“Knp aku xkawin lagi”. Nmpak lelaki aku pandg bwh. Trgamak aku nk kawin, kalau keluarga aku “mcm” nie.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Lately banyak betul ye confession pasal kahwin kat iium confession ya? Aku pun nak mencelah jugak lah story kenapa aku tak nak kahwin.

Aku perempuan umur pun dekat 3 series, masih bujang dan berkerjaya. Pergi mana-mana orang suka tanya “bila nak kahwin?”. Sampai naik muak jugaklah aku dengar soalan tu. Bukan tak ada yang mahu, ramai dah ‘minta’ aku tapi aku saja yang tak nak. Biasanya aku tolak secara halus dan baik saja. Nasib semua lelaki tu ok dan alhamdulillah diaorang semua pun dah kahwin.

Aku pulak jenis yang tak bercinta dari zaman sekolah sampailah ke tua. Kalau ada yang nak aku tu pun memang kawan-kawan dalam circle sendiri. Nak berdating bercinta tu aku tak reti. Pemalu pun ya jugak. Nak mengorat lelaki apatah lagi. Nampak lelaki saja aku terus pandang bawah. Walaupun kawan lelaki sendiri. Nak bercakap pandang muka tu agak susah la sikit.

Tapi tu bukan point utama aku tak nak kahwin. Betul ke aku tak nak kahwin? Tipu la, sape saja tak nak kahwin. Aku suka budak, memang nak anak. Tak nak anak angkat, nak anak sendiri. Tapi, macam mana aku nak kahwin kalau keluarga aku sendiri pun masih tinggal di rumah usang dengan bumbung bocor, dapur sempit.

Tergamakkah aku biarkan ibu bapa kesayanganku tinggal dalam keadaan yang tidak selesa? Ramai kawan-kawan aku sendiri perlekehkan aku siap cakap “Alaahh dah kahwin pun boleh saja berbakti kepada kedua ibu bapa”. Kau tak faham. Korang tak faham. ‘Berbakti’ dalam kamus hidup aku dan kamus hidup korang tak sama. Kita tidak berada dalam kasut yang sama.

Situasi kita berbeza. Kawan-kawan aku yang kahwin awal kebanyakannya anak orang berada. Majlis kahwin pun banyak mak ayah sponsor. Takpelah tu rezeki mereka. Aku nak kahwin memang kena 100% duit sendiri. Kawan2 aku pulak tiap bulan pun kalau rajin diaorang hulur seratus dua kepada ibu bapa. Tapi aku, situasi aku berbeza.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba daif. Dari kecik kami sekeluarga tinggal dalam rumah kayu usang dengan dinding kayu berlubang. Dulu aku nak salin pakaian mesti dalam bilik air, sebab bilik tidur sendiri pun dinding berlubang. Orang boleh mengintai. Nak mandi b0gel pun tak berani sebab bilik air pun ada lubang halus di celahan kayu.

Kayu pun banyak kena makan dengan anai-anai. Bumbung pun bocor, kalau hujan saja mesti air bertakung dalam rumah. Sedih. Jangan tanya eh apa yb buat kat tempat kami? Tempat kami ni sentiasa biru dari dulu, kini dan selamanya. Tapi rumah yb saja yang makin besar bak istana, bila rakyat marhaen macam aku minta tolong, payah kemain nak tolong.

Itu sebab aku benci p0litician. Tiberr haha Daifnya kami ni, kalau dapat makanan saja mesti berebut adik-beradik macam tak makan setahun. Yelah kami faham betapa nikmatnya dapat makan. Makan nasi lauk telur goreng pun dah nikmat, apatah lagi lauk mewah yang lain. Nak makan lauk sotong dan udang tu kadang ada la sekali setahun baru dapat merasa.

Mc d KFC tu memang tak pernah makan la masa kecik, sebab memang parents tak mampu beli. Dah tua ni baru boleh merasa fastfood. Disebabkan kemiskinan, aku ni ada la kesedaran nak belajar rajin-rajin sampailah ke degree. Alhamdulillah berkat usaha aku, aku dapat biasiswa masa belajar. Tapi walaupun biasiswa aku tu banyak lebih, memang boleh saving.

