Lps bcerrai mak kawin lain. Bmula mimpi ngeri hidup aku. Kaki ditarik, terhantuk2 kepala kat tangga.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum admin harap admin siarankan kisah ini dan hide profil saya. Saya nak ceritan kisah hidup saya yang gelap disebabkan oleh pencerraian ibu bapa.

Mak dengan ayah saya dah bercerrai dari saya baby lagi. Ketika itu saya di bawa lari jauh dari ayah saya. Mak jaga saya dengan sempurna dan baik sangat – sangat tapi sampailah umur saya 4 tahun, mak saya telah berkahwin lain. Bermula dari situ bermulalah kisah hidup yang saya tak akan lupa sampai saya m4ti. Kisah dan kenangan yang jadi kesan yang amat dalam di hati saya.

Bila mak kahwin, dia bawak saya duduk sekali dekat rumah sewa dengan ayah tiri saya. Masa tu umur saya baru 5 tahun, kanak – kanak yang masih perlukan kasih sayang dari seorang ibu. Rumah sewa tu rumah kampung atas papan bawahnya pula batu. Mak dengan ayah tiri saya nak tidur atas, saya pula dibiarkan kat bawah.

Saya takut sangat jadi saya naik tangga kayu, saya ingat lagi tinggi tangga tu. Saya pergi dekat mak tapi ayah tiri saya marah, dia tarik kaki saya dengan kepala kat bawah kaki kat atas terbalik. Dia heret saya turun tangga yang tinggi terhantuk – hantuk kepala saya dekat tangga kayu tu. Saya menangis sebab s4kit dan takut.

Ayah tiri langsung tak hiraukan malah saya ditend4ng dan diIemparkan kat dinding berulang – ulang kali kena pij4k. Mak saya? Dia cuma melihat dari jauh. Kalau kami keluar naik kereta mak saya duduk depan la kan dengan ayah tiri saya, dia akan ambik rok0k yang dah menyala kemudian dia cucuk tangan saya, dengan sengaja dia cvbit pipi saya sampai berbekas. Untuk pengetahuan para pembaca, sampai sekarang masih ada bekas tu.

Bekas yang pasti saya akan ingati dan menjadi tr4uma dalam hidup saya. Seingat saya, ketika saya di sekolah rendah, ayah tiri suka sewa rumah di hujung – hujung kampung yang jauh sangat dari sekolah. Antara perkara yang saya paling tak boleh lupa, mak suruh ayah tiri hantar saya pergi sekolah, dia marah mak sebab dia terp4ksa kena bangun awal.

Dalam kereta dia bukak tali pingang dia, dia pukuI saya dengan tali pinggang sekuat hati, dia ambik spanar dia k3tuk bibir saya sampai berdar4h. Bila balik sekolah dia tak ambik pun, jadi saya balik jalan kaki. Dah petang baru sampai rumah, mak saya tegok bibir saya bengk4k dia tuam buat bubur tapi dia tak tanya pun kenapa? Mungkin dia pun tahu mesti sebab ayah tiri.

Masa tu saya pikir saya nak m4ti kenapa saya kena lahir dalam dunia yang orang tak nak pun kelahiran saya. Saya ditend4ng macam bola, kadang – kadang saya duduk dengan nenek saya, kadang – kadang mak saya ambik balik duduk dengan dia, macam tu la kehidupan saya. Tapi nenek saya orang susah, dia tak mampu nak jaga saya.

Jadi akhirnya mak saya yang jaga saya sampai habis sekolah. Itulah pend3ritaan hidup saya, masa nak ambik SPM pun jalan kaki jauh – jauh. Saya redah je berjalan jauh pergi sekolah, janji saya dapat habiskan SPM. Tapi sekolah pun kadang – kadang pergi kadang – kadang tak sebab mak saya pun orang susah.

Saya kena pukuI sampai saya habis sekolah, hinggakan saya dah tak rasa apa kalau kena pukuI dengan ayah tiri. Habis ja SPM saya sambung belajar tapi saya tak boleh nak habiskan sebab masalah kewangan yang teruk walau dapat elaun pun masih tak cukup. Selalu saya tak makan kat kolej, jadi saya terp4ksa berhenti balik rumah mak dan cari kerja.

