“Nasib anak pungut”. Pelik amanat arwh ayah, xbg kakak no2 tgok dia matii. Rupanya ad kaitan dgn ibubapa kandung aku.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum para pembaca dan pihak admin yang dikasihi. Izinkan saya berkongsi cerita untuk dijadikan renungan dan panduan untuk semua. Maaf jika bosan. Cerita ni agak panjang.

Saya dilahirkan dizaman 70 an dan dibesar di Borneo sehingga saya berusia 12 tahun dan kembali ke semenanjung setelah bapa saya bersara. Setelah kembali ke semenanjung, aruwah mama dan abah menumpang dengan salah seorang anak mereka (kakak sulung aku sementara nak tunggu rumah siap direnovate). Semasa di Borneo, saya dibesarkan dengan keadaan yang spoiled g1la.

Saya tidak dibenarkan buat kerja rumah. Balik sekolah, kasut, stokin, baju, spnder semua baling je atas lantai. Mak bapak tolong kutipkan, lepas makan pinggan mak bapak tolong cucikan, Kalau malas, mereka tolong mandikan. Secara tidak langsung, saya tidak boleh berdikari dan akan menjadi tantrum apabila kehendak saya ditolak.

Semasa di borneo, hanya saya dan aruwah ibu bapa saya. Kakak dan abang tinggal di semenanjung kerana mereka semua sudah dewasa dan berkahwin. Aruwah mama cakap saya anak last minute production. Saya percaya. Jadi bila tinggal dengan kakak yang maha garang untuk pertama kali saya tidak tau adat dan membuat perangai yang huduh dan pemalas.

Dia bising, Maka terjadilah perbalahan diantara keluarga. Aruwah bapa back up saya habis- habiskan tetapi aruwah mama masuk side kakak. Kakak dan keluarga lain tidak boleh terima saya dan attitude saya. Saya confused? Apa salah saya? Saya mula dipkul. dim4ki h4mun oleh aruwah mama dan anak anaknya yang lain semasa ketiadaan aruwah bapa saya.

Saya tak faham kenapa saya dilayan like a sh1t, kenapa mereka benci saya? Suatu ari salah seorang dari kakak saya pecah lubang dengan mengatakan saya anak pungut, kutip dari hspital masa di borneo. Aruwah mama nak boy tapi available girl. So amik ajelah. Saya member0ntak, semakin kurang ajar. kena m4ki h4mun, pukul ter4jang adalah pekara biasa.

Saya bawa diri menangis di Sungai Sembilang. Saya terkejut, aku anak pungut? Siapa ibu bapa saya sebenar? Tapi saya pretend like nothing happened. Rumah dah siap renovate, lega. Pindah keluar dari ner4ka. Heaven. Rumah baru tu hanya saya, aruwah mama dan abah yang duduk. Kakak dan abang datang untuk melawat.

Suatu ari abang saya datang. dia tengok bilik saya macam kapal karam. Dia bising, saya menjawap sakan sakan. saya cakap bibik tak mai cuci dan kemas. Dia tampar saya, dia suruh saya sedar, hang tu mama dengan abah aku kutip tau dak. Saya terus nampak bintang bulan. Saya tunggu sampai aruwah mak bapa saya balik, terus att4cked mereka.

Mereka bersumpah saya anak mereka. Mereka tunjuk bukti surat beranak nama mereka. Aruwah mama semenjak geng dengan anak-anak dia, Mula tunjuk sikap she hates me to the maximum. Dia mula panggil saya anak h4ram. baru4, musib4t. Bila raya saya tak dapat baju kurung, maka pakai la legging, t shirt, seluar jeans p beraya rumah kawan yang jemput.

Kawan sekolah ingat saya moden g1la, Depa tak tau i’m dy1ng nak pakai baju kurung. Oh ya aruwah mama dan abah tak pernah bawa saya beraya di rumah saudara mereka. Saya hanya tau aruwah mama orang sini, aruwah abah orang sana. Whatever. Janji saya bahagia dengan dunia saya.

