“Ibarat perigi cari timba”. Dilema dlm mcari jodoh. Bila jump terus hilang. Sampai pikir nk buat 1VF wlpn bujang.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua dan terima kasih banyak admin jika cerita saya disiarkan.

Saya ada baca kisah tak nak kahwin. Sila klii link dibawah..

“Tak nak kawin”. Umur 43thn, masih single. Dekt 20kali dilamar tp xmnjadi. Mgkin aku ada sbb trsendiri.

Disini saya nak nyatakan kisah saya pula. Saya berumur 41 tahun, seorang guru di sekolah kerajaan dan masih bujang. Penulis ‘taknak kahwin’ nyatakan yang dia banyak kali dilamar cuma beliau tidak mahu menerimanya (lamaran). Saya pula seumur hidup saya tidak pernah bercinta juga dilamar.

Pernah, semasa saya berumur 30-an adalah satu family datang ke rumah ibubapa saya untuk melihat saya dan akhirnya diam begitu sahaja. Mesti semua fikir kenapa kan? Saya sebenarnya seorang yang kurang menarik. Semasa saya berumur akhir 20-an, dan 30-an saya giat mencari jodoh. Saya banyak kali join kelab mencari jodoh.

Saya juga pernah berjanji temu buta dengan calon jodoh saya. G1la kan saya? Orang kata perigi cari timba. Hidung tak mancung pipi tersorong- sorong. Tapi, apa yang saya dapat dari janji temu tersebut? Hanyalah kekecewaan. Sebelum berjumpa, biasalah adat lelaki, orang kata lembut lidah…

Memuji saya, katakan tak sabar berjumpa dengan saya. Saya sanggup turun ke kota Kuala Lumpur untuk bertemu dengan calon tersebut. Balik dari berjumpa, diam seribu bahasa. Betul-betul menyesakkan hati saya yang telah tertangkap cintan. Selalunya bertemu janji ni, tak pernah lebih dari sekali.

Lepas tu kejadian ni berulang lagi, tak silap saya 4 kali peristiwa ni berlaku dan kali terakhir adalah pada tahun 2013. Selepas 2013, saya taubat taknak buat lagi, sebab taknak hati saya s4kit. Pernah berjanji temu dengan calon jodoh saya berlaku 2 kali dengan orang yang sama.

Tahu tak, pada pertemuan kali kedua lelaki tersebut mahu meminjam duit saya. Makan pun saya belanja. Rasa- rasa saya bagi tak pinjam duit? Ye, memang saya beri tapi RM50 sahaja. Orang lain mesti kata saya b0 doh. Ye, saya b0 doh.. Ya, masa tu saya betul-betul kepingin bercinta, rasa dicintai dan mencintai..

Tapi nasib baik Allah sentiasa melindungi saya. Duit saja hilang RM50. Selepas memberi pinjaman, lelaki tersebut tidak menghubungi saya lagi. Diakhir 30-an, saya bernekad untuk tidak mencari cinta lagi. Cukuplah saya sakitkan hati sendiri… Bila saya dah jatuh hati, akhirnya saya akan dikecewakan lagi.

Biarlah cinta ini saya lahirkan pada Allah, pada agama Islam, keluarga saya, pada kawan-kawan saya dan pada pelajar saya. Kadang-kadang, saya risau juga. Siapa nak jaga saya masa tua nanti.. terfikir juga semasa menonton k-drama baru- baru ini, kan best kalau boleh buat ivf walaupun bujang…

Astaghfirullah al-hazim… Jauh kan saya berfikir. Saya memang suka berfikir diluar kotak, cikgu sains lah katakan. Yelah, saya ada rumah sendiri, duduk pun sorang-sorang. Biasalah kadang- kadang tu sy4itan mer4cun fikiran kita. Akhirnya, hati saya berdetik, Allah sahaja sebaik- baik pelindung.

Kita letak suami, anak-anak sebagai pelindung utama kita. Kalau suami kita mati lebih awal dari kita, macam mana? Ada juga orang yang melihat saya sebagai malang kerana tidak kahwin. Cara pandangannya tajam setelah mengetahui saya masih bujang. Tapi saya buat tak tahu sahaja.

Pada saya, saya langsung tak malang kerana saya punya kerja yang baik, pendidikan tinggi dan juga aset. Saya bergaul baik dengan baik dengan semua orang, jika bekursus saya juga menonjolkan diri dengan menyatakan pendapat yang bernas.

