Bila time mkn mcm2 bunyi keluar buat aku tak selesa. Tergaman aku dpt mertua mcm ni.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalmualaikum.. Admin.. tolong siarkan kisah aku ni supaya dapat berkongsi idea dan pendapat macam mana nak tegur MERTUA..! Sebelum tu tolong HIDE profile ya..

aku bukan nak aiib kan Mak Mertua sendiri.. cuma aku nak cari jalan penyelesaian.. mcm mana nak tegur dengan berhemah benda yg aku lalui selama ini. Okay.. aku pendek kan cerita lah ye min.. supaya senang faham. Aku seorang suami baru 2 tahun kawen.. belum ada rezeki anak lg.. kehidupan aku dengan Isteri Alhamdulilah.. bahgia setakat ni.

Aku bersukur sangat dapat isteri yg cantik dan memahami aku… setakat ni tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. doakan kami terus bahgia dan jodoh ini berpanjangan hingga akhir hayat. Okay.. atas tu serba sedikit pengenalan.. yg jadi masalah sampai aku meluahkan perasaan kat dalam ni adalah sikap peng0tor mak mertua aku yang aku tak berapa nak selesa.

Mak mertua aku ni baik.. cukup baik dengan aku.. tapi masalahnya bila kat meja makan. pengotor dan “kurang adab”.. mak mertua aku kalau nak cedok lauk ke apa, dia suka guna tangan.. bukannya tak ada sudu dalam mangkuk lauk tu. Habis sisa sisa makanan yang melekat kat tangan dia tu jatuh dlm kuah mangkuk lauk tu.. sisa sisa kat tangan tu pulak melekat kat lauk tu min.

contoh mudah min.. dia nak amik lauk kari ayam.. dia kepak kan ayam tu guna tangan yg dia tengah makan tu.. lepastu bahagian ayam yang dia dah usik tu, tapi dia tak nak makan dia letak dalam mangkuk lauk tu balik.. jadi nya lauk tu dah melekat laa dengan sisa sisa makanan dia tu.

Kalau nak cedok kuah guna sudu pulak, dia suka pegang sudu lauk tu dengan tangan kanan dia.. jadi bila aku nak ambil lauk, terpegang sudu tu dah berlendir dengan minyak minyak sambal dengan gulai dari tangan dia makan tu.. jadi gelii jari aku ni min. Ada sekali tu masa tengah makan, dia nak rasa kuah asam pedas min.

Macam biasa dia cedok kuah dengan sudu guna tangan kanan lepastu hirup kuah “crott” bunyi dia hirup lepastu letak balik sudu tu dalam mangkuk.. aduhh potong lagi selera. Ada tu pulak, tengah makan nasi panas.. dia nak amik ikan masin.. sampai 3,4 ekor dia usik ikan masin dalam piring tu dengan tangan yang tengah makan tu..

dah usik.. letak balik.. dah usik letak balik dua tiga kali buat mcm tu. Padahal dalam tu semua sama je.. ikan masin juga.. saiz pon sama.. jenis ikan masin pon sama..Jadi ikan masin yang dia dah usik tu melekat laa sisa sisa nasi dan kuah-kuah lauk tu.. memang tak laa aku nak amik ikan masin yang dia dah usik usik tu min.

Satu lagi yg buat aku betul betul potong selera min.. aku suka buah tembikai.. sangat suka tembikai.. selalu lepas makan aku akan basuh tangan dulu.. baru aku capai buah tembikai tu untuk makan..mak martua aku pulak.. lepas makan nasi.. terus usik 2,3 potong tembikai dalam bekas tu.

Dipilih-pilihnya tembikai mana satu dia nak ambil.. aduhhh.. apa salah nya.. kalau tak nak basuh tangan dulu sekali pon.. dah usik tembikai yang tu, terus laa amik yang tu makan.. tak payah laa pilih pilih.. usik usik buah yg lain.. aku tak faham betul laa. Masa mula-mula kawin, bini aku pon macam ni gak min..

ambil lauk dalam mangkuk guna tangan.. aku tegur.. Alhamdulillah. berubah dah.. elok sekarang bini aku cedok guna sudu dengan tangan kiri.. tak de laa berlendir sudu lauk tu.. Mak mertua aku ni mcm mana pulak aku nak tegur eh..? Tu baru satu bab.. ni ada satu bab lagi.. yg paling menggangu em0si aku masa makan..

Mak mertua aku bila makan BERBUNYI BUNYI..! kelecap… kelecap.. kelecap bunyi dia mengunyah min.. apa laa salahnya tutup mulut elok elok masa kunyah makanan tu.. yang lagi tak tahan, masa makan boleh terkentut min.. rasa nak muntah part yang ni. Kalau sendawa tu aku boleh faham lagi lah. terkentut ni siap bunyi. prett. prett. prettt..kau rasa.

mampu tak kau teruskan makan pada waktu dan ketika itu? tak kan laa aku tengah makan nak terus bla macam tu je.. macam kurang ajar sangat nampak nya.. Habis bab makan. bab pingan mangkuk pulak. bila dah habis makan, aku memang dah biasa terus basuh sendiri pinggan dgn cawan yang aku guna.. sebab mmg aku dari kecik diajar mcm tu.

