“Tak nak kawin”. Umur 43thn, masih single. Dekt 20kali dilamar tp xmnjadi. Mgkin aku ada sbb trsendiri.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Saya sekadar berkongsi untuk menambahkan warna kepada bahan bacaan korang semua tentang kepelbagaian sikap dan pemikiran manusia.

Semakin banyak kita terdedah dengannya, semakin luas pemahaman kita tentang orang yang ada di sekeliling kita. Jangan tak tahu, apa yang kita baca banyak mempengaruhi corak pemikiran kita dan mempengaruhi pula bagaimana cara kita berinteraksi dengan orang lain. Anggaplah ini sekadar ilmu.

Jika Cik Laili tu berumur 23 tahun dah rasa tak nak kahwin, saya yang dah umur 43 tahun juga rasa tak nak kahwin. Sebenarnya, tak banyak yang sama pun pengalaman hidup saya dengan Cik Laili. Dia membesar melihat ayah atau lelaki dalam persekitaran dia menjadi raja dan bersenang lenang,

Sedangkan si ibu berhempas pulas melalukan semua kerja dan bertanggungjawab atas segala2nya. Sebaliknya, saya tidak begitu. Alhamdulillah, walaupun banyak kerja2 rumah ibu yang buat. Tetapi ayah saya juga turut melakukan kerja2 rumah yang dia suka buat dan banyak melakukan kerja2 yang sesuai dengan kudrat lelaki.

seperti pergi ke pasar beli barang banyak2, bertukang, baiki kerosakan alatan rumah dan elektrik, urusan persekolahan anak2. Bagi saya pembahagian tugas yang sangat sihat dan sesuai dengan masing2. Tapi, apa yang membuatkan saya tidak mahu berkahwin? Saya sebenarnya bukanlah tak mahu berkahwin langsung. Cuma saya rasa macam tak ikhlas nak berkahwin.

Dari dulu hingga sekarang, saya nak kahwin cuma sebab saya nak anak. Kalau nanti saya kahwin dan ada anak, tiba2 berlaku masalah antara saya dengan pasangan, saya mungkin tak kisah jika berpisah. Mungkin ada yang akan berkata… belum kahwin boleh la cakap macam tu. Umur dah 43 tahun pun masih tak matang.

Macam la kalau kau kahwin sekarang masih senang dapat anak, bla… bla… bla… Sebelum buat sebarang andaian tentang diri saya, mari ketahui serba sedikit yang mungkin mempengaruhi keputusan saya dan bagaimana corak pemikiran saya…

A. Saya seorang yang sangat indipenden. Bahkan sehingga sekarang, saya tidak rapat dengan mana2 lelaki mahupun perempuan. Ia berlaku dari saya kecil. Saya biasa bersendirian dan happy bersendirian (saya tahu, ramai yang rasa bersendirian tu sesuatu yang amat meny4kitkan, menyedihkan atau menakutkan.

Pada saya, mereka lonelinss kerana terpaksa, berdasarkan keadaan masing2. Sedangkan saya, lonelinss kerana saya tak kisah pun lonely atau tidak. Kalau ada, ada laa. Kalau tak ade, ok takde pun tak apa).

B. Adakah saya 4nti-s0sial? Hmm… saya tak fikir begitu (setakat yang saya rasa laa). Saya masih berhubung dengan orang2 di sekitar saya. Sesiapa nak bersembang dengan saya? silakan. Siapa nak minta tolong dari saya? ok, boleh, kalau saya memang boleh tolong.

Siapa yang tak mahu ambil kisah tentang saya? baik, no hal, saya tak ambil hati, itu hal masing2. Saya cuma berharap semua orang di sekitar saya sentiasa bersikap baik dengan saya. Tak nak rapat dengan saya pun tak mengapa.

Alhamdulillah, ALLAH jadikan saya dikelilingi oleh orang yang baik2 dan menyenangkan hati. Secara lebih detail, saya dikelilingi oleh rakan2 yang alim, Islamik (Alhamdulillah ALLAH tunaikan doa saya, sebab saya ni bukan la Islamik sangat,saya takut saya terbabas).

3. Saya pernah bercinta, pernah ada crush… saya manusia normal yaa! Saya pernah dilamar dari sejak di uni hingga beberapa tahun yang lalu (hehe). Kalau dikira, dah lebih 10 kali (atau 20 kali). Banyak, kan? Kenapa tiada satu pun yang jadi? Ada yang sebab ayah saya tolak (atas sebab2 tertentu, saya tak ambil kisah pun).

