Belum mula kerja lg, mak dh ‘booking’ duit gaji aku utk bayar loan. Ayah pula suruh beli H. Aku tersepit

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan terima kasih admin kalau post confession ni.

Ceritanya macam ni, In Shaa Allah kalau ada rezeki Allah nak bagi mungkin awal tahun depan aku dah start kerja sebab surat lantikan dah dapat cuma penempatan tu tak tahu kat mana. Of courselah excited kan, banyak benda nak dicapai terutama gembirakan parents, beli itu ini untuk mereka.

Mereka pun mesti excited nak merasa gaji anak pertama dorang ni. Cuma yang menjadi konflik kat otak aku sekarang ni bila mak aku ada mention pasal suruh buat loan untuk habiskan bayar bangunan kedai yang dia beli. Dulu mak aku ada business tapi tulah business kan ada pasang surut so sekarang agak sesak juga nak habiskan bayar kedai tu bulan bulan.

Mak aku memang nak jual kedai tu cuma ayah aku pula cakap sayang kalau nak jual sebab mak aku dah bayar deposit kedai tu quite high which was RM200k macam tu. Dan bukan senang nak beli kedai, who knows maybe in future kedai tu boleh digunakan untuk business. Aku bukan nak kedekut dengan parents tapi let say kalau aku buat loan juga, bayaran bulanan kedai tu makan separuh gaji aku.

Yang lucunya mak aku cuba sedapkan hati aku dengan kata, “kalau kau sewa RM1600, sebulan bayar bank RM1300 lagi RM300 kau ambil lah. Untung tu, banyak mau sewa kedai tu.” dengan yakinnya mak aku cuba influence aku hahaha. Aku tahu aku ni jenis patuh arahan parents ibarat robot yang ada controller tu tapi aku tak lah bdoh sangat (tersengih).

Dari mak aku beli kedai tu sampai sekarang lagi lagi PKP ni, belum ada lagi yang pernah sewa kedai tu. Kedai tu kosong (facepalm). So macam mana aku nak ambil risiko nak buat loan yang besar tu? (nak nangis). Dahlah aku baru nak start kerja. Aku nak beli kereta pun ingat nak ambil axia je sebab bulanan and maintenance murah (walaupun aku mampu ambik si H ibarat suggestion ayah aku).

Tapi aku tak suka ada bebanan hutang yang besar. Aku tak suka duit aku dihabiskan untuk kebendaan yang aku rasa benda tu tak penting untuk aku. Like axia dengan honda, dua dua sama je function boleh berjalan cuma maybe in terms of cc and safety aspects memang honda la menang cuma aku bukan jenis suka drive laju laju jadi honda tu nantilah kalau gaji aku dah RM5k above ke.

So kalau kereta pun aku berkira nak bayar yang tinggi, apatah lagi loan untuk kedai yang tak tahu future nya (penat). Kalau loan tu RM200-RM300+ ke tak kisah juga cuma it’s RM1300 (nangis dalam kesepian). Aku betul betul tersepit sebab parents aku keep reminding, “jangan kedekut dengan ibu bapa, dulu kami pun bagi atuk nenek duit tiap bulan biar RM50, janji ada.

Tengok rezeki kami tidak pernah kurang. Sentiasa cukup.” Aku tak kisah tau kalau gaji aku level pengarah tapi ni aku baru nak start. It’s like RM3k+ maybe… Kedai pun takda orang sewa lagi. Adakah aku berkira sangat dengan parents aku? And takkan loan tu je aku nak spend untuk dorang? Mestilah duit poket ke apa aku kena bagi juga.

Dah kalau tinggal separuh gaji aku apa aku nak bagi, nak survive lol. Yes, I know aku boleh je terus terang cakap AKU TAK NAK. Tapi kan seandainyalah dialog itu mampu diungkap semudah macam dalam drama, tapi hakikatnya rasa bersalah tu terasa sangat sangat di dada.

Yelah, aku berjaya sampai dapat kerja ni pun semua jasa mak ayah. Bukan aku besar besar macam tu je. Benda ni complex sebenarnya seolah olah kau nak tarik rambut dalam tepung. Jadikan, korang ada suggestion tak macam mana, “nak tarik rambut tu tapi tak nak tepung berselerak juga”? Aku nak happykan dorang tapi bukan cara macam ni.

