Pwatakan suami alim. Tp hairan, bila nmpk kakak ipar je suami berubah. Tiba2 tlebih “manja” dgn aku.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua.. Ni kali pertama aku luah kat sini.. Nama aku Mawar Berduri.
Aku macam dah penat menjeruk rasa dalam rumah tangga.

Aku dah kahwin 8 tahun dan ada sepasang anak. Sedikit latar belakang aku dan dia. Dia bekerja swasta bahagian jualan, gaji basic 1.8k campur komisen semua lebih kurang 2.4k sebulan. Jaga solat tapi pernah kantoi dengan aku sekali dia search prno kat hp dia selama bertahun-tahun.

Dia janji nak berubah dan tak nak buat dah semua tu lepas aku ugut nak hantar semua bukti dalam group family dia. Biar semua adik beradik tahu perangai sebenar dia. Aku masih simpan rapi semua bukti tu. Sejenis pandai bercakap bab agama terutama isteri kena hormat suami walau sejahat mana pun suami tu. Kalau tak jadi ahli neraka.

Walaupun iqra dia baca merangkak-rangkak bab berhujah salah isteri boleh dapat Phd. Cop bini kurang ajar tu adalah makanan aku hari-hari. Berperwatakan konservetif, baik dan alim bila di luar. Agak rajin jugak menolong kerja rumah. Anak-anak memang sangat rapat dengan aku dan dia.

Aku pulak bekerja di sektor awam dan ditempat keja pun sebagai ketua unit. Alhamdulillah, mempunyai gaji lebih besar. Pernah melalui fasa yang sangat sukar bersama dia di awal perkahwinan sehingga semua barang kemas dan simpanan aku berhabis demi kelangsungan hidup saat dia takde kerja.

Kereta terpaksa dijual dan macam-macam lagi yang aku sebolehnya tak nak ingat dah. Masa dia tak bekerja, macam-macam soalan family aku tanya, tapi aku tetap pertahankan maruah dia dan aku tutup mulut rapat tanpa membuka pekung aku yang menanggung dia selama 2 tahun lebih.

Aku seorang yang tegas, out spoken, ramah dan boleh dikatakan ramai kawan-kawan suka jadikan aku sebagai tempat rujukan untuk sebarang idea. Kerja aku kadang sangat meletihkan dan aku mengaku kurang masak. Rumah bersih tapi kadang kala bersepah dengan mainan anak-anak sahaja. Tidaklah sampai berkeladak sana sini.

Bab didikan dan pelajaran anak-anak memang aku yang uruskan. Dari segi yuran tahunan, bulanan bayaran pengasuh, transit anak-anak, perbelanjaaan isi rumah, duit minyak tol, travel semua aku yang fikir dan tanggung. Pendek kata aku mengambil alih tugas ketua keluarga. Gaji dia hanya untuk komitmen kereta import dia dan rumah sahaja.

Kereta aku kecil dan buatan Malaysia, alhamdulillah aku dah habis bayar. Pemikiran kami juga sangat berbeza. Dia sejenis dependent dan tidak boleh buat keputusan sendiri walau hal sekecil mana pun. Nak order makanan fast food pun dia takkan order melainkan ada aku untuk orderkan.

Aku pulak sejenis independent person. Nak kemana seorang diri pun aku boleh. Yang buat aku betul-betul putus asa dengan perkahwinan kami ialah aku bukan lah isteri yang didambakan. Peranan aku lebih kepada isteri untuk memenuhi keperluan hidup dan menjadi tempat kebergantungan dia sepenuhnya.

Dia lebih cenderung dan suka memandang kakak ipar aku sebab ciri-ciri isteri yang dia nak ada pada kakak ipar aku. Kakak ipar aku suri rumah sepenuh masa, berkain batik 24 jam, berbaju kurung bila keluar, masak selalu, marah anak-anak pun lemah lembut sahaja walaupun anak saudara aku boleh tahan lasak.

Suami aku sampai tahap setiap kali bila balik kampung aku, nampak je kakak ipar aku, malam tu mesti dia manja-manja berlebih daripada biasa dengan aku. Dia akan minta bersama jugak dengan tak sabar-sabar walaupun aku penat. Apa sahaja kata-kata kakak ipar aku dia akan sokong dan dia suruh aku ikut exactly apa yang kakak ipar aku cakap.

Aku jadi tak senang dengan perlakuan suami aku yang sangat berbeza sehingga aku terfikir adakah bila bersama aku tu dia membayangkan kakak ipar tu. Nauzubillahiminzalik. Adakah aku over thinking? Sebab memang perangai suami aku akan berubah drastik bila ada family gathering melibatkan kehadiran kakak ipar aku.

Sejujurnya aku takde masalah dengan kakak ipar aku, aku hormat dan baik je dengan dia. Boleh bergurau senda semua. Cuma yang menjengkelkan aku ialah suami aku. Aku pernah minta undur diri dan dia carilah isteri seperti dambaan yang dikehendaki. Tapi m4ti-m4ti dia kata takkan lepaskan aku demi masa depan anak-anak.

