Ahmad cerraikn Raihan krn tolak brmadu. Cpt2 dia nikahi Izza. Teringin rasa nk tampar mukanya.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, hi pembaca sekalian. Sebelum ni aku pembaca tegar je kat page ni tetibe hari ni tergerak hati pulak nak buat luahan jugak kat sini.

Bukan mengenai aku tapi berkaitan dengan adik lelaki kesayangan aku dan keluarga (kami). Maaf jikalau susunan ayat berterabur sebab ini kali pertama aku menulis di ruangan seperti ini. Nama aku Aminah (of course bukan nama sebenar), sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata.

Aku ada 2 orang kakak, 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan. Ibu masih ada, kakitangan awam yang sudah lama pencen manakala ayah sudah lama mennggal dnia. Cerita ini berkenaan adik lelaki aku yang ke-2, aku namakan dia Ahmad (bukan nama sebenar). Berumur akhir 20-an dan sedang menuntut diperingkat PhD di sebuah institusi pengajian tinggi.

Ahmad baru sahaja bercerrai awal tahun lepas dengan isterinya, Raihan (bukan nama sebenar) dan tidak lama selepas bercerrai, Ahmad sudah pun berkahwin baru dengan bekas teman sekuliahnya. Aku namakan perempuan ni sebagai Izza. Perkahwinan bersama Raihan yang bertahan hampir sedekad runtuh sekelip mata setelah Ahmad berkenalan dengan Izza.

Untuk pengetahuan pembaca, Ahmad dan Raihan PJJ dari mula berkahwin sehingga mereka berpisah. Hanya pernah tinggal bersama selama 2 tahun sahaja sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Ibu dan kami adik beradik tidak pernah campur tangan dalam urusan rumahtangga masing masing. Kalau mereka bercerita barulah kami dengar dan bagi nasihat apa yang patut.

Tapi segala keputusan kami tidak pernah masuk campur. Bila percerraian ini berlaku, kami sekeluarga terlalu sedih dan amat marah dengan perbuatan Ahmad kerana Raihan dan keluarganya tersangatlah baik. Keluarga kami agak rapat dengan keluarga Raihan dan pernah beberapa kali bercuti bersama sama.

Sebelum mereka bercerrai, Ahmad ada memberitahu keluarga bahawa dia akan bercerrai dengan Raihan. Alasannya tiada persefahaman lagi di antara satu sama lain dan tiada zuriat juga menjadi punca kepada percerraian tersebut yang bagi aku, itu adalah alasan semata mata kerana Ahmad sebenarnya telah merancang untuk berkahwin dengan Izza.

Sudah berbuih mulut kami menasihati Ahmad untuk berfikir sebaik baiknya keputusan untuk bercerrai kerana sudah hampir sepuluh tahun berumahtangga, Takkan lah tiada rasa sayang langsung kepada Raihan, tapi Ahmad telah tekad dengan keputusannya kerana Raihan tidak rela untuk dimadukan.

Walaupun kami sedih, terkilan dan marah dengan keputusan Ahmad untuk bercerrai dengan Raihan, kami tahu kami terpaksa juga menerima keputusan Ahmad kerana itu adalah jalan yang dia dan Raihan pilih. Aku juga pernah beberapa kali melihat Ahmad menangis selepas solat, mungkin melepaskan rasa berat dengan perasaan dan keputusannya.

Aku pernah bertanya tapi dia hanya menjawab dengan bertanya aku kembali sama ada aku kesian pada dirinya atau pada Raihan. Ibu juga tidak mampu berkata apa apa kerana Ahmad merupakan anak kesayangannya. Selalu membantu Ibu membaiki mana mana bahagian rumah yang rosak, membersihkan kawasan rumah dan menjadi imam solat berjemaah sekiranya Ahmad pulang bercuti di kampung.

Apa yang mengganggu kami sekeluarga adalah Ahmad seperti terburu buru berkahwin baru dengan Izza. Kami sekeluarga tidak pernah bersua muka dengan Izza mahupun keluarga Izza. Bagaimana mungkin mahu menerimanya masuk dalam keluarga kami.

Kami sudah menasihati Ahmad supaya bertenang dahulu dan habiskan pengajian PhDnya yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi sebelum berkahwin tapi nampaknya nasihat kami seperti mencurah air ke daun keladi. Sudahlah merampas Ahmad dari Raihan.

Izza juga telah merampas adik kesayangan kami jauh dari keluarga kerana Ahmad sekarang sudah tidak lagi aktif berbalas mesej di dalam chat group keluarga kami. Panggilan telefon apatah lagi, sudah tiada sejak mereka berkahwin.

Aku pernah merisik berkenaan Izza dan keluarganya dari Ahmad juga melalui carian di internet, bukan calang calang juga orangnya. Ibu ayahnya berjawatan professional dan berpendidikan tinggi tapi pelik pula boleh dengan senang sekali menikahkan anak perempuan mereka dengan adik lelaki kami tanpa berkenalan terlebih dahulu dengan keluarga masing masing.

