“Abiskan beras je ddk sini”. Niat jaga makayah xdihargai. Duit jadi keutamaan. Lps aku pindh baru mereka tahu.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Tujuan aku tulis ni sebab aku penat dah pendam, so aku nak luahkan jela. Okay, so aku sebenarnya dah setahun dah balik kampung sejak sebelum pkp lagi.

Aku kerja buat bisnes online, jual segala jenis cookies, buku kain baju, apa ada semua aku jual. Aku baru je grad, plan nak cari kerja, tapi lepas ayah aku accidnt dua tahun lepas, ayah aku pulak tak nak belajar berjalan, nak naik kerusi roda je. Aku pun decide untuk balik jelah duduk dengan mak bapak aku.

Mak bapak aku dah tualah jugak, bapak aku dah nak masuk 70, mak aku pun lebih kuranglah. Bapak aku pencen pengetua sekolah, mak aku pulak suri rumah tangga sepenuh masa sambil-sambil jadi tukang masak kat kenduri kampung. Aku ada 6 beradik, 3 dah kawen, 1 kakak, 2 abang. Aku, abang aku dengan adik lelaki aku belum kawin lagi. Abang aku nak kawen dah kot lepas pkp nanti.

Ikut suka dialah. Okay, jadi sebab aku duduk rumah, dan walaupun aku buat bisnes online, aku taklah kaya raya sebab aku bukan buat mlm. Bisnes ni pun seronok-seronok ja. Cukuplah aku nak bayar kereta, bayar bil telefon aku, bil internet, nak belanja mak bapak aku makan, beli groceries. Bil letrik air semua kakak aku uruskan, dia duduk rumah sebelah, tapi masak makan semua kat sini.

Balik tidur je rumah dia tu. Nak jadi cerita, dua bulan lepas mak dengan bapak aku punya anniversary, so adik beradik aku pun berbagilah duit, awalnya depa kata bagilah semampu boleh, so aku pun macam okay. Disebabkan ada aku je kat rumah, aku dengan kakak akulah yang settlekan banyak benda.

Kakak aku settlekan hal-hal yang memerlukan duitlah, beli barang dapur nak masak, beli barang nak hias rumah semua. Aku settlekan yang bahagian dalam rumah. Kemas rumah, hias rumah, masak makan memang kerja akulah. Dah habis kenduri nanti, bab-bab mengemas basuh pinggan mangkuk semua memanglah kerja aku.

Aku tak bagi duit, aku cuma sponsor kek dan beli baju baru untuk mak dengan bapak aku pakai nanti. Nak tangkap gambar familylah sebab raya haritukan masing-masing pkp, tak boleh balik. Bila semua preparation dah siap, abang-abang aku pun baliklah. Yang bujang tu balik dua hari awal, abang seorang lagi balik sehari awal.

Yang ni memang mak aku punya welcoming event memang hebatlah, kalah makan-makan anniversary dia. Patah pinggang aku kacau dodol dia semalaman punya nak bagi anak dia makan. Kalau ikut resepi aku aku pakai noxxa je. Hahahaha. Hari kejadian baru abang sulung aku balik dengan anak-anak dia. Abang sulung aku ni kerja government dekat putrajaya nun.

Orang hebatlah kiranya abang aku ni. Dialah yang sponsor paling banyak sekali beli hadiah semua. Tapi dia balik hari je. Yelah, rumah aku pun dekat Kuantan je. Naik Audi dia dah sampai. Orang lain staylah sehari lagi, pergi jalan-jalan semua barulah kembali ke tempat masing-masing.

Tinggallah aku menyimpan rumah yang bagai tongkang pecah tu, basuh cadar, kain baju, simpan pinggan mangkuk apa semua. Bukanlah aku buat seorang. Mak aku of courselah buat sekali. Kakak aku lepas balik kerja kalau anak dia tak buat perangai dia pun joinlah kemas-kemas apa yang patut.

Tup-tup seminggu lepas tu, bapak aku tiba-tiba tanya aku, kenduri haritu aku bagi berapa rm? Aku pun cakaplah yang aku tak bagi duit pun. Aku cuma sponsor kek dengan baju je. Cuci gambar family, buat frame, gantung kat dinding. Tetiba bapak aku komplen, dia cakap abang aku bising cakap aku tak bayar apa-apa. Bapak aku cakap patutnya kitorang adik-beradik kenalah adil.

Share semua orang sama banyak, barulah tak ada komplen. Lepas tu bapak aku pun start puji abang-abang aku. Kerja besar, bagi duit tiap-tiap bulan, kalau balik belanja makan sedap-sedap. Kakak aku pun bayarkan bil letrik, bil air, beli makan. Lepastu bapak aku pun mulalah komplen yang dia tak suka aku buat bisnes, tak ada hasil pun.

Duit kereta pun mahal, duit insurans mahal, beli groceries pun mahal, lepas tu bagi duit kat mak bapak sebulan RM20, RM50. Paling banyak pun RM100 je. Terkejutlah aku. Aku pun cakaplah aku mintak maaf sebab aku memang tak ada duit banyak. Duit groceries memang kadang-kadang mak aku suruh mintak bapak aku.

