Dgr cerita mak, aku takut nk “bermertua”. Dh la hitam, xcantik pulak tue. Tp jangkaan aku meleset bila aku dh ad mertua.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kebelakangan ni, banyak saya baca luahan di dalam ini berkenaan sikap dan perangai ibu mertua yang kej4m. Sebenarnya cerita2 seperti ni mmberi gambaran dan persepsi yang buruk untuk pasangan yang baru nak berkahwin.

Sebab saya sendiri pernah mengalami kerisauan itu. Saya nak bercerita tentang ibu mertua dari sudut yang positif pula. Bukan semua ibu mertua jahat. Masih ramai ibu mertua yang baik. Percaya lah. Saya A, wanita berkerjaya. Sekadar pekerja biasa sahaja.

Suami saya agak berjawatan, pegawai tinggi kerajaan, anak tunggal lelaki dalam keluarganya. Suami dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan adab dan sopan santun, mereka bercakap dengan lembut dan tidak pandai sindir menyindir dalam berbicara. Bapa mertua pesara kerajaan, manakala ibu mertua suri rumah sepenuh masa.

Anak2 mereka (ipar duai saya) semua berjaya dalam pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang baik. Pada awal perkahwinan, saya sangat bimbang, kerana saya hanya lah anak kampung. Saya kurang rupa dan berkulit hitam, sedangkan mertua saya putih melepak., ipar duai pun cantik belaka.

Lagi pula saya seakan f0bia apabila sering mendengar cerita dari emak saya, yang mana emak adalah menantu yang dibenci. Dikata, dihiina dan dibuuli oleh mertuanya. (opah saya)… kerana menurut emak, emak buruk rupa dan berkulit hitam, sedangkan emak mertuanya putih. – sama macam kes saya.

Jadi… dengan kekurangan itu, emak selalu dibanding2kan dengan menantu perempuan yang lain. Disakiti perasaannya. Bercakap ikut sesuka hati mereka sahaja. Sedihnya saya mendengar luahan hati emak, hingga timbul rasa takut untuk bermertua. Rasa ingin mncari suami yang yatim piatu sahaja… hahaha

Tetapi, takdir menemukan saya dengan suami yang punyai keluarga yang sempurna. Lagi menambahkan kerisauan saya, apabila suami adalah anak lelaki tunggal mereka. Tentu ibu mertua inginkan menantu yang cantik lawa… putih dan sempurna. Rupanya, jangkaan saya sama sekali meleset.

Ibu mertua saya adalah ibu mertua yang terbaik di dunia. Ye… yang terbaik di dunia. Beliau tidak pernah merendah kan saya yang serba kekurangan ini. Saya tak pandai masak, dia ajar dengan sabar. Bila saya rasa sakit2 masa mengandung, diurutnya saya dengan penuh kasih sayang. Berjam lamanya… sehingga saya rasa benar2 lega.

Apa sahaja yang saya inginkan, abah dan mak mertua akan usahakan sampai dapat… Setiap kali kami ingin balik ke rumah mertua, bilik kami disiapkan secantik bilik pengantin, bersih, wangi dan kemas. Ya Allah, bersyukurnya saya. Bahagianya hidup saya. Saya ceritakan pada emak saya, bahawa bukan semua mertua itu jahat.

Dan.. emak saya kata, ini adalah kerana Allah menjawab doa2nya yang sangat berharap agar anak perempuannya tidak mengalami nasib sedih bermertua sepertinya. Alhamdulillah. Terima kasih emak atas doa2 emak untuk anakmu ini.

Kawan2 sekerja saya hairan apabila melihat saya sangat seronok dan teruja setiap kali nak balik beraya di rumah mertua, kerana bagi mereka, seronok lagi beraya di rumah emak sendiri. Bagi saya sama sahaja, di mana pun saya seronok. Setiap kali kami nak balik semula ke kediaman kami, maka penuh saratlah kereta dengan pelbagai bekalan untuk kami bawa balik.

