Dilema soal “bila nk kawin”. Disuruhnya jgn mmilih takut andartu. Bg mereka hidup tue “lengkap” bila bkwin.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam sejahtera admin dan pembaca semua. Aku tahu dah banyak confession tentang jodoh, rezeki dan lain-lain. Confession ni hanyalah bertujuan untuk memberi sudut pandangan baru dalam isu hangat ni.

Aku perempuan bujang, usia awal 30an, berkerjaya, financially independant dan stabil. Parents aku tak pernah pr3ssure aku bab kahwin, bagi diorang, asalkan aku bahagia, itu yang penting. Tapi macam biasa lah, selalu dapat komen dari saudara-mara macam, ‘bila nak kahwin?’, ‘jangan memilih sangat, nak jadi andartu ke?’

Yang peliknya, diorang ni semua tak pernah pulak tanya khabar aku, sihat ke tak, happy ke tak…. hanya nak tahu bila aku nak kahwin. Pernah jugak ada yang nasihat pergi berubat, konon mungkin kene buatan orang. Setiap perempuan bujang ada sebab tersendiri kenapa tak kahwin lagi, jodoh tak sampai lagi, nak berbakti dekat parents, nak bina kerjaya dan macam macam lagi.

Nak dijadikan cerita, sepupu aku Fara (bukan nama sebenar) yang muda dari aku kahwin tahun lepas, bagi aku dia tak bersedia lagi, Fara sekolah tak habis, tak ada kerja tetap, tak ada simpanan, suami dia pun sama. Parents diorang bukan orang kaya pun. Lepas kahwin, hidup diorang susah sebab suami dia malas kerja dan tak bagi Fara kerja sebab kuat cemburu.

Bila dapat anak, jangankan beli lampin, nak beli beras pun takde duit. Hanya mengharapkan ihsan saudara mara yang kesian kat anak tu. Walaupun sampai macam tu sekali, ada saudara aku yang masih rasa hidup Fara lebih lengkap dari aku sebab dia dah kahwin dan ada anak.

Aku yang kerja keras ni, tak susahkan orang, boleh bawak parents bercuti oversea, duduk hotel lima bintang, bagi diorang hidup aku masih tak ‘lengkap’. Aku memang tak suka mentaliti tu yang kononnya hidup seorang wanita tu hanya lengkap kalau dia kahwin dan ada anak. Ye la kan, doa anak soleh tu pahala berterusan.

Aku pernah interview seorang perempuan ni masa buat marketing research dulu, dia berkerjaya tapi tak nak kahwin, dia kate dia ada masalah kesihatan yang menyebabkan dia tak boleh mengandung dan dah berapa kali kene tinggal sebab tu. Dia tak sedih pun sebab dia rasa mungkin Tuhan nak selamatkan dia dari tanggungjawab yang dia tak mampu pikul.

Dia sekarang aktif tolong anak yatim. Itu saham akhirat dia. Ada kenalan perempuan aku ni umur dah 35, bujang dan still duduk dengan parents, ambil tempahan buat kuih kecil-kecilan je. Adik beradik dia semua berkerjaya, ada yang kerja oversea lagi. Ada orang yang fikir negatif/ pandang rendah kat dia, tapi adik beradik dia sangat jealous dan amat berterima kasih kat dia.

Kenapa? sebab dia dapat spend time dengan parents dan jaga parents. Yang lain susah nak balik selalu sebab kerja, diorang pun tak susah hati sebab ada orang jaga parents. Bayangkan betapa banyak pahala dia, itu orang tak nampak.

Aku hanya nak orang faham yang kahwin itu memang sunnah tapi bukan tujuan hidup atau kayu pengukur hidup seseorang. Tujuan hidup kita adalah mencari redha Allah dan kahwin bukanlah satu-satunya cara. – JJ (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Ai enma – Sy umur awal 30-an belum berkahwin kerana ada ment4l illn3ss. Financially stable. Ada kerjaya. Mak ayah sy financially stable drpd sy so they not depend on me. Duit sy, sy sendiri yg habiskan. My mum ada masa supportive ada masa termakan kata2 org menyebabkan dia down and hentam sy. Now I am happier duduk di luar dr rumah parents.