Kakak dan abang tak pernah hulur duit raya kat saya, fine. Tak kebulur pun. Bila mereka datang, saya menyorok dalam almari baju. Saya dengar mereka membawang sesama anak beranak betapa bencinya mereka kat saya. Aku tak percaya pada tuhan, mereka sembahyang tetapi tak pernah nak ajar saya.

Bila time subject agama, saya bagitau kat ustazah, saya tidak berminat nak belajar bab agama ni. Kalau betui ada tuhan, kenapa nasib saya begini? Ustazah speechless. Sikap saya low self este3m, tak bercampur dengan rakan lain menyebabkan mereka label saya sebagai anak orang lord yang sombong.

Macam mana aku nak bercampur, saya tak fasih bahasa utara (masa tu), english ok la. Apatah lagi aruwah bapa aku Siam, aruwah mama cina. Dok rumah speaking orang putih,
Tak semua suka saya. Saya ada seorang kawan yang sama nasib anak kutip gak. Dia je yang faham saya. Nobody able to understand me.

Fast forward abis SPM, saya keluar dari rumah tu, Saya nak sambung belajar, tapi mereka tak nak kasi. Mereka cakap no money. Saya diam,. duit pencen, duit sewa rumah, aruwah abah baru bersara. Duit banyak. Takpe la saya tau saya anak pungut. Sapa la saya untuk mereka spend.

Dalam diri saya, saya ada seorang je yang saya percaya, tak pernah bagi saya kecewa. Dia akan bersama saya dimana saja. Saya namakan dia d0ggie walau dia teddy bear. Dia teman tapi mesra, teman saya menangis. Dalam umur yang masih mentah saya keluar cari kerja dan sewa bilik adalah satu tindakan yang salah.

Saya masih muda, saya sepatutnya belajar tapi entahla. Aku takde adik beradik nak consult, saya kerja hotel jadi reception sehingga naik pangkat kepada Personal Assistant. Kekadang saya balik juga tengok mereka, Saya tau aruwah abah rindu kat saya tapi tak tunjuk. aruwah mama? Dia selalu keluar.

Saya tak pernah sembahyang, puasa, menjalankan suruhan, perintah Allah. Saya jadi Ath3is. Saya takde boyfren. Saya takut komitment. Fast forward umur 28 ditakdirkan aku jatuh cinta. Staff tempat kerja. Satu hari dia dapat offer kerja oversea dan ajak aku kahwin, Kami kahwin lari. Kat Siam. Aku balik bagitau kat aruwah mak bapak aku, i’m leaving for good, bye bye.

Aruwah bapa aku menangis, tanya nak p mana? aruwah mama siap byebye. Saya di oversea? tinggal dan kerja di sana? Wow. SPM je kut. Tpi bukan kutip buah ye? Alhamdulillah, suami saya ni baik. Dia ajar saya from scratch. Saya macam mualaf. Saya print gambar sembahyang lekat kat dinding, Saya mula baca muqadam.

Mula dekatkan diri dengan Allah, tapi tak senang, Bukan senang seorang ath3ist untuk berubah. Suami mempunyai kesabaran yang tinggi. Suami saya bukan tabligh, tapi dia challanged kan diri dia, Dia kesian tengok saya hanyut dalam dunia, cluubbing, lepak sampai pagi, Dia cuba bawa saya kearah yang baik. Dia rugged.

Saya jokingly panggil dia pl4yb0y tua. Alhamdulillah, setelah 12tahun di negara asing, saya berubah, Saya dah tahu sembahyang 5 waktu, saya berusaha sembahyang sunat, berusaha untuk puasa penuh, belajar berzikir dan cuba berusaha untuk menjadikan saya good muslim. Aruwah mama mennggal setaun selepas saya datang oversea. Tak balik la.

Aruwah abah mennggal 2 tahun sudah, Saya nak surprisedkan dia, dia bagi big surprised. mennggal hari saya balik. Saya nak tunjuk anak saya. Aruwah tau aku kawin. Dulu aku rajin gak call tanya kabaq, saya tanya la saya ni anak siapa sebenarnya? dia tak nak kasitau. Saya cakap aku dah tau dari kecik lagi, I wished orang tu tak bocorkan cerita sehingga saya ada otak untuk berfikir.