Mereka berkahwin di pejabat agama semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan dilaksanakan dan rentas negeri tidak dibenarkan. Ahmad ada menghubungi aku beberapa hari sebelum pernikahannya untuk turut hadir ke majlis tersebut kerana aku berada satu negeri dengan Ahmad tetapi aku tidak ada hati untuk turut serta.

Aku takut aku tidak dapat mengawal perasaan marah aku dan membuat kecoh di majlis tersebut. Teringin sebenarnya kesana dan menampar muka Izza kemudian balik ke rumah. Tapi keluarga kami tidak diajar untuk berkelakuan seperti itu, jadi itu hanyalah imaginasi liar aku semata mata. Hahaha.

Jadi disini, aku ingin meminta pendapat pembaca sekalian. Sekiranya anda ditempat kami, apakah reaksi anda dan bagaimana penerimaan anda terhadap Izza dan Ahmad? Kami sayang Ahmad, kami cuma marah dengan perbuatan dan keputusannya yang memilih untuk bercerrai dengan Raihan dan terburu buru berkahwin dengan Izza yang langsung tidak kami kenali.

Mungkin masa akan mengubah segalanya, Allah sahaja yang tahu. Pendapat dan komen anda semua kami dahulukan ucapkan terima kasih. Sekian…– Aminah (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

An Nida – Si Ahmad yang sedang gila bayang dengan cinta baru memang tak boleh terima nasihat 1 lori pun. Dapat isteri baru memang semua indah. Dah tertulis jodoh Ahmad dengan Raihan setakat itu saja.

Mungkin ada lelaki yang jauh lebih baik dari Ahmad utk Raihan. Mungkin juga dgn perkahwinan baru nanti Raihan boleh melahirkan anak. Tapi memang sedih, dah la perkahwinan PJJ, suami pula ada wanita lain. Kesian Raihan.. serius kesian…

Zieyla Aida – Adakalanya kita rasa kita dah cukup kenal adik, abang dan kakak kita. Sebenarnya tidak.. Adakalanya kita rasa kita cukup tahu yg adik, kakak dan abang kita berbahagia atau berduka dengan rumahtangga mereka. Sebenarnya kita salah..

Yang lebih mengenali mereka adalah pasangan mereka. Yang tahu akan hal rumahtangga mereka, adalah pasangan mereka. Jadi kita sebagai saudara hanya mampu berdoa segala kebaikan buat adik, abang atau kakak kita.

Madira Zafirah – Saya ada sepupu, dia gila dengan rakan sekerja, sampai sanggup nak cerraikan bini dia. Mak dia dengan adik beradik memang tak setuju dan semua sokong dan bagi semangat kat kakak ipar.

Mak dia siap doakan lagi supaya anak dia tak jadi kawin dengan rakan sekerja dia tu. Akhirnya doa seorang ibu tu makbul bila perempuan tu tolak lamaran sepupu saya. Dan akhirnya sepupu saya pun tak jadi cerraikan bini dia.

Kalau perempuan tu terima sepupu saya.. Kemungkinan besar sepupu saya akan bercerrai dengan isteri dia. Allah maha pengasih. Masih dipanjangkan jodoh sepupu saya dengan isteri dia. Jadi pada pandangan saya..

1. Doa ibu tu tersangatlah makbul. Jadi seorang ibu berdoalah untuk anaknya apa yang dia nak dan apa dia tak nak.

2. Perempuan tu ibarat rumah. Kalau dia tak bagi kunci kat lelaki, macam mana pun lelaki tak akan boleh masuk. Kalau nak bagi, Bagi lah kunci pada yg bukan suami orang. Huhu

3. Isteri perlu berdoa dan terus berdoa selagi masih bergelar isteri. Memang sakit rasanya kalau suami nak bercerrai dan punca akar umbi nya sebab orang ketiga. Tapi selagi mahu. Berdoalah dan apa yang terjadi pun. Kuatkan hati dan Hadaplah.

Alyna Adam – Ok lupakan Si Ahmad yang tengah gila bayang tu. Nak derhaka, tak nak contact family, whateverrr la Ahmad oi. Nanti bila susah kang, bila Izza buat hal kang, tau la si Ahmad tu tergedik gedik nak cari balik keluarganya. Biasa la, manusia.

Now, back to Raihan. Walaupun the relationship between Raihan and Ahmad had become sour, tapi ingat… Dalam Islam, yang bercerrai cuma suami dan isteri. Hubungan antara menantu dan mentua serta ipar duai still sama, still family.

Jangan la pinggirkan Raihan. Kesian dia. Sesekali tanya la kabar, hang out together. Kalau Raihan yang menjauhkan diri, jangan terus dipulau, she needs time to heal atau dia segan nak bermesra dengan korang.

Mak saya dulu camtu la. Bercerrai dengan ayah saya, then dengan ayah tiri saya. Tapi hubungan baik dengan family mentua dan ipar duai dua dua ex dia masih dikekalkan.

Sumber IIUMC