“Kau belum “diuji” dik”. Nant dh ada anak boleh la byar dgn kata2 cinta sehidup sematii.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum.. First of all, terima kasih kepada admin yang sudi post respon aku untuk satu hantaran di page ini yang bertajuk Kahwin Muda,

“Saya bukan jual diri, maaf perempuan, kalau terasa. Saya tidak perlukan hantaran RM10-20K”.

Dear confessor, Jodoh, aj4l m4ut semua di tangan Tuhan. Kau dapat jodoh awal? Good for you. Tapi lain orang, lain achievement dia nak dalam hidup. Mungkin bagi kau, kahwin adalah satu titik pencapaian paling gemilang dalam hidup. Tahniah tau. (tepuk tangan). Jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tak perlu.

Ya, point ni bagus sebenarnya. Membazir tu memang kita nak elak. Tapi kalau orang lain mampu, kenapa tidak kan? Duit dia, sukahati dia lah nak buat apa. Bagi aku, kahwin ni sekali ja seumur hidup. Kalau tak grand pun, aku tetap nak ada pelamin untuk kenangan bergambar bersama keluarga.. Mini pelamin pun jadilah.

Pelamin aku nikah dulu, 150 ringgit je harga sewa. Murah dik non. Helok pulak tu. Seronok tau bersanding. Tak penat badan pun. Mana ada jadi tunggul eh memandai je kau bersanding pun tak. Excited sangat rasa boleh tangkap gambar dengan suami. Paham je lah orang lelaki ni kan, dia bukan suka sangat bergambar.

Masa kahwin ni kita paksa dia bergambar puas-puas. Lagipun dik, kenduri kita tu nanti, pahalanya berbalik pada kita juga sebab jamu orang makan. Bukan nak suruh hidang kambing pusing, ayam turkey dikkk. Cukup sekadar mampu lah. Kalau mampu bihun goreng, haa jamulah bihun. Mampu nasi beriani, hidang nasi beriani.

Tapi tulah.. tak de majlis kan? Macam mana ye. Akad nikah, pastu terus balik rumah masuk bilik ke? Eh. Cuma satu lah akak pesan ye dik, nanti bila rakan sebaya undang ke majlis kahwin diaorang, ada pelamin, ada kek, ada doorgift. Jangan meroyan pulak kat suami kenapa kita kahwin dulu macam kahwin paksa majlis pun tak ada.

Jangan tau. Benda yang lepas usah dikenang. Chill. Baju raya kan ada! Perenggan ke berapa entah tak kuasa aku nak bilang, kau cakap kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi. Eh memandai je. Aku dulu tak ada letak pun berapa rate hantaran. Family minta lelaki putuskan sendiri berapa nak bagi.

Ayah cuma letak mahar berapa. Orang dah nak bagi, takkan nak tolak ye dak? Kadang-kadang, usaha tu perlu melibatkan wang ringgit. Bukan talk love semata. Dia nak kita dia kena usaha la sikit. Tapi tulah, awal-awal kau dah tetap mindset hantaran tinggi ni nak jual diri kan.

Tapi letak jugak 200 ringgit untuk mas kahwin. Kata tak nak jual diri. Kenapa tak bermaharkan Al-quran sahaja? Pabila cinta bertasbih gitu. Kahwin muda ni bagus, kalau kita dah bersedia fizikal ment4l nak menempuhi alam berumahtangga. Tapi rugi kalau masa muda hanya fikir bab kahwin.

Sedangkan masa muda itulah peluang untuk kita rapat dengan mak ayah, adik beradik, dan kawan-kawan. Bukanlah kata dah kahwin tak boleh rapat. Tapi orang perempuan ni dik, bila dah kahwin, syurga dia dah pada suami. Nak buat apa semua kena minta izin suami hatta nak balik rumah mak ayah kita sendiri sekalipun.

Jadi masa muda, elokla spend your time dengan family. Bawak mak ayah melancong, belanja makan.. Create memories. Nanti dah kahwin kita akan banyak tertumpu pada keluarga sendiri. Akan ada had masa untuk kita bersama mak ayah dan adik beradik. JANGAN TERLALU YAKIN.

Jangan terlalu yakin suami akan selamanya hak kita, dan kita selamanya hak suami. Hati manusia ni berbolak balik sifatnya dik. Doalah kepada Allah supaya pasangan akan sentiasa bersama kita. Bukan mendabik dada bercakap megah. Ini baru putus couple dah sampai nak bnuh diri, macam mana nak hadapi asam garam perkahwinan yang lebih mencabar.

Bab nafkah pun sama. Sekarang masih kuat, ada pendapatan sendiri memanglah cakap saya mampu tanggung diri sendiri.. Nanti kalau dah mengandung, alahan pregnant teruk, nak pergi kerja tak mampu, boleh lagi ke tanggung diri sendiri waktu tu? Suami tu memang keja dia puaskan nfsu s3ks ke semata? Tahu tak tanggungjawab suami?

