“Siapa wanita bkebaya tue”. Bila nak bantu “cuci” semua xberani. Brg2 dlm bilik tue hiduup. Tiap mlm dgr org sikat rambut.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, terima kasih kepada admin sudi keluarkan cerita aku, dan kepada pembaca dan admin aku doakan korang di berikan kesihatan di dunia dan dan diberikan rezeki seluas langit dan bumi.

Okey pengalaman aku kalini masa kenduri Busu di kampong nenek aku belah ibu di Melaka. Busu aku kawen agak lewat, adik beradik kami ada yang dah kawen dulu sebelum Busu tapi jodoh di tangan Allah, beza dia cepat dan lambat saje ye tak. Aku sampai pada malam sebelum kenduri, sebab aku bertolak lepas waktu kerja. Tunggu pulak abg aku si Alang kalau siap mengalahkan perempuan OCD dia tu aihh laahhh rimas aku.

Tapi tu la rezeki dia jumpa jodoh pon penyabar. Selepas semua dah sampai kami pon berkonvoi bertolak ke kampong nenek ku di Melaka. Separuh dah bertolak awal yang kami2 tak dapat cuti ni kami bertolak selepas waktu kerja. kami sampai dalam pukul 12.30 malam. Tengok rumah nenek aku punye la meriah macam hari raya. Ramai orang sebab kami kenduri rewang.

Laki aku paling teruja, dia cakap tak pernah lagi merasa kenduri rewang dalam hati aku (sian orang Bandar) aku pon bukan la tinggal kampong tapi merasa la juga merewang hahahaa. Aku jumpa papa dan ibu, ibu cakap kita duduk rumah aruwah Onyang kat belakang yang lain tidur dengan nenek dekat rumah depan. Sebab perlukan tenaga lelaki nak tolong2 angkat barang.

Aku pon cari kakak aku sebab dia sampai dulu dengan ibu dan papa. Dia kata bilik aku bilik belakang. Aku dan laki aku letak barang mandi2 lepas tu turun balik jumpa saudara mara kenal kan kat laki aku. Keluarga kami besar. Seronok laki aku beramah dengan family belah ibu, ada yang sebaya tapi pangkat berbeza. Malam tu juga ramai anak2 bujang membantu orang2 lama masak.

Paling aku rasa tercabar, kebanyakkan tukang masak adalah lelaki. Aku jeles sebab aku tak berapa pandai masak. Nasi minyak Lejen memang dari air tangan Tokyah aku, Tokyah ni aku memang tak tau la sedara nenek yang belah mane sebab ramai sangat. Nenek aku cakap kalau keluarga berdekatan kawen memang TokYah la orang yang akan di panggil untuk tolong masakkan nasi minyak dan asam pedas daging tetel.

Masakan dia memang sedap. Rempah ratus memang di siapkan malam tu juga. Sambal pula dimasak selama 6 jam bak kata nenek aku. Laki aku pon diberi tugasan, tugas laki aku tolong goreng ayam. Dah ada yang sebaya memang seronok la dia menolong. Aku biarkan je ni la masa nak mengeratkan silaturahim yea tak. Aku memang suka bila ada kenduri rewang macm ni sebab masa ni la sedara dari jauh akan datang menolong.

Kadang2 ada yang aku tak pernah nampak pon. Kalau nenek aku cerita perihal keluarga dia, aku ase sampai lusa tak habis sebab keluarga nenek memang besar. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku dah tak larat dah aku cakap kat ibu aku nak tidur sebab letih seharian bekerja sampai2 pula aku membantu apa yang patut. Part untuk anak perempuan selalunya bahagian bunga telur dan ambil berkat (goodie bag).

Setelah settle mata aku pon dah mula layu. Letih sangat. Aku mengajak kakak aku balik ke rumah belakang (rumah onyang) sebab aku nak tidur, esok pula ada majlis aku takut aku tak cukup rehat. Kakak aku pon setuju. Yang lelaki2 ni aku tak tau la pakai bateri apa segar bugar nampaknya berborak, bergelak aku hanya memberi hint kat laki aku menandakan aku nak tidur dulu.

