“Aku akn tgglkn tubuh ini tp bsyarat”. Selesai “membangau” syakir meracau. Rupanya ini yg dia buat masa kat tasik tue.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kami mula berkemas setelah hampir 2 jam mencuba nasib di tasik itu. Memang tiada rezeki kami di situ.

Indah khabar dari rupa. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada tasik tersebut. Memang pada awalnya, bermacam cerita menarik kami dengar dari mulut orang lain tentang tasik itu. Kata mereka, tasik itu adalah “port” terbaik untuk pemancing tegar macam kami. Malangnya, pada hari ini telah terbukti apa yang mereka katakan itu tidak benar sama sekali.

Dua jam kami melayan nasib di sini malangnya, seekor pun ikan tidak mengena. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pulang. Usai bersiap, kami pun berjalan menuju ke arah kereta yang diparkir lebih kurang jarak 500 meter dari tempat kami memancing. Tasik itu terletak agak jauh ke dalam hutan.

Kami perlu meredah hutan sejauh lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke kawasan tasik berkenaan. Pada awalnya, aku berasa agak kurang sedap hati. Maklumlah tempat itu sunyi. Cuma aku, Hazim dan Syakir sahaja yang berada di situ. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kami bertiga, pastinya sukar untuk kami dapatkan bantuan.

Mujurlah sepanjang dua jam memancing, tiada apa yang berlaku. Kami bertiga masuk ke dalam kereta. Hazim yang memegang tanggungjawab sebagai pemandu sudah pun bersiap sedia untuk memulakan pemanduan. “Korang berdua okay ke?” Soal Syakir secara tiba-tiba.

“Eh, kami okay saja. Kenapa, Syakir? Kau tak sihat ke?” Soalku kembali kepada Syakir. Memang aku perasan, sejak sampai di tasik tadi, riak wajah Syakir mula berubah. Kelihatan perasaan resah pada raut wajahnya. Dia juga tidak bercakap banyak, tidak seperti selalu. Padahal, Syakir ini seorang yang peramah.

“Haah, aku pun nak tanya kau benda yang sama, Syakir. Kau tak sihat ke? Aku perasan kau asyik diam dari tadi. Ada apa-apa yang tak kena ke?” Soal Hazim pula. Rupa-rupanya, bukan aku seorang sahaja yang perasan akan perubahan pada sikap Syakir itu. Hazim pun turut perasan benda yang sama.

Memang ketara sekali perubahan pada diri Syakir sejak kami tiba di tasik tadi. “Takde apa-apalah. Aku okay. Entahlah! Tiba-tiba saja aku rasa s4kit kepala. Padahal sebelum datang sini tadi okay saja.” Syakir berterus-terang. “Kau penat sangat kot, Syakir. Belakangan ini kan kau asyik kerja lebih masa je.” Aku membuat andaian.

“Betul tu. Mungkin kau penat sangat. Ditambah pula dengan tempat ini yang tak menarik. Kita membangau saja kan selama dua jam.” Hazim menyokong andaian aku. “Mungkin juga kan. Takpelah. Tak payah fikirlah. Balik nanti aku tidur, sihatlah lepas ni.”

“Jangan macam tu, Syakir. Jom kita singgah klinik dulu ye,” ajak Hazim yang sedang memandu. “Tak payah, Hazim. Kita balik rumah sahajalah. Sampai rumah nanti aku tidur. Esok mesti aku sihat semula.” Syakir berkeras untuk tidak mahu pergi ke klinik. Hazim pun terus memandu pulang ke rumah kami setelah Syakir berkeras tidak mahu ke klinik.

Kami tiba di rumah kira-kira jam 8 malam. Disebabkan keletihan, malam itu kami cuma meluangkan masa di dalam bilik masing-masing. Aku mengemas katil dan mengambil keputusan untuk tidur setelah melihat jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam. “Pammmmm!!!!”

Malangnya, sebelum sempat aku menutup mata, gegendang telingaku menangkap bunyi dentuman yang kuat. Kaget dengan bunyi yang kuat itu, aku pun segera keluar dari bilik. Kelihatan Hazim juga baru sahaja keluar dari biliknya dalam keadaan mamun. Pintu bilik Syakir pula masih tertutup rapat.

“Bunyi apa tu, Hazim? Dari mana datang bunyi tu?” Soalku kepada Hazim. “Tak pastilah, Is. Aku pun dah terlena tadi. Aku terjaga pun disebabkan bunyi yang kuat tu.” “Pammmm!!!!” Sekali lagi bunyi dentuman kuat itu berlaku. Kami berdua terkejut besar. Bunyi itu datang dari dalam bilik Syakir.

Kami berdua pun pantas berlari ke arah bilik Syakir. Malangnya, bilik dia berkunci. Aku dan Hazim memanggil nama Syakir berulang-kali tetapi tidak juga bersahut. Butir-butir kebimbangan sudah mula mekar dalam hati kami berdua. Kami bimbang jika ada perkara tidak diingini berlaku kepada Syakir.

“Apa kita nak buat ni, Is?” Soal Hazim. “Kita tiada pilihan lain lagi. Kena pecahkan juga pintu ini. Aku bimbang benda pelik berlaku kepada Syakir.” Seusai melafazkan kata-kata itu, aku terus merempuh pintu bilik Syakir itu sekuat hati menggunakan tubuhku. Malangnya, tidak berlaku apa-apa kesan pun terhadap pintu itu.

Pelik. Jika diikutkan logik, saiz badan aku yang agak besar ini pastinya akan berjaya memecahkan pintu tersebut. Sekali lagi aku mencuba. Namun, kali ini aku merempuh pintu tersebut sambil mulutku terkumat-kamit membaca potongan ayat Al-Quran yang aku ingat. Alhamdulillah! Kali ini usaha aku membuahkan hasil.