Tapi, kebanyakannya, saya sendiri yang tolak. Saya tolak bukan sebab nak cari yang sempurna. Kalau saya nak yang sempurna, mungkin dah lama saya kahwin. Nak suami gaji 5 6 angka? Nak suami yang alim/ ustaz? Nak suami yang rockers dan berkereta sport (saya dah pernah naik kereta sport merah dia, tapi saya duduk belakang. Hahaha)

Nak suami yang biasa, gaji pun lebih kurang saya? Nak suami seorang pelukis, 1 lukisan berharga RM10k ke atas, selalu buat pameran kat luar negara? Nak suami bomba, polis, tentera, cikgu, pensyarah, doktor, student phd, jurutera, peniaga, anak pelakon, arkitek, kerja kampung, juruteknik kapal terbang, bujang, suami orang, bujang terlajak, duda ada anak, duda takde anak, duda tak jaga anak?

Saya tak pasti, kalau ada lagi senarai di atas ni yang saya terlupa nak tulis. Saya bukan nak berbangga yang saya ni ‘laku keras’. Ini mungkin dah ketentuan ALLAH atas saya (nak kata rezeki, macam tak kena, sebab takde satu pun menjadi, entahlah). Saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan saya sendiri.

Peringkat awal saya memang buat solat istikharah, tapi semuanya negatif, rasa tak sedap hati, rasa berat hati. Bila umur dah capai 30an, saya mula ajak ibu buat solat istikharah juga sambil2 saya berpuasa sunat. Malangnya, jawapan saya dan ibu pun negatif juga.

Saya pernah beritahu ibu dan adik lelaki saya (wali saya sekarang, sebab ayah dah mennggal), kalau nak paksa saya kahwin pun boleh, yang penting pilih yang baik2 laa. Bukannya takde orang yang merisik saya melalui diorang, tapi dah diorang pun tak paksa saya, so saya pun takde la nak memaksa diri.

D. Masa di uni dulu, saya selalu scorting bilik kawan saya yang dah kahwin. Dia ni orang yang tinggi ilmu agama dan jadi tempat rujukan masalah agama dan masalah keluarga. Jika dia tak boleh tolong, nanti dia selalu minta tolong suaminya.

Walaupun dia selalu mengelak dari saya terdengar perbincangan dia tentang masalah rumah tangga, tapi saya tetap terdengar juga sekali sekala. So, faham2 lah ya. Bila dah bekerja pula, macam2 masalah rumah tangga yang mewarnai corak pemikiran saya sehingga saya sedar perkahwinan ini satu perjuudian. Nasib laa, kalau dapat pasangan yang baik.

Tapi yang menjadi masalah ialah, perempuan tidak boleh minta cerrai jika ada masalah. Dan menjadi semakin bermasalah ialah, saya dapati sangat-sangat ramai lelaki yang susah sangaaat nak lepaskan isteri jika terjadi sesuatu. Saya faham, kalau ada lelaki sukar lepaskan isterinya kerana masih ada rasa sayang dan rasa tanggung jawab terhadap masa depan dan perasaan anak2 dia.

Mungkin sebab dia faham bahawa bercerai ni halal tetapi sangat dibenci ALLAH. Tapi masalahnya, berapa persen lelaki yang jenis seperti ini?? Saya dapati mejoriti lelaki tidak mahu melepaskan isterinya… kerana masalah nafkah (inipun satu perkara yang saya masih boleh faham tetapi saya tetap tak suka) DAN … yang paling ramai ialah……

SENGAJA NAK MENYAKITKAN HATI DAN MENYUSAHKAN ISTERINYA! Bukan dia nak pun dah dengan isteri dia tu, saja taknak lepas sebab biar isteri dia terikat dan kesusahan SAMPAI M4TI!!. Dan ini bukan cerita palsu, dalam Al-Quran pun ada dijelaskan tentang sikap lelaki seperti ini..

Memang DIA SENGAJA NAK MENYUSAHKAN ISTERI! Bila saya faham sikap lelaki seperti ini (saya tahu bukan semua, tapi tipulah kalau korang kata jumlahnya sedikit jer!), saya tahu, saya tak boleh senang² nak terima lamaran sesiapa.

