“Khidmat trakhir buat Aiza”. Perut Aiza sgt leper tkejut aku melihatnya. Masa umrah, aku berjumpa dgnnya dlm mimpi.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku Sahabat Lama. Menyambung kisah tentang sahabatku Aiza.

Untuk part 1, (klik link dibawah).

Aiza anak kacukan brumur awl 40an. Awet muda, wajahnya cantik. Hairan kami berkwn rapat, rupanya sbg khidmat terakhir buatnya.

Pada suatu malam di awal Februari 2015, ketika aku sedang memandu pulang dari kedai, aku menerima panggilan dari Aiza. Melihat namanya tertera di skrin telefon, aku rasa sangat gembira. “Mesti dia nak ajak jumpa, makan makan, minum kopi, lepak.” Itu yang aku fikirkan.

Bila aku angkat telefon, rupanya suaminya si Yusuf yang menelefon. Terkejut la juga sebab tak aku langsung tak pernah berjumpa atau bercakap dengan Yusuf. Cuma bila berborak dengan Aiza, dia akan memberi gambaran suami barunya itu. Tinggi, putih, hensem, bermata hijau. Ibunya Benggali dan bapanya Jerman. Kedua dua mereka adalah mualaf.

Jadi aku bayangkan si Yusuf ni ala ala nabi Yusuf la kot. Hensem. “Hello, this is Yusuf. Aiza had an acc1dent. She wants me to tell you. She just woke up and wants to see you.” Allah! Allah! Terkejut juga menerima berita dari Yusuf. Disebabkan aku sedang memandu, aku cuma dapatkan maklumat ringkas seperti hospital mana, tingkat berapa, wad no apa.

Aku tak bertanya langsung pasal Aiza. Selepas bercakap dengan Yusuf, aku terbayang kemungkinan keadaan Aiza yang berbalut kaki dan tangan…. Alaaa kesiannya kawan aku yang lawa tu. Macam mana dia nak jalan terjengket jengket nanti. Bertopang tangan ke. Kesiannya dia. Secara spontan, aku terbayang muka staf staf lama.

Ishk… seronok la diorang kalau dapat tahu Aiza cacat! Keesokan harinya aku terus ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban untuk berjumpa Aiza. Sampai depan wad 1CU, dari jauh aku dapat kenal pasti Yusuf. Keadaan dia pun serabai. Tapi, masih hensem. Yusuf segera bawa aku masuk ke tempat Aiza.

Aku masih terfikir kaki Aiza patah ke, tangan dia patah ke… dapat cacat kekal…. Kesiannya! Kesiannya dia! Sampai di katil Aiza, aku tengok elok saja dia terbaring berselimut tebal. Kaki dia elok, tak berbalut. Tangan pun elok. Dua dua dalam keadaan sempurna. Langsung takde calar balar, apatah lagi luka.

Kepalanya pun takde sebarang balutan. Rambutnya ditutup dengan penutup kepala macam shower cap berwarna biru. Muka Aiza sempurna takde sebarang luka. Cuma ada satu tiub besar dimasukkan ke mulut menyebabkan Aiza tak dapat bercakap. Aku pandang Aiza. Aiza pandang aku. Aku nampak air matanya mengalir.

Aku cepat cepat pujuk dia. “Aiza! Alhamdulillah U OK!” Dengan muka yang berkerut Aiza mengangkat tangan dan menunjukkan bahagian perutnya yang leper. Memang leper. Hampir sama dengan bahagian tilam baringannya. Aku pandang Yusuf. Yusuf pun bercerita yang kereta Aiza telah berlanggar depan depan dengan kereta lain.

Head-to-head. Driver tu lelaki India, muda. Disebabkan impak hentaman yang kuat, driver tu patah leher dan m4ti serta merta di tempat kejadian. Aiza pula terjerut dengan tali keledar yang dipakainya. Bahagian perutnya h4ncur. Sebenarnya Aiza baru sedar setelah koma selama dua minggu.

Dan orang pertama yang dia nak Yusuf hubungi ialah aku. Ketika itu semua dialog dan lawak lawak yang pernah kami kongsi bersama menerjah ke dalam fikiran. Ya Allah, ini rupanya tugas aku. Semasa menghantar aku keluar dari situ, Yusuf sambil memegang dahinya berkata yang harapan Aiza untuk hidup adalah sangat nipis.

