Ajak kawin sbb dia pakai kereta vios. Majlis cukup mewah, Rupanya aku silap, lps kawin 360 darjah hidp aku brubah.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Bahagiakah kita. Kalau cakap pasal bahagia ni, sampai bila – bila pun tak habis cerita. Sebabnya definisi bahagia ni berbeza – beza mengikut setiap individu.

Yelah kan. Ada orang bahagia begitu, ada orang bahagia begini. Bahagia dengan cara tersendiri. Asalkan tidak membawa mudar4t dan membah4yakan orang lain sudah. Bahagia yang universal. Aku nak kongsikan cerita sedih tentang hidup aku sendiri..Khusus untuk semua gadis – gadis, perempuan – perempuan yang belum berkahwin atau akan berkahwin.

Harap sangat semoga admin sudi siarkan confession aku ini supaya kita dapat bersama – sama merenung khilaf diri kita. Aku mendirikan rumahtangga tiga tahun lepas, di usia yang masih muda iaitu 22 tahun. Kahwin muda, bercerrai pun muda. Kenal dengan bekas suami, satu tempat kerja. Masa tu baru kerja tak sampai pun tiga bulan. Kenal dia, cepat benar jatuh cinta.

Kalau teringat, rasa bod0h diri ni. Sebab dia ada Vios. Cepat – cepat cangkuk. Takut melepas. Jadi perempuan, tolonglah. Janganlah jadi perempuan bod0h. Janganlah berangan ada anak raja nak pinang kau, kau jadi puteri, jadi suri dalam rumah. Jadilah perempuan yang berdiri atas kaki sendiri, nak apa – apa usaha sendiri, jangan harapkan lelaki. Kenal empat bulan, terus menikah.

Masa tu bangga dok up dalam status fb, bercinta selepas nikah, kononnya. Tapi itulah. Realitinya. Alam perkahwinan bukan semanis alam percintaan. Masa kahwin tu, fuh. Pelamin mewah. Makan beradat. Karpet merah. Pintu gerbang. Goodies bag mewah. Hantaran mahal. Make up daripada MUA terkenal. Siap photographer. Siap shoot outdoor indoor.

Bayangkan berapa ribu riban habis tu. Mujurlah mak bapak hulur-hulur juga. Bila dah kahwin, tahulah luar dalamnya. Dah makan sepinggan, tidur sebantal. Dan kesilapan paling besar aku pernah buat, berhenti kerja selepas berkahwin.. Awal – awal berkahwin, itulah fasa paling mencab4r dalam hidup. Masa tu, kami sama – sama pindah rumah baru.

Kalau sebelum ni tinggal dengan mak ayah, mak ayah tanggung serba serbi, bil dibayar lancar. Makan tanggung, b3rak cangkung. Bila pindah rumah sendiri, baru tahu. Rumah kena bayar sewa. Bil air bil api kena bayar sendiri. Barang dapur kena beli sendiri, kena bajet beras, gas semua. Part paling sedih, itulah. Kami tiada duit langsung. Sebabnya duit semua habis dibelanjakan semasa menjadi raja sehari.

Sampai aku terp4ksa gadaikan rantai tangan masa hari pernikahan aku. Untuk dia isi minyak pergi kerja. Supaya dia boleh beli tong gas untuk aku memasak dan beli barang basah supaya kami boleh makan di rumah. Honeymoon? Memang kirim salam. Tiada honeymoon lepas kahwin. Bila ditanya, tak honeymoon mana – mana ke? Jawab aku, tiada masa. Sebenarnya, tiada duit.

Duit ada pun untuk cukup makan je. Itu pun lepas aku bergadai semua barang kemas. Barang yang aku beli sebelum kahwin pun habis dipenj4ra. Di sini pengajarannya, sebelum kahwin tu patut aku prepare persediaan selepas kahwin. Maknanya hal sedemikian tak patut berlaku. Patutnya duit untuk selepas kahwin patut dah ada, tak perlu bergadai macam – macam untuk kelangsungan hidup tu.

Patut sebelum kahwin dah beli tong gas, dah beli mesin basuh, dah beli peti ais. Lepas kahwin senang, cuci kaki je masuk. Tapi, nak buat macamana. Awal – awal dah salah langkah, terp4ksalah terima. Dengan aku tak bekerjanya. Nak sangat jadi suri rumah. Jadilah. Kereta Vios yang aku ceritakan di awal cerita tadi, sudah pun dipulangkan kepada orang tuanya lantaran bayaran bulanan tidak lagi mampu disara.

