“Terima kasih hantarkn r0h aku pulang”. Trduduk aku diberitahu yg Sam sudh xde. Tp td sam yg mintak tolg “tumpangkn” dia ke rumh.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kring! Kring! Telefon bimbit aku berbunyi. Aku yang sedang mandi, segera menyudahkan mandian lalu terus keluar untuk menjawab telefon dalam keadaan badan aku masih basah.

Tuala pun tidak berikat dengan betul. Melihat ke skrin telefon, aku menjadi pelik. “Sam? Pelik. Bertahun kau tak call aku. Apa cerita ni?” Ujar aku sendiri lalu menjawab panggilan. “Hello..” “Hello bro. Apa khabar? Kau sihat?” Ujar Sam di hujung talian. “Khabar baik. Apa citer bro? Lama kau tak contact aku, tiba-tiba je muncul?” Balas aku sambil menempelak.

Dalam kepala otak aku duk fikir kalau tak dia nak jual insurans, mesti nak ajak aku buat MLM. “Aku ada dekat dengan tempat kau ni. Aku nak mintak tolong sebab kau je yang paling dekat dengan aku sekarang,” katanya. Aku pun jadi pelik. “Kau ada dekat sini? Nak mintak tolong apa?”

“Tolong hantar aku balik rumah orang tua aku. Boleh?” “Eh, balik kampung? Mana kereta kau?” “Kereta aku rosak. Aku naik motor, tapi aku eks1den siang tadi. Boleh tolong aku?” Aku pun berfikir sejenak. Semestinya jangkaan aku dah meleset. Jadi, disebabkan aku pun tak ada buat apa, aku pun setuju untuk hantar dia balik ke kampung tua dia lebih kurang 30 km dari tempat tinggal aku.

Taklah jauh mana. “Jemput aku kat simpang tiga gelap. Kau tahu kan?” “Haah, aku tahu. Kau tunggu kejap. Aku nak pakai baju.” Aku pun terus bersiap. Tapi aku terfikir juga. Kenapa kau duduk kat simpang tiga tu? Tempat tu dah la gelap. Tak ada lampu. Bukan ada orang lalu lalang pun.

“Hmmm..mungkin sebab tu dia mintak tolong aku,” kata aku sendiri. 3 minit aku memandu, aku pun tiba di simpang tiga yang gelap tu. Aku tinggikan lampu sebab situ tak ada lampu jalan. Aku nampak Sam tengah berdiri di tepi jalan, melambai ke arah aku. Aku tengok dia ok je. Sihat walafiat je. Kata eks1den?

“Sorry bro. Menyusahkan kau,” katanya. Aku pun ok je la. Tak susah mana pun. Kami pun terus membelah kegelapan malam, menuju ke rumah orang tua Sam. Sambil memandu kami berbual kosong. Aku ada pertikaikan juga kenapa dia dah lama tak contact aku sampaikan aku ingatkan dia nak ajak aku buat MLM.

Dia tergelak je dengar ayat aku tu. Lepas tu dia diam seketika. Mukanya dihadap ke luar tingkap. “Kenapa diam bro?” Dia terus menoleh ke arah aku dengan wajah yang sugul. “Entahlah bro. Aku rasa kau je yang boleh tolong aku. Sebab tu aku telefon kau,” ujarnya. “Tolong hantar kau? Kemon, bukan jauh pun. Kawan kau yang lain pun boleh tolong,” bidas aku seakan tak percaya.

Aku rasa ada benda lain yang membelenggu kawan aku ni. Dia tersengih. Namun dari riak wajahnya masih menampakkan kesugulan. “Aku minta maaf selama ini aku tak contact kau. Aku harap kau tak marah kat aku. Tapi kau ingat lagi janji kau kat mak dengan ayah aku masa kita kuat pergi camping dulu?”

Aku mengangguk. Mana boleh lupa. Masa tu aku dengan dia sangat rapat. Kami berkongsi hobi yang sama, ber-camping. Masa tu aku ada berjanji dengan kedua orang tuanya. Walau apa pun terjadi, aku akan pastikan Sam pulang ke rumah. “Tapi itu cerita lama bro. Masa tu kau dengan aku baru lepas SPM. Tapi kenapa? Apa kena mengena dengan sekarang?”

Dia hanya menunduk sedikit. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya. “Nanti kau akan tahu kenapa,” balasnya dengan ringkas lepas tu dia terus diam tanpa sebarang kata. Aku kasihan juga melihatkan. Walaupun aku agak kecil hati bila dia dah tak contact aku, tapi aku rasa kalau setakat nak hantar balik kampung, tak adalah susah mana.

Mungkin dia tengah dirundung masalah peribadi. Lebih kurang empat puluh lima minit kemudian, kami pun tiba di ruman orang tua Sam. Tapi kenapa ramai sangat orang kat rumah dia? Semuanya berwajah sugul dan memakai kopiah. Seperti ada kematian. “Kenapa ramai bro? Siapa yang mennggal?”

Sam diam tak menjawab soalan. Dia terus keluar dari kereta tanpa sebarang kata. Dari luar kereta, dia menggamit aku untuk turut mengekori dia. Aku dah rasa semacam. Aku kenal kedua orang tua Sam ni. Takkanlah mak atau ayah dia yang meninggal? Aku pun terus keluar lalu mengekori Sam dari belakang.

