Pkul 2pg baru siap buat kek. Tiba2 dengr org bg salam. Aku intai ikut tingkap mendayu2 suara. Meremang

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku nak cerita sikit kisah yang baru ni terjadi. Kira macam, confession kenapa aku dah tak nak buat kerja pagi buta la jugak lol.

Aku ni homebaker. Dah setahun lebih quit my professional job dalam bidang construction. Aku sejenis suka buat kerja pagi start sekitar 12am, so itu sebabnya nama brand aku pun pagi. Gituh. Siapa cekap dia boleh cari apa nama penuh brand aku. Ok tak aku gurau. Meh aku nak cerita. Nak jadi cerita, kami ni banyak supply cake dekat cafe.

Tapi bila kau principal supplier for a cafe, selalu la jadi kes order masuk lewat petang tapi nak pagi besok. Bila masuk lewat petang aku la kena cover sebab normally staff aku balik dalam jam 7pm. So aku kena continue solo. Kalau masuk sebiji dua tu boleh lagi pulun lepas subuh, tapi kali ni masuk sekaligus 5 biji, salah satu dari tu kek renyah.

Tak silap bersama dengan kek slice nih masuk jugak la order for kek whole yang berhias. Kiranya total 7 bijik jugak la kan. Maka mereput la aku settle sorang sorang dekat kitchen while anak dan husband aku tido. Method aku, aku akan settle base dia. Macam base cake, cream or filling and aku akan prepare timeline kek tu sendiri. Selebihnya staff aku settlekan.

Pastu untuk cake custom still aku yang buat sebab itu memang trademark aku. Nak nak kalau melibatkan fancy buttercream. Penat tak penat aku buat sebaik mungkin. Cuma bila datang fondant decoration tu aku campak dekat laki aku. Sabarrrr g1la ya mana mana Hamba Allah yang boleh uli satu satu imej fondant tu. Aku kurang sikit bab tu hehehe.

Nak jadi cerita la kan, aku pun pulunlah. Penat nih sebab sehari sebelum tu aku dah belasah siapkan kek kahwin orang. Again sebab flower buttercream tu memang takdenya laki or staff aku nak buat. Jam 4 pagi baru settle, 7 pagi final touch up. Kira tidur macam tak tidur la kisahnya. Siang tu apa tah lagi aku pun lupa tapi sebab staff aku cuti 4 hari memang lauk la kan settle orders sorang sorang.

Dan dengan keadaan lunyai tu, aku pun bancuhlah. Kek siap bakar, aku pun relax kejap sambil update order sheet dekat pc for orders sebelumnya dan akan datang. Time tu dalam jam 2 pagi la ceritanya. Dalam dok syok key in data tu aku dengar macam ada bunyi orang keronyok bekas plastik bungkus makanan tu.

Ala, kau tau tak yang jenis makcik jual kuih prepack tu guna. Yang jenis clear tu. Kalau kuih talam dia letak 4 bijik dalam tu. Bila kau keronyok dia bunyi bising syrokkk camtu haih tak tau nak explain macam mana. Kitaorang letak chiller luar rumah. Hajatnya nak buat walk in cafe or cake shop depan rumah sebab selalu sangat orang tiba tiba muncul depan rumah ingat kitaorang ni cafe.

So sempena tahun baru ni kitaorang acah acah la kan. Aku ingat ada orang nak rembat barag kek dekat chiller tu. Aku pun macam buat dek lagi. Tapi lepas tu kau tahu apa aku dengar??? “Assalamualaikum…. assalamualaikum”. Sayup tapi sebelah telinga. Macam dekat sangatttt aku dengar tau. Aku buat b0 doh saja awal tu tapi makin jelas makin kerap sampai meremang bulu roma aku.

Teringat kes aku jawab orang bagi salam dekat tingkap asrama time study dulu kahkahkah. Nasib jugak kali ni teringat untuk tidak sambut salam tu haha. Bila da makin jelas dan mendayu dayu aku pun pi intai dekat tingkap tengok siapa. Kot ada orang nak kek 2.30am kan. Takde orang. Aku terus masuk bilik intai dari sudut lain ingatkan tadi tu blind spot.

Takde jugakkkk. Pagar pun tutup rapat. Aku kejut laki aku so terkial kial kitaorang intai. Pun takde jugak. Sudahnya aku tido terus. Lantaklah cake cake tak siap aku pedulikan saja time tu. First time in my life kecut perut macam tu hahaha sebelum ni boleh ignore saja. Maka bangunlah aku time subuh dalam keadaan terkulat kulat.

Selesai solat subuh aku cerita kejadiaan tu dekat laki aku. Tapi sebab aku memang ada history kena ekor dengan geng geng tu kitaorang amik point berjaga jaga saja la. Maka kelibut la kita orang kejar order siapkan sebab tertangguh. Dengan laki aku kena kerah. Memang dramatik la pagi tu. Alhamdulillah rezeki la kan owner cafe tu memahami.