Tapi aku risau juga kalau aku tolak nanti dorang dah tak ikhlas nak terima pemberian aku yang lain. Pasal parents aku ni, aku faham mungkin dorang prefer “kebendaan” ni sebab masa kecil dorang orang susah. Jadi sekarang they really treasure it. So tu jelah citernya. Hopefully korang boleh bagi suggestion and terima kasih sudi baca. – Zahirah (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Noor Afidah Alias – Berkejar berlari sama juganya. Malah lagi teruk. Parents awak suruh awak buat loan, sebab nak pass diorang punya burden dekat awak. Instead of buat loan, tak payah buat loan, tapi awak take over je kedai tu. Sambung bayarkan untuk parents awak.

Kenapa nak ambik loan lain untuk selesaikan loan yang sedia ada? Tak paham betul la. Loan baru, interest baru, deposit baru, bukan berganda ke jadinya? Pening la. Kalau betul ada orang sewa, parents awak betul betul bagi duit sewa tu ke awak tak pe.

Zaman sekarang ada parents pandai game anak. Sebelum, beriya kata “haaa… Duit sewa tu nanti ambil la”. Selepas, awak tanggung loan, duit sewa entah ke mana. Bukan nak jadi batu api, tapi tolong la jangan buat loan. Ada banyak lagi cara lain. Baru dapat surat lantikan, mula kerja pun belum. Haaa..

Azlyn Zawawi – Tell your parents loan tak lulus sebab gaji kecil, dan baru kerja (HR tak advise ambil loan sebab belum confirm) – a little tipu sunat is better than masam muka antara anak beranak. Boleh la kot keep them quiet for a while. Lepas setahun, fikir alasan lain pulak. My 2 cents. Semoga dimudahkan.

Farah Ant – Tak dik, kau tak berkira. Pi duduk bersemuka dengan parents kau, buat kira kira depan muka mereka bagi mereka faham juga situasi kau. Aku pun anak sulung juga. Tapi bukan kita mintak lahir dulu dik. Tak adil kau diminta sambung beban tak ketahuan arah tuju macam tu.

Lain lah hartanah rumah. Since parents kau ungkit dulu depa bagi hatta RM50, kau pun cakaplah, “Mak, Pak, takat paras kakak harini, sebanyak sekian-sekian aja mampu. Doakan kakak boleh bagi lebih di Masa depan.” Dah

Aimi Syazana – 3k tu tak byk tau. Lepas tolak segala komitmen berapa ja boleh saving. Takkan sis taknak saving kan? Nak balas jasa parents bukan dengan buat loan. Bagi ja duit bulanan setakat mampu. Buat kira kira tolak semua belanja include in future loan axia. Bentang dekat parents.

Honda memang a big no-no. Walaupun mampu bayar bulan tapi lepas tolak semua belanja masih mampu ke ada saving? Harus difikir juga maintenance, roadtax insurans, servis and so on. Awal kerja dah tolak Rm1300 dari gaji rasa rugi sangat. Oh lupa, kira kira nanti masuk sekali loan asbf. Cakap la nak buat 200k ka. So, sebulan kena bayar dalam Rm1100 macamtu.

Kalau rasa tinggi sangat buat rendah sikit 150k-100k ka. Walaupun belum tentu buat loan tu sebagai saving plan buh ja sekali. So that tak perlu buat loan yang belum tentu ada pulangan. Dalam hal loan ni sis memang kena tegas. Kita yang nak menanggung nanti tau. Tapi kalau mampu silakan. Nak balas jasa parents bukan macam ni caranya.

Nun Husna – Iye betul benda ni tak boleh cakap, “tak boleh” straight depan mak ayah (kecuali jenis hati kering which i think you are not). Dulu akak pun ada family member suh apply personal loan sebab suruh join emas delay (scam lol). Akak buat buat je sediakan dokumen apa semua. Tapi tak submit pun kat bank. Pastu akak kata, “tak lepas loan gaji fresh grad.

Ciput”. Tipu sikit. Dah nampak tanda tanda family macam tu, akak nasihatkan awak jangan jujur sangat bagitau jumlah income berapa. Jangan tunjuk slip gaji. Awak buat low profile je. Kalau takat bagi duit bulan, belanja makan tu ok la. Kalau minta buat loan, ulang step yg akak buat tadi. Good luck

Sumber IIUMC