“Jgn smpai sy buat pilihn sbb awk xkn suka”. Balik kmpg ad je salah isteri mak cari. Bila aku tegur dikatanya ank drhaka.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum warga IIUM Confession. Aku Din. Berumur pertengahan 30an. Ayah kepada dua puteri dan suami kepada seorang isteri.

Isteri aku, N berumur akhir 20an. Seorang yang tegas pada anak anak, sangat menghormati orang tua dan agak pendiam. Kami sudah berkahwin hampir 7 tahun. Aku tak tahu bagaimana nak mulakan sebenarnya. Maklumlah, bukan seorang penggarap cerita. Cuma apa yang aku nak kongsikan disini adalah mengenai isteri dan ibu aku.

Ibu aku berumur akhir 60an dan masih sihat. Duduk di kampung bersama ayah yang juga masih sihat. Alhamdulillah. Sejak dari awal perkahwinan lagi setiap minggu aku akan pulang ke kampung memandangkan aku anak tunggal. Jadi setiap hujung minggu tugas membawa orang tua aku membeli barang.

Jarak perjalanan sehala dalam 2 jam perjalanan. Rumah mertua aku lebih dekat tapi memandangkn setiap hujung minggu aku pulang ke kampung jadi kami hanya akn ke rumah mertua untuk makan malam sekali seminggu. Family mertua Alhamdulillah memang baik2 dan memahami.

Walaupun adik beradik isteri aku 9 orang semua sangat rapat dan saling membantu. Isteri aku tak pernah membantah walaupun balik setiap minggu ke kampung. Malah die yang selalu ingatkan aku untuk telefon ibu di kampung setiap hari. Cuma yang aku perasan semakin lama isteri aku semakin pendiam bila pulang ke kampung.

Pada awal nya dia mengadu yang ibu macam tak suka kalau dia ikut ke kampung. Kalau balik ke kampung, setiap kali keluar membeli belah atau kerumah saudara ibu tak benarkn isteri aku ikut dengan alasan jaga rumah. Isteri aku tak membantah walaupun di tinggal sorang berjam2.

Malah bila aku utarakan pada ibu kenapa isteri aku harus tinggal selalunya isteri aku mengalah dan cakap yang dia ok saja. Takpe pergi saja katanya. Tapi lama kelamaan apa yang dia buat seolah ibu tak boleh terima. Aku tak tahu macam mana lagi nak tegur ibu. Bila aku tegur ibu akan kata jangan jadi anak d3rhaka.

Jadi isteri aku diam saja. Aku tau dia makan hati. Bayangkan, bila isteri aku basuh pinggan dan basuh keliking sinki ibu aku akan bising kata isteri aku geli dengan sinki dia sebab tu disental nya sinki. Tapi itu lah tabiat isteri aku dekat rumah setiap kalau basuh pinggan dia akan pastikan sinki die berkilat sama.

Bila isteri aku menyapu dia akan kata isteri aku geli dengan lantai rumah dia. J1jik lantai berminyak tapi tak kan isteri aku nak duduk melepak saja depan tv. Sudah 7 tahun perkahwinan ada saja topik yang ibu tak puas hati dengan isteri aku. Ayah langsung tak main peranan. Ayah memang sejenis tak ambil pusing.

Pernah sekali family mertua aku datang bertandang dan borak dengan ibu. Banyak lah cerita mertua aku sebab dia memang sejenis suka berborak, Tapi bila family mertua aku pulang ibu kata pada isteri aku yang mak mertua aku tak suka aku balik kampung sebab tu family mertua aku datang nak tengok keadaan anak dia di kampung.

Padahal aku ada saja dekat situ masa mertua aku borak sikit pun aku tak dengar apa yang ibu aku kata tu. Family mertua aku cuma singgah sebab ada kenduri berdekatan kawasan. Itu saja. Akhirnya sampai sekarang keluarga mertua aku tak dtang lagi. Mungkin isteri aku yang bagitau mak dia tapi aku tak salahkan dia.

Kalau aku di tempat dia pun aku akan ambil hati. Bila dah nak masuk 7 tahun perkahwinan ni isteri aku dah mula str3ss setiap kali balik kampung. Walaupun cuma tidur 1 hari dua malam ada saja topik yang ibu akan bahaskan. Itu salah, ini salah. Cebok anak waktu malam sebab berak salah.

Isteri aku pula sejenis kalau anak berak wajib cebok dia tak nak pakai tisu basah. Sebab anak yang kecil tu pun dah masuk 1 tahun 8 bulan. Bukan bayi baru lahir. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang isteri aku buat salah pada mata ibu.

