“Alah…dia budak lagi”. Pukul 11mlm msuk bilik buat bising. Trgamam dgr jwpn suami bila surh tegur ibu ayh bdk nie.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai Assalamuaikum. Ini adalah kisah luahan hati aku dan apa yang aku rasa selama ini semasa bercuti di kampung.

Sebenar nya masa aku taip ini pon, aku masih berada di kampung lagi. Cerita bermula apabila suami ajak pulang ke kampung beliau setelah sekian lama tak pulang. Tidak menjadi masalah aku untuk balik ke kampung beliau sebab aku pon suka balik ke sana. Dekat kampung suami, ada adik ipar aku dan keluarganya yang dah menetap di situ dalam tiga bulan lepas.

Adik ipar aku mempunyai dua orang anak yang berumur empat tahun dan seorang bayi tiga bulan. Pada mula nya kami sampai semua okey, anak aku memang suka berkawan dengan sepupu dia. Anak aku berumur dua tahun lebih, memang aktif dan boleh dengar kata terutama kalau orang dewasa bagi arahan walaupun dia tak mampu nak bercakap dengan ayat yang betul.

Tapi lain pula dengan anak adik ipar aku itu (anak saudara suamiku), apa yang aku nampak, ibubapa dia tak bertegas langsung dengan sikap anak nya. Kesan daripada itu, anak nya jadi kurang adab dan tak dengar kata. Ada suatu hari, aku suruh anak aku kemas mainan lepas bermain, anak aku pon mula mengemas bila tengok aku kemas barang mainan sebab memang cara aku didik anak aku.

dah ambil barang, letak semula. Bila anak saudara suamiku nampak kitorang kemas, boleh dia punggahkan balik mainan yang kami anak beranak sama-sama mengemas tadi. Fuhh.. dia punya rasa, menyirap macam nak tampar je.. haha. Kalau itu anak aku, memang dah kena habuan dah.

Sebelum itu, masa aku mengemas mainan, ada biras aku tegur (isteri adik ipar aku), tak payah kemas.. nanti dia sepahkan balik. Dalam hati aku, patut lah pon anaknya tak pernah nak mengemas. Aku tak kisah lah dia budak lagi ke apa tapi sebagai ibubapa kena lah tunjuk dan ajar anak lepas main, tunjuk cara kemas.

Memang banyak hari dah aku nampak, dorang biarkan je mainan tersebut sepah sana sini. Sakit mata tengok, memang lumrah budak akan main dan sepah-sepahkan barang tapi ajak kemas lepas bermain. Anak aku pergi rumah siapa pon, lepas main, dia sendiri yang kutip dan kemas mainan sebelum kami beredar pulang dari rumah tersebut.

Ada satu lagi peristiwa, di mana budak tersebut berdiri atas meja, anak aku pon tunjuk-tunjuk suruh turun dari meja (dengan bahasa dia sambil jari tunjuk suruh turun). Bayangkan anak aku yang lebih muda dari budak tersebut pon tahu sikit-sikit pasal adab.

Sepatut nya tengah umur masih budak lagi, kita tunjuk dan terapkan nilai-nilai baik walaupun kita tahu budak takkan paham tapi percaya la kalau dia selalu nampak dan perhati, dia akan ikut dengan sendiri nya. Yang ini paling aku geram sangat. Tengah taip pon bila teringat rasa menyirap je d4rah. Dah pukul 11 malam, memang time anak aku tidur.

Nampak dah anak aku mengantuk sangat tapi dia tahan mata sebab nak main juga dengam sepupu dia. Sepupu dia tidur lambat dan kebetulan ayah nya bagi handphone, lagi lambat lah nak tidur. Ingat lagi, aku dalam bilik nak tidurkan anak aku nombor dua. Tiba-tiba pintu bilik di buka dan anak saudara suamiku muncul dan buat bising.

Masa ini, aku geram sangat sebab anak kedua aku baru tidur dan terjaga. Tekanan rasa nya, aku panggil suamiku suruh bawak keluar. Dua tiga kali jugak budak bertuah masuk bilik tidur kami sebab suamiku sendiri tak boleh nak handle. Aku cakap, pergi panggil mak ayah dia, kutip anaknya yang tak tidur lagi sebab kacau orang lain (at the time, jam menunjukkan pukul11 lebih).

Jawapan paling tak masuk akal suamiku bagi, adik dia dan isterinya dah tidur dalam bilik. Ehh… jenis ibubapa lain macam pernah aku jumpa, kau dah sedap landing dalam bilik, boleh biarkan anak kau kacau family orang lain sampai masuk bilik orang which is bagi aku kurang sopan! (even dia budak lagi)

Anak aku pon kalau masuk bilik orang especially kalau orang tengah rehat, memang aku panggil dan tegur tak elok masuk bilik orang. Even kau tak boleh dah nak lentur anak sebab kedegilan dia, kau boleh fikir kot, dah malam.. apalah salah nya panggil anak masuk bilik.