Tinggallah kenderaan rasmi kami hanyalah motosikal. Suami dah mula masam muka. Tak tahu kenapa. Rupanya dia tak boleh terima hidup susah macam tu. Selama ni dia hidup dengan mak ayahkan. Lepas kahwin dia susah, dia tak boleh terima semua tu. Dia tak boleh terima dia sorang kerja, aku jadi macam beban. Tak boleh terima bila gaji, separuh duit gaji habis bayar sewa rumah dan bil elektrik.

Tak boleh terima bila tidur dalam bilik yang panas tanpa aircond. Tak boleh terima masakan aku yang tak sama macam air tangan mak dia. Dia pandang apa yang aku masak macam ber4cun semuanya. Macam geli benar nak makan. Usik sikit, terus basuh tangan. Sebak hati masa tu. Iyalah, makanan tak mewah.. Situasi diburukkan lagi dengan campur tangan pihak keluarga suami.

Bila sekali sekala mak mertua bertandang ke rumah, banyak sungguh rungutannya. Ingat kahwin tu benda manis semuanya? Tidak kawan, kalau dapat mak mertua cerewet, pening juga kepala. Semua tempat dia nak ubah. Meja di sini tak kena, rak pinggan nak diubahnya. Sampai katil dalam bilik kami pun dia suruh ubah ke bahagian lain. Bagi aku, tak patutlah mana – mana mak bersikap begitu dengan menantu.

Kehidupan anak menantu selepas kahwin, biarlah. Jangan campur, mereka sedang belajar membina hidup. Aku jadi tambah tertekan. Mak mertua seolah – olah nak salahkan aku bila hidup anak dia diuji sebegitu. Nama pun kahwin, berkongsi hidup. Anak dia sendiri yang berjanji di hadapan kadi sanggup bersusah dan bersenang bersamaku. Baru sebulan dua susah, berbakul aku diseranah.

Iyalah, menantu tak kerja. Duit tak ada. Memang taklah dia nak hormat apatah lagi nak mengasihi aku macam anak sendiri. Cuba kalau aku ni bekerjaya, taklah jumpa dia tangan kosong kan. Takkanlah dia nak layan aku macam tu. Sebab tak kerja, tak ada duit. Orang layan macam sampah. Bukankah aku tanggungjawab anaknya? Kalau nak diselak semula part kelakuan mak mertuaku, sedih juga sebenarnya.

Tak cukup perbuatannya menyinggung perasaan, kata – katanya banyak juga yang mengguris di hati. Atau memang salah aku tak kenal dulu keluarganya sebelum kahwin. Sepatutnya aku ambil masa, kenal dan faham dulu. Bukan tergesa – gesa setuju mahu diijab kabul. Bila dah jadi begini, tengoklah. Nak salahkan dia juga pun tak boleh, mana tahu memang dia orangnya cerewet.

Akulah yang patut disalahkan. Kenapa dari dulu tak kenal dulu keluarganya? Beberapa bulan bertahan, akhirnya suami mula melancarkan per4ng dingin. Tidak bercakap denganku. Selalu tidak pulang ke rumah, kebanyakan masa tinggal di rumah orang tuanya. Rindu mahu tidur dalam bilik beraircond, mungkin. Pulang sekadar ingin menjenguk jika barang basahku habis.

Tanpa sebarang suara. Dan beberapa minggu berlalu, dia kirimkan pesanan melalui handphone. Bertanya jika aku mahu teruskan perkahwinan. Aku tak jawab, cuma minta dihantar ke rumah orang tuaku di kampung. Aku ingat malam itu dia datang, jemput aku di rumah. Hantarkan aku ke stesen bas. Pertemuan terakhir kami sebelum keadaan menjadi bertambah teruk.

Dan kami berpisah. Hati ibu bapa mana yang tidak luluh melihat anak mereka dilayan tak ubah bagaikan sampah. Rasa bersalah menebal dalam hati mengenangkan kegagalan aku mempertahankan rumah tangga. Lama juga aku terperuk di rumah. Malu nak keluar rumah. Mujurlah ada seorang kawan baikku ini, tak berhenti dia pujuk dan motivasikan aku.

