Sehari slps nikah dpt pnggilan dari ex, tp isteri yg jwb. Hati mula bbolak balik dgn “offer” dari ex aku.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Admin follower sekalian. Penulisan ini hanyalah sekadar luahan hati saya yang terpendam selama ini.

sebelum memulakan cerita saya minta maaf kerana luahan ini sngt panjang dan mungkin jg jalan cerita yang tidak teratur. saya perkenalkan diri saya secara ringkas. Saya ialah seorang lelaki berumur 29 tahun, berkerjaya, telah berkahwin selama 9 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata. Sebelum saya berkahwin dengan isteri saya ketika ini, dahulu, saya mempunyai teman wanita yang sangat saya cintai dan sayangi.

kami bercinta selama 4 tahun dari zaman sekolah lagi sehingga saya dialam pekerjaan. Tapi malangnya ketika saya dialam pekerjaan saya temah ditempatkan di ibukota saya trpaksa brpisah jauh dari keluarga dan teman wanita saya namun kami masih berhubung dan hanya berjumpa setahun sekali. Saya pernah menyatakan hasrat kepada teman wanita saya untuk bertunang dan berkahwin slepas dia menamatkan pengajian.

namun dia menolak kerana beralasan masih muda dan belum habis belajar sehingga Uni. saya terpaksa akur dengan keputusannya. Setelah setahun berjauhan. masalah timbul dengan perhubungan kami (sebab ex dia) menagih kasih dan cuba menggutnya. Apabila saya dapat tahu keadaanya yang sebenar saya sangat kecewa. (korang boleh agak sebab apa) tapi saya masih boleh menerimanya.

wslaupun pada mulanya saya sangat marah dan mengeluarkan kata2 yang mengguris hatinya. saya cuba selesaikan masalah tersebut. namun berakhir dengan hubungan kami yang smakin dingin. disini la bermulanya detik kehancuran percintaan kami. Semakin lama kami semakin kurang berhubung.

Dari msg sekali sehari.. seminggu sekali. Sehingga berbulan2 skli…Saya cuba memujuknya dan memita maaf dengan kata2 saya yang mngguris hatinya seblum ini, dan melupakan masalah tersebut. saya juga tidak akan mngungkit kisah lalunya serta sedia menerimanya seadanya..

dan terus fokus pada hubungan kami sebab saya betul2 mahu jadikanya isteri saya yang sah. Tapi teman wanita saya seolah2 sudah tawar hati kerana terasa hati dengan kemarahan dan kata2 saya sblum ini sebab nya sepanjang percintaan kami. kami tak pernah selisih faham. Tak pernah gaduh, pokok pangkalnya saya dan dia memang pasangan yang sangat perfect.

Apa yang saya suka dia juga suka. begitu juga sebaliknya. Setelah hampir setahun hubungan kami dingin saya mula beranggapan mungkin dia sudah tidak mahu meneruskan lagi perhubungan kami. (sebab tiada kata putus dan lost contact) saya cuba untuk move on. dan cuba untuk melupakan nya.

ketika ini la saya trjumpa isteri saya semasa saya sedang berkerja. saya berkenalan dengan isteri saya pun tak lama hanya 2 bulan. Sebelum saya lanjutkan cerita. saya trgkan secara ringkas mngenai isteri saya dulu.. isteri saya lebih tua 7 tahun dari saya. seorang yang cemerkap.

perangai kebudak2kan dan perbezaan saya dengannya umpama langit dan bumi. tiada apa persamaan antara kami. Apa yang saya suka dia tak suka. dan paksa saya menyukai apa yang disukainya. Semasa berkenalan tu juga mak saya nasihatkan supaya saya mencari psngn hidup spya boleh menjaga kehidupan saya di ibukota yang terlalu banyak g0daan.

memandangkan saya hidup disini sebatang kara. Saya terus tanya dengan isteri saya ketika itu. jika dia mahu menjadi isteri saya (slh satu sbb niat nak move on dengan ex dan sebab perasaan ketika tu sesiapa sj yang sudi jd isteri. saya terima je ). dan isteri saya setuju. namun ditentang pula oleh keluarga saya setelah tahu status isteri saya ketika itu.

namun dipendekkan cerita akhirnya mereka semua setuju. Saya dan isteri pun selamat bernikah. tanpa seorang pun kehadiran fmly saya. yang hadir hanya teman sekerja saya. namun setelah itu keluarga saya menyuruh saya mmbuat majlis di negeri kelahiran saya (nak jaga hati saya dan isteri).

Sehari selepas bernikah tiba2 saya dapat panggilan telefon dari ex saya tetapi telah dijawab oleh isteri saya dan bermula la drama gaduh di phone. yang sorang mengaku teman wanita yang sorang mngaku wife. ex saya cuba utk brckp dengan saya. nmun dihalang oleh isteri saya. isteri saya pun cakal dengan ex “tiada apa2 lagi awk dengannya sbb dia sdh menjadi suami saya”.

Isteri saya pun menyuruh saya bl0ck no telefon dan semua yang berkaitan dengan ex. saya pun akur ketika itu sbb bru kahwin. Tak kan dah cerrai. malu la. Rupa2nya ex saya msih mnunggu saya di sana dan lost contact krn HP nya tlh dirampas semasa dihostel pengajian. dia jg tak tau no telefon baru saya. dia dpt tau no telefon bru pun melalui fb saya.