Tapi aku sendiri tak sempat nak saving sebab tiap bulan aku hulur duit dekat keluarga. Sedangkan aku boleh makan sedap, tergamak ke aku nak biarkan keluarga aku makan nasi putih lauk ikan kering je? Ni dah kerja, Alhamdulillah. Tiap bulan aku hulur duit separuh dari gaji aku untuk ibu bapa aku.

Aku belikan kelengkapan pakaian mereka. Kalau dulu ibu bapa aku tak pernah merasa pakai baju baru melainkan hari raya jelah. Kebanyakan baju pun baju yang orang bagi. Seluar dalam baju dalam tu pun dulu berlubang tapi tetap pakai. Tapi sekarang, barulah mereka nak merasa pakai baju baru cantik-cantik.

Ibu aku tak pernah ada alat make up seperti bedak, apatah lagi pencuci muka. Sekarang baru nak merasa pakai pencuci muka, bedak dan sedikit lipstick. Tiap minggu aku akan balik jenguk family, tolong urut badan mak aku kalau dia lenguh. Tolong kemaskan rumah. Tolong masak. Kadang bawakkan mak aku pergi spa atau facial.

Tiap 2 minggu sekali bawak ibu bapa aku pergi shopping, pergi makan sedap. Ye dah tua ni baru diaorang nak merasa. Kalau aku dah kahwin nanti, mampu ke aku buat sama macam aku buat sekarang? Memanglah lepas kahwin masih boleh berbakti kepada ibu bapa, tapi takkan sama saat ketika bujang ni. Dah kahwin nanti ada komitmen suami lagi.

Nak jaga hati suami, duit pun tak boleh bagi banyak macam sekarang dah. Komitmen memang akan berbeza. Tu belum campur bila dah ada anak. Entah2 sebulan sekali pun belum tentu mampu hulur duit. Duduk di bandar besar pulak, kos tinggi. Melainkan aku dapat suami kaya. Sebab gaji aku pun level degree je, berapa la sangat.

Ada kawan-kawan aku, dah kahwin langsung tak hulur duit dekat parents. Kalau hulur pun time hari raya. Ada jugak yang beri duit jarang-jarang. Ada juga yang hulur RM100 saja untuk parents walaupun gaji lebih 5k. Dan ada yang dah kahwin masih mintak duit dengan parents. Hujung bulan saja pinjam dengan parents.

Aku janji pada diri sendiri, aku tak nak jadi macam diaorang. Kalau aku tak mampu nak hulur duit kat parents aku pun, aku takkan sesekali mintak duit dengan parents. Macam mana aku tahu kawan-kawan aku ada yang tak hulur duit langsung kat parents? Mak bapak diaorang sendiri bercerita. Mak bapak diaorang sendiri kalau jumpa aku selalu cakap, cemburu tengok ibu bapa aku ada anak macam aku.

Diorang pula walaupun tak susah macam kami, tapi diaorang pun complaint anak sendiri tak bagi duit bulanan macam anak orang lain. Anak diaorang pun sibuk dengan kehidupan masing-masing dan jarang tanya khabar mak bapak. Aku bersyukur, inilah rezeki orang yang masih belum berkahwin. Kami punya waktu, wang dan kudrat untuk berbakti lebih kepada ibu bapa kami.

Kalau dah berkahwin, akan lebih terbatas untuk tolong ibu bapa lagi2 wanita. Nak balik kampung pun mesti sedikit susah kalau dapat suami yang cerewet atau jenis yang nak suruh balik kampung dia je. Itu belum lagi suami yang nak buat loan bersama nak beli itu ini. Aku sekarang tengah saving duit nak buat duit muka untuk beli rumah untuk ibu bapa aku.

Kali ni aku nak hadiahkan rumah yang selesa dengan kelengkapan perabot dan perhiasan moden untuk ibu bapa aku. Aku nak diaorang habiskan sisa umur tua diaorang dalam keadaan yang selesa. Aku dah janji nak bawak diaorang pergi umrah dan haji jugak dan pergi melancong tiap tahun. Doakan aku ya.

Kahwin? Tipu la tak nak. Naluri nak kahwin tu sangat ada, tapi bukan masa sekarang. Lantaklah orang nak cakap apa pun, sebab aku yakin Allah hadirkan jodoh tepat pada masa yang betul. Aku yakin Allah sedang pandukan aku kepada jalan supaya aku bahagiakan kedua orang tuaku dan tunaikan impian aku untuk beri keselesaan kepada ibu bapa aku.