Sampai je rumah inap kami, aku dan kakak aku capai tuala dan mandi sejenis manusia tak leh tidur kalau badan melekit2. Aku tanya kakak aku dia tidur mane? Dia cakap die tidur bilik tengah. Ibu, papa dan adik pula bilik bawah. Lepas mandi aku terus masuk bilik, disebabkan aku uzur aku tak dapat la solat sunat sebelum tidur. Sekejapan aku tertidur.

Tak lama lepas tu aku terdengar bunyi.. bunyi tu datang dari depan bilik aku. Aku nak bangun memang tak larat mata mengantuk telinga aku lak jenis tajam dengar bunyi sikit pon dah terjaga. Aku cuba intai dekat celah2 dinding. Aku kene bangun dan mencari lubang2 dinding yang boleh aku tengok, hanya mengintai dari atas katil. Sebab kan mamai, pandangan aku kabur.

Aku intai lagi… eh siapa dia ni? Di depan bilik aku ada macam meja study, tapi meja study zaman dulu-dulu punye yang kayu hitam memang semua la kayu. Dari bentuk badan takde pon rupa macam adik beradik aku.. pakai kebaya pulak tu, aku tengok jam pukul 3.30pg. Siapa sikat rambut pukul 3.30pg rambut bunyi macam daun kering bila kene sikat.

Elok je melentik badannye duduk di kerusi sambil sikat rambut. Lama aku tenung sambil mamai2, penglihatan pulak terhad sebab aku hanya mengintai di celah2 dinding kayu. Aku wasap suami aku mintak naik ke bilik, sebab aku nak die tengok siapa perempuan ni, tapi dia tolong abang2 aku pula menggoreng ayam untuk kenduri rewang esok. Jawapan suami aku mcm biasa ‘kejap lagi b naik ada lagi seround ayam nak kene goreng’, tak kan aku nak marah pula.

Aku sambung lagi mngintai. ‘Eh lama betul dia sikat rambut’ bisik aku dalam hati. Lama kelamaan aku jadi malas nak berteka teki lantak kau sana sikat la rambut tu sampai lusa aku dah penat, ye aku penat fikir siapa perempuan tu yang penting bukan adik beradik aku mungkin sepupu jauh yang aku tak kenal.

Esok aku bangun agak lewat sikit, dalam pukul 9pg aku terbangun aku tengok suami aku takde kat sebelah. Mungkin dia tidur melambak kot kat bawah sebab dah penat menggoreng ayam. Aku turun nak mandi rumah senyap sunyi, aku intai dari dapur rumah aku tengok ramai dah mula sibuk2 untuk majlis kawen Busu di rumah depan.

kami buat kenduri rewang jadi yang tua dan muda dah siap2 susun2 meja dan pasang alas meja. Aduhh malu nye rasa sebab bangun lewat confirm kene bebel dengan nenek aku japgi ni. Aku pon mandi2 siap ala2 koboi mane yang dan je capai tudung sarung, tutup pintu bilik pastu mata aku terhenti dekat atas meja. Yea meja yang aku nampak susuk perempuan sikat rambut semalam.

Ada satu sikat sanggul warna merah lama aku tenung. Cantiknya sikat ni, tapi tangan ni macam berat nak pegang hanya tenung je. Tiba- tiba Kreekkkkk.. aku tersentak eh bunyik apa tu. Aku tengok pintu bilik aku terkuak perlahan2. Aik aku dah tutup dah tadi, slow motion lak tu terbukak, hurmm mungkin angin kot bisik aku dalam hati.

Aku pon Tarik la tombol nak tutup pintu, pastu aku ternampak susuk perempuan semalam ada dalam bilik aku duduk mengadap meja solek bilik aku pula. Cermin memang aku tutup dari semalam sebab aku memang tak suka tidur mengadap cermin jadi aku tak Nampak muka perempuan tu. Dalam hati aku eh biadap betul masuk tak minta izin main terjah je bilik orang.