Pasal org yg mengutuk sy andartu, tak lengkap hidup sy sbb tak bersuami sy dr dulu ambik jalan I don’t care. Seriously sy takde apa2 perasan apa org kata kat sy. They are not even very important to me. Sy sakit, sy rasa nak m4ti, sy 0verd0se semua tu takde sape2 kat sisi sy kecuali keluarga terdekat sy.

Certain yg mengutuk sy tu lately ada mintak tolong financially disebabkan kobid ni. I said NO in capital letter even they not finish their sentence yet. Sy buat baik ke, sy buat jahat ke sama je diorg akan kutuk sy jgk. So buat baik berpada2 jelah. Takat senyum je. Lebih2 NO NO.

Rinn haniss – Dia camni, hang takmau kahwin hang takyah kahwin, hormat pendapat masing2. Hang nak jd andartu lantak hang, hang nak berbakti kat mak ayah, lantak hang jugak. Tp hang x yah la duk judge org kahwin jd susah sebab hang bekerjaya…aku tak kecam hang cuma just hormat hidup org lain seperti mana hang nak org hormat hidup hang.

Hang x payah fikir positif side kalau org tu tak kahwin dia boleh buat apa yadda yadda yadda. Dan hang tak perlu pun utk pikiaq negatif kalau org tu kahwin susah la beban lah apa lah ,sebab tu hidup dia, x kacau life hang pun as perempuan bekerjaya….aku tak kecam hang pun hang nak hidup single sampai m4mpus.

cumanya kalau hang bitter org duk tanya, hang tanya la depa balik, mak cik tau ke bila mak cik nak m4ti? Samalah macam jodoh sekian2 tu…haih aku saja nak komen sebab ada masa lapang, hampa2 toksah la duk kecam, sebab aku malas nak kecam hampa balik…so kalau x setuju dgn i punya komen, skrol ke bawah.

Jamilah long – Org kita ni jika anak dara tak kahwin dikatakan memilih n tak mahu ikut sunah. Yg ramai makcik tengok ada belum ada calon yg sesuai. Yg nak mainkan perasaan n nak menumpang senang tu ramai. Baik tak kahwin dr tersalah pilih pasangan. Berkahwin bkn pakai tangkap muat sbb takut dikatakan Andartu.

JJ abaikan apa org lain kata yg penting mak n bapa redha dgn keadaan JJ. Masa bujang ni lah waktu berbakti pd irg tua n kunakan masa yg ada utk bercuti n merasa duit gaji utk apa yg diidamkan. Kita hidup bkn nak beri kepuasan kpd org tp pd diri sendiri selagi tidak menyalahi hukum agama n undang2. Enjoy waktu single ni sbb byk ruang utk bahagia n gembira. Cuba nilai sendiri org yg selalu memberi tekanan kpd yg single.

Adakah mereka bahagia bila dah berkahwin. Kecualilah yg single tu anti kahwin. Kalau jodoh belum sampai nak buat mcmana takkan nak iklankan utk mendptkan jodoh. Apa berlaku ada hikmah n hidup kena diteruskan. Tak berdosa jika tak ada jodoh. 3 perkara yg kita tak tahu n itu adalah rahsia Allah swt, jodoh, m4ut n rezeki. Kita yg dah kahwin jgn beri tekanan pd yg masih single. Fikir secara positif n enjoy hidup yg masih tersisa.

Nur hafizah – Saya teringat cerita Bridgerton yang mana seorang perempuan tu seluruh hidupnya hanyalah untuk cari jodoh. Rasanya mentality macam dah berkurun-kurun, bukan di kalangan orang kita je, tapi western country juga. Cuma mentality ni masih kuat di kalangan orang kita, sadly. Istilah ‘perempuan berguna’ di kalangan org kita.

belajar tinggi + kahwin + kerja bagus-bagus + dapat anak + pandai masak n urus rumah tangga. Baru anda perfect. So much pressure on us. Saya ada ramai kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh (saya pun awal 30an). Tapi diorang happy je, saya pun happy je tengok diorang. They get to do things yang saya tak sempat nak buat before kahwin, ie; travel dengan kawan-kawan.

Jeles pun iya. Sekarang nak travel dengan kawan-kawan akan teringat anak. Tulah mak-mak kan. Saya rasa sekarang whatever happened, what you think is the most matters. Abaikan je. As long as you happy, confessor. And I am sure you are.

Sumber IIUM