“Semuanya duit”. 3bulan blajar aku bhenti. Bila bgtau nk tolg makayah dikatakn xde masa depan. Ini nasiht utk adik aku.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Aku Angah. Umur awal 20-an. Angah ada 4 orang adik beradik. Dua orang adik angah masih sekolah.

Angah tak tahu nak mula dari mana. Okay, angah mula dengan diri angah dulu. Umur angah dah awal 20-an. Patutnya angah dah ada segulung diploma. Tapi… Angah tak ada diploma. Angah tak dapat sambung belajar. Angah belajar setakat SPM je. Result SPM angah Alhamdulillah, cemerlang. Angah dapat 5A 2B 1C 1D.

Semua orang bangga dengan angah walaupun angah tak dapat straight A macam PMR angah. Kenapa angah tak sambung belajar? Angah ada sambung belajar. Angah sambung Diploma in Civil Engineering. Tapi angah mampu cuma hampir 3 bulan je. Nak tahu kenapa?

Sebab masa angah masuk belajar tu sebulan lagi nak puasa. Masa puasa angah tak ada balik langsung, sebab jauh. Masa angah balik raya. Angah tak tahu nak gambarkan perasaan angah bila adik-adik kata dia buka puasa tak pernah dapat lauk sedap. Kadang-kadang makan lauk telur je. Ya, angah orang susah.

Mak angah tak kerja. Angah memang tak bagi mak angah kerja. Sebab mak angah ada kncing manis. Dah p0tong ibu jari kaki pun sebab kncing manis. Mak angah tak boleh luka. Ayah angah s4kit. Kadang kerja, kadang tak. Abang angah kerja biasa-biasa je. Masa angah nak balik uni lepas raya. Angah tanya ayah pasal tiket nak balik.

Ayah kata ayah tak ada duit. Nanti ayah tanya kat busu kalau dia bagi pinjam. Ayah telefon busu, busu bagi ayah pinjam RM100 untuk beli tiket angah balik. Masa tu angah belum dapat ptptn lagi. Masa angah dalam bas nak balik ke uni, angah tak boleh berhenti fikir macam mana adik-adik angah masa angah tak ada. Kadang-kadang pergi sekolah duit belanja pun tak ada.

Angah nangis sepanjang perjalanan balik ke uni. Angah kesiankan adik-adik angah. Lepas angah balik uni. Kelas dah start macam biasa. Angah start jimat makan. Sebab duit tak ada. Ptptn belum lulus lagi. Ayah tak ada bagi duit belanja. Lecturer pulak dah mintak duit nak beli lab coat lah, buku references lah, macam-macam lagi.

Angah dah mula dapat adapt dengan subjek-subjek kos yang angah ambik tu. Alhamdulillah, first test angah boleh dapat full mark, walaupun angah tak minat kos engineering. Angah minat bidang perubatan. Tak kisah lah farmasi ke apa ke. Asalkan ada kena mengena dengan perubatan.

Tapi bila fikirkan yang banyak lagi yang angah kena fikir macam mana nak bayar. Angah jadi down. Sampai satu tahap, angah call mak cakap yang angah nak berhenti belajar. Angah nak kerja. Angah nak tolong mak dengan ayah. Angah str3ss duduk kat sini. Semuanya DUIT. Angah tak ada DUIT. Angah tekad.

Angah terus pergi HEP dan mintak borang berhenti. Esoknya angah terus balik ke rumah dengan duit yang tak berapa nak ada. Berakhirlah kehidupan angah di universiti selama hampir 3 bulan. Sekarang angah kerja dekat kedai makan. Dengan gaji angah, walaupun tak besar, alhamdulillah, angah dapat tolong mak ayah besarkan adik-adik.

Walaupun angah terpaksa kerja 12 jam sehari, angah tak kisah. Asalkan adik-adik angah ada duit belanja sekolah. Asalkan ayah dapat rehat kalau dia s4kit. Angah k0rbankan masa depan angah demi mak, ayah dan adik-adik. Duit, kerja angah boleh cari. Tapi mak dengan ayah, angah ada satu je dalam dunia ni.

Tapi kenapa semua peng0rbanan angah orang tak pernah hargai? Kenapa ada yang tak nak faham bila angah kata angah nak tolong mak ayah. Mereka kata angah tak ada masa depan sebab angah tak sambung belajar. Memang angah tak ada masa depan yang cerah. Angah nak adik-adik angah belajar tinggi-tinggi.

Adik angah lelaki, belajar lah tinggi-tinggi dik. Nanti kau ada tanggungjawab yang besar. Kau kena tanggung mak ayah nanti. Bila kau kawin kau kena bagi nafkah kat isteri kau. Kau KENA jadi berjaya. Angah tak apa. Kalau ada jodoh, suami angah yang akan tanggung angah.

