“mkn je tahu, kerja xreti buat”. Umr 5tahun dikerah mak tiri buat kerja rmh. Sbb fitnh, bapa xnk walikn. Dilema aku dibuang kluarga.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum. Hi. Ni luahan aku yang dah lama sangat aku pendam. Since kecik. Mungkin korang akan cakap kau kecik kau ingt ke semua benda.

Well jujur cakap memang aku ingat setiap satu yang jadi kat aku. Mula dari aku tak de ibu kandung aku. Bukan mennggal. Tapi hilang lepas mak ayah aku becerrai. Aku tak tahu mak kandung aku kat mana. Tapi aku harap aku dapat jumpa dia balik. Ayah aku kawin lagi jadi aku dapat laa mak tiri. Semua episod duka berlaku selepas tu.

Ye aku tahu tak semua mak tiri jahat. Tapi yang jahat tu 0.00001 dan yg tu aku dapat.
Aku tahu sapa je nak kawin terus dapat anak. Yang bukan dari rahim dia kan? So satu demi satu jadi kat aku. Sejak umur aku 5tahun aku dah tahu buat kerja rumah. Ye aku tahu. Budak kot. 5tahun apa yang kau tahu buat masa umur kau 5tahun? Mesti main je kan. Tapi aku tak.

Tambah tambah tak lama dia kawin dia dh mengandung. So masa aku umur 5tahun tu anak dia dalam umur 3 tahun cm tu laa. Pastu aku kena urus anak dia lagi, rumah lagi. Then bila aku tak siapkn kerja rumah dia akan cakap ‘makan je tahu, kerja tak reti nak buat’. Masa kau umur tu apa kau tahu weyh? Serius mental kowt aku.

Tapi sbb dulu aku takut. Ayah aku garang sangat. Dia pun tak de masa selalu sibuk kerja kerja kerja. Keluar pagi balik malam. Memang susah nk nampak muka dia kat rumah tu. So end up aku pendam and tak tahu pun kat sapa aku nak luahkan. Maybe sebab tu aku jadi sangat penakut and rela dipijak.

Dipendekkan cerita aku mula sekolah rendah. Dan bermula laa episod berdikari aku. Sejak aku sekolah tak pernah dia nak kejut aku bangun sekolah siapkan barang sekolah aku even duit belanja pun tak de. Boleh kau imagine tak ? Tapi tak pe aku tahan. Sampai satu tahap malam sebelum aku pergi sekolah esoknya aku akan masak nasi goreng and simpan dalam peti sejuk.

So esok pagi aku bangun aku akan panaskan and bawak pergi sekolah. Bila masuk darjah enam, kan ada kelas tambahan nk UPSR, tak pernah sekali pun aku dapat extra duit belanja or apa apa. And kalau ada kelas extra aku kena balik jalan kaki dari sekolah. Amik masa 30minit baru sampai rumah. Masa hujan ke panas terik ke aku tetap juga pergi sekolah.

Sampai satu tahap aku demam tapi aku tetap nak sekolah sebab aku tahu duduk rumah pun aku kena buat kerja baik aku pergi sekolah. Sampai aku habis sekolah laa rutin aku sama je. Sampai sometime aku pernah imagine aku nk lari rumah laa. Bila aku dah remaja, aku still takut dengan mak tiri aku sebab apa pun aku tak taw.

Tapi bila aku makin besar makin aku nampak cara dia layan aku dengan anak anak dia. Ye laa anak dia kan. Pergi sekolah siap hantar sampai depan pintu bas. Kadang kalau tetinggal bas sanggup suruh ayah aku hantarkan. Bila sekolah menengah plak, hujan ke apa ke suruh ayah aku hantarkan. Basikal rosak tak nk pergi sekolah.

Boleh kau imagine macam mana dia punya tak kisah? Cuba kalau aku, aku cakap aku demam pun dia cakap aku mengada siap suruh aku kemas satu rumah tu. Duit belanja takyah cakap ah. Adik adik aku tu dapat lagi banyak dari aku. Even aku dah sekolah menengah pun aku tak dapat duit belanja jugak.

Dulu sekolah kan selalu ada kertas kerja yang perlukan beli folio tu kan. Adik adik aku mintak je duit terus buat siapkan. Guna komputer lagi. Tapi masa aku dulu, gigih aku cari kertas kosong. Kadang aku koyak je buku nota sains yang panjang tu. Jadikan folio aku. Lepas tu pakai tape hitam je nk combinekan dia. Tulis guna tangan pakai pensel warna je.

Memang buruk laa aku punya dalam kalangan kawan kawan, tapi apa aku nk buat, aku tak de duit. Tebalkan muka je laa hantar. Tapi aku puas hati sebab hasil usaha aku kan.
Sampai aku SPM aku tengok layanan mak tiri aku tu. Aku SPM tak pun dia nk bagi semangat ke apa. Dia pun tak kisah langsung kowt. Amik result, orang lain datang dengan mak bapak.