Aku baru nak sergah, suami aku tepuk bahu aku dari belakang. Masya Allah yang dia ni pon tak reti nak bg salam nak gugur jantung aku. Aku ckp tak reti nak bagi salam ke?? Sambil mencebik laki aku lak tersengih2 dia cakap tu nenek dah bising panggil2 awak, tu b datang sini ingat awak tidur lagi’ kata suami aku. Aku pon menjeling ‘eley yang b pon bangun awal bukan nak kejut’ marah aku.

Sebab peel nenek aku kalau dah membebel tu sampai isyak takan abis. Pastu aku nak tutup pintu bilik tp aku teringat perempuan td. Aku bukak balik pintu seluasnya sebab memang aku nak tegur sikit perangai tak sopan dia tu. Bila bukak pintu dia dah takde aku jadi pelik. Baru tadi aku nampak die duduk kt meja solek aku.

Aku mengerutkan kening, suami aku pon tanya ‘nape? Aku jawab ‘tadi ada orang masuk bilik ni tak mintak izin, saya tak gemar la masuk bilik orang main masuk je macam orang takde adab’, jawab aku. Laki aku pon jengah dalam bilik, ‘siapa dia? Mane ada orang? Kata suami aku. Aku hanya diam aku dah tau ada something wrong kat umah onyang aku ni.

Oyang aku dah lama mennggal rumah ni anak nye yang no 3 duduk selepas die mennggal nama dia Tok Daik. Tapi Tok Daik pon dah mennggal juga. Sambil kepala otak aku masih lagi nak proses siapa perempuan tu, aku and suami pon pergi la ke rumah depan tempat kenduri Busu aku. Masuk2 dapur terus kene sembur dengan nenek aku.

Well tadah je la telinga hahaha jujurnye memang salah aku pon dah la baru kahwin pastu tunjuk la perangai tak elok tu kat sedara mara maka tadah je lah ye tak. Dalam2 aku tengah menolong dan merewang apa yang patut. Aku terus cari kakak aku. Kalau benda2 mcmni aku nak kepastian aku kene tanya kakak aku. Aku takut mata aku yang problem. Aku jumpa kakak aku tengah tuang lauk di dalam tray untuk jamu tetamu.

Aku pon turut menyebok padahal aku ada tuggasan lain. Kak oo kak, panggil aku. Kakak aku yang tengah sibuk, layan aku pon acuh tak acuh, ‘aphal? Aku sibuk ni tak nampak?’ kata kakak aku. Amboi garang, ‘kak aku ase something wrong la umah onyang..’ kakak aku pon menghentikan cedokan lauk. Kemudian dia panggil wawa sepupu aku untuk sambung tugas dia sekejap.

Dia tarik tangan aku duduk kat pangkin di bawah pokok rambutan agak jauh sikit dari tempat orang merewang. Dalam2 nak duduk tu sempat jugak la aku patah kan setangkai dua rambutan buat kudap2. Kakak aku bersuara ‘semalam lepas kita balik, masa tu aku nak solat, aku dengar ada orang menyanyi tapi slow sangat, aku buat tak reti aku just solat.

habis je solat aku nak lipat sejadah dekat hujung katil, ada perempuan duduk bersimpuh tangan dia tengah urut2 kain batik’ kata kakak aku. Yang aku mulut dah ternganga. Serious la kak! kata aku sambil butangkan mata. Aku tipu aku dapat apa?, kata kakak aku sambil makan buah rambutan. Tapi sejenis kakak aku memang orang yang akan cari jawapan selagi dia tak dpt selagi tu lah dia tak senang duduk.

Lepas tu aku tanya la, apa dia buat kat katil tu kak?. ‘takde apa, dia duduk je sambil usik2 rambut, lgi satu yang pelik sebab bau ‘perempuan’ tu lain macam nak kata wangi pon tak, nak kata busuk pon tak macam bau kayu lama. Aku dah syak macam bukan orang tu aku buat b0doh lepas aku kibas sejadah aku keluar pintu bilik sebelum keluar tu aku cakap.

