Dilema ibu tunggal. Lps suami mnggal, dia makin agresf. Smpai myesal kawin dgn isteri skrg. Aku xdpt buat apa2.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua, Saya nak kongsi sikit kisah hidup saya yang saya anggap Allah SWT sedang menguji saya ketika ini.

Alhamdulillah saya masih lagi mampu berfikir dengan waras dan kerana CINTA saya pada suami masih kuat. Setiap doa 5 waktu saya mohon Allah SWT tetapkan hati saya hanya untuk dia. Kerana besar impian saya untuk bersama dengan dia di Syurga. Saya bercakap hari ini dengan harapan Allah makbulkan doa saya.

Sekiranya jodoh saya sekali lagi datang, siapalah saya nak menghalang perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz lagi. Dia orang yang baik, saya kenal dia sebelum saya kenal dengan suami. Umur saya ketika 25 tahun. Umur dia muda dari saya 4 tahun.

Sekarang dia bekerja sebagai seorang Cikgu di Kolej Vokasional di Utara tanah air. Dia bekas penuntut UIA dan mahir dalam bidang IT. Sebab itu lah saya menjadi rapat dengannya kerana saya selalu meminta bantuan melibatkan urusan IT.Kerana dulu saya tidak mahir dengan computer dan perisian internet.

Sedari awal lagi saya hanya berkawan sahaja dengan dia kerana memikirkan umurnya yang muda. Walaupun sebenarnya saya memang menyukai dia kerana karektornya sama seperti abang saya. Saya memasang impian ingin bersuamikan lelaki seperti abang saya.

Tapi nak buat macam mana kan, dalam saya menepis cinta seorang lelaki kerana perbezaan umur, rupa-rupanya saya berkahwin juga dengan lelaki yang umurnya 5 tahun lagi muda. Itu lah namanya JODOH kan? Kami berkawan on off, selepas saya berkahwin saya mengambil prinsip untuk tidak menghubungi dia tetapi tidaklah sampai putus kawan.

Kerana saya tahu sebagai isteri saya mesti menjaga batas pergaulan. Suami saya tahu kami berkawan kerana saya memang menceritakan semuanya kepada dia. Alhamdulillah suami saya open minded berkenaan ini. Kerana dia juga memiliki hubungan baik dengan kawan-kawan wanita di sekolah lama dan tempat kerja.

Kami mempercayai satu sama lain dalam soal ini. Manakan tidak, dalam 1 situasi suami boleh je bawa phone saya apabila dia nak keluar sebentar kerana phone dia tak ada battery tengah cas di rumah. Password telefon masing-masing tahu. Tak ada keraguan dalam bab ini. Bila-bila dia nak guna phone saya , atau saya nak guna phone dia tak ada masalah.

Dalam tempoh kami berkawan, dia cuma menghubungi saya dalam beberapa kali dalam sebulan. Setakat bertanya khabar. Saya pulak akan mencari dia apabila berkeperluan sahaja. Semuanya melibatkan urusan IT. Sebenarnya suami saya juga boleh dikatakan mahir dalam bidang ini. Cuma ada masa dan ketika suami tidak dapat membantu saya kerana kekangan kerjanya yang menghalangnya berbuat demikian.

Selalunya saya akan cari dia (kawan saya) apabila memerlukan bantuan di pejabat sahaja. Saya pernah meminta maaf pada dia kerana memang terpaksa mencarinya apabila perlu sahaja. Dia memahami kerana hormat dengan status saya sebagai seorang isteri. 2 tahun lepas dia memberitahu ingin berkahwin.

Dia meminta nasihat saya kerana dia jenis seorang yang pemalu dan tidak pandai dalam urusan ini. Dia ada meminta pendapat saya untuk berkahwin dan mempunyai beberapa pilihan. Alhamdulillah sekarang sudah pun berkahwin dengan wanita tersebut dan memiliki seorang anak.

Dalam tempoh perkahwinan saya, pahit manis rumah tangga tak pernah saya kongsi dengan dia. Cuma ada ketika dia meminta nasihat ilmu rumahtangga, ada la saya bagi juga setakat pengalaman saya. Dia tahu suami saya sakit pun dari fb saya. Dia bukan seorang yang aktif di s0cial media.