Sebab duit pencen bapak aku bukannya guna pun. Duit abang-abang aku bagi bulan-bulan. Duit hospital semua abang-abang aku bayarkan. Biasalah sebulan groceries RM200 @ RM300, sebab bapak aku ni bab-bab makan memang cerewet dan nak makan lain-lain hari-hari. Belum masuk segala jenis kek, kuih dan snek dia.

Kadang-kadang duit groceries dia bagi tak cukup pun, aku topupkan je. Aku bagi je resit kat dia, tak pernah pulak dia tanya cukup ke tak duit aku. Aku tak kisah langsung pun. Tapi bila bapak aku persoalkan benda macam tu aku jadi s4kit hati pulak. Kebetulan masa tu abang aku yang nak kawen tu ada dekat rumah.

Dia pun komplen jugak cakap aku menghabiskan beras je duduk kat rumah, asyik tengok komputer je, tak pun melepak kat luar. Mak sorang je buat kerja rumah, masak apa semua. Terus menyirap d4rah aku. Dah dia balik malam-malam, tak pun hujung minggu. Mak aku malam-malam suka snacking, so kuih apa entah dia buat.

Aku malam-malam baru nak menghadap segala jenis akaun aku, barang apa customer order bagai. Hujung minggu aku tolong COD kek jiran sebelah rumah sebab dia tak ada kereta, sebab mak aku suruh tolong, kesian dia kata.Masa tu aku terasa hati sangat. Aku memang tak bagi duit ringgit sebab aku tak ada.

Kadang-kadang bapak aku ada appointment doktor selalu, so aku tak open order, so memang tak banyak dapat duit, aku mampu bagi rm20 je kat mak dengan bapak aku aku nak buat macam mana lagi? Kalau aku bagi lebih, kereta aku macam mana? Kalau tak bayar kereta, kena tarik, aku nak buat delivery, bawak mak dengan bapak aku keluar semua macam mana?

Kereta bapak aku manual. Aku tak cekap sangat nak bawak. Lagipun kereta bapak aku tu selalu rosak, tiap-tiap kali mak aku suruh bapak aku perbaik kereta tu, bapak aku cakap tak ada duit. Haritu aku berjaya simpan duit baiki kereta tu. Aku pun bagitau bapak aku nak test drive sambil pergi melawat anak sepupu aku. Balik tu bapak aku bebelkan aku guna kereta dia tak reti nak baiki.

Dahtu, takkan aku nak pakai kereta tu pulak settlekan kerja aku? Baik aku guna kereta aku. Kereta aku tu pun kakak aku punya. Dia beli kereta baru, so aku sambung bayar je. Asal ada kereta. Jadi bila benda macam ni jadi, aku pun bertekad untuk pindah. Alhamdulillahlah rezeki aku, aku dapat kerja di Mentakab. Aku terus bagitau parents aku aku dapat kerja.

Mak aku macam tak berapa nak bagi aku pergi, tapi kakak aku suruh pergi je. Awalnya aku ingat nak berulang. Tapi jauh sangat, so aku pun menyewa bilik dekat sana. Aku baru lagi start kerja. Baru sebulan. Dapat gaji je terus aku transfer kat bapak aku RM500. Kat mak aku aku bagi tangan je RM500 jugak, tapi mak aku bagi balik RM200 kat aku, buat duit minyak katanya.

Aku masih teruskan bisnes online aku so banyaklah jugak gaji aku. Tapi itulah, selalu jugak bapak aku call tanya aku free tak randomly hari bekerja, nak pergi pasar, nak pergi hspital. Aku kerja flexible, banyak remote, tapi kena sentiasa online. Bila ada order masuk kena terus settle, so kalau nak keluar, kenalah bagitau boss.

Takkan seminggu dua tiga kali aku nak tinggal kerja sebab nak pergi pasar cari ikan. Aku bukan lagi duduk rumah macam dulu. Minggu lepas abang aku bawak bakal family dia datang rumah. Kebetulan, kakak aku balik rumah mak mertua dia, aku pulak kena outstation, hari kejadian baru boleh balik.

So nak tak nak, abang aku kenalah tolong mak aku beli baranglah, sapu sampah, mop lantai semua. Aku balik je dia terus komplen pinggang nak patahlah apalah. Dulu masa aku susah payah tolong mak bapak aku kat rumah, dia cakap aku goyang kaki menghabiskan beras. Bila aku dah kerja, baru dia nak komplen dia letih buat kerja rumah.

Padan muka dia. Malam tu, lepas family bakal mertua abang aku balik, (time ni semua adik beradik aku balik sebab nak berkenalan kan) abang sulung aku tanya aku, gaji aku berapa? Aku pun bagitaulah. Dia pun cakap baik tak payah kerja, kerja letih, gaji ciput. Baik duduk rumah dengan mak, dengan bapak macam dulu.