Ini kerana kecederaan Aiza melibatkan lebih 70% usus besar, yang tak boleh diganti. Usus besar fungsinya menyerap nutrien makanan dan menghantar ke bahagian tubuh yang lain. Kalau jantung atau hati, atau buah pinggang masih boleh cari penderma. Untuk usus besar, memang tiada harapan.

Tugas doktor hanya lah membantu mengurang kes4kitan Aiza mengikut selama mana dia mampu terus hidup. Keesokan harinya aku ke sana lagi. Kali ini aku bawa pemotong kuku, pencuci cutex bersama cotton buds, sebotol spray air, dan telekung.

Perkara pertama aku lakukan ialah memotong dan mencuci semua cat kuku Aiza, dan aku mengajak dia berwuduk untuk menunaikan solat taubat. Aku tahu, dan Aiza pun tahu yang saat dia mengadap Ilahi sangat dekat. Ketika Aiza seperti mahu menangis, aku pujuk dia. Aku kata Allah sangat sayangkan dia sebab masih beri waktu untuk bertaubat.

“Allah sayangkan U Aiza.”. Aiza juga minta aku ajarkan zikir zikir yang boleh dia baca dan meminta aku mendoakan dia. Semua perbualan Aiza lakukan secara bertulis disebabkan tiub yang ada di mulutnya. Aiza hanya menerima susu sebagai makanan sekadar cukup untuk kelangsungan hidup.

Setiap hari perutnya akan dicuci dua kali sehari. Aiza hanya boleh mengerutkan muka sambil menunjukkan ke arah perut menandakan kes4kitan di situ. Dan aku akan memujuk dengan berkata, “Allah sayang U…sebab tu Allah cuci semua perut U. Allah nak U bersih bila bertemu denganNya nanti”. Aiza faham dan berhenti berkerut.

Selain aku, ibu Aiza pun ada menolong dia menunaikan solat wajib. Aku cuma boleh bantu dia untuk solat Zohor dan Asar, selepas itu perlu pulang ke Bangi. Selebihnya ibu Aiza yang tolong. Suatu hari di minggu kedua, aku bertanya pada Aiza tentang solat dan puasa yang ditinggalkan. Begitu juga simpanan emasnya.

Aku juga bertanya password semua akaun di Internetnya, blog, fb, yaho0 chat. Aku berasa satu tanggungjawab untuk memadam semua gambar gambarnya. Aiza beri semua maklumat, termasuk simpanan ASB dan Tabung Haji. Aku juga bertanya samada dia ada berhutang dengan sesiapa.

Aiza seakan berfikir lalu menulis supaya menyerahkan simpanan jam tangan dan geran rumah kepada bekas suaminya. Semua catatan tu aku tulis dan simpan kemas dalam beg. Aku berikrar untuk membantu Aiza melunaskan semua hutangnya dia di dunia ini dan dapat pergi dengan tenang.

Sampai suatu ketika, keadaan Aiza sangat lemah. Dia bergantung sepenuhnya pada m0rfin yang diberi secara available-all-the-time. Maknanya Aiza diberi satu butang, bila mana dia berasa s4kit, dia akan tekan sendiri butang itu. Ya, keadaan itu sama seperti yang kami gambarkan ketika bergurau dulu.

Ketika ini, Aiza hanya terbaring. Bila aku menziarah, aku bacakan surah Yasin atau Ar-Ra’d sebagai pemudah untuk Aiza pergi. Dan pada April 2015, Aiza pergi mennggalkan dunia buat selamanya… Setelah itu, aku memberitahu Yusuf semua maklumat tentang bayaran zakat emasnya, fidyah solat dan puasanya termasuk pesanan kepada bekas suami.

Aku juga meminta Yusuf pergi ke Tabung Haji untuk daftarkan badal haji. Memandangkan Yusuf tidak begitu mahir bab bab ini, aku tolong saja mana mana yang boleh ditolong. Aku juga memadam gambar gambar dan semua akaun internet yang berkaitan dengan Aiza, dengan keizinan Yusuf. Selepas itu, baru lah rasa lega.