Dialah tempat aku mengadu dan meluah. Sampai aku boleh bangun dan menapak semula mencari bahagiaku. Teringat pesannya. Aku layak bahagia, katanya. Kawan aku, nama dia D. D kahwin sama bulan dengan aku. Aku kahwin dulu, D kahwin selang dua minggu berikutnya. Dia kawan baik aku. Kawan dunia akhir4t. D kahwin dengan lelaki biasa.

Suaminya kerja di bengkel kereta sebagai mekanik. Suaminya cuma ada motor ketika menikahi D. D pula ada kereta Kancil. Dengan kereta dan motor biasa itulah mereka mula membina hidup. Masa aku ke majlis perkahwinan D, majlisnya sangat ringkas. Makanan yang dihidang macam makanan di hari raya. Ada pelbagai makanan, bihun sup, mi kari, laksa dan kuih sumbangan jiran – jiran.

Menariknya D masak sendiri semua hidangan tersebut. Aku teringat waktu dia datang ke rumah mahu pinjam fIusk nasi untuk mengisi kuah laksa katanya. Teringat katanya, dia buat yang mana mampu saja. Majlisnya tidak begitu ramai jemputan, cuma sahabat handai dan saud4ra mara terdekat. Namun aku terasa sangat bahagia semasa bertandang ke majlisnya.

D pakai baju sama dipakai semasa akad nikahnya. Itu baju nikah, itulah baju sanding. Tiada salin banyak persalinan. Make up di wajah D adalah air tangannya sendiri. Sebab D adalah MUA yang agak top di daerahku. Aku kahwin pun dia makeup. Jadi wajahnya sangat cantik bila make up. Dah jimat, tak perlu upah orang. Walaupun dia MUA, majlis kahwinnya sangat ringkas.

Dan D sangat cantik di hari bahagianya. Pelaminnya kecil saja, khas untuk hadirin jika mahu berfoto sebagai kenangan. Tiada jambangan bunga di segenap sudut. Tiada lampu sp0tlight merata ceruk. Tiada bridesmaids. Tiada DJ kenduri, tiada sesi karaoke atau cabutan bertuah. D cuma hadiahkan tetamu dengan sambal hitam bilis berapi, pun dibuat dengan tulang empat keratnya. Sedap.

Kenangannya di hari bahagia cuma diabadikan guna telefon pintarnya, iphone 7 plus. Boleh tahan cantik gambarnya. Ditangkap oleh ahli keluarga sendiri. Orang kalau dah cantik. Pakai apa pun elok. Semuanya berjalan lancar. Selepas kahwin, D dan suami melancong ke Korea. D sewa rumah di taman sama dengan orang tuanya. Lucu rasanya, janji rumah asing.

Tahun demi tahun berlalu, aku lihat kehidupan D sudah ada improvement. D sudah sewa kedai, buka butik pengantin sendiri. Kalau dulu makeup dari rumah ke rumah, sekarang makeup di kedainya.Selang beberapa bulan sekali, D pasti akan melancong bersama suaminya ke mana – mana tempat tak kira dalam atau luar negara. Hidupnya seakan dipayungi Iimpahan berkah.

Kenapakah. Adakah Tuhan tidak adil? Tidak. Kerana itu pilihannya. Kerana D ambil langkah yang mat4ng dalam membina kehidupannya.. Kali terakhir jumpa, D sedang hamil anak sulungnya. Dah puas honeymoon, dah sedia mahu hamil, katanya. Aku tumpang bahagia untuk D. Akhir sekali, kesimpulan cerita aku. Kereta mahal, rumah besar, pelamin besar, photographer mahal, baju mahal.

Itu semua tidak menjanjikan bahagia. Bahagia yang sebenar adalah bila kita bersederhana dalam kehidupan.. Dan kahwinlah bila tiba masa, kahwin bila yakin kita bersedia. Jangan kahwin sebab trend, bila tengok kawan kahwin, kita pun nak kahwin.. Be prepared bila kahwin, bukan semuanya indah. Banyak dugaan menanti.. Dan pesanan untuk semua perempuan, kerjalah. Jadi perempuan biar ada kerja. Kerja apa pun tak apa.