Bila dah selesai beli rumah yang selesa untuk ibu bapa aku, bawak mereka pergi umrah dan haji, barulah aku boleh fikir soal jodoh. Melainkan kalau ada lelaki yang sanggup faham keutamaan aku dan takkan kacau financial aku. Possible ke? Sebab separuh gaji aku memang untuk bagi nafkah bulanan dekat parents aku.

Selebihnya untuk beli rumah diaorang dan misi bawak pergi umrah, haji dan melancong tiap tahun. Unless lelaki tu memang dah kaya dan stabil, dan dia pun takkan kacau komitmen sedia ada aku then barulah aku akan consider untuk kahwin. Kalau tak ada, takpelah. Aku memang dah bersedia untuk kahwin lambat atau tak kahwin langsung.

Lagipun aku percaya Allah jadikan sesuatu perkara tu dalam keadaan serba sempurna, sesuai pada tempatnya, dan layak selayaknya untuk empunya badan. Jika aku ditakdirkan tak berkahwin, mungkin sebab aku tak mampu jadi ibu yang baik untuk anak-anak. Atau, mungkin perkahwinan akan menghalang aku untuk berbakti kepada ibu bapa aku.

Doakan aku mampu tunaikan impian untuk balas jasa kedua ibu bapa aku. Dan doakanlah aku dapat kahwin hehe, semoga aku dapat suami yang terbaik untuk diri aku dan keluarga aku. Aamiin. Aku doakan semua yang membaca ni juga dapat berbakti kepada ibu bapa masing-masing. – Power Rangers (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Sue zee – Bab kos kenduri..tak semua majlis parents sponsor walaupun mampu..mcm sy & adik beradik, majlis kenduri kahwin kami mostly guna duit sendiri. Parents kami cuma top up sikit2 je. Alhamdulillah..mmg niat kami tak nak bebankan parents yg dah bersusah payah membesar & didik anak2 seramai 9 org ni. Kebetulan plk waktu my parents dekat nak pencen hari tu..

selang setahun dapat menantu, even boleh je nak buat majlis kenduri kahwin serentak utk kami 4 beradik yg nak kahwin masa tu..tp masing2 ada planning & budget sendiri. So..my parents ok je. Yg penting kami tak susah kan parents/family & tak berhutang semata mata nak buat kenduri kahwin. Guna duit simpanan sendiri & pasangan masing2 je.

Siti khadijah – Jodoh belum sampai..bukan sebab anda x nak kawen..rezeki ibu bapa pun mgkin lebih mewah jika anda berkahwen sbb biasa saja lepas berkahwen, lepas beranak, rezeki yg lebih datang. Pergantungan kpd Allah mesti lebih daripada rasa bergantung kepada kebolehan diri kerana kita ni hanya makhluk kejadian bukan makhluk yg menjadikan naseb masa depan..

cuma usaha kita perlu diiringi doa.. inshaallah ..zaman ni org jutawan pun x pat pergi umrah haji sbb c0bid, kehidupan banyak xseperti yg kita jangka. rezeki,jodoh, sakit, aj4l, kelahiran semua Allah tentukan, Allah sebaik2 perancang. Mesti optimis kerana optimis itu adalah doa yg seringkala menjadi kenyataan.

Zaki haikal – Alhamdulillah perkongsian cerita yg menarik..teruskan berbakti kepada kedua orang tua awak ye. Cuma.. satu je.. agak turn off sikit bila tt cakap tak akan kawin melainkan lelaki tu kaya or berduit. Seolah2 meletakkan duit tu segala-galanya.
Duit penting, betul tidak dinafikan…tapi kebahagian hidup tu sgt luas melangkaui wang ringgit.

Saya tak nak judge..sebab saya tidak merasai kepayahan hidup tt. Saya assume tt anak tunggal sebab rasa macam semua tanggungjawab terletak di bahu tt. Tapi saya nak nasihat, kalau ada yg nak melamar ke…tt berterus terang je dekat lelaki tu kehidupan sebenar tt macam mana.

Kalau lelaki tersebut boleh terima alhamdulillah terus kan la. Sebab perkahwinan juga merupakan salah satu pintu rezeki. Who knows mungkin tt akan lebih bahagia lepas berkahwin dan rezeki bertambah.

Sumber IIUM