Jujur saya katakan saya bolehlah dikatakan guru yang agak terkenal di daerah saya atas keaktifan saya. Disini, saya mahu meminta kepada semua wanita yang masih bujang supaya jangan jadi macam saya dahulu… Terlalu ghairah mencari cinta dengan berjanji temu buta dengan orang yang tak dikenali..

Takut sekarang banyak terjadi kisah menakutkan seperti kes pendakwah selebriti tersebut.. jagalah diri, jangan risau nak mencari jodoh, jika ada adalah. Jika tiada, mungkin Allah nak kita dekat dengan Dia. Kita belum ada apa-apa dah terpikat dengan mulut manis lelaki..

kalau dah jadi kekasih, agaknya sampai lupa agama dan keluarga (itu akaklah)…. Pendek kata jangan jadi macam akak yang lupa dunia ni…. Sekian terima kasih. – Cikgu Di (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mariatul shima – Life org single ni simple ja… Just go with the flow… Masalahnya org lain pulak yg selalu susah hati kenapa org single ni x kawin2, pelik!… Mcm2 tohmahan la yg kena… Mudahnya.. pegang pd janji Allah ja… Buat perkara yg disuruh, tinggalkan perkara yg dilarang… Kawin tu boleh jd tiket ke syurga mungkin jg boleh jd tiket ke neraka (nauzubillah).

Dah usaha tp kalau takdir Allah org tu tetap single.. Doa ja… Moga Allah permudahkan urusan di dunia Dan di akhirat sana… and moga Tak meninggal dalam keadaan sendirian tanpa pengetahuan sesiapa (nauzubillah)…

p/s: takde org yg waras dlm dunia ni nk hidup single smpai tua… Tp sekurang2nya org single ni ment4l dia sihat… Sentiasa positive dgn segala apa takdir yg Allah berikan…

Jamilah nor – Mcm ustazah ckp wanita yg malang adalah yg salah pilih suami. Yg belum kahwin tak berdosa pun klau masih single sbb nak buat mcmana jodoh tu hak Allah swt. Kita cuma mampu berdoa n bersangka baik pd Allah swt. Apa berlaku fikir positif sj. Yg dah kahwin tu jgn lah beri tekanan pd yg belum berjumpa jodoh. Klau dah ambil berat tolong carikan calon utk kawan2.

Mcm makcik zaman muda mudi dulu mmg ramai kawan2 kita tolong carikan calon. Alhamdulillah dah bercucu pun mereka. Jgn pandai menyindir n mengejek kekawan yg belum berjodoh hg membuatkan mereka str3ss. Tak semestinya bahagia yg berjodoh. Cuma yg masih belum berjodoh fikir positif. Guna masa single sebaik mungkin. Byk perkara yg boleh dilakukan sbb bila dah kahwin byk masa terbatas.

Yg dah bertemu jodoh rajin2 kanlah diri sbb kita bkn sendirian lg. Byk perkara yg perlu dik0rbankan seperti masa, wang ringgit, kudrat n kasih sayang. Bahagia kita tak sama bg org bujang n yg dah kahwin. Apa berlaku hidup kena diteruskan juga. Yg penting kita kena redha akan ketentuan Allah swt dan sentiasa berdoa n mengadu pdnya.

Hu ha – Sy ada kawan sekerja, bekas rakan sekerja. Umur 40an, tapi nampak awet muda, berbadan kecil. Mpunyai rupa paras menarik dan diminati ramai lelaki, pun tidak bjodoh lg sampai hari ni. Dia ramai kawan lelaki tapi x penah bcinta sbb nk jaga ikhtilat.

Kebanyakan lelaki yg minat, takut nk dekat. Ada yg bg alasan, x kaya, ada yg ckp x hensem. Nasib dia asyik jumpa llaki lbh muda. Di usia 40an masih ada lelaki umur 20an yg serius mengurat tp dia rasa x leh terima sbb tlalu jauh beza.

Dia alim, tapi kebanyakan lelaki yg minat dia kategori x berapa alim, ada yg nakal. ada kawan2 laki yg cakap laki takut sebab rasa x setaraf dgn dia. Sbb dia berani, berprinsip, tegas, yakin, cekap buat kerja rumah. Boleh kata pandai serba serbi smpai laki takut.

Cantik, lawa pun bkn jaminan utk mudah dpt jodoh, kdg laki lagi takut. Takut kena reject. Ramai kawan sy muka biasa2, xde rupa kawin awal. Sy penah jumpa ppuan yg cacat kt muka sbb tbakar kawin awal n dpt suami ok. Kwn sy cacat di bhgn kaki, dpt suami yg normal dan ada rupa. Jodoh tu rahsia.

Sumber IIUM