Dipksa “mrangkak” demi ssuap nasi. Pelik Istri hari2 hadap phone. Aku mula syak bukn2. Bila ty istri mnangis smahunya.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan confession saya. Saya adalah suami yang mempunyai isteri seorang ustazah KAFA. Untuk makluman isteri saya adalah graduan UIA.

Sebelum kami berkahwin isteri saya sudah banyak apply untuk kerja tetapi semuanya ditolak. Memandangkan situasi ekonomi yang mencabar, isteri saya terpaksa meminta apa sahaja kerja yang boleh dia buat. Dari dropship, business online, cod, mengajar mengaji, dan sebagainya. Sampailah dia mendapat tawaran guru KAFA.

Semasa proses pemilihan begitu ramai calon2 yang mohon. Bukan calang2 juga calon2 itu semua, kebanyakan mereka ada degree seperti isteri saya, malah lebih dari itu pun ada. Alhamdulillah isteri saya lepas sehingga pemilihan akhir dan dapat bertugas sebagai guru KAFA.

Hanya beberapa orang calon sahaja yang diterima bekerja, dalam 10% dari total pemohon. Bayangkan, bertapa mencabar untuk graduan kita hendak apply kerja. Berbalik kepada tajuk saya nasib ustazah “dipaksa“ merangkak untuk sesuap nasi. Hari pertama isteri saya bertugas, saya amat kasihan melihat keadaan tempat kerjanya.

Mereka guru2 KAFA tiada bilik guru, hanya kerusi2 disusun diluar untuk mereka duduk dan kemas2 buku2 atau fail2 untuk silibus subjek. Murid2 pula MasyaAllah, nakal!! Yang berlari2 nya yang terjerit2 nya yang bergaduh nya. Saya pula jadi pening tengok mereka.

Selepas itu saya balik kerumah. Selepas isteri saya balik kerja saya bertanya mngenai sekolah. Untuk pengetahuan, isteri saya ni mmg terlalu baik orgnya, lurus betul. Dia cakap semua ok macam biasa je. Padahal saya dah perhati semuanya dari lepas saya hantar ke sekolah.

Hari demi hari berlalu sehinggalah saya asyik perasan isteri saya tak lepas dari phone dia setiap hari. Hati saya mula syak bukan2. Terus saya ambil phone dia senyap2 dan buka wasap. Fuhhh!! Beratus2 chat dari ibu bapa murid2. Berpuluh2 chat dari guru2 senior.

Semuanya minta isteri saya uruskan masalah2 mereka yang perlu diselesaikan. Macam2 hal!! Yang ibu tanya pensel warna anak, yang ayah tanya anak dia bila nak habis kelas, yang pengetua suruh pergi kursus itu ini sebagai wakil. Hmmm terus rasa bersalah dalam hati ini kerana mengesyaki bukan2 padahal isteriku ini adalah wanita terbaik Allah amanahkan untukku jaga.

Keesokan harinya selesai subuh saya bertanya kepada isteri. Berapa gaji awak? Dia jawab dalam 1000. Saya tanya lagi elaun berapa? Dia jawab tiada gaji sebenarnya, yang dapat hanya elaun lah jumlah tu sahaja. Terkejut saya! Dah lah guru KAFA bukan kerajaan tiada pencen dan Tiada privileges seperti guru2 lain.

Saya pun bertanya lagi, betul ke ok dengan kerja ni? Saya mahu dia jujur. Terus air mata dia mengalir, dia cakap dia penat sangat. Dia str3ss, tapi dia taknak berhenti kerja. Kerana mak ayah dia hantar dia belajar sampai degree, dan mereka mahu dia berkerja. Kalau ikutkan, gaji saya sudah cukup kalau isteri saya tidak kerja sekalipun.

Dia beritahu murid2 sangat susah dikawal, paling saya terkejut usia2 macamtu dah pandai benda2 lucah. Belum masuk hal2 mak ayah yang banyak sangat kerenah, sampai waktu selepas bekerja pun sibuk duk tanya itu ini.

Isteri saya ni baik dan lurus sangat, saya pesan supaya jadi garang dan jangan ikut sangat kehendak orang lain. Tapi itulah diri dia, end up dia akan menangis luah kat saya. Jadi apabila timbul isu baru2 ni ustazah dipaksa merangkak memang saya agak terkilan dengan perkara itu. Untuk pengetahuan ibu bapa. Kebanyakan guru2 agama kita bukan orang biasa2.