Semenjak dari itu. saya rasa sngat bersalah dengan ex. Tapi sglanya telah terlambat. Saya pun meneruskan kehidupan dengan isteri saya sehingga sekarang. namun masalahnya. saya langsung tidak punyai perasaan cinta dan sayaang dengan isteri saya. saya rasa kosong. Sebab cinta dan sayaang saya pada ex saya masih kuat.

Jujur saya katakan sehingga skrng saya msih tak dapat lupakan dia. Saya juga kerap bermimpi ex saya sehingga bangun saya merasa sngt kesal dan sedih. Saya dan isteri pernah diuji dengan lambat mndapat ank…selama 7 tahun..waktu tu mmg perkahwinan kami goyah…hampir2 bercerrai. Tak tahan asyaik dipersenda oleh fmly. Tapi Allah maha kuasa.

Time kami goyah waktu tu jg dpt tahu isteri saya sbnrnya sdh pregnant 4 bulan.. pada masa yang sama jg saya brfikir mngkin Allah telah merancang semua liku2 kehidupan Saya seperti ini.Sehingga ketika ini saya masih brsama dengan isteri. Tapi baru2 ni saya trjumpa fb ex saya. dan saya cuba add dan dia approve.

saya trus mnta no whatsapp dan kami berwhatsapp. tujuan saya hanyalah utk meminta maaf dan mnerangkan situasi sbnr ketika itu dan alhamdulillah dia maafkan dan menerima hakikat. Walaupun lama myimpan dend4m dengan saya. dia jg masih boleh menerima saya sekiranya mahu berkahwin denganya tp dlm masa yang sama tidak mahu meruntuhkan rumah tangga saya.

Hati saya jadi berbolak balik. kalau ikutkan hati. boleh sj saya gunakan kuasa veto saya jika mahu cerraikan isteri saya. dan berkahwin dengan ex tapi hati saya tak sanggup. wlaupun saya tidak punyai perasaan cinta dan sayang terhadap isteri. Tapi saya sngt kasihan dengannya.

dia pun dibuang oleh keluarganya sendiri (masalah fmly) dan tiada siapa lagi selain saya. setiap malam saya renung wajah isteri dan ank ketika mereka tidur. dan fikir apalah akn jadi dengan dorang berdua jika saya tinggalkan mereka. wlaupun saya tlh siapkan simpanan dan harta utk ank dan isteri seandainya saya tinggalkan mereka.

Tapi hati ini masih tak sanggup mlihat ank saya membesar tnpa seorang bapa. setiap solat saya akan memohon doa. “Ya Allah. hadirkanlah perasaan cinta dan sayaang terhadap isteriku” Saya juga kerap solat istikharah memohon petunjuk. jika inilah jalan yang dikehendakinya saya redha…Cuma saya rasa bersalah dengan isteri.

Seolah2 saya tidak ikhlas denganya semua kebahagiaan saya denganya hanya berpura2. Saya tahu. tiada jalan penyelesaian lain dengan apa yang saya lalui selain kena hadapinya. cuma apa yang dipinta setiap doa saya kepada Allah utk hadirkan rasa sayaang dan cinta kepada isteri sekiranya saya tidak ditakdirkan bersama dengan ex saya. Buat isteri ku.

saya minta maaf banyak2 kerana masih belum dpt menyayangi dan mencintai mu. Sekian sahaja penulisan saya disini. sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika penulisan saya trlalu panjang.. terima kasih jg kepada admin kerana siarkan curahan hati saya serta follower yang sudi membaca.

Reaksi warganet

Samsiah mohd – Jodoh tu dr Allah kebahagiaan tu kita yg cipta sdri perasaan kita hak kita…ko pilih xsuka ko punya pasal esok2 jgn yg dikendong beciciran yg di kejar xdapat…hidup ini pilihan…yg dah Allah tetapkan itu dh pasti kena redha selebihnya usaha…

sy4itan tu kerjanya menghasut so, kalau dh ko asyik nak ingat cerita monyet ko tu rasanya kerja sapa tu?? Yg berlalu biarkan jadikn prngajaran segalanya dah Allah tetapkan dan pasti ada hikmah disebaliknya.

Zaim asfal – Kecewanya saya bila baca ayat bro “Buat isteri ku. saya minta maaf banyak2 kerana masih belum dpt menyayangi dan mencintai mu.” Kita bro, bila dah jadi suami seseorang, dan jadi ayah seseorang patut fokus dan cinta pd pasangan hidup kita dgn sepenuh hati.

Bukan menyintai wanita lain yg haram di luar sana.. Kenapa yg halal kamu nafikan haknya utk memiliki cinta kamu? Cinta utk isteri boleh di pupuk bro.. Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Emy zurina – Allah x bagi apa yg kita nak. Tpi Allah bgi..apa yg kita prlu.Anda dah ada isteri dan ank.Tmbhan plk..kluarga isteri dah buang isteri anda.x wjar rsa nya sbgai suami..anda plk mmbuang isteri anda krna tiada nya rsa syng utk nya.Kasihsyng tu..blh di bina..

andai anda cuba utk membuang kenangan brsma ex anda.Lihat percaturan Allah..dri sdut yg lbih baik.Lbih baik…sayangi rmhtngga yg ada.Tnggungjwap anda ada lah trhdap isteri dan ank.bkn trhdap ex anda.Doa kan sja agar ex anda temui jdoh yg baik2.

Dan tiada jdoh antara kalian.Lapangkan hati dan minda dan buka kan ruang hati anda utk isteri anda yg sah.Isteri ada lah sumber aliran rezeki buat suami.

Sumber KRTF