Moral of the story, kalu korang bela anak orang lain, jangan ada perbezaan. Korang pkul, d3ra, m4ki h4mun akan membuatkan anak bela tu bertambah agr3ssive, Mereka tak jahat sebenarnya. Kami ada hati dan perasaan. Aku belajar apa itu redha dan hikmah. Dikala umur aku 40++ aku dah banyak cool. Aku akan cuba menjadi yang lebih baik dari sekarang. Doakan aku ye 🙂

Jom aku ceritakan aku anak siapa. Aku mulakan dengan aruwah mama. Ini bukan membuka aiib, tetapi kesedaran dan renungan bersama. Aruwah mama anak orang berada. Dari ingatan aku, aruwah tak pernah hormat aruwah bapa sebagai suami. Dia keluar, dia buat apa tak pernah minta izin, Orang penang cakap, suka ati pak tiri dia nak buat apa pun.

Bila aruwah bapa marah, dia cakap sedar diri tu sikit dan you (dia refer kepada bapa) level you sama taraf dengan tapak kaki I, okay? Rumah yang aruwah bapa beli dia boh atas nama aruwah mama. Akung bini punya fasal. Mereka selalu bergaduh bertengkar. Aku pun tak tau pasaipa, Yang aku tau depa semua ada bilik asingx2, bathroom asingx2.

Tak pernah tidor, semayang sekali, semua asing asing. Pernah masa kecik cakap abah bercerrailah dengan mama. Liliana ikut abah. Bosan la dengar abah dengan mama gaduh m4ki h4mun, bagi pecah abis satu rumah. Tahun 2005, aruwah bapa dapat tau aruwah mama transfer nama rumah tu kepada anak perempuan keakungan dia (Anak nombor 2).

Per4ng dunia ke3. M4ki- m4kian, sumpah seranah adalah doa seharian mereka. Tu fasal aku tak balik bila cuti. Aku str3ssed dengar rumah yang aku dok tu dah pindah nama. Aku masih ingat macam mana aruwah bapa bersusah payah beli dan renovate rumah tu. Tahun 2006, bila aku nak berangkat ke luar negara, aku cuma cakap satu kat aruwah bapa-, don’t worry i ‘ll try my best beli balik rumah ni.

Tahun 2007, aruwah mama aku mennggal. Kononnya sudden d3ath. Dapat berita masa tengah checked in guest. Sabar sampai balik. menangis, meraung. Nak balik masa tu baru kerja, Carrier AA zaman tu takde, MH cost dalam AUD2500.00 Mana nak cekau. Hanya doa yang dapat dititipkan. Mereng juga la tak dan balik minta ampun dan maaf

Selepas kem4tian aruwah mama. Aku terlalu kerap mimpi fasal dia. It’s more to mistik. Tak mau elaborate sat jadi fiksyen shasha pulak. Siap ada buku nota, mimpi apa. Aku tahu mimpi aku adalah berdasarkan perbuatan aruwah semasa hayatnya. Orang lama ni banyak ilmu, Ada yang hitam ada yang putih. Aruwah ada juga bagi doa doa masa mood dia baik.

Tapi kena bayar $0.25. Siap ada buku 555. La tak amalkan dah tau salah. Sebelum aruwah mama mennggal, dia s4kit kaki, kaki jadi hitam. Keluarga dia bawa jumpa doctor tapi dah terlambat. Kaki dia kena pot0ng 2 kali. Scientifically, dia dapat di4b3tes, dari sudut pandangan Islam, Allah tunjuk kepada semua yang masih hidup, isteri nak keluar, nak buat sesuatu, restu suami adalah penting.

Jangan pandang remeh. Jangan biadap terhadap suami. ini adalah andaian sahaja. Aruwah bapa aku bekas pegawai tinggi Malayan Airforce, dan bersara bekerja sebagai MH Ir di Borneo. Dia sangat baik, Kena pkul pasal nakal tu adalah normal. Oh ya aruwah mama ada bela anak angkat lelaki yang dia tatang macam minyak petrol, Aku dan dia umpama minyak dan air.