‘jangan ganggu keluarga aku’ aku pon keluar bilik pastu aku tidur dengan ibu dan adik. kakak aku memang berani, aku? Tayah laa mmg penakut nak m4mpos. Baru aku nak cerita part aku, aku dah dengar nenek aku jerit nama aku, cis kacau daun betul la. Kakak aku terpinga2 bangun, dia cakap nanti lah kita sambung lepas habis kenduri ni. Dia pon berlari2 anak ke tempat dia, aku lak masuk balik ke dalam rumah kenduri sambung kerja.

Nenek aku pon membebel kerja tak abis dah lari. Aku hanya tersenyum2 kambing. Dalam sibuk2 kenduri aku terlupa lah kejap insiden pagi td. Lepas je pukul 6.30 kami semua dah siap2 membungkus lauk untuk di sedekah kan dekat jiran2 yang tak dapat datang. Aku pon duduk terbongkang dengan mak aku di ruang tamu. Aku cakap tobat la bu taknak la buat rewang s4kit2 badan ni aku ckp.

Yang aku pelik orang2 lelaki ni tenaga nye memang tak habis2 yea. Lepas dah mengemas semua. Boleh pulak menyembang2 lagi siap ada yang ajak nak pergi memancing la malam nanti. Mak aku memuji menantu2 dia ‘alhamdulillah menantu2 ibu semua rajin2 rezeki ibu dapat menantu ringan tulang’ aku pon senyum2 bangga g1la tak bangga.

Kakak aku wasap dia cakap nanti lepas maghrib solat kat uma onyang papa kata semenjak sampai tak sempat lagi nak Jemaah anak beranak. Macam korang tau papa aku selagi ada waktu die akn cuba solat Jemaah dgn anak menantu. Alhamdulillah memang takde gangguan tenang je. sampai la habis solat isyak. Semua takde masalah. Aku jd lega.

Kami pon berkumpul kt bawah. Ibu dgn kakak ipar aku sediakan cekodok jagung dgn air teh Tarik. Sebab tak lalu nak makan nasi seharian makan nasi kenduri. Aku macam pelik takde la gangguan ke si polan tu muncul pon? Bukan lah mintak Cuma aku pelik tu je. Masa kami sedang seronok berborak anak beranak, tibe2 nek long Bedah sampai.

Eh tak nampak dia tadi masa kenduri Busu? Ibu cakap dia pegi melawat cucu dia dari semalam kat hospital sebab patah kaki acc1dent motor. Aku pon menggangguk faham. Aku tengok muka dia macam agak p4nic. Kami semua bersalam dengan neklong dan jemput masuk. Dia tanya ibu siapa yang bg kunci rumah ni? Ibu pon ckp la dak kutat yang bg ateh (ibu bahasakan diri dia ateh).

Kutat ni anak istimewa kampong tapi dia la yang jaga rumah oyang. Yang sapu2 laman dan trim2 pokok dan membersihkan rumah oyang. Lepas tu neklong tanya lagi ada siapa2 ke masuk bilik bawah paling hujung. Bilik tu memang paling hujung takde sapa nak pg sebab memang ke belakang dan suram.

Nampak jalan nak ke sana pon macam bahaya takut ada benda2 berbah4ya macam ular ke tau biantang2 lain sebab ada semak sikit dia agak terpisah dari umah. Kutat pon tak di benarkan pergi rumah belakang. Kami semua geleng memang kami tak jejak pon sebab kami memang sibuk dari hari kami sampai jadi tak sempat nak melawat sampai ke hujung. Neklong pon menghela nafas lega.

Tu tempat simpan barang2 aruwah tok Daik. Jangan siapa2 pergi sana yea. Sebab dah ramai orang nampak macam2 kat situ. Kami semua fikir binatang bu4s atau bintang berb1sa. Ikut kan hati neklong nak je neklong soh korang sewa homestay andak. Tak sempat neklong nak pesan tengok korang dah masuk rumah ni. Ibu aku ada sikit terasa dengan kata2 neklong.

Ibu ckp ‘maklong kalau kami tau la rumah ni tak boleh tumpang kami pon tak tidur sini’ kata ibu lembut. Neklong tiba2 pegang tangan ibu ‘ateh jangan salah faham, bukan tak leh tumpang tapi tak sesuai tidur sini, sebab rumah ni dah lama tinggal bilik belakang tu penuh dengan barang2 tok Daik’, kata neklong. Barang tu semua hidup, faham kan maksud maklong. Takde siapa berani tidur rumah ni.