Tetapi dia menggunakan platform tersebut untuk stalk saya sahaja. Semenjak dia mengetahui suami saya s4kit, dia menjadi terlebih concern terhadap saya. Kerap kali dia ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada saya. Tetapi saya tolak dengan baik.Itu prinsip saya tak akan membuka peluang untuk termakan budi.

Dan semenjak itu juga baru saya tahu hubungan dia dan isteri bermasalah. Saya menasihati dia supaya berfikir dengan matang. Kerana mereka baru berkahwin. Memang dugaan awal perkahwinan sangat berat. Alhamdulillah setakat hari ini dia masih bertahan kerana memikirkan soal anak.

Setelah suami saya men1nggal, dia menjadi lebih agresif. Dia lebih bersikap terbuka. Dia bukan seperti lelaki yang saya kenali dulu. Sifat keterbukaannya lebih jelas. Baru saya tahu sebenarnya dia sedari awal lagi sudah jatuh hati terhadap saya. Dia memang kecewa apabila tahu saya sudah menikah.

Dia berkahwin kerana sekadar ingin move on dari saya dengan harapan dia juga bahagia seperti saya. Dia menyesal kerana kalaulah dia tahu suami saya akan men1nggal dia lebih rela menunggu saya kembali solo. Saya terkejut kerana tidak menyangka begitu pendirian dia terhadap saya. Dan kerana itu, saya menjadi serba salah.

Kerana saya tidak mahu menjadi manusia yang akan merosakkan rumah tangga orang. Saya dan dia hanya Kawan. Niat saya hanya mahu berkawan kerana saya sayangkan hubungan saya dengan dia yang sudah lebih 10 tahun itu. Sampai hari ini saya tidak akan menghubungi melainkan sekiranya perlu bantuannya. Itu sahaja.

Setelah saya tahu dia menyimpan perasaan terhadap saya dan ingin berkahwin dengan saya sehingga sanggup mennggalkan anak isterinya untuk saya, saya merasakan saya memikul beban yang amat berat. Kerana itu, saya terpaksa memutuskan hubungan dengan dia yang selama ini saya jaga.

Saya minta maaf pada dia. Dia sedih dan tak dapat menerima kehilangan saya buat kali kedua. Saya block dia supaya dia tidak dapat menghubungi saya melalui WhtsApp atau call. Cuma saya tak bl0ck fb kerana dia merayu dengan saya untuk mengikuti perkembangan saya. Berkali-kali dia menukar nombor telefon kerana mahu menghubungi saya juga.

Dan berkali-kali juga saya bl0ck nombor barunya itu. Saya sedih sebenarnya kerana terpaksa berbuat demikian. Kenapa mesti seorang lelaki dan perempuan tidak boleh kekal berkawan baik. Saya sayang dia hanya sekadar kawan kerana dia banyak membantu saya ketika saya memerlukan pertolongan.

Dan dia juga tidak pernah mengambil kesempatan terhadap saya. Saya juga sedih memikirkan hubungan rumah tangganya yang tidak begitu baik. Saya ingin membantu, tetapi dengan cara itu sebenarnya akan membuatkan masalah menjadi lebih besar kerana akan banyak masa yang saya beri untuk dia, dan akan lagi dia menjauh dari isterinya.

Saya ada meminta dia pergi ke kaunseling. Tetapi dia tidak mahu. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Dengan pengalaman yang saya ada, saya ingin menasihati kaum isteri tolonglah jaga hati suami kamu dengan baik. Jangan biarkan suamimu makan sendirian. Jangan biarkan suamimu tidur sendirian. Luangkan lah lebih banyak masa bersama.

Seorang isteri walaupun suka atau tidak mesti taat pada suami selagi tidak bercanggah dengan hukum islam. Belajar ilmu rumahtangga mengikut kaedah islam. Suami dan isteri selalulah bertoleransi dan berbincang. Bantu –membantu.Insya Allah kekal bahagia.

