Dengan gaji kurang 2k. Ini yang aku lakukan untuk bebas hutang.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi semua. Aku tak pasti adakah confession aku akan di approve atau tidak. Selain itu coretan aku agak panjang pada entri ini.

Aku hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak teknik untuk aku bebas hutang di usia muda. Teknik ini sesuai bagi para graduan dan masih bujang, yang sudah berkahwin juga boleh mempraktikkan cara ini namun agak rumit sedikit ekoran komitmen yang lebih tinggi. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih.

Aku wanita, berumur 27 tahun, berkerjaya dengn gaji RM2000 sahaja. Pada 2016 gaji permulaan aku adalah RM1500 sahaja. Aku mengambil kereta pada tahun 2016 dengan interest bank sebanyak 6%. Ya aku memang kurang bijak namun aku dalam keadaan terdesak aku ambil sahaja. Bayaran bulanan RM400++.

Aku tidak ada simpanan langsung, bermewah2 padahal aku tinggal di kuala lumpur. Pembayaran ptptn aku culas. Aku tidak fikir langsung kesan dari tindakan itu. Setahun kemudian aku mengalami masalah kewangan. Di mana bapaku sudak tidak kuat bekerja dan kontrak kerja aku hampir tamat.

Aku malu kerana aku perlu meminta dari ibu sedangkan mereka lebih memerlukan. Aku mula sedar. Dipendekkan cerita aku dapat kerja baru di ibu negeri lain dan berpindah ke sana. Kos hidup rendah sedikit namun bebanan hutang masih aku rasai. Gaji yang ditawarkan sebanyak RM1800.

Aku anak pertama dimana aku punya tanggungan kepada adik2 ku. Aku mula membayar hutang sahabat2 yang aku pinjam sedikit demi sedikit, kemudian mula menggantikan tempat ibu bapaku menanggung pembelajaran adik2 aku. Termasuklah keperluan di kampung.

Walaupun gaji aku punya peningkatan namun masih sama, aku masih culas membayar ptptn dan hidup aku terasa amat s3ksa dibebani hutang kereta, membayar rumah sewa dan keperluan lain. Aku banyak membaca buku2 kewangan. Dan aku mula praktikkan teknik “snowball” dimana, habiskan hutang2 kecil.

Setelah hutang sahabat2 habis aku bayar, aku menggunakan wang kwsp akaun ke 2 untuk membayar tunggakan ptptn aku dan sedikit sebanyak aku mula consistent membayar bulanan. Cara aku. Dapat gaji, tolak 20% gaji ke tabung simpanan kecemasan. Kemudian aku mula membayar hutang2 jahat.

Masak setiap hari dan ada masa aku hanya makan cekodok kosong seharian. Kereta RM400++, bilik sewa, ptptn, keluarga dan sebagainya. Kalau diikutkan kiraan gaji aku negative pada setiap bulan. Dimana aku tidak punya wang langsung untuk berbelanja, namun wang aku sentiasa ada yang lebih sedangkan kiraan aku sepatutnya negative.

Pakaian aku hanyalah pakaian bundle dan tudung2 aku dari zaman aku belajar. Setahun kemudian adik2 aku habis belajar aku mula ada wang lebih. Aku sedar aku susah untuk membuat simpanan sendiri. Aku membuat loan ASBF sebanyak 50k, dengan bayaran RM267 sebulan (kini RM230).

Aku masih mengamalkan gaya hidup dibawah paras kemampuan. Setelah 2 tahun asbf, dividen tidak aku usik. Jumlah simpanan aku telah mencecah 6 bulan gaji. Aku mula membayar ptptn semaksimum mungkin. Ketika wabak kobid melanda aku pergi bank. Aku tidak mengambil morotarium kerajaan tawarkan.

Namun aku memohon untuk mengurangkan kadar interest loan kereta aku di samping memendekkan tempoh pembayaran, Permohonan aku diluluskan dan aku berjaya mengurangkan hutang kereta aku. Selain itu aku turut menambah loan asbf kepada 200k. Kadar interest bank rendah jadi jumlah yang perlu dibayar rendah. Pasti ada mengatakan rugi bukan?

Aku punya target mengapa aku mengambil loan itu dan aku sudah buat kira2 waktu akan aku terminate loan tersebut. Selain itu aku sudah punya wang yang cukup untuk membayar asbf tersebut selama setahun. Ptptn aku berbaki RM5k. Pada awal januari 2022 akan aku bayar secara lumpsump menggunakan wang dividen asb aku.

Kemudian, aku akan kembali ke bank untuk memendekkan lagi tempoh pembayaran ataupun membuat pembayaran penuh kereta aku. Ingin aku tegaskan, simpanan gaji perlu melebihi 6 bulan gaji bagi menambah loan asbf secara maksimum andai tidak mampu simpan lah secara konsisten di asb simpanan sahaja.

Andai simpanan kurang dari 3 bulan gaji, perlu menyimpan semaksimum mungkin di bank biasa. Sediakan dana kecemasan dahulu baru melabur. Hal ini kerana asbf merupakan komitmen pada tahun yang pertama dan mampu menjejaskan ccris andai ada tunggakan. Andai ada yang bertanya adakah aku menabung emas?

