Dilema hidup dgn ipar “biawak hidup”. Duit pencen abh, abis digunakn. Bila tegur mertua ini yg aku dpt.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam sejahtera. Saya telah berkahwin dan masih belum punya anak. Apa yang saya ingin luahkan disini mengenai keluarga pihak suami.

Suami mempunyai seorang abang yang berumur 38 tahun dan seorang adik lelaki berumur 30 tahun. Ya.. kedua-duanya lelaki yang cukup sifat dan sihat tubuh badan, tapi memilih untuk mengganggur. Selesa dan seronok jadi penggangur yang ditanggung semua perbelanjaan. Mereka berdua tidak bekerja dan malas cari kerja.

Ada kerja pun, tak bertahan lama kemudian berhenti atas pelbagai sebab yang entah apa-apa. Keadaan jadi lebih teruk selepas kem4tian ayah mertua. Abang dan adiknya semakin naik lemak, hanya hidup mengharapkan duit pencen aruwah ayah. Alasan yang diberi ialah untuk menjaga ibu yang sudah tua.

Padahal salah seorang boleh saja pergi bekerja. Tapi kalau dah malas, apa pun tak boleh buat. Alasan demi alasan dicipta untuk melepaskan diri. Hal ini yang menimbulkan masalah kepada saya dan suami. Duit belanja sering tidak cukup. Padahal duit pencen aruwah ayah kalau setakat nak tanggung ibu mertua seorang lebih dari cukup.

Sebab tiada hutang-hutang lain yang perlu dibayar setiap bulan selain bil air dan letrik sahaja. Abang dan adik suami menggunakan wang pencen sesuka hati. Bila tak cukup untuk makan (sejak ibu mertua uzur, makanan hanya dibeli setiap hari) suami saya yang menjadi mngsa.

Abang dan adiknya bijak menggunakan ibu mereka untuk meminta apa-apa saja dari suami. Suami jadi tak sampai hati untuk menolak permintaan ibunya. Pada saya mereka hanya ambil kesempatan saja. Roadtax m4ti, minta saja pada suami saya. Handphone rosak, hantar kedai, tapi suami yang kena ambil dan bayarkan..

Segala-galanya mengharapkan suami. Untuk pengetahuan, semua bil-bil rumah mereka, suami yang jelaskan bayaran setiap bulan ditampung dengan sedikit duit pencen aruwah ayah. Abang dan adik suami seronok belanja dengan boros untuk rokok, topup, belanja awek dan lain-lain perkara yang tak berfaedah.

Kerja malas, belanja nak mewah. Semasa aruwah ayah mertua masih hidup pun, banyak kali dia mengadu duit belanja yang kami bagi telah dicuri oleh abang/adiknya..tapi takda siapa mengaku. Sedih dan panas hati rasa dengar keluhan ayah pada masa itu. Saya masih bersabar. Saya anggap ini ujian rumah tangga.

Apabila berkahwin kena terima keluarga suami seadanya. Tapi saya juga manusia biasa, saya kesian dengan suami. Pada masa yang sama, saya juga rasa marah sebab suami terlalu berlembut dengan abang dan adiknya. Hal ini yang menyebabkan kami sering bergaduh dan berbalah. Saya jadi str3ss dan tertekan sebab masalah ini.

Bagi saya, masalah ini tak patut wujud kalau abang dan adiknya usaha cari pendapatan sendiri. Ibu mertua pula asyik menangkan mereka, lagi tertekan suami saya. Saya nampak sifat ibu mertua yang terlalu manjakan abang dan adik suami sampai langsung tak pandai nak berdikari. Langsung takda usaha nak cari rezeki untuk sama-sama tanggung keluarga.

Sampai pernah ibu mertua cakap, eloklah kamu berdua tiada anak lagi sebab nak tanggung mereka. Ya Allah..rasa meluap-luap marah dalam dada. Tetapi memikirkan ibu mertua yang sudah tua dan uzur, saya diamkan saja. Namun, lama-kelamaan saya jadi menyampah dan meluat nak balik rumah ibu mertua.

Sebab bila balik, tengok abang dan adiknya hanya melepak tak pun tidur memanjang. Bila lapar, bangun nak rokok, duit makan, minta pada ibu mertua. Perkara ni dah berlarutan bertahun-tahun macam tu. Saya sedih, kami suami isteri ni kerja siang malam. Pergi balik kerja pun naik motor saja sebab nak berjimat.

Punya catu dan kawal perbelanjaan bulanan. Tapi mereka boleh bermalas-malasan sebab tahu, tak kerja pun duit tetap ada. Nak apa, semua dapat. Iyalah dapat duit pencen ditambah dengan duit gaji suami saya, lagi seronok mereka habiskan. Duit gaji suami banyak habis pada keluarganya saja. Bila masa suami nak menyimpan untuk sendiri, untuk rumah impian kami?