Pada tahun 2017 aku berpeluang menunaikan umrah, tumpang mahram adik lelaki ku. Di sana aku menghadiahkan dua kali umrah buat Aiza. Selepas hadiah umrah pertama, aku berdoa supaya Allah menunjukkan keadaan aruwah sahabatku. Malam itu, aku bermimpi Aiza membawa aku ke tempat tinggalnya. Kusam, kelam dan berwarna perang tua.

Suasana seperti Gerai Enam Jahannam dalam filem P. Ramlee. Aku juga nampak wajah wajah suram orang lain yang tinggal di situ. Ku lihat Aiza bertelekung, tetapi tidak memakai kain, mendedahkan lututnya. Raut wajahnya seakan sedih walaupun tersenyum.

Dalam mimpi tu Aiza masih cantik jelita. Sedar dari mimpi itu, aku hadiahkan umrah sekali lagi untuk Aiza dan memohon Allah ampunkan dosanya. Berita kem4tian Aiza aku kongsikan dengan staf pejabat lama hanya setelah setahun berlalu. Bukan sengaja berahsia, aku langsung tak teringat.

Seperti tertutup hati ini untuk bercerita kepada mereka. Hanya bila bertemu, aku khabarkan kem4tian Aiza dan meminta mereka mendoakan kesejahteraan dia di sana. Persahabatan dengan Aiza mengajar aku dua perkara. Pertama, jagalah akhlak dengan orang lain. Seburuk buruk perangai Aiza, dia takkan bercakap buruk tentang orang lain.

Dosanya hanya pada Allah, Allah maha pengasih maha penyayang. Allah pasti mengampuni hambaNya.BKedua, jagalah lidah dan perkataan. Aku kini betul betul menjaga perkataanku. Aku tidak lagi berseloroh cakap yang bukan bukan walau dengan niat bergurau. Bayangkan, setiap apa yang aku janjikan secara bergurau, Allah bagi aku buat semuanya.

Satu pun tak tinggal. Sekarang ni, dialog aku ialah, “Ya Allah, aku nak satu juta dalam ASB. Nak bergembira di dunia dan akhirat”. Daripada bercakap yang merepek repek, lebih baik aku minta satu juta ringgit. Allah maha mendengar, Allah pasti memaqbulkannya. Amin.

Begitulah kisahnya. Bagi aku, persahabatan dengan seseorang bererti kita bertangggjawab untuk menolongnya sampai ke akhir. Bukan sekadar berkongsi cerita dan v1ralkan kepada orang lain. Bukan bercerita hal kesedihan kita bila dia tiada. Bukan. Bukan pasal kita dah, tapi pasal dia. Sebagai sahabat, inilah kisahnya, khidmat terakhir buat sahabatku Aiza. – Sahabat Lama (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nurul haida – Kita nampak org yg lain yg x kena dimata kita, selalunya terus chop org tu warga neraka.tapi kita selalu lupa kita sendiri pun calon2 neraka jugak. Semoga kita semua punyai rakan2 yg sama macam confessor yg selalu mendoakan dan menjuruskan kita kejalan2 yg lurus yg diredhai Allah.

Mas ayu mohd – Alhamdulillah. Sangt sukar rasanya nk menjaga aiib ahli keluarga, apatah lg sahabat mahupun saudara2 kita sesama manusia. Yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia. Sungguh murah rezeki Aiza dpt sahabat spt awak confessor. Itulah..jgn h1na permulaan hidup seseorg selagi anda tdk melihat pengakhiran jalan hidup nya. Kita pn blum tentu dpt pengakhiran yg baik. Always keep that in mind..

Kim hakimi – Terima kasih utk perkongsiaan ni. Secara xlangsung mengingatkn diri bahawa kematian tu tak kenal usia, jantina, kerjaya juga duit. Kerana sampai masa, kita pasti akan dijemput.. Duit boleh beli katil, tapi tak boleh tidur. Duit boleh beli jam, tapi tak boleh beli masa. Duit boleh beli buku, tapi bkn ilmu. Duit boleh beli makanan, tapi bkn selera. Duit boleh beli ubat, tapi bkn kesihatan

Sumber IIUMC