Agaknye dak kutat tak sengaja la kot terbagi kunci kat ateh kata neklong. Aku hanya menelan air liur dalam hati aku ‘kutat ni pon boleh pulak main silap2’. Tok Daik tu sepupu kepada nenek, dia pak andam yang terkenal kat kg nenek dlu walaupon die lelaki. Kalau die make up orang seteruk mane pon muka orang berjerawat ke berkurap ke bersopak ke kene je hasil tangan dia semua nampak cantik berseri2 semasa bersanding.

Tapi mungkin la ilmu yang die tuntut tu ilmu yang salah. Jadi adalah sakit baki ‘pennggalan’ dia masih berlegar2 kat dalam rumah ni. Lepas tu papa pon bersuara lembut, papa cakap dekat neklong ‘kalau macam tu maklong esok jom lah kita ramai2 bersihkan rumah ni balik, kesian aruwah panggil la siapa2 yang pandai untuk ringan kan sikit rumah ni’.

Neklong kata dia tak berani, dulu pernah mintak tolong sorang ustaz tengokkan rumah ni, setahun juga neklong kene ganggu dengan perempuan berkebaya. Dan2 tu aku dengan kakak aku terkejut dan pandang sesame sendiri. Aku ase perempuan ni juga aku dengan kakak aku nampak! Selepas Nek Long balik, papa mintak kami semua amik wudhu dan tidur. Kami memang keletihan.

Macamane la orang dulu2 boleh rewang sampai 3 hari 3 malam. Aku baru sehari ni pon nak tercabut segala tulang2 badan. Pukul 11.40 mlm lampu rumah yang kami inap dah gelap. Senyap sunyi yang ada bunyi cengkerik. Lampu yg pasang hanya la lampu tangga, lampu luar dan lampu dapur sahaja. Aku yang tadi kononnye letih bila masuk bilik tidur aku la paling celik mata.

Ahh sudah slalu sangat jadi mcmni. Laki aku letak kepala je dah mimpi sampai ke langit hijau yg aku ni terkebil2. Posisi aku mmg akan tidur rapat ke dinding. Aku pon toleh la ke dinding. Baru nak layan perasaan tibe aku dengar bunyik jam dinding dekat ruang tamu. Berbunyi 1 kali menandakan pukul 1 pg. dalam hati aku ya Allah cepatnya dah pukul 1.

Aku cuba lelap kan mata, kali ni aku dengar bunyi orang berjalan tp pakai rntai kaki berloceng. Macam orang Hindustan tu. Cingg… cing.. cing.. Bunyi tu lalu depan blik aku pastu berhenti, aku dengar bunyi kerusi seolah di Tarik dan yea bunyi sikat rambut lg. Sreet… sreet… aku amik phone bawah bantal aku whatsapp kakak aku ckp ‘dia ada!’. Malangnya kakak aku tak balas.

Sejenis aku kalau dah takut memang tak leh nak baca pape. Tgn aku automatic mengggil, aku nak kejut suami aku mcm kesian lak sbb die penat. Aku pon Tarik selimut smpai atas. Lamaa aku dengar bunyi sikat tu, jatung aku berdegup laju peluh sejuk takyah cakap la macam orang lari marathon, sebab sebelum ni aku tak tau jd aku tak fikir sgt kalini aku dah tau jd perasaan takut tu makin menjadi2.

Dalam hati kuat cakap nak intai tapi badan aku tak leh nak gerak untuk pergi intai dibuatnya tibe die toleh tak ke m4mpos aku. Kenapa dia ada kat rumah ni? Dia siapa? Soalan tu bertubi2 dalam kepala otak aku.
Aku cuba juga tidur, laki aku ni pulak jenis tidur memang static je,yang aku ni toleh ke kiri ke kanan. Sampai aku tak perasan yang aku dah terlelap.