Waktu tu ayah tiri tetap nak pukuI saya tapi saya dah besar, saya dah tahu nak meIawan. Saya lari bawak diri kat tempat orang, masa tu saya tak ada apa – apa, saya hanya bawak badan ja dan fikiran saya kosong, otak saya lost, saya tertekan sebenarnya. Saya memang ada tekanan perasaan yang teruk. Saya tak boleh bergaul dengan orang sampai sekarang, saya tak mampu nak ada eyes contact dengan orang lain.

Saya jadi takut dengan orang. Selepas tu saya kerja dengan gunakan keputvsan SPM. Saya mampu kerja kilang jela, itu pun saya pinjam duit dengan kawan sementara nak gaji. Saya tumpang rumah kawan, bila dapat gaji saya duduk bilik sewa. Ok lah kan, bilik tu dari tak ada apa – apa, biasalah bilik sewa tu kosong.

Bila dapat gaji, saya gaji saya beli sikit – sikit barang dalam bilik tu. Saya kerja sampai la saya jumpa dengan suami saya sekarang. Jujur saya cakap, saya rasa macam tak percaya sekarang saya dah berkahwin dan mempunyai anak yang comel – comel dan kehidupan yang lebih baik. Saya minta agar para pembaca dapat doakan saya dan suami sampai jannah ye.

Saya tak nak anak – anak saya lalui, apa yang saya pernah rasa. S4kit sangat, perit sampai sekarang. Parut luaran mungkin boleh hilang atau ditutup tapi parut di dalam masih s4kit, perit dan h4ncur. Tolonglah ibu – ibu dekat kat luar sana, suami boleh cari tapi anak kita tak boleh beli. Terima kasih admin sebab siarkan kisah saya.

Reaksi warganet

Mazita Mazita – Setiap orang ada kisah sendiri. Jadikan itu ujian buat kamu. Insyallah, Allah tahu dan sentiasalah mohon keberkatan darinya. Semoga bahagia sampai jannah, amiiin.

Norlidah Saian – Syukurlah dengan apa yang awak lalui sekarag, tuhan dah baIas dengan kebahagiaan bersama suami dan anak – anak. Sewajarnya ibu jagalah amanah dariNya. Moga awak dan family bahagia hingga ke Jannah.

Robiah Salleh – Allahuakbar kesiannya, kenapalah mak awak sanggup buat macam tu dekat anak dia sendiri. Semoga segala perbuatan jahat bapak tiri tu dibaIas oleh Allah. Bersabarlah dan jagalah anak – anak awak dengan baik. Semoga adik bertemu sinar kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Fitry Hashim – Beratnya dugaan yang dilalui oleh TT. Kenapa wujud ibu yang tiada perasaan beIas dengan anak. Memang ramai ibu tunggal yang bila berkahwin dengan suami baru, sanggup biar anak did3ra dari segi em0si dan fizikaI. Malah ada yang lebih teruk hingga sanggup ‘makan’ anak tiri sendiri.

Apa yang ibu – ibu ini lakukan, hanya mampu tengok pend3ritaan yang dilalui oleh anak yang tak bersalah. Bersyukurlah sebab sekarang TT dah mempunyai seorang suami yang boleh jadi peIindung kepada TT dan anak – anak. Kepada ibu – ibu tunggal, wanita di luar sana, ingatlah walau apa pun terjadi IindungiIah anak, harta dan amanah yang tak ternilai.

Aisya Inthouse – Mengalir air mata baca kisah hitam awak. Tapi saya bangga sebab awak tak putvs asa dan terus bangkit walaupun tiada sesiapa yang membantu. Tapi yang pasti Allah sentiasa ada, sebab tu sekarang awak bahagia dengan suami dan anak – anak.

Ida noor – Mengalir airmata baca kisah ni.
Sbb tulah sanggup ketepikan rasa hati, bersendiri demi menjaga emosi anak. Syukur penderitaan puan tuhan balas dgn kebahagiaan suami yg baik serta anak yg sihat dan comel2. Wahai lelaki/suami bertggungjwblah pd akad ijabqabul yg kau lafazkan.

JANGAN AMBIL MUDH!!!. Jagalah isteri, anak kandung/anak tiri dgn baik. Jgnlah permainkan amanah dr Allah dan harapan dr ibubapa mertua, mengharapkan jaga anakcucu mereka dgn baik. Jgn kau aniaya anakcucu org nescaya azab besar menimpa kamu di hari pembalasan.

Sumber mediaciteheboh