Pengalaman saya dengan suami amat manis untuk di kenang. Kami tidak pernah membuat hal masing-masing di rumah. Maksud saya, kalau dia menonton television saya akan ada bersamanya.Kerja rumah saya buat apabila dia tidur atau tiada di rumah. Mujur suami yang meminta begitu, dia tidak kisah ada kerja rumah tertangguh asalkan saya ada masa dengan dia dan anak.

Kalau dia di dalam bilik tidur kami bermain game, saya juga ada bersamanya. Saya akan bersembang dengan dia sambil dia main game. Saya tidak akan tidur dulu sebelum dia. Tidur saya selalunya dengan alunan suara suami yang suka bersembang mengenai kisah hidupnya sedari kecil sampai lah ke tempat kerja.

Saya tahu dan kenal perempuan cinta monyet dia dari darjah satu sampai la crush dia di sekolah menengah. Begitulah rapatnya saya dengan dia. Sampai dia bawa saya beraya rumah crush dia. Kawan-kawan perempuan sekolah dan tempat kerja dia ada yang menjadi kawan saya juga. Aktif di Fb menegur saya.

Kawan-kawan baik suami saya semua saya kenal. Semua saya tahu kisah-kisah mereka semasa belajar dahulu. Saya simpan sebagai amanah suami saya. Dia akan bercerita yang baik-baik yang manis untuk dikenang dan di kongsi dengan saya. Kalau saya sakit atau memerlukan rest, saya akan meminta izin dari dia untuk tidur lebih awal.

Waktu makan juga saya akan pastikan kami makan bersama. Walaupun dia seorang sahaja yang makan..saya tetap ada di sebelah. Dan suami akan tetap jugak paksa saya makan dengan menyuapkan makanan ke mulut saya. Sebab itu saya gemuk semasa berkahwin. Lepas kawin kurus sebab tidak ada dah orang yang akan paksa saya makan.

Tidak ada dah orang yang nak suap saya makan. Itu satu sifat suami saya yang saya rasa saya tak akan dapat dari lelaki lain. Dia memang tidak rasa segan menyuapkan makanan kepada saya dan anak dengan tangannya itu malah di kedai makan sekali pun. Terkadang saya yang malu bila ada orang tengok kami makan begitu.

Suami memang jenis kalau makan mesti semua kena rasa. Kami boleh makan 1 pinggan kongsi 3 beranak. Kemana pun dia pergi kalau dia ada event makan-makan anjuran syarikat, dia akan pastikan dia akan repeat bawa saya pergi makan ke tempat itu jugak. Kalau boleh bawa balik, dia akan bawa balik untuk saya dan anak.

Memang dia ingat anak isteri walaupun di luar. Sepanjang saya berkahwin dengan dia, dalam waktu bekerja 3 4 kali 1 hari dia call saya. Terkadang saya marah dia sebab saya malu dengan kawan-kawan kerana ada suami yang macam tak boleh lepas saya. Dia bukan cemburu, dia cuma terlalu rapat dengan saya. Waktu makan mesti dia akan telefon saya.

Saya tak pernah pun cari dia.. dia je selalu call saya. Kami memang rapat anak beranak kerana kerana suami saya bukan kaki lepak dengan kawan-kawan. Kalau nak lepak mamak, dia akan usung saya sekali.. kemanapun dia pergi, kalau boleh memang dia akan bawa kami bersama.

Sepanjang 10 tahun perkahwinan saya dengan dia, suami saya memang seorang yang sangat romantic. Sebab itu lah saya boleh jatuh hati dan boleh lupakan prinsip hidup saya tidak mahu bersuamikan lelaki yang lebih muda. Dan kerana itu juga, sampai sekarang saya tidak dapat menerima lelaki lain dalam hidup saya. Ya dia ada kekurangan.

Ada keburukan, sama seperti saya juga. Tetapi semua kelemahan dan keburukan itu telah dia bawa pergi bersama. Yang tinggal hanyalah kenangan manis untuk di kenang. Dan saya hidup kekal bahagia tanpa suami hanya dengan kenangan itu.

