Aiza anak kacukan brumur awl 40an. Awet muda, wajahnya cantik. Hairan kami berkwn rapat, rupanya sbg khidmat terakhir buatnya.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku seorang wanita. Aku terpanggil untuk berkongsi cerita ini setelah terbaca confession AJK Jabatan Netizn tentang N4rcissist Kental Media S0sial.

Seorang media influncer berkongsi rakaman video pengurusan jnazah teman baiknya hingga ke liang lahat. Aku bersetuju dengan confessor. Tak sanggup nak tengok video tu sebab terasa gerun dan sayu. Yelah, satu hari nanti kita semua akan merasa pengalaman sebagai jenzah, dibungkus kemas, dan dikambus dengan tanah.

Proses akhir kehidupan di muka bumi dan juga lembaran pertama untuk kehidupan di alam kbur pula. Dan bagi aku, sebagai sahabat kita sepatutnya menutup aiib sesiapa pun samada ketika hidup atau setelah m4ti. Itu lah khidmat terakhir seorang sahabat, yang aku kongsikan di sini. Kisah ini tentang sahabat baik yang aku namakan sebagai Aiza.

Aku kenal Aiza pada tahun 2007 ketika bekerja bersama di Desa Sri Hartamas. Jika dilihat pada luaran, kami berdua sangat berbeza. Seperti langit dan bumi. Aku adalah tipikal staf Melayu yang simple, bermake-up nipis dan berpakaian menutup aurat. Pakaian pejabatku selalunya baju kurung, jubah, atau kemeja dan berseluar panjang. Aiza pula seorang yang cantik.

Neneknya Melayu dan datuknya India. Ibunya pula campuran Cina. Jadi korang boleh bayangkan kecantikan eks0tik yang Aiza miliki. Seperti ratu cantik Venezuela. Aiza ni juga seorang yang suka bersiap. Rambutnya lurus dan panjang, berlipstik merah lengkap berbulu mata panjang dan sentiasa bermedi pedi (m3dicure dan pedicure).

Pakaian kerja pula ialah skirt pendek potongan pensil dan kemeja panjang yang dilipat hingga ke siku. Penampilan itu sesuai juga dengan personalitinya yang ramah dan mesra dengan sesiapa sahaja. Dipendekkan cerita, aku dan Aiza akhirnya menjadi kawan baik. Kami breakfast dan lunch bersama setiap hari.

Sebab masing masing nak jaga badan taknak gemuk, kami akan makan setengah jam dan habiskan masa setengah jam lagi dengan berjalan jalan di sekitar Desa Sri Hartamas. Biasanya semasa kami berjalan jalan, orang yang berselisih (selalunya lelaki) akan merenung atau menoleh berkali kali ke arah Aiza. Aku yang berjalan di sebelah dia pun rasa bangga ada kawan cantik.

Walaupun berumur 40-an, Allah beri rupanya seperti 20-an. Cantik dan awet muda. Aku yang tengok Aiza tiap tiap hari pun terpesona, apa lagi orang lain. Tapi Aiza ni orangnya peramah. Kalau orang tengok atau tenung dia, selamba je dia kata “hai” sambil senyum lebar dan angkat tangan.

Mana lah tak seronok orang tu. Berjalan sampai terteleng teleng kepala. Aiza kata apalah salahnya bagi orang tu happy. Kan dapat pahala. Heeeee aku senyum saja lah nak kata apa. Masa ni Aiza baru bercerrai setelah berkahwin hampir 20 tahun. Anak anak 3 orang semuanya perempuan bersekolah menengah, dan duduk dengan bekas suami.

Kenapa dan mengapa, jangan lah ditanya di sini. Sebab bagi aku, itu keputusan peribadi suami isteri. Pasti itu yang terbaik untuk mereka. Selepas bercerrai Aiza selalu berkongsi kesepian hidupnya terutama ketika pulang ke rumah. Dia kata pada waktu malam ketika terbaring memandang siling, dia selalu meratap ya tuhan…ya tuhan….

sambil memikirkan bila dia nak m4ti. Aiza juga risau dia akan mati sendirian. Jadi sebagai sahabat, aku pun betulkan supaya panggil nama Allah, bukan tuhan. Allah pasti akan bantu mengisi kekosongan jiwa. Aku juga bergurau mengatakan, “Takpe Aiza, bila U rasa nak m4ti nanti, U call I. Nanti I datang ajar syahadah.”

Kami ketawa memandangkan jarak rumah kami agak berdekatan. Kadang kadang Aiza mengadu yang dia takde rasa nikmat hidup. Semua kosong. Makan takde rasa, kerja takde rasa, berMua-Thai takde rasa. Aiza kata kan bagus kalau rasa ‘high’…. Macam ambil ddah. Stim je mata. Dan kami pun ketawa.