Tahu tak apa dia perlu sediakan untuk isteri? Jangan bela biawak hidup sudahla dik. Mula-mula memang semua indah. Nak pulak tak ada anak lagi kan. Nanti dah ada anak, cuba bayar pampers anak dengan kata-kata cinta sehidup sem4ti awak suami isteri kat cashier..tengok laku tak?

Berkahwin lah!! Wah kau punya seru macam boleh beli suami kat sh0ppe! Ye dik, semua orang nak kahwin. Siapa je tak mau kahwin. Tapi macam tu lah jodoh. Bukan boleh main seru je. Lagipun kalau ikut gaya penulisan, nampak macam confessor masih di ambang bulan madu di awan biru lagi ni.

Inai dijari masih merah (kalau pakai inai la). Masih jauh lagi perjalanan dan liku-liku hidup berumahtangga yang perlu ditempuhi. Part – Apa yang pasangan bercinta boleh buat, kini kami lakukan dengan halal, malah lebih lagi. Amboi. Selalunya orang baru kahwin je yang gelojoh nak cerita dia mampu bersenggama ni.

Awal perkahwinan memang semuanya indah dik. Kita baru nak kenal pasangan. Baru nak bercinta dengan suami. Belum diuji. Nanti dah lama sikit, salah guna kain buruk pun boleh bawak bergaduh haha. Entah apa point yang confessor nak jelaskan. Nampak macam nak humble brag je lebih. Jangan rasa diri tu bagus sebab kahwin sederhana dik.

Awak rasa majlis awak diberkati sebab buat sederhana, habis majlis yang grand tu dil4knat ke? Ayoo. Last but not least, berhenti sat dok ulang bagitau suami bakal doktor. Kelakar sangat. Nampak desperate nak tunjuk suami awak tu bakal doktor.

Bagi dia habis belajar dulu, habis housemanship dulu lepastu baru sembang. Apapun, tahniah la dah kahwin. Tak payah lah buat confession kedua. Keep it to yourself. We had enough already. – Agituhhh (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mastura burhanuddin – Beza tau..yg baru kawin sehari..dgn berbelas tahun dan berpuluh2 tahun.. masih hidup dengan alam dongeng,cotton candy n unicorn lagi..lalui dulu apa tu makna perkahwinan sebenar. Mahar itu tanda yang diserahkan sang suami..utk isteri..dah kalau mahar ko begitu..

jgn nk ditempelak org lain yg lebih tinggi ataupun rendah.makanya kita berlapang dada..bersederhana..semua org tak pakai kasut sepatern saiz yg sama.. Nak cerita hal nikah kahwin..biarlah usia kawin tu matang benar..baru sesuai nk kongsi tips n petua sepatah dua kata..jauh lg perjalanan tu dik..selamat hendaknya.

Norhuda kamal – Adoiii la….sbb isu kahwin je pun blh berbalah dan sindir menyindir. Marilah kita berlapang dada. X perlu hentam org lain klu x setuju. Hidup ni mudah je. X perlu sentap dgn kata dan tulisan org lain klu dia x sefahaman dan sejalan dgn kita. Biarlah dia dgn cara pemikiran dia. Kita teruskan dgn pemikiran dan kehendak kita.

Raikan perbezaan dgn bersangka baik dan hentikan perbalahan yg sia2. Banyak lagi benda lain yg kita nak hadap dlm hidup kita ni. Hiduplah dgn tenang tanpa perlu memikirkan kelebihan dan kekurangan org lain. Sebaliknya saling membantu dan bertimbang rasa sesama kita.

Nur daliana – Haha,baguslah confessor ni balas balik. Mmg itulah apa yg sume org rasa pn. Tu la,bila dh kawen ni paling best bila balik rumah family la. Rasa x cukup2,kalau bleh nk tinggal trus. Tp,xpelah. Dh Allah kata ckup,itulah yg terbaik. Ckup2lah nyusahkan mak ayah.

Tp kalau bleh ulang balik masa,aku nak duk je kat rumah family puas2. Bila bgun tdo nmpak ma,ayah,adik2. Dh xdpt rasa dh. Tp kahwin pn ada keindahan yg lain jugak. Utk yg dh kawen or belum,juz enjoy the moment ya. We never know if its the moment we will miss the most.

Adlin farahin – Pd sy, kalau buat majlis tu biarlah sesuai dgn poket sendiri. Mampu grand, silakan..sbb sebenarnya kita berkongsi rezeki dgn mereka yg buat perkhidmatan ni. They also have families untuk disara. Why not kita berkongsi rezeki kan? And kalau bajet kecik, eh, jangan risau, utamakan apa yg utama.

Kita jemput org mari, nak bgtau kita kawen dah, menghebahkan berita elok. So esok2 x menjadi fitnah. And menjamu org kan dapat pahala Dah tu je nak cakap.. yg lain confessor dah tolong cakap.

Sumber IIUM