“Saya bukan jual diri, maaf perempuan, kalau terasa. Saya tidak perlukan hantaran RM10-20K”.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bnuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar. Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’. Tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, ketika beliau masih berada di tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah. Simple bukan? Kenapa perlu pening? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak? Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? Fikir fikirkan lah sendiri… “Seganlah. Nanti orang kata apa.” “Isk, buat malu belajar tinggi tinggi, tak dapat hantaran.” Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan. Rezeki Tuhan ada di mana mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri isteri daripada jenis kamu sendiri, Supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21). – Sue (Bukan nama sebenar) via

Reaksi Warganet

Nor Fazura Asyraf – Kawen awal, kawen lambat, hantaran mahal, hantaran tak ada, majlis besar besaran, majlis 2 dulang je. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Tak perlu memperlekehkan antara satu sama lain. Membuktikan diri sendiri lebih baik. Kasut lain lain. Asal tak menyusahkan orang lain. Jalan je..

Siti Zara – Bagusla dik, kawen muda. Dan sangat bagus bila tiada majlis besar besaran, tiada hantaran dan tak mengharap duit suami or harta suami. Cuma acik ni nak pesan, jika ada permasalahan berlaku dalam rumahtangga, jangan ungkit. Sebab sepanjang acik hidup selama lebih 40 tahun ni, acik tengok isteri isteri selalu mengaku sangat redha dengan kehidupan ala kadar.

Tapi bila berlaku masalah dengan suami je, mereka akan ungkit dari sekecil kecil zarah walaupun ia dah terjadi bertahun tahun. So kalau nak bangga dengan “kesederhanaan” yang adik lalui, harap sampai bila bila bangga, jangan ada rasa menyesal. Moga bahagia hingga jannah..

Ruhaiza Samsudin – Hmm aku kawin umur 22, pelajar tahun 3 biomedical sc. Hantaran atas 10k, barang kemas serba berdiri (saja nak bgtau). Laki aku mase kahwin dengan aku, HO kat HKL. Dia OK je dengan Wang hantaran macam tu. Tak merungut pun. Aku pun tak paksa dia kahwin dengan aku. Kami sama sama sedia nak mendirikan Masjid.

Awal perkahwinan memang manis. Bila makin lama ko kenal seseorang, ko akan mula terfikir macam macam2, contohnya kenwpe la dulu aku senang senang je nak kwin dengan dia. Begitu la begini la. Hatta sekecil kecil bende pun bila nak masuk tahun pertama kahwin akan mula buat ko nak gado dengan laki ko.

Aku cakap ni sebab ni realiti. Ada je orang terdekat aku, kahwin kononnya tak sanggup nak bebankan laki. Tapi bila laki mula senang dia lupa dekat bini dia yang dulu hidup susah dengan dia.. Aku ni nak masuk 7 tahun dah kahwin. Pun tak berani nak judge orang, hantaran mahal tak bahagia, hantaran murah bahagia.

Sebab setiap perkahwinan tu ada masam manis pahit masin dia sendiri. Sama ada orang tau dengan tak je. Kahwin ni ibarat perjudian. Menang sabut timbul, menang batu tenggelam. So tak payah bother nak compare life orang. Takut nanti sibuk amik tau hal orang, kain sendiri tercarik tak sedar.. P/s: welcome stalking my fb ye confessor, huhu.

Dyana Md Nor – Akak dik kahwin masa umur akak 28. Rasa sangat sangat bersyukur perancangan untuk kahwin pada usia tu Allah permudahkan sangat sangat. Orangg kata dah tua??, Ada aku kisah? Sebab apa?, Sebab akak rasa akak puas mmbahagiakan ibu ayah akak. Puas bawak dorang berjalan.

Lagi lai si ibu. Tak perlu tunggu sang suami atauayah untuk bawk ibu pergi mana mana. Sebenarnya terpulang awak nak kahwin umur berapa , 13,16, atau 40 tahun skalipun. Asalkan itu yang buat kita bahagia. Ada jugak kawan akak tak kahwin tapi dia bahagia dengann cara hidup yang dia pilih..

Akak ni 12 tahun dik dah kahwin, masih macam mood honeymoon lagi walaupun usia dah 40 tahun ni, haha… Kebahagian tu kita yang cari. Bahagia jugak dulu hakak ni dapat naik pelamin ada malam berinai bagai. Kan dah nama terpulang pada diri kita masing2. Akak pun tak letak diri hantaran dulu. Smua sang suami. Jadi jangan bandingkan suamimu dengan suamiku.. Kan beza tu..

Mungkin awak jenis suka giila bersederhana. Tapi kami ada selera kami nak melaram baju pengantin. Kan tak sama tu. Jadi jangan persoalkan kehendak orang lain yer. Tak sama sekali dengan kehendak awak.. Tak semestinya awak kahwin muda awak lebih bagus dan lebih perfect dari kami yang kahwin lewat ni and kawan kawi kami yang tak kahwin kahwin lagi. Sorry dik.

Salwa gold – Entah lah. Aku nak kata stuju dengan confession ni 100% tak kot. Cuma bagi aku. Kalau kahwin, atleast buat majlis lah. Bukan apa, kita hidang makan kat org. Tu kan sedekah jugak. Bagi makan sedap2. Aku masa kahwin, kalau sanding tak buat. Sebab bagi aku, aku rasa cam tk function utk aku. Kalau org lain, ade function lah. Aku sedara mara pun tak ramai.

Cuma buat makan beradap je. Lepastu amik gambar outdoor. Makan memang banyak lauk. Bukan lauk cincai hidang kat org ye. Air pun yang sedap. Aku suka tengok org makan. Lagi satu, kalau kahwin buat je lah majlis untuk war2 kan pada org yang kita dah kahwin. Boleh nak mudahkan, Tapi Jangan terlalu memudahkan sgt semua perkara. Paham tak

Sumber IIUMC