Aku pun sambung, “kalau nak m0rf1n murah elok cari kat hspital. Minta nurse cucuk sekali, lepas tu stim. Haaa free you!” Ketawa lagi. Untuk pengetahuan, Aiza ni bukan lah jahil dalam agama. Dia adalah lulusan UIA dan juga bertudung ketika ke kuliyah. Tapi dia sendiri mengaku betapa jauhnya dia dengan tuhan (aku betulkan supaya sebut Allah).

Dan sentiasa mencari jalan untuk mengisi kekosongan hidup. Aiza pun mengaku walaupun dia jarang solat tapi malam malam bila dia sedih dia akan solat dan mengadu menangis kat Allah. Waktu ni aku sangat bersyukur sebab dia masih ingat pada Allah. Dalam bercerita sedih sedih, aku ajak Aiza menunaikan umrah.

Mengadu kat Allah depan Kaabah. Aiza pun macam setuju. Kami berjanji bila umur aku 45 tahun, kami akan ke sana bersama sama. Ketika itu aku berumur 32 tahun dan Aiza 42 tahun. Walaupun aku tak pasti adakah kami masih berkawan lagi nanti, tapi aku tetap yakin dapat membawa sahabatku itu ke Mekah.

Selalunya Aiza berkongsi cerita sedih dengan aku saja. Bila kami berdua, baru dia bercerita. Tapi kalau ada staf lain yang join breakfast atau lunch, kami cerita pasal ofis, pasal kerja. Atau pun dengar je staf tu cerita pasal anak anak dan keluarga. Takpun kami pakat pakat kutuk bos besar yang tipu gelaran Dr. konon buat PhD tapi bila minta salinan tesis, langsung taknak bagi.

Haaaa…..acaner tu? Pendek kata bila dengan staf lain, si Aiza tunjuk happy go lucky. Sembang kencang macam takde masalah. Paling tidak pun dia akan komen pasal bulu mata dia yang tercabut gam. Antara perangai Aiza yang aku suka ialah dia tak suka bercerita pasal orang lain.

Cerita baik apatah lagi cerita buruk. Kalau ada staf buat muka kelat dengan dia, dia akan kata “Aaaahhh, mesti dia gaduh dengan laki/bini kat rumah. Kejap lagi ok la tu.” Aiza tak pernah bersangka buruk dengan orang lain walaupun dia tahu ramai staf kutuk cara dia berpakaian. Kadang kadang ada je staf lain mengata dia.

Kutuk pakai s3ksi la, pasal make-up tebal la, pasal tak solat kat surau la. Bayangkan diaorang kutuk tu dalam surau kot. Sambil pakai telekung atau sambil hampar sejadah. Huuussshhhh aku yang tengah solat pun rasa tak kusyuk weh. Terpaksa baca surah pejam mata, bisik kuat kuat, supaya kusyuk semula.

Lepas solat je terus keluar dari surau, tak sempat berdoa dah sebab rasa sangat marah. Yelah, depan Aiza diaorang tak berani nak cakap lebih kurang sebab Aiza ni pekerja yang pandai. Cakap berdepan senyum senyum tapi kat belakang semua benda diaorang kutuk. Sampaikan berita Aiza bercerrai pun jadikan bahan.

Aiza tahu staf lain mengutuk tapi dia kata biar je lah. Tuhan ada…. (waktu ni pun aku betulkan supaya sebut nama Allah). Yang kutuk ni bukan lah semua, cuma beberapa orang sahaja. Tetapi aku peratikan yang tukang dengar pun ramai, dan tukang mengiya dan tukang gelak pun ramai. Jadi takde bezanya diaorang ni. Sama saja.

Pada tahun 2010 Aiza telah berpindah kerja ke tempat lain, tetapi masih berdekatan dengan ofis aku. Kadang kadang dia akan datang lunch atau berjalan jalan seperti selalu. Staf lain pun jika terserempak akan ditegurnya walaupun ada yang melemparkan perlian secara terbuka.

Dulu nak cakap direct, tak berani sebab satu pejabat. Bila Aiza dah tak kerja di situ, berani pula diaorang kutuk dia depan depan. Bayangkan…… Seperti biasa Aiza buat dek saja dan berkata Allah adaa….. Di ofis, ada staf lain yang bertanya kepadaku tentang Aiza. Nampaknya diaorang ni sangat sangat berminat nak tahu pasal Aiza.