Asalkan ada duit sendiri. Pegang duit sendiri. Bila takda kerja, jadi macam aku.. Mudah orang nak buang, nak tinggal, nak h1na dan caci.. Alhamdulillah aku dah ada kerja. Dah serik jadi perempuan tanpa kerjaya. Jadi lelaki, jadilah lelaki bertanggungjawab. Jangan jadi lelaki tak guna suka – suka hati ani4ya hidup anak orang.. Suka – suka datang suka – suka pergi. Sebelum kahwin tu, fikirkan tanggungjawab selepas kahwin.

Bukan lepas kahwin hidup tertekan sebab ujian. Jangan kahwin sebab harta atau rupa. Kahwinlah dengan ikhlas.. Pastikan ada duit mencukupi untuk kehidupan berdua selepas berkahwin. Pastikan ada simpanan. Jangan berhabis terlalu banyak untuk majlis yang gah sekadar untuk kagumkan tetamu jika tidak berkemampuan. Majlis yang diadakan untuk bermegah – megah adalah ditegah oleh agama selain menganjurkan pembaziran..

Bila fikir – fikir balik, berbaloi ke? Rugi rasa. Buang duit yang dikumpul berbulan, bahkan bertahun, hanya untuk satu hari itu..Sekadar untuk impress orang. Sedihnya hidup kan. Dan belajarlah kenal kehendak atau keperluan. Banyak benda yang kita nak cuma kehendak saja. Melebihi keperluan. Dan kita berkerja keras untuk mencapai kehendak, sedangkan sebenarnya keperluan sudah mencukupi.

Bahagiakah kita? Tepuk d4da, tanya diri kita. Bahagia macamana yang kita cari? Bersederhana itu lebih indah. Semua orang layak mendapat peluang untuk membetulkan kesilapan lalu..Jangan tinggal terlalu lama dalam episod kesedihan. Bangun lah, kita layak bahagia. – Najwa (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Jon awang – Soalnya suami dia yg lemah ment4l…Xnak bersabar dan berbincang dgn isteri..woi 3tahun berkahwin struggle kalo dah planning mcam2 mungkin tahun ke 4 dah nampak ok dan seterusnya.. Tulah nak mewah sgt time bersanding.. Yang penting planning kewangan dan sabarlaa..

kalo xsabar jadilah cerrai berai.. Kat sini aku salahkan laki dia yg lemah ment4l…ko sepatutnya jadi kekuatan family..bini jadi penyokong kuat kau..bini dah betul ko pula tumbang..hurmm..moga baik2 ajalah kalian.

Nur qhattunanda – Kesilapan yg lepas anggap sbgai pengajaran. Jgn diulangi apa yg jadi dulu. Nk masuk alam perkhwinan bukan laa sesuatu yg mudah. Bnyak benda yg kita akan hadap smpai akhir hayat. Nk hidup berpasangan kena bnyak bertolak ansur.

That’s why aku tak prnh tnyaa mmber2 aku bila nk khwin bagai. Sbb perkhwinan bukan satu perlumbaan, tapi bila kau dah ready dgn tanggjwb yg akan pikul in shaa Allah korg akan khwin. Semoga baik2 buat sis nie akan dtg. Jgn bersedih dgn perkara yg lalu. Nie semua ujian untuk sis kuat akan dtg.

Merpati sejoli – Itu lah. Nak kawen kenal Hati Budi masing2. Meh Aku cerita hidup Aku pulak. Aku kawen umor 24thun. Mase umor Aku 20thun. Aku nekat duduk rumah sewa sendiri. Bukan bilik sewa. Rumah sewa. Rumah sewa Aku. 1 brg pon Tak Ada. Cuma Ada. Bantal Dan tilam. Aku beli brg ckt2. Akhir ye. Rumah bujang aku. Yg Aku duduk seorg2.

Bukan dgn kawan2. Penuh dgn perabot. Dgn hasil Aku sendiri. Dan Mase aku umor 24thun. Aku kwen dgn org rumah aku. Dia tidak berkerja. Berkat rumah tangga. Akhir ya. Aku duduk rumah Aku sendiri. Bukan rumah sewa. Cuma sewa dgn bank. Habis bayar. Baru jadi milik aku. Dalam rumah tangga. Mesti Ada gembira. Dan duka. Setiap masaalah. Pasti Ada jln untuk selesaikan.

Sumber kuasaviral