Aku sorang sorang je. No body care. So habis ke SPM aku kerja cari duit. Sampai laa aku dapat tawaran belajar kat universiti. Masa ni lagi macam macam cabaran aku. Sampai aku rasa aku dah tak de mak bapak kowt. Just hantar aku register lepas tu balik terus. Bagi aku plak rm50 untuk aku handle sepanjang sem tu. Kau bayangkan laa.

Dengan kelengkapan apa semua tak de. So berbekalkan RM50 tu laa aku hidup dengan beli barang keperluan aku and stok makanan sebulan. Paling sedih aku rasa bila aku mintak duit belanja kat bapak aku, bapak aku siap cakap dah bagi kan hari tu. Takkn dah habis. Serius rasa macam tak de keluarga kowt.

Sejak daripada kata kata dia tu terus aku kerja part time sambil belajar. Memang penat tapi at least aku ada duit nk makan, urus hal aku selama aku study. Tak pernah sekali pun diorang tanya khabar aku, yang diorang tahu tanya, berapa pointer aku tu jee.
Paling aku terasa sekali masa aku s4kit masuk ward. Aku sorang sorang tak de sapa sapa.

Aku pergi hospital naik teksi. Aku daftar masuk sndiri. Lama jugak aku ward dalam dua minggu lebih laa. Sebab denggi.Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku lagi. Aku sembuh. Tapi kau boleh bayangkan tak selama kau masuk ward tu satu famili member kau pun tak datang. Apa perasaan kau doh ? Gentle setiap kali waktu melawat aku akan tarik tirai tu tak nk tngok famili orang lain.

Sebab aku sedih sangat. Sampai waktu disch4rge. Doktor kata kena ada guardian or relative baru aku boleh keluar. Tapi aku cakap famili member aku jauh. And aku sorang je kat sini. Doktor tu cakap you ada duit ke nak bayar bill? Then aku cakap saya keluarkan duit dulu laa then saya bayar. Doktor tu macam was was laa.

Ye laa umur baru 18 then kau nak byar bill hospital dengan famili tak de. Mesti dia pikir mana aku nak dapat duit kan. But aku percayakan dia, aku cakap aku kerja part time kat fast food and aku bru gaji so aku cakap laa dalam bank aku ada duit. So dia bagi surat discharge and aku pergi bayar settle hal hspital balik rumah naik teksi.

Aku sangat sangat sedih weyh. Macam mana kalau umur aku tak panjang then aku mennggal masa kena denggi tu? Sapa agaknya yang akan tahu hal tu? Tapi aku tahu mesti semua cakap yang penting sekarang kau hidup sihat lagi.
Ye memang aku sihat. Tapi aku selalu ingatkan diri aku jangan susahkan orang lain.

Sebab orang lain takkan ada dengan kau setiap masa. Sampai satu tahap aku dah lama tak balik even cuti semester pun. Sebab apa, sebab aku kerja cari duit. Sampai pernah sekali ada hamba Allah ni mengadu kat bapak aku cakap aku berjantan. And nampak loaded mewah semua. Sampai bapak aku buang aku dari keluarga.

And of course laa dia percaya hamba Allah tu. Ye laa, aku dah lama tak balik, mesti laa dia percaya hamba Allah tu cakap pasal aku. Walhal, aku nampak mewah pun baju beli bundle taw. Berjantan? Excuse me. Memang sangat ment4l aku lepas jadi macam tu.
Kawan perempuan pun aku tak de, ni kan lelaki.

Memang aku tak melawan apa yang bapak aku cakap tu. Aku tak mesej tak call and tak buat apa apa pun. Masa tu aku mana pakai phone canggih, pakai phone nokia torchlight je. Beli guna gaji first aku. Lepas je insiden tu, aku teruskan je life aku dengan kerja and kelas macam biasa. Aku kena kuat sebab no one will be with me when im being broke.

Masa tu kawan pun aku tak de sebab aku tak de apa apa, and aku sangat busy dengan life aku as student and part time worker. Masa aku habis kerja and study je. Tak pernah sekali pun ada yang tanya khabar aku. Yang diorang tahu cari salah aku. Dan aku tahu Hamba Allah tu baik sangat and terlampau caring sangat.

Sampai semua benda update kat bapak aku. Tapi aku tak kisah. Sebab aku dah tak de hati weyh. Bayangkan laa kena buang dengan keluarga sndiri. Benda tu pun tak sahih kot. And aku jadi makin keras hati day by day. Lepas dua tahun aku kawin. Ye aku kenal dengan sorang laki ni. And terus dia ajak aku kawin.

Dia yang call mak bapak aku cakap nak aku. Then terus hantar famili dia merisik aku. Aku tak kisah pun. Sebab aku pikir laki kan. Ayat je lebih. Tapi kun faya kun. Allah kata jadi maka jadi laa. Alhamdulillah dia jodoh aku. Dalam dugaan nak halal tu macam macam aku kena lalui. Ye laa umur muda, dah lama tak balik and tetiba nak kawin.

