6thn kawin xdikurniakn anak. Kini aku “bayikan” suami aku. Pakai lampin dan dodoikn mcm bayi. Aku layankn je minat “pelik” suami.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum admin dan pembaca IIUM Confession.

Aku tersempak dengan platform ini dengan tidak sengaja dan menjadi peminat dan gemar membaca cerita-cerita yang di kongsi di dalam platform ini. Banyak pengajaran yang aku boleh ambil dari cerita-cerita di kongsi. Aku mahu kongsi sebuah cerita aku dan juga mahu dapatkan pandangan terhadap pengalaman aku ini.

Aku telah berumahtangga hampir enam tahun. Alhamdulillah Suami aku seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Nafkah di beri dengan cukup, duit belanja dapur diberi dengan cukup. Pembayaran elektrik dan air juga dia tanggung. Cuma kadang-kadang ada yang tidak mencukupi aku tambah.

Aku juga, ada pendapatan sebagai dropshipper. Aku menjual pakaian muslimah melalului online. Satu sahaja yang kita belum memiliki, ialah rezeki zuriat. Sudah banyak cara kita cuba dan usaha kita belum dapat rezeki. Sekarang pembaca telah sedikit mengenal kehidupan aku dan suami.

Memang kita jarang ada masalah. Aku mahu menceritakan tentang tabiat atau minat suami aku yang pelik. Pembaca pernah dengar satu minat yang di namakan ABDL? Atau Adult Baby Diaper Lover.

Tabiat atau minat ini adalah seseorang individu yang minat memakai lampin dan di anggap sebagai seorang bayi atau anak yang berumur 2 tahun ke atas. Suami aku minat memakai lampin dewasa dan mahu aku bayikan dia.

Sebelum kita nikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya. Bila kita sudah bernikah, suamiku mula menunjukkan minat dia yang ini kepada aku. Pada mulanya aku merasa pelik dan tidak mahu mengtunaikan kehendakan dia.

Tetapi kelamaan aku layanan kemahuan suamiku. Pada hari yang tertentu atau hari cuti dia akan suruh aku memakaikan dia lampin dewasa yang tebal. Lalu aku akan siapkan dia susu panas di dalam botol susu. Selepas aku bagi dia botol susu, aku akan berikan perhatian seperti anak kecil.

Hinggalah dia tertidur atau menonton cartoon atau rancangan yang dia minat. Nanti bila lampin dia basah, aku akan tukarkan yang baru. Aku juga akan siapkan makanan dan mengsuapkan makanan ke dalam mulut dia. Kegiatan ini berlalu apabila kita suami isteri dan hanya aku seorang yang tahu minat suami aku ini.

Aku pernah bertanya kepada dia, sampai bila dia mahu teruskan minat dia. Dia beritahu aku, semenjak kecil dia ada minat atau tarikan kepada memakai lampin. Memakai lampin, bagi dia memberikan dia kebahagian.

Kemungkinan bila tiba waktunya, dia akan berhenti dengan minat ini. Niat Aku menulis ini aku nak tahu, adakah suami yang macam suami aku. Atau suami aku ini memang pelik. – Suriah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Sherri hezmi – Memang sebenarnya ini adalah salah satu gangguan em0si, tapi bukan satu penyal4kit ment4l yang berbhaya. Ada saja berlaku di luar negara. Dia boleh pilih untuk dapatkan rawatan psik0lol0gi. Harus diingatkan ini bukan peny4kit g1la, hanya kecelaruan em0si sahaja. Ada rawatan.

Sama saja satu confession dulu pasal isteri dia yang obs3ss dengan hujan atau isteri dia yang obs3ss dengan an1me Jepun sampai tahap berpakaian macam an1me. Kalau perasan, menusia yang menghadapi kecelaruan em0si macam ini sukar untuk mendapatkan anak. Mungkin juga disebabkan gangguan h0rmon.

Bagi saya adalah lebih baik TT ajak suami untuk dapatkan rawatan. Bagi yang ketawa mengejek itu, hentikanlah. Dalam hidup ini tidak semua orang sama 100% macam kita sejarah kehidupan dan tahap kesihatan mereka. Ada yang tahap kesihatan tidak nampak di depan mata, walaupun fizikalnya nampak ok.

Damdelion – Tengok kat youtube ramai pulak abdl dan diorang mengaku terang-terangan. Cuma yg kr0nik tu yg suka diapers yg dah kotor sampai cari kat tong2 sampah. Kalau yg confessor cerita ni level2 abdl biasa kot hat suka dibelai macam baby tu kot.. tapi tak normal lah..

bukannya sakit/uzur sampai nak kena pakai adult diapers.. hari ni first time tau wujud komuniti ni.. dan tak wajar orang gelakkan suami confessor ni.. sebab ia salah satu cabang ment4l yg perlu bawak bincang dengan pakar.

Norlaila din – Dik,tukar lampin basah…somi hobi pakai lampin??? Misteri ni dik,yg dah terlayan tu,biarlah,kali ni u minta dia stop hobi tu,layan hobi you.bagitau hobi you baca quran dan nak dia semak bacaan quran you, minta sebulan untuk layan hobi you….

kalo dia kata tak pandai tajwid,ajak dia join kelas quran…InsyaAllah…boleh baik tu dik, al quran kan penawar….sakit ni dik,bukan hobi dah tu….lepas tu jumpa pakar plak.

Marfieza – Kak, laki kak tak salah. Memang wujud penyakit ni. Cuba slowtalk dgn dia suruh dia dgn kak pi jumpa pakar psik0lol0gi macam mana. Sebab dekat barat ada lagi teruk sampai satu rumah depa macam tempat asuhan budak2. Laki dia siap ada mainan, baju baby semua. Ni tahap laki kak ok lagi ni ada peluang nak berubat. Semoga kak kuat dan tabah hadap ujian ni.

Anizah othman – Bagi saya memang rare..anda isteri terpilih. walaupun begitu. syukurlah. kerana minatnya…jauh lebih baik drp minat suami2 lain yg menyeramkan seperti menonton filem prno…cuma perlu juga difikirkan utk dirawat utk menghilangkan … Saya doakan semoga Puan dikurniakan zuriat dan suami pun tidak lagi menjadi ABDL.Aamiin Ya Allah Ya Mujib

Sumber IIUM