Kau nanti kena menanggung anak orang. Jadi kau kena ada kerja yang jamin masa depan kau. Ramai yang kata angah b0 doh sebab tak nak sambung belajar. Angah bukan tak nak. Angah nak SANGAT sambung belajar. Tapi mak ayah lebih perlukan angah. Angah pun nak berjaya macam kawan-kawan angah.

Ada degree. Ada yang dah kerja elok. Ada yang dah beli kereta, rumah. Tapi angah? Tak apa, kalau angah tak berjaya kat dunia ni, angah nak berjaya di akhirat nanti. Salah ke angah nak tolong mak ayah? Besar sangat ke dosa angah kalau angah tak sambung belajar?

Adik angah. Angah tak minta adik balas jasa dan pengorbanan angah. Cuma nanti bila adik dah berjaya, ingatlah yang angah telah korbankan seluruh masa depan angah untuk adik. Jangan musnahkan harapan angah untuk tengok adik berjaya. Jangan jadi macam angah. Salam sayang, – Angah

Reaksi warganet

Liyana halim – Kita sama angah…saya pun angah… Kita sama angah…belajar separuh jalan.. Kita sama angah…ada cita2 tggi… tp kite bkorban demi org yg kite cinta… Angah bhenti belajar dlu sbb angah jge aruwah ibu angah yg sakit…bertahun2 aruwah sakit..angah jga dia….angah bg laluan pd along utk abiskn belajar….utk along jd abg harapan pd adik2 nnt…

jd contoh pd adik2..angah bhenti belajar sbb nak 2 org adik angah yg sedang sekolah waktu tu…fokus belajar..biar angah yg jge aruwah… Biar yg susah angah.biar yg penat angah…jgn adik beradik angah yg lain… angah nak diorg semua berjaya…jgn jd mcm angah…

Beberapa bulan sblm ibu angah mennggal… angah kahwin dengan seorg lelaki budiman yg sgt baik…dia terima angah..dia terima adik beradik angah…dia terima ibu angah..sama2 kami jaga aruwah…kini bila ibu angah mennggal…adik2 angah bjaya ..angah msih bhagia…wlau angah xdpt kejar cita2 angah mcm kwn2 angah yg lain…

tp angah ada 1 kepuasan…kebahagian…utk lihat mereke senang….tanpa angah hrap.. diorg ingt pd angah. ckuplah diorg tahu menjaga diri diorg…cukuplah diorg tahu angah akan sentiasa ada tika susah senang diorg…dan Allah maha adil..dia ambil ibu angah…

tp dia gantikan angah dgn seorg suami yg sgt baik pd angah…. alhamdulillah…walau skrg angah hanya ada spm…keje kuli pon..angah masih bahagia….semoge tuan tanah juga akan dikurniakan rasa bahagia tersebut…memiliki hati yg besar…cekal selalu…

Nursyaf latif – Aku pon angah. Masa aku habis sklh fmly aku pon ada mslh kewangan abah berniaga dah tak jln. result spm aku pon bagus. Niat aku pon sama nak tolong ibu abah. Kakak aku tgh bljar sesen pon tak mntk duit ibu abah dri mula smpai hbis bljar dia berdikari.

Tp aku tk penah memilih kerja. Lps setahun keja kt kmpg umur 19 aku lapor diri keja gov. Mgkin berkat doa ibu abah. Usaha lahh, byk lg jln, jgn harap org hargai peng0rbanan kita. Kalau betul niat tu baik jgk lah kita dpt. Kdg plg aku geram org ckp aku tak enjoy masa muda aku, aku kedekut. Tp dorg taktau tggjwp aku.

Masni azahari – Assalamualaikum Angah..aunty ada satu cerita..ada kawan aunty pun melalui pengalaman seperti angah.. Dia memang dari keluarga miskin..dia masuk universiti..tapi duit biasiswa yang dia dapat ..bukan untuk beli buku atau pun untuk pengajian..tetapi terpaksa diberi kepada ayahnya..

setiap kali ayahnya tiada wang untuk belanja dirumah,ayahnya akan kekolej penginapan untuk minta duit. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan mula bekerja.Apabila kedudukan kewangan dah stabil..dia mula belajar kembali..bermula dengan diploma dan degree secara separuh masa..

Akhir sekali..beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana.. Angah masih boleh belajar, apa yg perlu Angah buat..cuba cari kerja yang stabil sikit..supaya cukup untuk beri pada keluarga dan untuk yuran pengajian..angah kena berk0rban..mungkin kena kerja dibandar jauh dari keluarga..

Cari kerja ditempat yg berdekatan dengan universiti lagi baik..siang boleh bekerja dan malam pergi belajar. Semoga Angah berjaya dunia dan akhirat

Sumber IIUM