Sedih saya memikirkan hal ini. Saya pernah terus terang pada ibu mertua, namun apa yang saya sampaikan ibarat angin lalu. Tiada kesan, tiada tindakan. Saya terkilan. Puncak kemarahan saya, apabila suami sanggup nak gadai barang kemas saya, apabila saya tak izinkan, suami tekad nak keluarkan wang simpanan tabung haji untuk menampung perbelanjaan mereka.

Terkini nak keluarkan Isinar pula sebab tak cukup belanja. Ya Allah, saya rasa geram dan marah sangat. Perkara ini pada saya sudah melampau. Kenapa suami sampai nak berg0lok-gadai untuk orang pemalas macam tu? Kami suami isteri sampai buat 2 kerja untuk menampung perbelanjaan.

Saya tidak reda bila hasil duit penat titik peluh kami dihabiskan untuk biawak hidup. Saya sayangkan suami saya, saya tak sanggup tengok suami diperb0dohkan oleh keluarganya. Mohon pandangan semua, apa yang patut saya lakukan? – Miza Shuhada (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Khalila ishak – Eeeeeeee geramnya sy bacaaaaaa. Sampai nak gadai barang kemas isteri. Ya betul, kalau nak sedekah, utamakan keluarga dahulu baru org lain. Tp ni dah kategori melampau. Jauh lebih teruk drp “melampau”. Kalau dah usaha bkerja cari pendapatan, tapi masih susah, itu patut dibantu. Tp ni mmg takde usaha apa2.

Hanya mgharap org lain. Ya Allah sis…. Sy faham suami sis pun mesti serba salah. Tak ada cara lain selain bertegas. Suami sis perlu main peranan. Nak bantu, bantu semampunya saja. Kalau mampu hulur 100 tiap bulan, cukup 100 saja, jgn lebih. Stop tampung belanja mengarut mcm roadtax apa semua tu. Saya doakan sis cepat2 ada zuriat. Moga kurang sikit pe’el diorang tu. Eiiii… Geramnyaaaa.

Filzah – Selepas meng4muk, suh pilih awk n ibu or abg n adik… Kalau pilih awak n ibu, Bawa ibu mertua duduk dgn korang…sebab dieorg jadikan alasan jaga ibu sebab tu Tak keje..so, pencen ayah boleh cari org utk teman ibu di rumah sementara korang keje (kalau ibu tak larat bergerak)..

(kalau ibu larat bergerak, siapkan makanan pagi n tgh hari sebelum g keje) siapkan buku utk baca n zikir seharian, kalau boleh baca whtapps or fb, masuk kelas agama.. Tggl kan dieorg di rumah tanpa di beri belanja n makanan..at least utk 6bulan…

Klu betul org, moga2 jadi org..klu biawak terus masuk “mana2 yg patut”… Tak terima…sayonara je la.. Nak claim pelepasan cukai pun tak boleh kot klu tanggung biawak..

Zia sphohilea – Banyak je kes macamni berlaku, terutamanya pada anak lelaki. Especially jika daripada kecil tidak diajar hidup susah dan tak diajar cari duit sendiri. Mereka semestinya sejak kecil senang sebab ayah bekerja dan ada duit gaji setiap bulan. Jadi bila besar tak boleh berdikari, hanya pandai minta duit drpd mak.

Dan gunakan mak minta pada adik beradik. Yang lebih parah, ada yang minta daripada sepupu, saudara jauh dekat dengan cara mesej di wasap bagi no akaun. Siap pesan jangan beritahu maknya. Kesian sungguh Ya Allah, pada maknya. Ya Allah jauhkan kami daripada sikap malas dan menyusahkan orang lain. So saya faham TT. Semoga tabah dan teruskan berdoa semoga dipermudahkan urusan. Kami juga akan berdoa untuk TT tabah.

Nurul hanis – Maaf lah,Sy trpaksa komen cara KRT, mintak cerai. Biar suami awak trkejut, terceduk. Mungkin dia akan trsedar yg perbuatan dia mlayan kehendak2 dorang sebenarnya dh mghancurkan rumah tangga dia.. baru dia akan usaha utk tegas sedarkan abg dan adik dia tu. Bagus korang xda anak selagi masalah belum selesai.

kalau ada anak kesian makan minum kena catu sebab trpksa tanggung pkcik2 biawak hidup. Kalau awak ajak mertua tinggal sekali, percayala dgn anak2 biawak mertua akan ikut sekali.. awak rasa mertua akan biar ‘bayi2’ dia hidup sndiri ke? Dah sah2 awak nampak mertua sgt manjakan dorang.

Sumber IIUM