E. Saya faham dan sedar bahawa pahala menjadi isteri dan ibu serta berkahwin tu sangat besar, sangat-sangat! Tapi, saya sendiri tahu, saya tak kuat jika saya dapat pasangan yang hanya akan sentiasa meny4kitkan hati saya, selalu meremehkan, selalu kasar, terlalu mengawal (itu tak boleh, ini tak boleh.

Padahal larangan dan kawalan tu bukan dibuat demi kesejahteraan keluarga kami, tapi lebih kepada kepuasan diri dia sendiri), tak boleh ditegur, Suka guna kuasa vet0 tak tentu pasal (sedangkan Rasulullah sendiri pun sentiasa berbincang dengan isteri2 baginda), eg0, kuat cemburu (cemburu tak tentu pasal.

Prinsip saya, kuat cemburu tu bermaksud tiada kepercayaan. Kalau dah tak percaya tu, baik takyah kahwin. Ada yang kata cemburu tu sweet, sikit tu boleh, tapi kalau over, itu menyusahkan!!). Saya tak kuat berhadapan dengan lelaki2 seperti ini. Saya takut dengan mudahnya saya akan tinggalkan dia terus atau saya jadi isteri derh4ka.

Mungkin akan ada yang berkata … kalau dah tau takut dosa, turunkan eg0 tuu. Jangan nak pentingkan diri sendiri! Belajarlah ubah diri jadi hamba ALLAH yang sebenar! Harga syurga dan pahala tu memang mahal, kalau nak, kenalah terima hakikat, redha dan bersabar!

Sungguh!! Lelaki2 yang ada sikap seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sungguh saya tak mampu hadapinya. Itu belum campur dengan sikap selfishnya, tak bertanggungjawab, mengabaikan hak isteri terhadap keluarganya sendiri, melebih2kan keluarganya sendiri daripada hak isteri.

(Ramai sangat lelaki TERLALU NAIF tentang perkara2 yang perlu mengutamakan isteri/ keluarga kecilnya berbanding keluarga asalnya. Ilmu membezakan perkara yang dibolehkan mengutamakan ibu/bapa/adik-beradik dan perkara2 yang perlu mengutamakan isteri dan anak2nya sendiri), baran, culas tentang nafkah, malas bekerja, tak boleh bertolak ansur.

Amboi!!!… sah, saya nak yang perfect, kan! Kalau korang fikir macam ni, saya tak kisahpun. Saya tetap fikir yang saya memang tak mampu hadapinya. Saya fikir, takpe laa, banyak lagi cara saya boleh dapatkan pahala, bukannya bujang ni takde peluang nak dapat pahala langsung, cuma nilainya sangat2 kurang. Ya saya faham.

Ini mungkin peluang saya menjaga ibu saya dengan lebih baik. (Tapi sekarang saya tak duduk dengan ibu saya, saya duduk rumah sewa di kl. Cuma bila2 masa ibu perlukan saya, saya boleh bersedia sahaja tanpa sesiapa yang menghalangnya. Alhamdulillah, adik saya duduk bersama ibu. Kami sebenarnya menggunakan sistem giliran menjaga ibu.

F. Saya sebenarnya tak mampu hadam yang saya perlu k0rbankan diri saya, berpenat lelah, berhabis duit, tertekan jiwa raga, demi seorang lelaki yang bila2 masa sahaja boleh menyusahkan saya, menyakitkan saya, membuang saya, membuuli saya. Tidak seperti anak sendiri. Walau dia menyusahkan, menyakitkan, memenatkan, membuang saya, anak tu tetap anak kita sampai akhirat sekalipun.

Begitu juga ibu bapa dan adik beradik. Saya tak ragu untuk bersusah payah tanpa balasan demi orang yang tak mungkin dapat tinggalkan saya, walaupun diaorang mahu. Tapi suami tidak. Dia boleh tinggalkan kita begitu sahaja. Kita ni siapa, hanya setakat isteri, boleh dibuang dan dicampak bila2 masa.

G. Mungkin juga ada yang akan nasihat saya agar berkahwinlah kerana ALLAH, bukan kerana nak dapat perhatian dari manusia. Manusia boleh datang dan pergi. Berharap pada ALLAH sahaja. Ya, saya faham. Tetapi, seperti yang saya tulis sebelum ini, saya tak kuat, saya tak berani main cuba2. Ada perkara saya mampu hadapi walaupun saya tak suka. Ada perkara saya boleh bersabar dan redho, walaupun saya tak boleh terima sikap tertentu seseorang.