Anak anak saya juga adalah cucu yang disayangi. Sama sahaja dengan cucu mereka yang lain. Tak ada bezanya. Jika sorang dapat duit raya RM50, semua pun akan dapat dengan nilai yang sama. Pembaca sekelian, sebenarnya banyak lagi kebaikan mertua saya yang hendak saya cerita kan. Tapi, cukup la setakat itu sahaja.

Nanti lebih2 sangat, orang meluat pula membacanya. Cuma apa yang saya nak tekan kan di sini, jangan bimbang untuk bermertua… kerana bukan semua mertua itu jahat. Berdoalah banyak2 agar dikurniakan mertua yang baik dan yang membahagiakan. Kini… kedua dua ibu dan bapa mertua saya telah pergi buat selamanya.

Kedua2nya pergi di hari Jumaat yang mulia. Ibu dan bapa kandung saya juga telah tiada. Sekarang… saya hanya mampu mendoakan dan mengirim pahala dari bacaan al-quran yang saya baca pada setiap hari untuk semua kesayangan2 yang telah tiada. Dan… saya hanya mampu mengenang segala kebaikan dan kasih sayang yang telah mereka berikan kepada saya selama 18 tahun yang saya sempat menjadi menantu mereka.

Al-fatihah untuk kedua ibu bapa ku dan kedua ibu bapa mertuaku. Untuk aruwah emak dan abahku, mak, sekarang saya hidup bahagia atas doa2 emak untuk saya. Terima kasih mak. Untuk kedua mertuaku, emak abah… saya akan besarkan cucu2 emak dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut seperti emak dan abah mmbesarkan suami saya dan ipar2 saya yang lain.

Dan.. bahagia saya nak khabarkan, cucu lelaki emak sekarang sudah pun menjadi al-hafiz. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih emak, abah, emak mertua dan abah mertuaku. Terima kasih atas kasih sayang yang telah diberikan. Dapat saya menikmati syurga di dunia ini. Alhamdulillah.. – A (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Noor mastura – Perkahwinan ke 2 saya…Allah bagi sejuta Rahmat Dan Kasih Sayang…kalau dulu 8 thn, sekali pun tak pernah balik raya rumah mertua..tapi sejak 3 thn ni, gilir2 balik umah mak ayah masing2…sbb kami sama kawasan…cuma lain kampung..mertua saya..

ipar duai MasyaAllah baik sungguh2…smua sporting tapi hubungan saya ngan mertua yg dulu tetap baik n masih berjumpa..saya cuma bermasalah dgn bekas suami tp dgn keluarga dia, saya tetap jaga silaturrahim.

Cahaya rumah – Ye benar ada ibu mertua baik.. seperti kawan sekerja.. sampaikan dia kata rindu ibu mertua. Mertuanya xdapat pulang akibat pelaksanaan PKPB baru2 ini.. mertuanya menguruskan anak, membersihkan rumah dll ketika dia sibuk bekerja. Dia xminta tapi semua dah diuruskan.. xseperti saya.. mertua tika datang, mengharap untuk membawanya berjalan2 dan shopping..

termasuk semua ipar2.. saya dah lama pendam.. saya xsihat tapi mereka kata saya pura2.. Allah Maha Mengetahui.. sekarang saya masih dihantui kata2 nista dia dan keluarga.. moga satu hari nanti kami boleh baik2 Aje.. doakan saya dapat lupa segala yang dikata pada saya dan keluarga.. kesian keluarga saya kena serang juga melalui panggilan telefon.

Mujahiddah – Alhamdulillah.. boleh relate dengan tt.. cuma takde la sampai urut2 tu..hihi.. tapi yes, MIL baik dan lemah lembut, everytime kami balik, mesti masak masakan kegemaran saya.. seorang yg simple, tak berkira, memudahkan… semoga saya dapat ikut jejak langkah dia utk menantu2 saya nanti insyaAllah.

Puan salasilah – Untungnya siapa yg dpt mentua yg baik.. Selama enam tahun khawin baru sy tau selamani sy ni hanya penghalang hubungan suami n emak dia.. Suami anak bongsu.. Seronok baca komen2 anda semua.. ada mentua yg sporting n baik.

Sumber IIUM