Kau rasa apa mak bapak kau akan cakap ? Mesti diorang cakap dah terl4njur kan ? Tapi aku tak balas apa pun. Aku still carry on dengan life aku sebelum tu. Sampai laa lagi sebulan nak kawin rasanya. Ke lagi berapa minggu, aku baru balik kampung survey pasal wedding. Tapi aku balik kejap je. Dalam 2 ke 3 hari je.

Sebab nak settlekan borang nikah. Sekali lagi iman aku diuji bila bapak aku tak nak walikan aku. Ya Allah rasa gelap sekejap dunia ni. Dugaan apa lagi aku kena ni. Memang aku meraung masa tu balik rumah kemas terus barang barang aku terus nak blah and aku takkan balik dah rumah ni.

Biar laa orang kata aku lupa diri ke apa ke. Tapi sapa tahan weyh bila kau kena macam macam. Masa ni mak aku beria cakap sabar laa bawak bincang laa apa laa. Masa tentukan keputusan tak pikir plak nak bincang ke apa. Sampai aku dah tak de hati weyh. Last petang tu bapak aku balik dia sign borang tu and esoknya aku terus blah.

Sampai la majlis baru aku balik. Biar laa aku jahat dimata diorang. Janji aku tak sakitkan hati aku sendiri. Sampai sekarang aku masih dengan hidup aku. Tapi lagi senang dari dulu. Ye la dah graduate. Ada husband and famili in law yang treat aku macam anak dia. Sakit pening aku dia lagi risau.

And Alhamdulillah aku bersyukur dapat jumpa dengan famili yang sangat baik and terima aku. Kerja Alhamdulillah aku dapat offer job yang lumayan gaji dia. Aku tak lupa diorang, tapi apa korang akan buat if korang dah dibuang keluarga? Still nak terhegeh hegeh ke? Kalau sekali tak pe. Ni dua kali jadi. So aku ringkaskan sini.

Aku masih teruskan life aku. Aku tak berdend4m, cuma aku takkan kacau orang yang tak perlukan aku. Aku tak jahat tapi aku juga ada hati. Takkan hati orang semua aku jaga, tapi hati aku orang pijak pijak plak.
Sekian. Doakan rumahtangga aku kekal aman dan bahagia. Terima kasih. Mrs N

Reaksi warganet

Rabiatul adawiyah – teruskan je hidup mcm biasa… sesekali balikla jenguk family.. hulur2 sikit apa yg patut… pastu blah…. jgn terus putuskan hubungan…just jaga jarak….buat yg perlu je…. kipidap! papepun dia tetap ayah awak…

dulu dia x bertanggungjawB.. itu urusan dia dgn tuhan..yg penting sis tolg mane yg patut…. pastu teruskan hidup mcm biasa… jgn sesekali terpikir nak duduk serumah dgn diorg..merana sis nanti…

Mohd hariz – Bru nk sruh kwin..nsib dh kwin dn dh rse bhgia..alhamdulillah…cume jgn ikutkan hati sngt…still contact dgn keluarga.. in case ap2 trjadi die ttp keluarga kte…tp klau rse x selsa jarakkan hubungn…

Dn klau rse nk raptkan hubgn dgn fmly jgk…bincg dgn suami..dgn mak bpak mrtua..bukn bukak aib tp untk kebaikkan.. sme2 selesaikn…dri ap yg sy bce..sis mudh em0si0nal skit klau buat keputusn sorg mngkin kish lalu tu msih trkesan..

Saliha amin – Mak tiri tetap mak tiri. sy pom ad mak tiri..tp alhamdulillah skrg ayah saya lebih sayangkan saya n trust me walaupun sometimes saya kena fight untuk dapatkan kepercayaan ayah dan kasih syg ayah..sebab apa? Sebab mulut mak tiri mereka cerita…saya kena explen betul2 kat ayah dan kena slow talk baru dia paham.

Sebab tu kot mak tiri saya makin x suka saya.. dia akan cari pasal bia nampak saya buruk dimata ayah dan nenek saya, tambah teruk lagi bila adik2 tiri saya masuk campur.. haiihhh penim nak handle mak tiri dan anak2 nya.

Siti kartini – Subhanallah. .Allahuakbar.. selama ni sy hnya jd silent reader je..tp bila bc kisah sis ni, sy trpanggil utk komen.serius sedih n sebak..5 tahun dh kna lalui semua..Allahuakbar, sis sangaaaaaaaat kuat dh tabah..timbul rasa sangaaaaaat besyukur dgn nikmat keluarga bahagia yg Allah beri selama ni..

sy doakan sis dikurniakan kebahagiaan yg brpanjangan dan selayaknya setelah apa yg sis lalui selama ni..x sangka wujud ujian sehebat ini utk sis..semoga sis direzkikan brtemu dgn ibu kandung..barokallahu fik.. crita yg sgt memberi inspirasi. .

Sumber IIUM