Lps ayah mertua mnnggal, pelik “bau wangi” dlm bilik air. Rupanya nie amalan aruwah masa dia hidup.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, aku Lana telah berkahwin hampir 6 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Aku dan suami tinggal di Kuala Lumpur dan keluarga mertuaku di selatan tanah air.

Hari ini 21 December 2020 genap 17 hari perginya aruwah ayah mertuaku. Sedih, memang sedih tak terkata kerana perginya dengan sekelip mata. Perginya pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Sedikit latar belakang keluarga mertua, suamiku merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan yang telah berkahwin dan seorang adik lelaki bujang yang bekerja di Singapore.

Ayah dan mama tinggal berdua di kampung. Setiap hujung minggu adik iparku yang perempuan akan datang ziarah ayah dan mama kerana mereka tinggal dalam satu negeri. Ada masa ayah dan mama akan kerumah mereka untuk ziarah cucu mereka. Aku dan suami pula setiap bulan akan pulang ke kampung untuk ziarah mereka tapi disebabkan pkpp ini kami telah beberapa bulan tidak berjumpa.

Dan hanya bervideo call sahaja untuk melepaskan rindu. Suami ada kata, tamatnye pkpp kami akan terus balik kampung kerana semua masing-masing dah rindu sebab dah lama tak berjumpa terutamanya anak perempuanku yang berusia 4 tahun rindu nenek dan atoknya. Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah pada hari itu…

Pada pagi Jumaat itu aku dan suami sedang sibuk seperti biasa dengan meeting masing-masing kerana work from home sepanjang pkpp di Kuala Lumpur dan Selangor. Tiba-tiba suami terima satu paggilan dari mama, teresak-esak mama menangis mengatakan ayah pengsan dibilik air.

Mama yang panik dengan keadaan itu segera menelefon suami supaya menghubungikan ambulans. Suami tanpa berlengah segera menghubungi ambulans untuk ke alamat rumahnya di kampung. Kami segera berkemas, capai apa yang ada masuk dalam beg dan terus naik kereta. Dalam perjalanan, mama call suami kata ayah dah tak ada…

Dengar je suami ucap ‘Innalllahi wainna ilaihirojiun, berderu air mataku mengalir.. tahu la aku yang ayah dah pergi. MA dari ambulans yang datang sahkan ayah pergi disebabkan ser4ngan jantung. Suasana dalam kereta bertukar hiba. Hati berasa berat, kosong. Di RnR kami berhenti untuk solat jamak dan qasar.

Semasa solat air mataku mengalir lagi kerana teringatakn aruwah ayah. Alhamdulillah kami selamat sampai dikampung tanpa ada polis yang menahan disek4tan jalan raya. Setibanya di kampung, banyak kereta parking disekitar rumah dan orang ramai datang menziarah aruwah ayah buat kali terakhir. Setelah asar, jen4zah aruwah ayah dimandikan dan dikap4nkan di masjid terdekat.

Alhamdulillah suami dan adik ipar lelaki yg bekerja di Singapore selamat pulang ke Malaysia dan sempat memandikan jen4zah aruwah ayah. Jenzah aruwah ayah selamat dikebmikan dan menjelang maghrib, segala urusan pengebmian selesai. Ada beberapa perkara yang menarik yang aku perhatikan semasa hari tersebut.

Semasa tiba dikampung, aku melihat jenzah ayah seakan-akan orang yang sedang tidur, tenang sahaja. Sepanjang hari Jumaat tersebut, cuaca sangat redup. Tidak panas atau hujan sehingga selesai pengebmian. Jemaah yang datang ziarah sangat ramai dan semasa solat jenzah pun ramai yang hadir untuk mengsolatkan jenzah ayah dalam 4-5 saf lelaki dan 3 saf perempuan dan patuh SOP.

Ya, ayah memang seorang yang disenangi ramai dan mempunyai ramai kawan. Ramai kawan-kawan dan saudara yang ayah banyak tolong semasa h4yatnya. Ayah banyak mengeratkan silaturrahim antara saudara dan adik-beradiknya yang pernah renggang dulu. Ayah juga anak yang menjaga ibunya sehingga akhir h4yat ibunya.

Ayah seorang insan yang tidak akan menyusahkan sesiapa walaupun anaknya sendiri. Ayah memang suka bersedekah dan belanja orang makan tak kira siapa. Sesiapa pun yang datang ke rumah untuk minta tolong, pasti ayah akan tolong kalau tak dengan wang, dengan kudratnya kerana tidak mahu menghampakan orang tersebut.

Setelah kem4tian ayah, kawan-kawan yang datang ziarah kami pasti akan menceritakan kebaikan ayah. Ya, ayah memang seorang yang baik dengan semua orang terutama kaum keluarganya. Semua keluarga besar, makcik pakcik kami terasa dangan kehilangan ayah dan mengakui kebaikannya.