Mereka pun ada lulusan tinggi2, malah sebahagian mereka memang tak pandang kerjaya tinggi2 gaji mewah2 ni. Memang mereka niat ikhlas untuk didik anak2 tuan2 puan2 mengenai ilmu agama. Santunilah mereka sebagai saudara saudari islam yang sepatutnya. Kalau dibandingkan gaji mereka 1000 itu dengan keringat kudrat yang mereka curahkan.

Tak terbanding tuan2 puan2 sekalian. Mereka juga punya suami punya anak2 dan periuk nasi yang perlu diisi. Sebenarnya, banyak lagi perkara2 yang saya tak dapat nak luah mengenai nasib guru2 KAFA ini. Dikesempatan ini, Harapnya kerajaan baru ini, buatlah penyerapan guru2 KAFA yang berkelayakan tinggi ini untuk masuk kerajaan.

Bukan lagi swasta yang hanya dapat elaun 1000 sebulan. Bukan saya nak complain untuk isteri saya, tetapi ramai lagi guru2 KAFA lain yang nasib mereka tak terbela. Ada antara mereka yang suami dan isteri guru KAFA. Bagaimana mereka nak survive dalam ekonomi yang mencabar ini?

Dari beberapa tahun lepas janji nak serap masuk kerajaan, ramai yang berharap dan sanggup stay dalam bidang ini. Saya akan terus perjuangkan hak dan nasib isteri saya dan guru KAFA lain. Itu sahaja dari saya. Terima kasih. – Suami Ustazah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur saleha – Kesiannya isteri tuan. Guru juga manusia biasa, nak kena hadap anak murid nakal lagi, mak bapak murid yang biadap dan banyak songeh lagi, pengetua yang tak memahami pulak tu, nak kena jaga rumahtangganya lagi. Penatnya.. kalau saya mungkin saya takkan mampu jadi sehebat isteri tuan.

Bila tegas, mak bapak bising. Bila lembut sangat, anak murid pula pijak kepala. Semoga nasib semua guru-guru KAFA termasuk isteri tuan terbela. Kalau rasa tak mampu bertahan, berhentilah kerja. Takut str3ss sangat sampai kena depr3ssion, sudahlah gaji pula tak setimpal. Semoga yang baik baik untuk tuan dan isteri.

Ana tajul – saya juga seorang guru kafa, alhamdulilah byk pengalaman yg saya kutip semenjak lebih dr satu dekad saya mengajar al quran,apa yg nak saya nyatakan di sini,mmg bon mudah utk mendidik ank2 murid sementelah zmn skrg ni byk cabaran,apa yg pasti saya doakan semoga tt terus tabah.

sbb mmg bknlah mudah utk kita mendidik ank2 supaya mengenal kalam TUHAN,saya juga pernah berdepan dgn kelakuan ank2 yg melampaui batas kesabaran saya,tp saya kuatkan semangat,saya doakan tt dan suami berjaya dunia akhirat,byk kelebihan jika kita mengajar Al quran Semoga tabah ya.

Ellona – Jika tt tinggal di bandar saya cadangkan buat tuisyen utk anak2 jiran yg nak belajar, subject bahasa melayu, agama, bahasa arab, mengaji & subject matematik, utk lima subject bole charge RM150 seorg selama sebln, belajar 5 hari seminggu hari 7.30 malam hingga 9.30 malam.

Hanya sediakan kerja latihan dan coach kerja sekolah, anak jiran saya buat kelas part time tuiton shj skrg murid dah 20 org, lagi mudah masa pun x terlalu panjang, anak2 pun membesar dpn mata.

Didie ghazali – Saya cadangkan just buat group whatsapp ibu bapa ikut kelas dan hanya admin sahaja yg boleh tulis update…ibu bapa tak boleh reply – ada setting di whatsapp

As for the issue ustazah suruh budak merangkak, sorry to saya saya tak setuju pendekatan macam tu.. For me nak rotan ke nak marah ke boleh tapi merangkak ni menjatuhkan air muka dan m4ruah murid…they are fragile and masih kanak-kanak..

Betul nak ajar tapi denda cara lain… berdiri atas kerusi ke, lari keliling padang ke… Atau rujuk guru disiplin.. And ibu bapa pun kena rasional juga..tak payah semua benda nak record and tayang dekat satu dunia.

Sumber IIUM