Aku ingat esok pagi la aku baru bgn. Rupenye tidak yea. Pukul 4.30pg aku terjaga sebab aku rasa sejuk sangat2. Apa yang sejuk sangat pon aku tak tau lah. Bukan ada aircond pon tapi sejuk tu betul2 kat hujung kaki. Aku dalam keadaan mamai nak Tarik selimut, tibe2 aku nampak susuk tub0h berdiri betul2 hujung kaki aku. Pakai kebaya rambutnya panjang.

Allah aku rasa r0h aku dah terpisah dari badan. Tangannya pegang tiang katil seolah2 tenung aku. Aku pon ape lagi terus peluk laki aku. Menggigil sampai satu katil berbunyik ye la katil lama. Aku dengar dia nyanyi, bunyi kerusi di Tarik dan seolah dia duduk. Aku dengar lagi bunyik sikat rambut. Dalam hati aku tak puas2 lg ke sikat rambut.

Aku pon amik phone lalu bukak youtube surah al baqarah aku letakkan di sebelah bantal. Aku pejam mata smpai la aku tertidur. Esok pagi aku bangun aku tengok laki aku masih tidur Alhamdulillah, kalau dia tinggalkan aku memang siap. Aku amik phone tgok jam dah pukul 8.30pg aku tepuk dahi masak aku tak kejut laki aku solat sebab dia dah pesan semalam memandang kan aku uzur.

Aku pon kejut dia mintak dia qada dia ckp dgn aku dia solat Jemaah subuh tadi dgn papa, aku je tidur m4ti. Aku pon berdebar dia turun bawah tinggalkan aku dalam bilik sorang2? Kalau aku bangun camane?? Kalau prempuan tu ada camane?? Buat hal la laki aku ni. Lepas aku mandi aku nak packing2 sebab cuti aku smpai esok je.

aku ingat nak jalan2 di Melaka and menginap di area Bandar saje nak berjalan and esok terus balik KL. Papa aku dan adik beradik lain akan bertolak ke KL harini. Sebab esok semua dah start kerja. Kakak aku pulak dia kata die tidur lena. Sebelum bertolak aku ceritakan semua kat papa, papa kata die tau kakak aku dah ceritakan. Pagi tadi masa dia pergi beli sarapan kat kedai depan dia jumpa dengan saudara nenek tok andak.

Papa pon tanyakan pasal rumah tu, tapi jawapan dia hampa seolah2 ramai menggagap rumah tu sepatutnya di biarkan macamtu tak perlu ada yang menginap tapi tak tau la mane silap nya kami diberikan kunci rumah tu. Rezeki kami la agaknya. Adik kepada tok Daik tak benarkan kami masuk campur, dia kata apa2 pon biar mereka yg uruskan.

Kami pon akur, papa hanya minta kami adik beradik doakan dari jauh untuk Tok Daik. Papa pon cakap ‘ papa ni orang luar hanya menantu nenek je diorang lg berhak kalau diorang taknak kita masuk campur takan kita nak masuk campur. Setiap manusia melakukan kesilapan jangan kita jatuhkan hukum mane tau masa sisa hidupnya aruwah dah bertaubat kepada Allah.

Itu hanya antara dia dan Allah, sedangkan hala tuju kita pon tak tau lagi macmane. Itu la pesan papa dekat aku. Skang dah masuk 16 tahun kalau tak silap rumah tu kosong. Takde siapa di izinkan tinggal di situ. Kalau hari raya kami balik, hanya rumah depan saje yang meriah, rumah onyang memang takde penghuni. Pernah satu hari Angah aku balik kampong sebab kawannya kawen dekat dengan kampong nenek.

Dia singgah rumah sedara mara nenek sebelum balik KL. Dia ckp, rumah onyang ada satu tingkap terbukak. Tapi angah tau dalamnya takde orang sebab kutat takde watu tu. Bila nak dekat mghrib tu die nak balik dia tegok tingkap tu dah tertutup. Angah ckp sayang rumah pusaka tu cantik tapi tu la kami tak berani nak masuk campur sebab tak diberi keizinan oleh ahli keluarga Tok Daik yang lain. – cemphaka

Sumber fiksyenshasha