Aku telah menabung emas secara consistent di public gold pada setiap bulan menggunakan teknik gap (untuk lebih lanjut pihak tuan puan boleh rujuk di website public gold). Tabung haji turut aku carumkan pada setiap bulan. Untuk hartanah?

Aku akan membeli setelah hutang kereta aku selesai, kurang dari 2 tahun. Asbf 50k akan aku teruskan pagi persediaan pencen manakala asbf 150k akan aku terminate setelah aku sudah cukup wang bagi menyediakan deposit dan sebagainya, pasti lebih dari 5 tahun.

Aku telah rujuk banker, mereka menyatakan asbf selepas 1 tahun dikira sebagai aset. Gaji aku bertambah dari dividen tersebut andia dividen tidak aku usik. Ada sesetengah bank menyatakan perkara tersebut sebegitu rupa namun ada bank sebaliknya. Pada masa akan datang akan aku rujuk kembali banker yang sama bagi urusan pembelian rumah.

Perlu atau tidak aku tamatkan pembiayaan asbf bagi membeli rumah. Akhir kata, simpan lah secara konsisten setiap bulan. Simpan dahulu baru guna, simpan emas sikit demi sedikit. Emas merupakan simpanan jangka masa panjang, jangan hari ini dibeli tahun hadapan dijual. Jual lah setelah 3-5 tahun baru dapat rasa bezanya atau simpan sebagai aset.

Andai susah menyimpan ambil asbf 10k, jadikan simpanan paksa. Buat auto labur di asb dan potongan gaji tabung haji merupakan langkah yang baik. Melaburlah kepada kedua ibu bapa kita, sesungguhnya itu adalah pelaburan yang terbaik. Semakin banyak wang yang kita ada semakin banyak kita boleh berbakti pada ibu bapa.

Niatkan pada diri, aku akan menyimpan emas dan asb sehingga cukup nisab bagi aku membayar zakat. InshaaAllah akan dipermudahkan urusan. Dalam tempoh kurang dari 2 tahun aku akan bebas hutang. Aku boleh anda juga boleh.

Andai pihak tuan dan puan punya idea yang lebih bernas mohon ajarkan. Andai salah cara aku mohon tegur. Selamat maju jaya. Terima kasih. – Intan (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Jainatulain – Logik je apa dia cerita kalau kau seorang yang berjimat cermat dan kontrol perbelanjaan masuk dan keluar kau. Jangan kau samakan sifat boros kau dengan boros orang lain. Lagi satu, kalau rasa sempit sangat, bersedekahlah.

Sedekah pada ibu bapa, ahli keluarga dan orang-orang yang dalam kesusahan. Amalkan Al waqiah hari-hari, dan jaga solat 5 waktu. Amalkan solat dhuha. Tips-tips utk murah rezeki ni dan bersepah orang bagi tapi antara nak amalkan atau tidak sahaja.

Nurzatul effa – Bagus perkongsian adik.. Btul.. emas utk medium& long term investment..bkn hrini beli,esok jual ya..ni nsht akk sbg priority dealer Public Gold..yg pntg jgn buat hutang menjerat diri ya..byk kakitgn kerajaan tjerat dgn angkasa melebih 50% gaji..

bila time nk buat loan rumah xlepas..ni pglmn hsben akk sbg agen hrtanah.. utk melabur ibarat 20biji telur dalam 1 bakul@ 20 biji telur dlm byk2 bakul..skurang2 kalo rugi xsmua rugi..simpn dinar@bar,simpan GAP,simpn unit trust,simpn ASB,simpn tbg hji,kalo pndai main saham boleh try jga..

yg pntg cri yg patuh syariah.. Kad kredit ada baik dan buruknya..yg bgsnya cashless utk travel oversea&ada point bleh redeem petrol..cri yg jenis ptuh syariah..yg buruknya kalo dah guna xnak bayar..biasakan diri byr trus lepas guna..

tp skrg byk apps ewallet..jd kad kredit dpt dielakkn.. Bab beli kereta& rumah ukur bju dibdn sndri.. Slh 1 ingatn jgn lupa buat zakat pendapatan,emas jika cukup haul..

Amy mohd nor – Baca komen rase kelakar bila ade yg pertikai byk menda.confessor dah ckp dia tlh berpindah kerja di negeri lain jadi kos sara hidup lebih rendah dan dlm ms yg sama hidup below her means. Mesti every month,she do her own budget etc.everything must been set aside down to cent.

Simpanan xkacau. Investment pon xkacau.
Hutang bayar. Duit hulur pd parents and siblings tu jgn ditanya berapa,dia bg setakat dia mampu tp at least bg jugak.
Konsepnye,kalo ko melabur utk parents, insyaAllah tuhan akan tolong.

Contoh ade org belanje lunch or dinner ,means jimat duit for that day.. Sinking fund like roadtax,car service etc mesti dah settle set aside jgk. Tinggal tanya diri sendiri je,nak bersenang2 dahulu ke bersusah2 dahulu..

Tahniah confessor sbb sedar awal pahit getir hidup di dunia. Kalo cari di utube byk omputih guna kaedah cash envelope..every months/pycheck da set aside siap brape dollar nak guna for bills/petrol/car/sekolah anak etc2.. Just remember to live below ur means,maknanye even kalau mampu beli,cuba fikir perlu atau kemahuan shj.

Sumber IIUM