Aruwah bapa terpaksa buat 2 hall, 2 tv. Kami pantang dekat sekali mesti bergaduh, Pegi mengaji kena ada 2 trip. Ada sekali tu bergaduh, papan rehal kami patah 2, pasal saling pkul memukl. Paling teruk aku kena pkul adalah aku cuba tinggalkan dia di tepi highway dengan harapan dia m4ti. Tapi dia masih hidup. Sampai sekarang. Kami bff la

Aku dibesarkan dalam keadaan sangat liber4l, tak semayang, tak payah puasa, keluar rumah pakai short, tops. Tak salam dengan orang, malah nak masuk rumah pun dingdong loceng fasal aruwah bapa tak suka orang menjerit bagi salam. Masalahnya dia tok siak selepas besara.

Habis dah cerita zaman kecik. Bila dah dah besar kerja, hubungan dengan saudara lain memang dah kosong. Aku admit aku di only child in family dan aku bangga. Aku sangat sombong, angkuh dan perasan. Aku looked down dekat orang. Sambil rolled eyes. Attitude aku adalah apa yang digroomkan oleh keluarga aku, aku tidak dibenarkan bercampur dengan orang yang bukan sama level.

Bawa kawan sekolah balik rumah? Nak kena maki? Hari pertama aku kerja hotel, aku telefon aruwah bapa menangis fasal diaorang bagi canteen food. Pinggan plastic, cawan tin. Aruwah bapa cakap teruskan atau balik rumah dia. Aku cakap aku fightr. Aku keluar dari rumah kerana aku tak tahan kena m4ki h4mun, sumpal4h seran4h. Takat makanan ni no hal.

Kenapa aku jadi baik? Aku tak pernah baik. Cuma baik sikit berbanding dahulu sebelum kawin fasal ada kaitan dengan kem4tian. Aku shock apabila aku pulang bercuti, aku tengok aruwah bapa aku di tengah hall jadi m4yat. Otak jadi shot. Aku lihat keliling. Kakak dan abang ada di empat penjuru. Depa tak cakap sesama depa. Tak tau bukan masalah aku.

Masalah aku, nak dok tempek dengan sapa, Ini adalah pertama kali sepanjang 40 tahun hidup tengok m4yat. Jadi mak, bapa tolong bawa anak-anak tengok kem4tian bagi depa insaf. Bagi depa familiar dengan kem4tian. Apa langkah seterus yang harus dibuat. Pertama kali nak deal dengan m4yat. Nak buat apa? Tengok saja ke?

Nak pegang aku bukan muhrim dia? Macam mana? Jadi aku act cool, aku pergi kat m4yat. Aku cakap, abah surprised. Liliana dah balik, Abah, abah bangun la… abah cakap abah nak tunggu Liliana balik. Ni dah balik abah pulak tidor apahal. Bangun la abah… tanpa sedar aku hyst3ria.

Aku kecewa, aruwah abah tipu aku, dia cakap dia nak tunggu tapi dia tak tunggu, aku kecewa dia tipu cakap nanti dia nak mai cuti kat rumah aku yang aku beli di luar negara. Tapi dia tak tunaikan janji- janji dia. Dia dah takde untuk aku bawa dia p shopping, minum starbuck, tengok wayang. I have nobody

Kakak sulung aku Tarik aku ke tepi untuk cool kan aku. Hanya dia yang aku approved untuk jumpa aku. Lepas aku bertenang aku cakap, kenapa kakak nombor 2 datang? Aruwah abah dah cakap kalau dia m4ti yang si anak perempuan nombor 2 dih4ramkan datang. Kakak sulung cakap ini time ada m4yat tolong respect. Jangan ikut kepala batu.

Aku akur walau time tu rasa nak perambat dia balik. Lepas m4yat dimasukkan ke dalam tanah, Ustaz bacakan talkin, aku tengok step by step. Something new for me. Aku berasakan diri aku terlalu kerdil, insaf yang teramat sangat. Macam mana aku? Masuk dalam lubang ni, kecil sempit? Cukup kah dengan apa yang aku buat ni? Omaigod? Ya Allah.