Lepastu masuk pulak asrama, sama juga basuh sendiri.. zaman belajar dan keje duduk rumah bujang pon dah makan, terus basuh sendiri-sendiri punya pinggan (hausemate aku semua faham benda ni) periuk / kuali semua terus basuh lepas masak. Jadi masalah kat rumah mertua bila lepas makan tgh hari, pinggan tu di biar kan sampai petang..

nak masak untuk makan malam baru dibasuhnya.. lepas makan malam, pinggan tu dibiarkan sampai lepas subuh.. nak masak sarapan baru dibasuhnya.. macam tu laa kitarannya. Benda tu jadi berbau dalam sinki tu.. tapi aku tak.. lepas aku makan terus basuh pingan dan cawan aku tuh.. kan senang kalau semua buat macam aku buat tu..

sendiri makan, terus sendiri yang basuh.. tak payah tunggu banyak.. nak basuh periuk / kuali pon dah tak banyak.. aku pon boleh tolong basuh kan.. tapi kalau dah banyak sangat berlonggok macam mana? macam raja betul yang lain lain tu dah makan tak nak basuh pinggan sendiri.. sedap je letak dalam sink tu.

Mak ayah aku tak ajar aku tinggalkan meja makan selagi tak habis makan (jadi bila aku rasa tak selesa atau kembang tekak masa makan tu aku tahan jer walaupun aku rasa nak lari sangat masa tu).. Mak ayah aku tak ajar aku pilih pilih lauk dalam mangkuk lepas tu letak balik.

Mak ayah aku tak ajar aku cedok lauk dengan sudu guna tangan kanan yg penuh sisa sisa melekat kat jari..Mak ayah aku tak ajar lepas makan letak je pinggan mangkuk dalam sinki tunggu org lain basuh kan.. aku jadi keliru sekarang ni. Apa yang mak ayah aku ajar aku selama ni salah ke? macam mana aku nak hadap semua ni?

macam mana nak ubah benda ni? atau aku yang kena berubah ikut diorang.? itu saja setakat ni perkongsian aku.. harap dapat laa tolong aku bagi cara yang paling lemah lembut dan berhemah macam mana nak tegur.. Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus.. tepung tak berselerak. cara mana lagi nak buat ye..?

Komen warganet.

Nur Hidayah Sabri – Baguslah kalau tt ade sifat kesedaran begitu. Harap dapat diberi ikhtibar. Kalau rase tak selesa sgat, cakap elok2 dgn isteri tu. Biar isteri tu tegur. Kalau tak jalan juga, suh isteri asingkan lauk. Bru ade selera. Bab kentut tu, tak dapek den nak nolong. Kalau org ajak makan, takkn nak tolak pula.

Muhammad Khairul – Allahu.. Kat dlm ni banyak backup konon tak beradap. Tapi adap rasullullah kita lupakan. Dulu saya pun jenis ceduk tgn kiri minum tgn kiri sbb takut sudu kotor. Tapi apa yang saya belajar dari sunnah rasullullah. Jika bukan dlm keadaan darurat sunat kita guna tgn kanan makan dan minum walaupun tgn kita ada sisa makanan.

Benda yang baik kita patut mulakan dgn tgn kanan. Tak elok guna tangan kiri yang setiap hari kita cebok tahii buat cedok makan.Maaf ya. Hadist pun ada mengatakan. Sya1tan makan dengan tangn kirinya.Selamat beramal.

Mornaliza Yahya – Cian nya ko dik.. Sis nasihatkan ko cakap degngn wife beri tahu apa yg ko rasa tak selesa pada mil ko.. Hanya wife ko saja boleh nasihat kan mil atau ambik pendekatan bila nak mkn wife kena hidang asing tuk ko.. Bila mil tanya biar wife ko yang terang kan.. Bercakap tentang keluarga wife bkn bermakana ko tak suka… Baik cakap awal awal sblum menjadi pekong dlm rumahtangga ko.

arim mayadari – Nak tgur org tua..especially mertua..oh…bukan senang oi.. jgn silap kata merajuk kecik ati jadinya.. so pedekatan yg boleh di buat..encik cuba pejam mata dan pekak telinga..dan amik lauk mknn seckupnya dlm pinggan siap2..jgn tmbh or rasa nk tmbh..if buah trus mkn dlu.. sebelum di cuit lg oleh mertua..sy on mmg tak boleh bab cuit2 mknn ni.

Pn Miela Ahmad – Bg aku tu bukan pengotor.. Dia cuma dah terbiasa cmtu.ambil makanan tgn kanan. Kamu tu nmpk sgt mmg dh tak minat dgn mertua sbb tu semua nmpk salah.. Sbg anak kandung pon tak smpi hti nak tegur.. Ape yg mertua tu makan smpi berlendir2 sgt tgnnya?? Melainkan kamu sengaja membvrukkn dia.. Mak mertua hirup kuah pon geli sgt??? Ada n4jis ke dlm mulut dia?

Ye betul perangai mak mertua tu mgkn kurang elok.. Tp cara kamu cerita seolah2 teruk la sgt.. Pdhal taklah ape sgt.. Pinggan tak basuh?? Kt rumah siapa?? Bini kamu buat ape??kamu pon blh basuh tak payah tunggu mertua.. Eii. Jauhkan lah lelaki cmni drpd jd menantu aku.#menyampah.

Nurrizah Saidin – Kami pun dididik dan diajar macam tuan tanah..suami saya pantang kalau anak2 makan dgn ada bunyi2..anak yg sulung mengajar adik2nya mengambil lauk dari tangan kiri..sudu tidak kotor..kalau ada yg nk hirup sup,kena letak dalam mangkuk asing, masing2..

berselera kami semua makan…bab kentut tu mmg kurang sopan la.. kita kena menghormati org lain ketika makan walau keluarga kita sendiri…bkn main lps ja.tuan tanah minta sampaikan dkt isteri utk beritahu maknya akan hal.ini…in shaa Allah boleh berubah tu.

Sumber keluargabahagia via krt