Kepada isteri-isteri di luar, tidak semua ibu tunggal mahu merampas suami kamu. Tidak semua ibu tunggal ingin menumpang hidup dengan suami kamu. Saya sendiri sebagai ibu tunggal, tidak pernah terfikir untuk berkahwin semata-mata kerana mahu bergantung hidup dengan suami dan menumpang kasih semata-mata.

Saya ada tulang 4 kerat Allah bagi, saya akan usahakan sendiri untuk menafkahi anak saya. Saya berdoa semoga Allah tetapkan hati saya hanya untuk suami saya dan teguhkan IMAN saya supaya saya tidak menjadi perosak rumahtangga orang. Saya akan cuba usaha menepis dugaan ini semampu saya.

Saya bukan perempuan yang pentingkan diri saya sendiri sehingga sanggup melihat kesengsaraan orang lain. Saya harap dengan pengunduran diri saya dari hidup dia, semoga Allah membuka ruang dan peluang untuk mereka kembali mengukuhkan kasih sayang antara mereka.

Kepada ‘AWAK’ yang mungkin membaca ini, saya minta maaf kerana terpaksa menghalang awak dan memutuskan hubungan kita kerana saya memikirkan nasib anak awak.. saya tidak sanggup merampas bapanya semata-mata mahu menggantikan bapa kepada anak saya.

Mohon semua mendoakan supaya saya kuat , menempuh hari-hari mendatang menghadapi ujian hidup dengan kental walaupun tanpa seorang suami. Terima kasih… – Suzana (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Kak ain – Anda dan suami bertuah Tuhan kurniakan cinta yang tak dpt digalang ganti. Demikian ciri suami yg semua isteri idamkan. Ada di sisi dan telus segalanya dgn anak isteri. Telus dan tulus. Semoga bila dia baca mcm mana suami awak melayan awak, maka dia sedar kesilapan dia terhadap anak isteri sendiri.

Yg penting walau hati berada jauh…tarik hati itu kembali ..kembali kepada keluarga dan hadap dgn sepenuh hati. Isteri tak akan bising bila suami ada di sisi dan bukan buat hal sendiri tanpa dikongsi dgn isteri.
Dan akak yakin anda juga isteri dan wanita yg sangat baik sehingga disayangi ramai.

Mungkin ada sedikit kesilapan dalam bersahabat dengan suami orang…nanti ada hati yg tak mampu kita tolak. Sepatutnya awal2 lagi kita letakkan gap dan tidak ada persahabatan yg rapat.

Hasnah ghani – Jgn jatuh dlm g0daan kaum laki sbb mrk pandai bermainkata n meng0da, tgk nanti drama bersiri d tv 3 jam 2 ptg, andai nya takdir, suami yg pandai minta maaf tp cemburu buta, bila dah bercerrai anak d hasut supaya m mujuk utk berbaik semula dgn isteri nya.

Anak dah jd krg ajar suka melawan ibu nya. Tabiaat manusia bila org dah x de kita baru nampak yg baik2 n indah saja, klu boleh jauhkan diri sbb dia dah beristeri, berd0sa n haram berkwn dgn suami org,sbb syaitan sentiasa jd pencetus nya.

klu kawin pun mungkin x de keberkatan jgn cakap dia x suka pd isteri nya. klu x suka mesti x kawin, ingat main pondok2 ke, rosak nya sebuah r/tangga selalu nya d sbbkan perempuan juga, cinta separuh m4ti pun klu tahu dia suami org jauhkan lah.

Siti aishah – Perempuan ramai jugak pandai it. Kua la duit sikit upah kalau mintak tlg org. Jgn guna alasan dia pakar it blabla. Mintak tolong free tu pon kira ambik kesempatan jugak tu. Takyah sibuk masalah rumah tga dia. Org baru kawen mmg la prob. Bkn awk xtau hal tu.

Takyah nak acah2 suci bg nasihat bagai. Npk Lebih pd trick awk nk buat dia npk awk ni perempuan yg lbh baik dr isteri dia. Masalah awk tak cukup byk ke nk sibuk hal dia? Awk takde apa yg special sgt pun yg dia nak gila2 sgt kt awk. Tu semua ayat temberang lelaki boya!

Sumber IIUM