Namun, dia terus je naik ke atas rumah. Tetamu yang ada di halaman, tidak diendahkan. Tinggallah aku seorang bersalam dengan hadirin, di sepanjang laluan. Bila aku naik ke rumah, aku lihat ramai orang sedang membaca Yaasin. Ada sekujur myat yang telah ditutup di tengah rumah. Aku cuba mencari Sam.

Namun dia tiada. Mungkin masuk ke bilik. Aku duduk bersila tidak jauh dari kedudukan jenzah. Masa tu aku masih tidak tahu siapa yang mennggal sebenarnya. Rasanya Pak Kasim, ayah Sam. Lalu mata aku menancap ke arah Mak Senah, mak Sam yang datang dari arah dapur lalu berteleku di sisi jenzah. Dia memandang ke wajah aku dengan wajah yang penuh kesedihan.

Hati aku berkata, sah Pak Kasim yang mennggal. Aku ingin bangkit untuk pergi melihat wajah jenzah. Tiba-tiba… Pap! Bahu aku ditepuk. Aku menoleh. Rupanya Pak Kasim, ayah Sam. Aku terperanjat besar. Jika Pak Kasim masih hidup, siapa pula yang mennggal? Takkanlah Rokiah, kakak Sam. Rokiah juga ada disitu sedang membaca Yaasin.

Hati aku dah tak keruan. Tiba-tiba tangan aku menggigil. Aku gagahkan diri untuk melihat wajah jenzah. Perlahan-lahan aku menyelak kain selubung. Alangkah terkejutnya aku bila melihat Sam yang mennggal. Wajahnya penuh dengan jahitan. Seperti kepalanya telah pec4h lalu dic4ntumkan kembali.

Aku terduduk dengan nafas yang kencang. Mak Senah agak pelik melihat tingkahlaku aku. Dia segera menutupkan kembali jenzah anaknya. Aku terus bangun lalu turun dari rumah. Aku nekad untuk terus beredar. Pak Kasim mengejar aku dari belakang. “Jep, mana nak pergi? Kenapa lekas benar?”

Bagaikan tersedar dari mimpi, langkah aku terhenti. Terasa serba salah pula bila aku buat begitu. Lalu aku tenangkan diri, aku mula berbual dengan Pak Kasim. Dari cerita Pak Kasim, Sam eks1den di tempat aku menjemput dia tadi. Kata ayahnya dia menaiki motorsikal pulang dari kerja malam untuk singgah ke kampung menjengah mereka berdua.

Namun, dia merempuh lori yang keluar tanpa menyedari Sam yang datang dari arah berlainan. Aruwah terperosok ke bawah lori sebelum kepalanya dig1lis. Aku terkejut. Aku ada terdengar eks1den yang berlaku awal pagi tadi. Namun aku tidak menyangka yang itu adalah dia.

Dan aku pula tidak bertanya lebih lanjut tentang eks1den yang dikatakan aruwah sebab melihat keadaannya yang jelas seperti biasa. Tiada apa-apa kecederaan pun. “Mujur dia memakai helmet. Jika tidak, memang tak ada peluang untuk kami melihat wajah aruwah,” kata bapanya yang mula bergenang air mata.

Aku kuatkan diri untuk merahsiakan perkara yang aku lalui. Sehinggalah habis majlis pengkebumian, aku hanya membacakan Al Fatihah dan mendoakan kesejahteraan Sam. Sebelum beredar dari tanah perkuburan yang masa itu telahpun lengang. Aku terdengar sesuatu berbisik ke telinga, memanggil dari arah belakang.

Aku menoleh. Dengan jelas aku melihat Sam sedang berdiri di sisi kbur sambil tersenyum memandang ke arah aku. “Terima kasih sebab hantarkan r0h aku pulang ke rumah, Jep. Terima kasih. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat,” terdengar bisikan Sam ke telinga aku waalupun dia agak jauh dari tempat aku berdiri.

Aku menitiskan air mata. Betapa aku menyesal menganggap Sam dah lupakan aku. Sedangkan hingga dia m4ti, r0hnya tetap mahu aku yang menghantarnya pulang. Dalam senyuman, lalu Sam hilang dari pandangan. “Selamat tinggal Sam. Selamat tinggal sahabat.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kau. Aku minta maaf sebab tersalah anggap. Maafkan aku sahabat…isk..isk,” aku terus bertinggung lalu menangis teresak-esak. -TAMAT-

Reaksi warganet

Jaana nurul – Sedih, dulu Masa Saya kecik, Ada 1 drama tv yg cerita dia lebih kurang camni, mmg sedih yaamat, dia minta tolong hantar dia balik rumah padahal dekat rumah tu jenzah dia..mati sebab eks1den jugak..

Normah hassan – Kisah benar ke. Kalau ye sesungguhnya tuan amat ikhlas dlm persahabatan hinggakan dah jadi aruwah pun roh tetap mencari tuan. Ini lah yg dikatakan sahabat sejati.

Rahman dasuki – Takziah pd keluarga yg di tinggalkan. Sedih baca cerita ni. Semoga semuan dipermudhkn. Jika nie cerita benar maka beruntungla sahabat dia dpt lihat kebesaran Allah live..membawa keinsafan.

Sumber Mohd Faizullizam Zamani