yang that girl tu kawan beliau. Yela salah aku lagi sebab b0doh tak percaya walaupun dah rasa tak sedap hati, dan banyak kali Allah nak tunjuk tapi aku masih percayakan beliau.

F) Instinct.

As a woman, instinct is the most crucial.. Lelaki pun boleh ada rasa ni rasanya bila ada something wrong tak kena dengan pasangan kita. Aku dah banyak kali rasa something is really off tapi aku menidakkan sebab aku takda bukti.

Until one day, aku main phone suami. Aku bukak dekat Chrome, nak type something. Suami aku jenis yang suka delete history tau (dari sebelum curang), perangai beliau memang gitu sebab beliau tak nak phone hang katanya. Masa aku main phone tu, aku bukak chrome nak search something.

Then tergerak hati nak tengok history (walaupun aku rasa beliau mesti dah delete semua) – then tiba2 je ada type search no dekat whatsapp guna browser. Aku cam no tu. Dia tak clear history. And number tu is number that girl. Aku pun tanyalah, “apa benda ni?”

Terus beliau marah2 padahal sebelum tu elok je duk main dengan anak, baru balik dinner. Aku terus call that girl guna phone beliau masa beliau keluar bilik. Tak dijawab. Aku salin no. Beliau terus keluar rumah lepas tu. Dan aku pun tak buang masa dan terus call that girl.

Sebelum ni banyak sangat hesit4tion ye lah sebab aku pun tak nak b0doh2 pergi ser4ng orang tak tentu pasal. Aku bukan macam tu. Tapi this time, aku dah tak nak bagi alasan untuk diri sendiri, I just needed to know the truth. Maka terungkai lah semua. That girl memang honest tak tau suami aku dah kahwin dan ada anak.

Suami aku cakap beliau duduk sendiri sorang2. Hmm sampai hati. That girl hantar semua screenshot whatsapp suami aku dengan dia (aku mintak dia screenshot). Ada yang masa suami aku text tu suami aku baru lepas hantar aku ke kerja, ada yang time kami tengah dekat mall sama2.

It was kiillng me to see all those words coming out from him to another girl that is not me. But I had to know everything. I met that girl sometime after that. Dia minta maaf. Dia tertipu dan aku juga ditipu. Kawan2 tempat kerja suami of course tau beliau dah kahwin tapi takda sorang pun nak bagitau that girl.

Memang aku pelik dengan manusia zaman sekarang. Itu sajalah. Aku nak cakap sikit, baik lelaki atau perempuan, kalau ada apa yang tak kena dengan pasangan, jujur sahaja depan2. Tak perlu nak jadikan itu sebagai alasan. Macam aku, sejujurnya aku open minded bab p0lig4mi.

Tapi bila aku tanya suami nak kahwin ke dengan that girl, kalau nak kahwin aku izinkan. Beliau jawab tak nak pulak dah. Beliau kata beliau takda apa rasa pun dekat that girl. Ruginya, buat semua ni sampai rosakkan hubungan dengan isteri yang sah tapi takda perasaan dekat that girl pun.

2-3 minggu aku kemurungan, makan roti sebagai alas perut je hari2 (sebab perlu jugak tenaga nak jaga anak), 6 bulan aku simpan jauh2 cincin kahwin kami sampai lah aku redha dan maafkan beliau. Aku maafkan sebab aku realise semua orang ada time akan buat salah, dan mostly I did it for myself. I needed to move on.

I needed to live my life, not stuck at the moment. And the rest is between him and Allah. Saja aku kongsikan tips tips ni. Bukan boleh prevent pasangan korang dari curang pun cuma at least you are prepared for what’s coming. Hehehe.. – Nana

Reaksi warganet

Anne eykn – Aku pnh terkene. Serius dia kata bujang and dok dgn adik pompuan dia. Itupon selepas sethn kawan baru tahu. Dr gerak gerinya mmg nmpk org bujang. Hari2 anta aku g keje, balik keje. Jd aku x syak pape. Kantoi masa aku tergerak ati nk create fb acc and cuba search nama dia, amik kau….terpampang cover photo kawen dia..

8thn lps…hahahha, memc4rut aku.. Lps tu bru ngaku lps sethn kawan…. Aku kuar dgn bdk opis, bdk2 gym, lepak mamak..pon dia nk mengekor…rimas aku. Katanya dia x suka org ngorat aku…what the h3ll! Tk kisahla aku kemana je, miting ke, lpk lunch dgn officemate aku…

pon dia nk join, balik kg…sanggup anta aku dr kl ke muar….kau rasa? Saiko kan? Aku pon naik rimas. Lps dr tu aku jauhkan diri, tp x dpt…sbb dia saiko. Aku pindah Sg Buloh, dia pon ikot (tk hal dia keje Putrajaya kot), aku pindah tmpt keje….dia follow aku sampai tmpt keje. Anta mkn, anta bunga….str3ss aku. Aku lynkan je sbb org saiko mcm ni kau layankan je (tp x lebih2 la).

kalau x…dia boleh buat giiler kt tmpt keje…kes naya je. Sethn selepas aku pindah keje, aku dpt offer keje tmpt lain.. fuhhh.. aman…. Aku tuka no, tuka tmpt keje, pindah rumah. Dia x dpt cari aku, dia cari aku kt kg, mak aku buat derk je…x bkk pintu. Sampai skrg, kalau terserempak dr jauh, aku cpt2 cri tmpt semunyik…bkn ape….org saiko ni bah4ya.

Neuro sezwanie – Aku pernah berada di situasi “opismate tahu dah kawen tapi buat2 taktau”, tapi aku bukan opismate tu tapi kawannya. Sakit hati tengok. Sebab aku kenal both of them. Cuma siapalah aku nak cakap lebih2 sebab sekadar kenal bukan kawan bff. Masa tu depa nak kawen dah.

Sampai sekarang walau aku dah putus dengan mamat tu masih lagi terbayang2. Bakal bini bukan main lawa bertudung nak jugak test market dengan pompuan murahan.

Sue ieda – Alhamdulillah sis mmg kuat dn bijak…smoga pluang yg dberi kli ni Suami tdak akn mgecewakn buat kli kedua. Sakitnya ht terluka ht seorg isteri. Serious x phm KNP lelaki bgelar Suami sgup skitkn ht isteri sndri….. Bkn mudah bla terluka nk smbuh mcm XDA apa2…mcm dlu mmg x blh… lelaki biasa sifatnya pelupa..

hr ni buat esok mtk maaf lusa dh lupa. Tp kita ht yg dt0reh2 ni seumur hdup blm blh lupa…even ht kita mgkn dh redha dh ready maafkn tp blm tentu blh lupa…BG sy sguh kejam seorg Suami sgup BG hdiah “luka” seumur hdup kpd psgn iaitu IBU kpd ank2 dia sndri… Smoga djauhkn diuji sbgini…. Good luck smoga Allah pmudahkn khdpn confessor.. Btuah Suami sis Ada isteri spti awak.

Sumber IIUM