Kebanyakan masa aku akan cerita yang best best je. Biar diaorang sakit hati tak boleh mengutuk. Biar diaorang takde modal. Aku memang tak berapa ngam dengan diaorang sebabkan sifat munafik tu, depan baik belakang kutuk. Jadi dengan diaorang ni aku buat kawan hangat hangat taik ayam. Berkawan pasal kerja sahaja, selain itu sorry la beb.

Pada tahun 2014 aku telah bertukar kerja di Bangi. Aiza pula di Cyberjaya. Ketika ini dia telah berkahwin dan hidup dengan gembira. Kami masih lagi berjumpa 3-4 kali setahun, selalunya di Bangi Gateway. Kebanyakan masa Aiza berkongsi cerita tentang suaminya Yusuf, yang hensem dan baik.

Aku memang bersyukur kerana akhirnya Aiza dapat menemui rasa dalam kehidupannya. Tiada lagi kesedihan dan air mata. Semuanya kegembiraan dan gelak tawa.

Pada masa yang sama Aiza bercerita tentang simpanan barangan kemasnya yang dibawa pindah dari rumah lama ke rumah baru. Berkilo kilo. Aku pula secara spontan bertanya tentang zakat emas. Aiza tersengih. Melihat sengihan tu aku pun faham yang dia tak bayar zakat.

Secara berseloroh aku berkata, “Takpe Aiza, bila U nak m4ti nanti I akan contact Yusuf pasal ni. You m4ti je dengan aman.” Padahal aku tak pernah jumpa si Yusuf pun. Yakin je aku cakap macam tu. Dan ya, Allah maha mendengar. Rupa rupanya apa yang aku janjikan walau secara berseloroh, Allah aturkan supaya aku laksanakan. Sebagai khidmat terakhir buat sahabat.

Sepanjang aku berkawan dengan Aiza, selepas solat aku selalu berdoa supaya dia bahagia dan gembira. Bila aku teringat, aku hadiahkan al-Fatihah agar r0h Aiza tenang dan kembali kepada kehidupan yang menepati syariat Islam. Walaupun ketika Aiza masih hidup.

Aku sentiasa menitipkan doa dan fatihah untuknya supaya terbuka hatinya kembali ke fitrah Muslim. Aku bersahabat dengan Aiza bukan sebab dia cantik, bukan sebab dia kaya. Aku sendiri tak tahu kenapa hati aku terlekat untuk terus berkawan dengan dia.

Waktu balik kerja, dalam kereta ketika memandu aku sering bermuhasabah kenapa Allah bagi rasa sayang kat Aiza. Sayang nak tinggalkan dia sorang sorang. Seperti satu tanggungjawab untuk membantu Aiza kembali ke jalan yang Allah redai.

Walaupun ada ketika aku tidak bersetuju dengan jalan keluar yang Aiza ambil suatu ketika dulu, aku hanya menggelengkan kepala atau membuat muka buruk dan berkata “Yek!”. Atau ketika aku benci dengan beberapa perkongsian ceritanya yang bercanggah dengan pendirianku, dalam hatiku aku berdoa, “Allah! Allah! Allah! Bantu sahabatku ini.”

Dan aku tetap setia berkawan dengan Aiza. Sememangnya Aiza pernah mengaku dalam ramai ramai kawannya, aku yang paling Islamik. Seperti satu tanggungjawab, aku teruskan berkawan dengan Aiza. Sehingga lah Aiza berkahwin semula. Lega dan gembira. Itu yang aku rasa, kerana dia berkahwin dengan lelaki Islam yang memenuhi ciri ciri seorang suami mithali.

Hakikatnya Allah sahaja yang mengetahui mengapa hati kami bertaut sebagai sahabat. Rupanya sebagai peluang aku memberi khidmat terakhir buat sahabatku Aiza. Aku akan sambung lagi cerita ini di bahagian ke-2 nanti. Insyaallah. Buat perkongsian untuk semua. Semua perkenalan yang Allah aturkan ada hikmahnya. Wassalam. – Sahabat Lama (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Pezan hanim – sy pun teringin nak jd sahabat yg baik cm penulis.. berbuat baik hingga akhirnya tuk sahabat sy Hanim Baihaki.. sy bsahabat dgn dia ikhlas.. bukan kerana dia cntik atau bijak.. tp sbb dia special ..

Dina noorlina – best perkongsian yang macam ni..awak memang sahabat yg baik..jangan lambat sngat sambung cerita ni ya

Iman husna – harap ada sambungan. suka sya baca kisah2 psahabatan ni. tambah2 yg ada pengajaran. smoga sya dan sahabat2 sya kekal smpai syurga.

Sumber IIUMC