Kek sampai lewat sikit la jawabnya. Dalam 1 jam lewat. Tapi tak habis dekat situ ye kengkawan. 3 hari lepas aku tinggal rumah kejap biarkan staff siapkan kek, while aku pegi cari barang sat. Balik balik aku tengok burnt cheesecake tu slightly overbaked. Aku tanya la pasal apa jadi macam tu, staff aku cakap benda tu dok main jengah jengah dia. Siang buta kot weiii sabar saja la.

Staff ni pulak jenis berani/ tak kisah/ lantak kau lah tapi bila dia pun cuak macam tu aku pun jadi haihsss kemain betul. Sebelum ni dia main cak cak aku buat b0 doh je. Nasib kali ni kek tak lewat sangat. Geram pulak la jadi macam tu. Ni kitaorang dalam process nak kemas rumah and cuci apa patut. Doakan ya. Doakan benda ni boring dia pergi main jauh jauh.

Aku tau diaorang sentiasa ada tapi taknak la main cak cak. Hish. Tapikan setiap kejadian tu ada hikmahnya kan? Ni antaranya yang aku rasa laaa hikmah assalamualaikum 2.30am tu. Meh aku list satu satu.

A) Macam kes 30 December tu, aku jadi super penat and cranky. Ye la pulun order 4 hari berturut solo sebab staff tak ada. Sehari kadang sampai 4, 5 cake. Kita orang usually akan join satu event dekat Cyberjaya. Setiap selasa. Dia macam pasar pagi and start at 7am.

Prep untuk event tu for us sangat taxing sebab kitaorang quite well know dekat market tu for our cakes, bagel etc dan amik masa berhari nak ready. Tapi dah few days macam tu, aku decided to pull out. Tangguh kehadiran. So aku pun amik the long due vacation on 1st of December.

Petang 1st December tu management event space tu request meeting (sebab aku salah sorang committee member market tu) untuk bincang. Rupanya staff diaorang ada yang positive kobid. Lewat petang jumaat 1st Jan tu management putuskan untuk cancel both 2nd dengan 9th January punya event.

Hebat kan planning Allah? Dia datangkan segala bala tentera Dia untuk selamatkan dan bantu hamba hamba Dia. If aku jadi join 2nd Jan tu by petang jumaat half of barang aku dah siap. Nilai bukan kaleng kaleng ya tuan puan. Cecah riban cost aku. Allah Ar Rahman, dengan rahmatNya bantuan tiba. Mungkin sebab Doa aku mintak, biarlah kalau aku berniaga ada untungnya.

Aku takde basic in business. Ni pun terjun tiruk sebab company goyah. Elok aku leave company, kobid menyapa. Maka aku gagahkan juga redah. Dan sebab Allah saja la yang maha Bijaksana, pemilik segala Ilmu, dengan kedhaifan aku tu aku mintak Dia tolong aku dengan ilmu Dia. Wallahualam.

B) Hikmah ke-2, aku nak bukak walk in cake shop bilamana kau boleh beli cake slices. Kadang kesian orang mintak nak rasa slice sebab whole cake besar sangat. Dah tu tak semua jenis cafe amik cake aku. So macam aku mention dekat atas aku dalam process nak buat ala ala cafe dekat depan rumah.

Rumah aku sejenis corner lot double detached (or semi D) so aku letak la chiller, some perabut yang aku ada dekat depan tu. Boleh la nak merasa cake slice. Tapi bende tu dok asyiklah tertangguh dek dok join morning market dekat Cyberjaya tu.

So bila dah jadi macam tu last week, aku pun ambi la masa untuk realisasi kan idea tu. Alhamdulillah. Ada kawan kawan datang, ada saudara mara… although tak la ramai reception dia macam kalau kami bukak dekat Cyberjaya tapi we have to start somewhere.

Now kitaorang dah start invest in good coffee bersekali equipment as well sebab perasan orang kurang tertarik kalau tak offer drinks sekali thus giving shape to our dream and target. Ye la nak amik kedai kitaorang ni belum famous.

Duit pun belum cukup untuk bukak kedai plu sustain 6 month of operations sebelum nak established. Lagipun laki aku pun last las left office sebab office dah tak dapat bayar gaji dia dan aku hire dia untuk uruskan order and account. Nak cover gaji dia aku kena kerja keras sikit la since aku la head baker kan. So guna saja la apa yang boleh. Tapi nak kata, if He wills it, it WILL happen.

Lagi pun, aku penat sebenarnya nak angkut barang pegi Cyberjaya tu every sabtu. Kesian anak aku every time kitaorang pergi meniaga, dia kena tidur dengan wan dengan atok dengan makcik makcik dia. So I thought… sampai bila? Maybe Allah dengar bisik hati aku. Nak tunggu aku buat keputusan kadang asyik bertangguh, maka hadirlah twist of event yang memaksa aku bergerak.

Aku mintak korang, kalau tak keberatan, doakan hadir customers yang supportive pastu diaorang spread good words dekat community kita or buat review ke and let the word spread like wildfire. Pendek kata habis saja la barang jualan at the end of the day. Aamiin.