Bagai nak luruh jantung kami berdua. Bayangkan, sebaik sahaja pintu itu berjaya dibuka, retina mata aku dan Hazim tertancap pada sosok Syakir yang sedang berdiri secara terbalik pada siling bilik itu. Entah bagaimana telapak kakinya boleh melekat pada siling bilik itu. Jadi, dia berada dalam keadaan terbalik ketika ini.

Kakinya di atas manakala kepalanya pula berada di bahagian bawah. Kedua-dua kami mengucap panjang. Menggeletar seluruh tubuh kami dek kerana ketakutan. Butir-butir peluh kegusaran mulai terbit membasahi dahi kami berdua. Mana tidaknya, wajah Syakir yang menghadap kami secara terbalik ketika ini sedang menyeringai kepada kami.

Rupanya tidak lagi seperti rupa Syakir yang kami kenal. Nampak menyeramkan sangat. Tubuhku dah kaku masa itu. Kaki aku seperti terpasak pada lantai disebabkan ketakutan yang teramat. Aku dengar suara Hazim mengajakku lari tetapi tubuhku kaku dan tidak mampu bergerak walaupun satu inci.

Mujurlah Hazim bertindak bijak dengan mengheret tubuhku keluar dari rumah. Tercungap kami berdua di luar rumah itu sambil memikirkan apa yang sepatutnya kami lakukan. Mujur aku teringat pada sahabatku, Hafizuddin yang tinggal tidak jauh dari rumah kami.

Hafizuddin ataupun lebih mesra dengan panggilan Din sahaja merupakan seorang ustaz yang bertugas di pejabat agama kawasan kami. Beliau mahir dalam bidang rawatan Islam. Aku pantas menelefon Din untuk meminta pertolongan daripadanya. Kurang 10 minit, Din tiba di kediaman kami.

Din mengajak kami masuk ke dalam bilik Syakir bersamanya. Entah bagaimana ketika kami masuk ke dalam bilik Syakir, Syakir telah pun terbaring di atas katilnya sambil kedua-dua belah matanya terbuka luas serta nafasnya tercungap-cungap. Panik aku dibuatnya. Kelihatan seperti Syakir sedang diambang m4ut. Din menenangkan aku.

“Jangan terpedaya dengan tipu daya sy4itan,” kata Din. Din pun memulakan ruqyah. Syakir menggelupur kes4kitan bagaikan seekor lembu yang sedang dis3mbelih. Aku dan Hazim diarahkan untuk membantu Din dengan cara memegang erat Syakir yang asyik menggelupur.

Hampir satu jam juga proses ruqyah itu dilakukan dan sepanjang itu, j1n yang menguasai tubuh Syakir membisu. Walaupun diterajang beberapa kali namun j1n tersebut tetap senyap. Din akhirnya mengambil sebiji kacang hijau dan menekan pada ibu jari kaki Syakir sambil membaca ruqyah. Syakir menjerit dan meraung kesakitan.

“Sakit!!!” “Kau sakit kan? Sekarang kita selesaikan cara elok. Siapa kau? Dan kenapa kau mer4suki jasad manusia ini?” Soal Din. “Dia yang kacau aku dulu. Dia pijak sarang aku! Sarang aku musn4h. Sebab itulah aku nak berikan pengajaran kepada dia,” jelas m4khluk dalam tubuh Syakir.

“Wahai makhluk Allah, sesungguhnya manusia ini tidak tahu itu sarang kamu. Seandainya dia tahu, dia tidak akan lakukan begitu. Sekarang aku mohon secara baik, tinggalknlah tubuh dia ini dan jangan datang lagi,” arah Din. “Boleh tetapi dengan satu syarat.”

“Apakah syaratnya? InshaAllah akan kami ikut jika tidak melanggar syarak.” “Syaratnya adalah mereka bertiga dih4ramkan masuk ke kawasan tasik itu. Seandainya mereka bertiga masuk lagi, akan aku ajar kesemua mereka.” Jin tersebut menetapkan syarat.

“Baiklah! Mereka bertiga akan ikut syarat kau.” Din membaca ayat Qursi sambil menarik ibu jari kaki Syakir. Alhamdulillah, selepas itu Syakir kembali sedar namun keadaannya letih sama sekali. Din memberikan Syakir segelas air. Dengan izin Allah, Syakir mendapat sedikit kekuatan dan membolehkan dia untuk bangun duduk.

Din bertanya kepada Syakir tentang kata-kata j1n tadi iaitu tentang Syakir memijak sarangnya. Syakir menangis teresak-esak menceritakan kepada kami. Dia menyesal atas perbuatannya. Rupa-rupanya, ketika sampai di kawasan tasik tadi, Syakir ternampak timbunan pasir seperti sarang semut.

Dia sengaja memijak timbunan pasir tersebut sehingga runtuh. Bermula dari itu, Syakir tiba-tiba saaja diser4ng s4kit kepala. Bukan itu sahaja, ketika memancing juga dia kerap terlihat makhluk seperti mawas besar berbulu hitam sering memerhati ke arahnya. Namun, makhluk ini berjaya dia lihat dalam satu kali kerdipan sahaja.

Selepas itu terus hilang. Mujurlah segala-galanya baik-baik sahaja sekarang. Syakir menyesal atas segala perbuatannya. Betullah orang tua-tua cakap kalau masuk tempat orang itu perlu jaga adab sebab kita hanyalah tetamu kepada ‘tuan’ di situ. – TAMAT

Sumber Iskandar Zulfaqar