Katanya kalau takde anak memang dah lama dia lepaskan. Andai dia lepaskan aku, maka hidup dia akan jadi tunggang langgang kerana hampir 80% urusan hal-hal keluarga aku yang selesaikan. Memang agak sukar untuk aku paksa diri menjadi seperti kakak ipar aku. Aku pernah mencuba berubah seperti yang dia mahu, tapi akhirnya aku menangis sendirian berhari-hari sebab itu bukan diri aku.

Tak boleh ke suami aku terima aku apa adanya. Setiap orang berbeza sikap dan perwatakakan. Setiap kali aku sebut bab ni, mesti dia mengg1la dengan jerit pekik sehingga aku malu dengan jiran-jiran. Sampai buat aku malu nak bertegur sapa jiran sebelah rumah dek jerit pekik dia isteri kurang ajar kat aku.

Andai perkara salah dia kantoi dengan aku, dia akan jerit-jerit agar aku jadi takut nak teruskan nyatakan apa yang aku dah tahu tentang segalanya. Orang tengok luaran, aku sangat bahagia dengan kehidupan aku. Aku juga cuba menyembunyikan jeruk hati aku sebaiknya. Hakikatnya aku sangat sedih.

Sebesar mana pun pengorbanan aku dalam rumah tangga saat jatuh bangun pun, aku tetap akan menjadi isteri bukan dambaan tapi isteri berkeperluan sahaja Bantu aku. Aku perlukan nasihat dan pandangan… – Mawar Berduri (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Emira hashim – Memang betul lakinya mcm biawak hidup… but it is best kalau puan bawa jumpa kaunseling kalau dah bersemuka tapi dia tetap rasa diri dia agung.. org mcm ni ada superiority complex.. kalau tak nak berubah, lepas kaunseling semua.. sila lah lepaskan dia.. sbb tak best nak suruh org lain bercerai kalau tak usaha dulu..

tak nak lah jadi penyebab runtuhnya sebuah masjid walaupun tiang2 masjid dia memang dah nampak nak collapse.. sbb ikutkan hati rasa nak penyet2 je org mcm ni and kasi campak dlm bermuda triangle biar tak terus membiak… species tak bertanggungjawab.

Niesa bella – Ahh benci nye tgk komen yg suroh tt berubah jadi isteri dambaan sang suami yg rakus xsedar diri, hujah pandai bab agama tapi perangai xserupa bikin. Tt if u bace komen i ni, jawapan ade di setiap kata2 dan tingkah laku suami u bile die buat hal and u sakit hati and u ajak bincang or gitau salah die but die x terima then cop u isteri derhaka sebab eg0 die!

So die juga boleh jadi suami dayus sbb xhargai isteri , u berbaik tapi makin dipijak maruah isteri! Come on wake up sis, anak bukan alasan utk bertahan andai ters3ksa jiw4, kerana bahagia itu perlu dicari perlu dibina oleh 2 pihak dlm 1 rumahtangga.

Nurul syazwani – kalau sy ada pada diri puan, bukan taknak move on, tapi atas dasar ihsan, 80% puan yang tanggung, bila jadi macamtu dia takde pun peranan yang penting, kalau jaga anak bagi anak makan semua orang boleh buat, tapi kalau segi bab duit, a-z semua perkara sekecil zarah pun puan yang kena fikir.

dia tak reti bersyukur terima puan sebab banyak puan yang bek0rban untuk keluarga, bila puan pergi nanti masa tu dia baru sedar, yang hidup dia selama ni bergantung pada puan, suami puan tu da g1la s3ks, selalu bayangkan perempuan lain masa bersama.

macam dia bayangkan video dalam fon yang dia tengok, hanya kita berubah tak cukup kalau dia masih tak sedar diri untuk berubah.. kalau sy jadi pun sy memang tawar hati, jijik, bukan apa, sebab hanya jadi ‘alatan’ dalam perkahwinan bukan ‘isteri’.

Nur mustikharama – Puan dah jadi ibu yang baik, terbaik, isteri yang didambakan. Jangan salahkan diri sendiri, jangan terpengaruh dengan mainan psych0l0gy suami puan. Pertama sekali, suami puan ni otak dia dah ketagih porn sampai dia fet1sh dengan kakak ipar sendiri.

mungkin dia tengok p0rn yang genre force, rape, sc4ndal family, dia rasa benda tu thrill sehingga ternaik n4fsu dia. Kedua, dia terang2 cakap kalau tak ada anak dia lepas kan puan.. Puan faham tak yang dia sebenarnya tak mampu nak jaga anak nk bagi nafkah pun. Sebab kalau bercerrai dia kena tanggung diri dia n anak2.

Menjadi ayah yg baik tu lebih senang dari menjadi suami sekaligus menjadi ayah, sebab tu dia tak sanggup bercerrai/berpisah. Puan telah dipermainkan oleh dia sehingga dia memegang kebebasan perasaan dan permikiran puan.. Sehingga dia boleh menjerit jerit bila orang dah tahu kesalahan dia (play v1ct1m).

Puan telah dimanipulasi oleh pasangan sendiri. Pergi lah kaunseling senyap2.. Dan cari lah penyelesaian, apa pun keputusan biar lah terselit peratusan untuk kegembiraan puan sendiri, kalau berpisah pun.. Dia tetap boleh menjadi ayah yg baik tanpa ank2 rasa ditinggalkan.. Puan wanita terbaik&ibu terbaik.

Sumber IIUM