Allah bagi satu keinsafan yang amat dalam dihati yang keras ni. Aku masih bercuti di rumah tu dengan anak yang aruwah mama bela. Aku cakap, sekarang mama dengan abah dah takde dan aku dah takde saudara melainkan hang, Sekarang aku iktiraf hang sebagai aku punya adik. Dia pun ok je layan. Play nice. Hang duduk rumah ni.

Oh ya masa tu raya, maka kami berhuhu saja di rumah sambil makan kentaki. Sapa pun tak ajak p raya. Lepas 3 hari aruwah mennggal, kakak kedua datang halau kami. Dia cakap tu rumah dia, aku biaq betui, tapi tolong bagi tempoh 3 bulan untuk kami cari rumah lain. Aruwah bapa g1la perabot antic, mana la nak boh perabot perabot antic yang design dia macam rumah cina kaya….

Dalam keadaan pening, raplah jingga, tetiba kakak sulung kol cakap adik dia second sister nak juai rumah tu cash. Tapi tak nak juai kat Lili. So how? Aku bincang dengan suami, kami on nak beli. Jadinya kami terpaksa gunakan nama kakak sulung untuk sales and purchase dan dah dapat kena bayar lagi untuk tukar nama, takpe, demi rumah pusaka yang nak reban lagi berisi tu aku sanggup beli.

Mana aku dapat duit cash beli rumah? Aku tak menabung dari kecil. Bila mai luar negara, kami ikat perut, bawa bekal makan, sewa bilik selama 5tahun. Gaji save kaw kaw. Kami bangla di negara asing. Perit sakit hanya kami suami isteri tau. Hubungan aku dengan kakak sulung bertambah baik. Aku dengan rendah diri memohon ampun dan maaf di atas kekurang ajar aku di masa dahulu.

Dia cakap dia cuba untuk ajar aku tapi semua jadi negativity. Kami sekarang dah bff. I refer dia you are my auntie. Kakak nombor 2 adalah ibu kandung aku yang sebenar. Patut dia terlalu benci aku sampai tak pernah nak tegur. Jiran sebelah rumah di Borneo adalah bapa aku. Patut selalu beli jajan. Tapi aruwah bapa selalu larang jumpa uncle tu.

Dia nak buang aku masa dia peknen 7bulan tapi dah terlambat. Jadinya lepas bersalin, dia juai aku kat doctor cina, lepas mak bapa dia tau kelam kabut beli balik aku ni dan dibesarkan di Borneo, Jadinya aruwah mama dan abah ni nenek dengan datuk aku la.. Dalam surat beranak memang nama aruwah dengan mama. Wajib ke kena tukar?

Tolong habag sat? Abang aku upload di status fb sedara dia ada 4. Dia anak terakhir. Jangan bimbang aku pon tak pernah mengaku dia sebagai sedara setelah dia pkul terajang aku. Mereka sepatutnya membimbing, memberi tunjuk ajar, memberi teguran. Bukan asyik pkul, m4ki h4mun, sump4h ser4nah. Kalau korang asyik pukul anak.

Macam mana anak tu tau apa salah dan silap mereka? Kena explain. Jangan melulu. Guna common sense. Guna kekerasan tak dapat ajar, cuma kalu dah ajaq nak kurang ajaq jugak memang patut kena pkul. Dulu str3ssed dengan status anak pungut ni, sekarang jadi bahan jenaka. Betul Allah tak akan bagi korang menangis selamanya.

Satu hati bila korang redha dan insaf apa yang sakit akan jadi bahagia. Percayalah. Hati aku dah keras, tak boleh easily cry. Tambah kerja hospitality ni, macam dah takde perasaan. Pandangan mertua terhadap aku? Aku tak kisah. Aku balik 2-3 tahun sekali. Cuma aku ada cakap. Minta maaf aku tak tahu adab. Kalau tak betul, tegurkan la. Jangan umpat belakang.

Aku memang tak tau adab budaya melayu. Sekarang aku cuba praktik. Allah tak pernah tidur dan Dia tak akan bagi umatnya hanyut tanpa diberi bantuan. Aku bersyukur jodoh aku dengan suami yang banyak membimbing dan tukar aku 360 darjah, Aku dah tak sombong, kerek dan angkuh. Sekarang aku dah tau baca al mulk, waqiah, sembahyang wajib, sunat. Jamak.