C) Untuk event yang staff aku kena cak cak tu, hikmah dia is kitaorang bergerak untuk kemas rumah especially area bertukang laki aku. Wallahualam. Ikutkan kalau nak bukak konon konon cafe tu, tak manis la kan kalau orang nampak benda tak bersusun tu. Wallahualam. Doakan kitaorang ya…

Kesimpulannya, seaneh mana, seangker mana satu kejadian tu, sentiasa ada hikmahnya. Untuk semua yang berjuang making ends meet, tugas kita hanya berusaha. Selebihnya Allah dah tentukan. Tapi usaha tu yang tentukan berkat ke tidak life dan rezeki kita. Wallahualam. Aku doakan korang yang rajin baca sampai akhir ni tiga perkara.

A) Setiap hajat, doa, detik hati yang baik baik makbul dan direalisasikan dalam keadaan baik dan membahagiakan.

B) Dikurniakan jalan keluar bagi setiap kesusahan dan ujian, dan bantuan dari punca tidak disangka sangka.

C) Hidup dan rezeki yang berkat dan bermanfaat.

Amin amin ya Mujib. Thank you semua sebab membaca. Keep strong keep going tau sebab Allah dah cakap, dibalik setiap kesusahan ada kesenangan. Siap ulang dua kali. InsyAllah!! (Surah al Insyirah) – Pagi baker (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Nisa Azizi – Saya penah dengar bunyik camtu. Macam botol mineral murah kene kemik kemik. Tapi yang lawaknye saya sound suruh diam sebab saya ingat orang. Saya dok G Floor. Bende tu bunyik dekat tingkap. Ingat ade orang dok lepak dkat tingkap. Tapi lepas lepas tu jadi balik. And terasa macam lain sangat.

Dan assume yang bende main botol mineral ni bukan orang. Huhu. Seram. Pastu dengar jugak orang dok heh heh heh tepi telinga. Memang kuaja sangat. Tapi tula lama lama hilang. Die singgah jap melawak pastu takdela stay. Haha. Ni dah pindah, so tak jumpe dah bende bende camni. Moga tak jumpe langsung dah laaa.

Ara Yien – Haih menyesal lak baca. Seram rasa. Saya pernah kena. Saya selalu buat kek tengah tengah malam, sampai subuh kadang kadang. Rumah jenis sebiji2 tepi jalan atas bukit. Jiran tak berapa nak dekat sangat.

Ada 1 hari tu, dekat belah tingkap luar dengar bunyi orang perah botol plastik. Can u imagine kita pulas botol plastik macam perah baju. Bunyi kriuk botol tu dekat gila.. Terus teringat kawan pernah cerita pasal hantu botol, haha. Terus lari masuk bilik.

Dina Ryoko – Waalaikumussalam confessor. Bilamana baca tajuk ni, saya teringat kisah kat office lama. Saya kerja syif, so banyak kali bilamana saya in charge untuk tutup pintu kedai, saya mesti dengar macam macam kat area bakery (bakery tutup masak2 jam 5pm lepas timing tu memang takde siapa pun yang jaga kerana harga makanan telah diletak siap siap).

Saya pernah dengar dia tegur tapi memang buat tak endah sampai bos panggil ustaz untuk halau dia dari situ. Tapi dia still datang juga dan akhirnya tak lama selepas itu kedai gulung tikar. Tapi before that ada satu kejadian dia menyerupai kawan sekerja saya. Masa tu saya tengah buat kerja di basement kedai.

Saya siap bagi salam, tegur dia apasal datang kerja lambat sebab dia datang masuk kerja jam 1pm. Jawab apa pun tak. Kemudian petangnya saya ingat nak ajak dia dinner sebab hari tu saya kerja full shift. Cari seluruh kedai tak nampak kelibat.

Kehairanan, saya segera tanya kawan kawan lain tentang kawan saya tadi. Alangkah terkejutnya kerana mereka memberitahu saya bahawa kawan saya mana masuk kerja hari tu kerana bercuti. Oleh sebab tak percaya saya tengok punch card dia. Sungguh, dia tak hadir bertugas. Mula la saya fikir yang tadi saya tengok ialah siapa…

Sampai hari ni saya masih boleh rasa ada kelibat tapi alhamdullillah Allah swt sentiasa melindungi saya daripada mereka. Cuma saya ingin doakan agar impian confessor akan menjadi kenyataan dan make sure business walaupun buat kat area rumah, buatlah bisnes dgn prosedur yang betul (melalui pihak majlis).

Raja Aidasyaqina – I feel u. Pernah ada jugak pengalaman gitu. Masa tu pulun habis oder sebab nak carik rezeki lebih. Layan oder sampai tak tido malam pun ada.. Bila kena tu tak cakap banyak dah, naik bilik tido. Lagi lagi bila badan dah totally penat main fondant, jenuh tumpu nak buat sgale macam. Kerja pulak sendiri takde staff..

Masa belum kawen mak jadi mangsa teman, dia tidur pun takpe janji teman. Dah kawen ni incek suami pulak teman. Sekarang je slow down sikit ambil oder limited dan mana mampu je sebab taknak sampai takcukup rest macam dulu dulu. Moga kita mampu sabar dan terus pegang amanah cust dan Allah permudahkan urusan kita..

Sumber IIUMC