Aku tau isteri aku pendam dan tertekan. Tapi aku tak tau apa harus aku buat. Kalau aku tak bawa isteri aku pulang ke kampung lagi panjang kisah nya nanti. Harap pembaca semua doakan lah semoga isteri aku kuat dan ibu aku tak mudah bersangka buruk pada orang terutama isteri aku.

Aku sayang dia dan aku tak nak kehilangan dia. Aku takut kalau suatu hari nanti di tekad dia akan tinggalkan aku sebab pernah dia cakap, “jangan sampai saya buat pilihan sebab kalau saya pilih, awak tak kan suka pilihan saya”. Tolong aku… – Din (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Luha mj – Din..awak yg tak pandai ejas..dari balik tiap minggu baik upah budak kg yg amanah suh belikan stock makanan tiap minggu.. cukup la balik sebulan sekali. Tu rumah mak awak..memang la awak nak dok menonggeng sehari suntuk mak ayah tak kata apa..yang buat kerja dari celik mata sampai malam isteri awak.

Tu awak ok je balik tiap minggu. Penat kerap nak bertandang rumah org tiap minggu hatta rumah mak ayah sendiri..sebab tiap minggu nak prepare segala brg yg nak dibawa balik. Ada anak kecik lagi double penatnya. Sampai rumah org nak buat kerja lagi. Takkan nak dok dalam bilik ja??

lagi tuan rumah sakan nak mengata..nak kepung anak2 lagi..duhh saya yg imagine nipun rasa penat sangat. Apatah lagi isteri Din. Sian isteri awak Din.InsyaaAllah tuan mampu selesaikn masalah ini. Tuan adalah ketua keluarga, dikurniakan Allah akal yg cerdas.

Psych0 mak tuan x ada salahnya. Adakalanya explain tabiat isteri dirumah dgn jelas kpd emak tuan spt ‘dia memang mcm tu, lepas basuh pinggan memang sental sinki. Alhamdulillah sy dpt isteri yg rajin, solehah etc’. Pandai2 la tuan pertahankan isteri tu. ‘Setiap hari/ minggu mesti isteri ingatkn sy call mak ayah.

Transfer duit… Alhamdulillah sy dpt isteri yg memudahkan urusan akhirat sy. Menjaga mak, syurga saya dan dia memudahkn urusan syurga sy menjadi isteri solehah’ etc… Pandai2 la tuan psych0 mak tuan mengikut character dia ya. InsyaaAllah boleh selesai.

Adakala perlu bertegas tp bukan bmaksud sampai derh4ka. Tak ada salah pun bw sekali isteri tu keluar bersama walau dilarang mak tuan. InsyaaAllah lembut hati mak tuan nanti.

Norhayati mahmud – kesian isteri…dah lama pendam rasa…kalau suatu hari meletup… punah ranah jadinya…rasanya confessor kena berbincang dgn ayah..mintak ayah main peranan.. nasihatkan ibu…bagitahu kalau anak dia,dia nak ke org buat gitu…mintak ayah bagitahu yg isteri confessor adalah ibu kepada anak confessor,kalau anak tengok org tak suka ibu dia..

dia juga akan benci nenek dia..apa perasaan ibu..lagi satu tak perlu balik setiap minggu.. minggu yg tak balik,bawa isteri jalan2..ambil hati dia,belikan apa yg dia suka..tunjukkan kasih dan prihatin kita pada dia….

suami adalah pelindung isteri, lindungilah hati isteri sendiri dari tindakan ibu yg cemburu dan tak nak org lain hadir antara dia dan anak.Mak ayah confessor pun masih sihat…balik sebulan sekali itu lebih baik buat masa ni.

Katifah safer – Maaf klu akak berkasar Din. Pd pandangan akak, Din mesti fikir kan isteri Din. 7thn masa yg pjg dlm perkhawinan. Dia dah tahan pjg sgt. Klu 1 hari dia minta berpisah, adakah anak2 Din tu emak Din nk jaga, tentu tdk kan. Nasihat akak jaga hati isteri Din.

Mmg Din akan dikata anak durhaka tapi fikir blk, siapa yg salah dlm hal ini. Klu pergi counseling pun terang2 emak Din yg salah. Jadi apa kat hujung minggu ni bawa isteri pergi short trip…lapang kan hati n tegas dlm bt sesuatu ……

Tidak akan jadi anak durhaka klu Din msh ttp jlnkan tanggungjawab Din sebagai anak. Cuma tk blk rmh emak seminggu sekali lah.
Sorry pjg sgt.

Sumber IIUM