Aku dah tahu kenapa kena bagi salam sebelum masuk rumah dan kenapa kena baca doa makan. Oh ya suami aku yang ajar masak juga, aku tak tau masak langsung sebelum ni, beras pon tak kenal dik oi. Sekarang cakap je nak makan apa. InsyaaAllah. Anak aku, kami enrolled di private Islamic school. Sebelum arwah bapa mennggal, aku against it. Lepas tengok dia mennggal dunia dan dan insaf.

Aku tak nak anak aku jadi macam aku. Aku masih belajar dan akan terus berusaha menjadi yang lebih terbaik. Sekarang dok hafal surah alam nashrah. Padan muka, masa sekolah dulu tak mau belajar. Sibuk menyalahkan takdir. La baru nak ingat baca. Harapan duniawi, aku nak kumpul duit p Mekah untuk mengerjakan umrah/ Haji dan buka rumah anak yatim.

Anak yang tak saf taraf dan tolong orang yang tak bernasib baik di Malaysia. Kepada semua pembaca yang melalui fasa hitam dalam kehidupan, satu je auntie nak cakap. Kembali ke fitrah. Korang untung, dari kecik semayang, auntie ni dah tua baru terhegeh buat note, tengok youtube cara semayang tahjud, hajat dan sebagainya.

Buat tengok, insyaaAllah, Allah akan tolong tapi kena amalkan, bukan buat sekali dua. Auntie di sini kerja hospitality je, shift pagi.. La buat double shift, boss bagi bilik hotel untuk stay. Pagi tadi tengah cuci muka, dengar suara anak panggil mummy.. mummy, kita kalih tengok takde sapa. Check dalam bilik, anak baguih dok tidoq. Masalahnya anak sapa panggil aku mummy? hmm..

Assalamualaikum dan jumpa lagi di lain kali. Kalau rasa depr3ssion, tak tau nak habag, mengadu kat sapa.. InsyaaAllah, auntie boleh tolong bagi advise. Allah hantar seseorang untuk membantu seseorang. Walau auntie ni rugged tapi jangan don’t judge the book by its cover. Buat pihak admin yang dikasihi, terima kasih kerana publish confession aku. Buat pembaca yang dihormati, harap jumpa lagi. – Mikaela Liliana

Reaksi warganet

Norhayati sulaiman – Speechless bila tahu dia ank “kakak kedua”…buat anyway, Allah sangat sayang Pn.Lily sebenarnya…Dia “ajak” balik ke pangkal jalan..ajak jumpa nanti di syurga….sebenarnya puan ini adalah terpilih…syukur lah banyak2 puan..dan terus istiqomah dengan apa yang puan lakukan sekarang ini.

Fahanis ibrahim – Cerita dr part 1 smpai part 2 mcm bg penumbuk kt muka saya sendiri. Saya x bela ank pungut tapi saya bela adik2 sy sendiri yg masih kecik sbb kitorg anak yatim piatu, saya ada anak kecik pulak sorg. Kadang rasa exhausted, sy terlepaskan pada adik2 abis la kena m4ki h4mun lepas dh cooldown bru mnyesal kenapa la sy marah budak2 tu mcmtu sekali.

Mungkin semua sy simpan sendiri xde tmpt meluah lalu adik2 pulak jd mgsa. Lepas baca part 1 sentence ” kalau jaga anak org lain jgn m4ki h4mun sepak terajang sbb akn btkan mereka jd lg aggressive” baru la sedar.

Hidayati salim – Sedihnya kisah awak, kita mcm sebaya..sy pun lahir 70 an..dah 40s. Tp perjalanan hidup awak penuh liku. Nasib sy tak komen negatif masa confession part 1, sy cuma nk tau kisah aruwah mama awak.Walaupun keliling awak dulu org selalu m4ki h4mun, Allah Maha Besar, Dia kurniakan awak suami yang baik. Semoga hidup awak terus baik dan lancar, serta dipermudahkan dlm ibadah.

Sumber IIUM