Dari cerita mama, malam Jumaat tu ayah sempat bertahajut smpai ke subuh dan solat berjemaah dengan mama pada pagi Jumaat itu. Ayah juga jarang tinggal solat witir sejak akhir-akhir hayatnya. Ada satu sifat ayah yang aku kagum, iaitu ayah akan segera solat bila terdengar azan walaupun ketika kami sekeluarga sedang keluar makan-makan tak kira waktu zohor ke, maghrib ke.

Ayah akan segera ke masjid atau surau berdekatan dan minta kami makan dahulu jika makanan dah sampai. Ayah juga memang tak tinggal solat dhuha. Ini semua dari pemerhatian aku setelah berkahwin dan mengenali ayah. Ayah pernah berkata, jika dia ‘pergi’ kelak, buatkan dia satu mimbar masjid untuk diwakafkan atas namanya dari duitnya sendiri.

Ya, kami sekeluarga sedang usahakan perkara itu. InsyaAllah ayah. Setelah dua minggu ayah pergi, makcik kami (kakak mama) ada ceritakan kadang-kadang dia tercium bau harum seperti bau bunga di bilik air yang ayah ‘pergi’ tu. Mama pun ceritakan benda yang sama, kadang-kadang ada terbau wangi disitu.

Aku tak pernah tercium lagi bau wangi tersebut setakat ini tapi aku percaya tak mustahil boleh berlaku. Itu la ayah mertuaku dari pandangan aku sebagai seorang menantu dari awal kahwin sehingga akhir h4yatnya. Aku sebagai menantu pun amat-amat terasa dengan pemergian ayah, apatah lagi suamiku, anakku, ipar-iparku dan mamaku.

Mereka semua keluarga mertua yang amat baik dan aku bertuah menjadi sebahagian dari mereka. Pada aku, ayah dah berjaya. Berjaya dunia dan akhirat. Berjaya didik keluarga dengan baik, dan berjaya akhiri hidupnya dengan baik. Moga r0h ayah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Allahumma firlahu warhamhu, waafihi wa’fuanhu.. aminn ya rab. Ya, InsyaAllah kami semua akan menyusul ayah ke alam sana.. sehingga kita bertemu semula di Syurga kelak.. Aamiin. – Menantu ayah, Lana K (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Syapiq kamal – Sy dalm ahli keluarga kbnyakan nya semua pergi pada hari jumaat…. Yg sy thu aruwah opah(bulan ramadan) aruwah tokwan(mennggal waktu subuh) aruwah pakteh (menggal atas kul 12mlm,…..
Sy hrap, time, sy… Pon, bgitu… Almulk jgn tinggal, guysss…. Tu, je peneman, kite..

Yg advance sikit alhmdulilah.. Yg malas, malas ni… Minimum kan al mulk stiap mlm….tu je peneman kite… Saat org lain pergi tinggal kn kite sorang2 kt dlm sana.. Syg mcm mne, pon dy smpai akhir ny4wa, je… Masuk alam kbur, dy xmmpu ikut..

Melainkamn, hnya doa nya shj.. Kite, laaa, yg mmpu bt pilihan…. Kitr xleh pilih lahir mcm mne bangsa apa.. Tapi kite boleh pilih cara kite pergi… Tu semua kitr mmpu pilihhhh

Siti azidah – Bila baca confession ni teringat dengan aruwah ayah saya. Akhir2 hayat beliau pun selalu solat diawal waktu dan bersedekah. Masa waktu makan pun walaupun lapar sanggup solat terlebih dulu sebab nak jaga solat awal waktu.

Walaupun kaki dan tubuh aruwah ayah s4kit tapi dia masih gagahkan jugak untuk solat dan mengaji al quran tiap2 hari selalu nasihat suruh berzikir baca Al quran. Innalillah buat mereka2 yang telah pergi. Moga syurga buat mereka. Amiin

Nor atikah – Cerita dia sama mcm aruwah abg ipar sy.. seorg yg disenangi. Solat x tinggal. Dgr azan je trus solat. X pernah marah. Hormat org tua. Waktu s4kit pun masih ingat mak sy. Aruwah anggap mak sy mcm mak sndiri. Sy dan adik beradik lain pun anggap aruwah abg ipar mcm abg kandung sndiri.

Saat akhirnya alhamdulillah kami adik-beradik dpt jumpa sbelum aruwah pergi. Pemergian nya sungguh indah. Sebelum hembus nafas terakhir depan mata sy. Aruwah mintak nk solat. Tp aruwah xbole bgn. Kakak sy yg iringkan bacaan doa dlm solat. Aruwah cuma gerakan mata je. Lpas beberapa jam.. aruwah hembus nafas terakhir.

Lpas siap dik4fankan. Kain k4fan pun ada lebih. Wajah nya senyum sampai rumah dan disolatkan pun terukir senyuman nya. Sy ikut sampai ke kbur. Jenzah nya wangi je. Sampai ke liang l4had. Sy tgk abg sy angkat jenzah abg ipar sy. Bdn aruwah lembut sgt seperti org tidur. Cuaca redup. X hujan. X panas.

Sumber IIUM