Takkan kau nak tunggu semua orang berjaga sebab nak layankan anak kau sampai dia tertidur. Anak aku tak sama macam kau,lewat malam tidur main handphone. Ajar anak speaking high level sekalipun tapi dengan adab tahap paling bawah, baik tak payah tunjuk lah. Geram betul rasa nya.

Memang tunggu masa nak kena dengan aku kalau budak bertuah buat hal, mak bapak kau taknak ambil tindakan, biar aku sendiri yang ajar anak kau macam mana. Tolong lah mak ayah sekalian, jangan nak guna alasan “alah. .dia budak lagi” dan kau biarkan anak kau jadi makin kurang ajar.

Masih tak terlambat lagi adik ipar aku nak ajar anak dia pasal adab tapi kena struggle dan perlu ada kekerasan sedikit. Aku tak perfect pon didik anak tapi bagi aku penting tunjuk adab yang baik depan anak. Ada juga anak aku buat perangai tapi aku dan suamiku memang marah depan-depan, bukan guna konsep tegur ada fasa-fasa.

Tiada. Anak buat silap, direct tegur dan daripada itu anak belajar. Cukup lah bebelan aku setakat ini. Anak aku pon tak sebaik mana, ada juga perangai nya tapi tugas ibubapa kena kawal pergerakan anak semua bukan biarkan sahaja. – Acik D (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nor hidayah – Budak memang sentiasa budak. Sebab tu mereka perlukan bimbingan. Tapi kalau berdepan budak macam tu, saya akan tegur je dengan cara yg boleh saya tegur. Jadikan mereka kawan. Cuma memang kennot brain la kalau anak masih tak tidur, mak bapa dah terlena dan biarkan ganggu orang lain. Mak bapa kena tegur la tentang adab.

Kalau berdepan budak yang ada isu pasal adab ni, saya tak tuding jari pada budak, sebab mereka hanya ikut keadaan sekeliling. Mak bapa kena sentiasa ada bagi perhatian, tegur selalu. Baru budak ada common sense.

Pari-pari – Betol la tuu…mmg kena ajar adab w/p kecil lagi… Teringat anak sedara aku sendiri tapi sebelah suami…umur diorg masa tu dah 8/9 tahun rasanya…jarang2 sgt jumpa…tapi ada sekali tu diorg dtg ziarah rumah aku time raya…diorg pon main la sama2 dgn anak aku dlm bilik anak aku…

Lepas aku sembang2 aku pon masok bilik sbb nak solat… sambil2 tu aku masok bilik anak2 aku nak tgk diorg buat apa… punya la aku terperanjat sbb anak sedara aku tu dgn adik beradik dia (3 org) sedang main lompat2 atas tilam anak aku…tilam tu mcm ada spring diorg buat…

Aku pon apa lagi…aku jerkah kan jer. Anak aku sebaya diorg.. Anak aku cakap… dah diberitau jgn buat camtu tapi diorg tetap gak melompat2… Ko rasa?? Tu sbb org cakap…melentur buluh dari rebung.

Yasalma bidin – ‘Maaf ye nak..dah malam ni acik nak tidur, pergi bilik mak ayah kamu dan tidur. Jangan datang dan buat bising SEBAB baby terjaga nanti. Tak baik ganggu orang lain… Dah pergi tidur ye’
Ucapkan dgn ikhlas dan tegas. Budak kena bgtau SEBAB baru dia boleh fikir.

Apa salahnya cakap mcm tu niat ikhlas kerana nk didik anak kecil. Tk kisah anak sape. Insyaallah manatau berkesan sb keikhlasan kita tu. Jika kita rasa kita pandai didik adab, ada lebihan ilmu kita bantu. Sedekah sikit bantuan, tegur budak tu elok2 . Bukan tak habis2 kondem mak ayahnya.

Buang unsur marah dan geram sb ia buat anda akan terus rasa bagus dan tanpa sedar jd terlalu yakin diri lebih bagus lalu teriak dlm mendidik anak2 sdgkan belum lg lalui bgaimana ujian n cabaran didik anak apabila umurnya kian bertambah kian banyak karenahnya. Anyway Budak 4 th tgh excited explore itu ini sdgkan masa dia below 2 years follow je dgr ckp.

Mila kamila – Ajar adab tu memang penting… tapi janganlah kita compare antara anak2 ni. 4 tahun ni kecik sgt lagi, ada budak yg boleh terima, ada yg tak leh terima. Pernah tengok budak yg memang suka sepah mainan, dah umur 7 tahun gitu baru ikut cakap.
Itu blom lg kalau dpt anak yg hyper. Ko cakap or ajarlah camna pun, dia tetap ikut kepala dia juga.

Anak saya dah 6 tahun pun kadang ok, kadang ikut kepala dia juga. Bila dgn anak sedara ni mmg kena bertolak ansur.. didikan & background berbeza, kena banyak tolak ansur. Tegur je lah budak tuh… biasanya org yg jarang jumpa ni diorg akan hormat skit.

Sumber IIUM