So aku pun balas jela balik. Kalau aku berhenti kerja, duduk rumah dia nak bagi aku duit sama banyak ke dengan duit yang aku dapat kerja sekarang? Lepas makan, aku kemas beg, nak balik rumah sewa aku sebab aku ada volunteering hantar makanan kepada mngsa banjir awal pagi. Kalau bertolak dari rumah, memang tak akan sempatlah.

Abang aku perli-perli aku cakap aku sengaja nak balik awal sebab tak nak tolong kemas rumah. Sejak kerja ni, ingat bagi duit je tak nak langsung buat kerja rumah. Aku buat b0 doh je. Aku busy kerja pun, aku bayar orang datang kemas rumah lepas aku pindah Mentakab. Aku share duit dengan kakak aku untuk upah orang datang tolong mak aku time siang.

Malam kakak aku ada. Lagipun malam tak ada apa dah nak buat sangat. Kadang-kadang bila str3ss kerja, aku selalu terfikir, mungkin aku patut balik duduk rumah dengan parents aku, boleh jaga diaorang. Tapi bila fikir balik, sebab bapak dan abang-abang aku lebih menghargai duit, aku bagi duit jelah.

Impian aku, setiap bulan aku nak bagi bapak aku RM1000, lepas tu upah driver bawak mak bapak aku nak pergi mana-mana. Sebab duit kan lebih berharga. Baik, aku kerja. Yang penting aku ada duit. Masa aku, tenaga aku, bukannya berharga pun untuk diaorang.

Setahun kot aku dok rumah, k0rbankan masa dengan tenaga aku. Tapi takde orang hargai pun. Yang aku tak ada duit nak bagi jugak yang diaorang persoalkan. So macam mana dengan korang? Korang rasa duit lagi berharga ke? Masa dengan tenaga lebih berharga? – Humaira (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Lyana lina – Bravo confessor! Puashati baca dengan tindakan awak. Gitu je cara nak ajar golongan patri4rki tu. Biar deme rasakan. Zaman skrg ni bagi mereka, perempuan adalah beban yang mesti ditanggung, diberi duit. So, supaya tak dihiina, kita kena cari duit sendiri. Tapi kerja rumah pun perempuan lah masih kena buat. Hurm…

Sebab sebelum ni ada confession mcm awak juga, mak ayah adik beradik mengata dia sbb tak hulur duit pada mak ayah. Padahal dia buat je kerja jual2 online lepas lah untuk sara diri sendiri tak minta duit mak ayah dia. Ada juga isteri confess, suami kata isteri beban menyusahkan nak kena bagi duit. Hurm…

Kalau masih ada lagi perempuan yang kena macam confession ni, saya sarankan buat mcm confession ni, pastu bgtau mak ayah, tanggungjawab menjaga mak ayah berat pada anak lelaki. Suruh anak lelaki balik jaga lah, kalau diskr1minasi anak perempuan macam tu.

Norhuda kamal – “Sebab duit kan lebih berharga. Baik, aku kerja. Yang penting aku ada duit. Masa aku, tenaga aku, bukannya berharga pun untuk diaorang.” Saya setuju dgn tindakan awak confessor. Baik awak kerja. Biasanya manusia ni macam tu la. Duit je yg nmpk berharga.

Tenaga kita dan peng0rbanan kita mereka bkn nak hargai. Tolong jgn berhenti kerja ya. Awak ada masa depan yg lbh panjang klu umur pun panjang. Bekerja utk masa depan, buat simpanan, beli apa2 yg awak inginkan dan nikmatilah hidup bujang awak dgn ceria. Bahagiakan diri sendiri ok…

Nak tanya, awak ada group whatsapp family tak? Klu ada, saya cadangkan awak copy confession ni ke group whatsaap tu. Biar abang2 awak yg banyak bunyi dan bermulut lembik mengadu macam2 kat ayah awak tu, baca curhat awak ni. Harap2 mereka terbuka hati utk sedar penat lelah awak. Tapi klu mereka masih x hargai….nak buat macam mana kan…. hati mereka keras yang.

Amy samat – Bagus la tt keluar cari kerja. Zaman sekarang tak der duit tak der sedara, kalau buat baik mcm mana pun orang tak pandang, bila bapa/ abang sendiri ungkit2 duit…apatah lagi orang lain2.Pepatah cash is king sangat tepat hari ini.Ada duit org sayang,tiada duit keluarga sendiri tak suka. Besar beban bagi mereka.

Usah la duduk di takuk lama…biar jauh bau wangi duduk sekali jadi kuli sambil di perli2..buat sakit hati je kan.Lain la kalau kedua orgtua dh terlantar tiada siapa peduli. Masa tu boleh buat keputusan nk jg mereka.Lagipun kk ada dekat rumah kan.Biar la dia tengok2kan.

Sebenarnya abang2 tu nak lepas tangan je tggjwb nya. So teruskan la kerja utk masa depan tt sambil kumpul wang utk diri sendiri. Beli aset sendiri. Gembirakan diri sendiri dulu. Ada duit semua boleh jadi.
So tepuk dada tanya selera.. Tt susah tiada yg menolong pun buat kerja ddk dgn org tua pun tak de yg hargai. So…hidup perlu di teruskan.Slmt maju jaya.

Sumber IIUM