H. “Alah, macam la semua lelaki tu jahat, semua lelaki tak guna, semua lelaki salah (perempuan jer betul), macam laa perempuan tu baik sangat, macam la perempuan tu jer yang teraniaya, lelaki tak pernah dianiaya…” Saya tak pernah fikir satu pun antara yang saya nyatakan di no 8 di atas.

Bagi saya semua lelaki dan perempuan ada buruk baiknya, masing2 menganiaya antara satu sama lain. Macam laa saya ni baik sangat, tak akan menyakiti orang lain. Saya pun banyak kali menyakiti orang lain dan bahkan saya tak hairan kalau nanti saya juga akan meny4kiti bakal suami saya.

Tapi, saya boleh terima kalau kedua-dua saya dan bakal suami boleh sama2 belajar menerima sikap masing2, belajar menyesuaikan diri dengan peel masing2. Saya cuma takut, saya bakal dapat pasangan yang hanya mahu saya SAHAJA menyesuaikan diri dengannya, saya sahaja perlu redho dan terima kekurangan dia dan dia tak perlu buat apa2.

Saya bukan taknak kahwin, tapi saya hadapi masalah untuk mempercayai orang lain. Saya tak tau bila saya akan ada kekuatan dan keberanian untuk mengambil langkah itu. Saya bukan muda lagi, Dah gemuk pun, dan tak seayu dulu (hahaha). Saya akui, saya terlalu berhati2, tapi saya tak rasa menyesal sebab saya happy being lonely.

Kalau tiba2 saya terkahwin (ter?), saya redho, tapi untuk kuat memegang tali perkahwinan dan kuat bersabar menempuhnya, itu saya tak berani beri sebarang jaminan terhadap diri sendiri. – Cik N (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mohon redhamu – Selalu dgr acah2 ustazah kata klau kawin pahala berganda 70x, tp rasanya dosa pun berganda 70x klau kawin. Lg dgn nk tanggung amanah yg sgt2 berat iaitu anak2. Amanah ni akn di bawa hingga akhirat. Jika di fikir2kn betapa beratnya amanah ini maka single lebih tenang dan bahagia.

Sbb utama berkahwin adalh utk menyalurkn n4fsu ke tempat yg halal. Makanya kawin mmg sbb n4fsu. Jika tiada n4fsu h4ram berkahwin. Tp syngnya n4fsu selalu mmbawa kpd ner4ka. Dah kawin masih ada n4fsu pd org lain. Tepuk dada tanya diri sampai bila kena layan n4fsu yg akn selalu mmbawa keneraka.

Shira fahmi – aruwah makcik sy x kawin sampai dia mennggal sbb c4ncer. akhir h4yat dia, mak sy yg jaga dia dgn pembantu sorang. alhamdulillah dia ada adik (mak sy) yg boleh tinggal dgn dia dan jaga dia. kalau dia kahwin dan ada anak, insyaAllah anak dia boleh jaga dia. tp dia x temu jodoh dia kt dunia.

itu ketentuan Allah. cuma nk tt sedar. sekarang kita tgh senang, sihat, bertenaga, mmg seronok rasa hidup sendiri. tp one day, bila semua kawan2 dah pergi, adik beradik dh mennggal, anak pula x de, nak travel, mungkin kena di4lisis so x boleh travel jauh, sunyi sgt rasanya. nk minta pembantu rumah utk jaga makan minum kita, bersihkn najis kita, susah nk jumpa yg betul2 ikhlas jaga kita mcm ahli keluarga sendiri.

masa tu lah akn terfikir, maybe aku patut cuba utk cari jodoh. sekurang2nya sekarang aku boleh duduk dgn salah seorang anak aku bersama pembantu dan cucu2. think about it. jgn mengelak utk berkahwin. x bahagia, islam bg solusi mudah, cerrai. kalau bahagia, teruskan sampai m4ti.

Sameerah rahman – Sy setuju dgn awk…sbb slalu bca kisah rumahtangga, melihat sndiri pengalaman ahli klrga ttg karenah suami masing2..dan status ibu tunggal punya ank 5 (sbb utama takut psgn baru x dpt terima ank2 bila dh dpt emaknye) membuatkan sy TAK berfikir lg utk bkahwin semula…

tak jugak dinafikan rsa ingin dikasihi ingin berpasangan….tp bila melihat besarnya tgjwb sbg isteri..sy memilih utk jd ibu tunggal sehinggalah ada llaki yg blh mematahkan segala prasangka buruk sy terhadap perkahwinan.

Sumber IIUM