Suami org penting syrikat. Masuk ank ke3, tetap kerjaya jd pilihan. Bila ty antara kerjaya dan aku. Jwpn suami buat aku tsenyum.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua pembaca dan admin yang menyiarkan coretan saya ini… Saya ada terbaca confession bertajuk

“Kerja kita xsama, awk kena fahm”. Gaji suami besar. Baru stahun kawin, ak terasa sunyi. Nk ank tp aku “takut”.

Alhamdulilah satu coretan yang menjelaskan tentang perasaan, hati, dan impian dari seorang isteri. Mungkin tidak semua isteri mengharapkan semua seperti yang digambarkan itu, untuk memiliki seorang suami yang dapat memberi perhatian dan kasih sayang, belaian manja sepenuhnya kepada isteri..

Tetapi itulah harapan dan impian saya, 22 tahun yang lalu… tetapi sebaliknya yang saya alami…. 22 tahun saya berkahwin dengan seorang suami yang amat mementingkan kerjaya. Selama 365 hari, mungkin 10 hari sahaja beliau dapat bercuti. MC, pun sukar untuk dia perolehi, kerana enggan ke clinic, walaupun s4kit.

Banyak kali beliau memperolehi anugerah pekerja cemerlang tanpa cuti s4kit dan sebagai pekerja terbaik. Mungkin itulah “anugerah” dan “nikmat” yang ingin dikejar beliau pada masa itu… Tetapi, mungkin dia lupa, ada perkara yang beliau belum jalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki, suami, dan menantu lelaki….

Dalam kesibukkan suami mengejar kerjaya beliau, saya amat rasa terpinggir pada masa itu. Tambahan kami kesunyiaan tanpa zuriat selama lebih 7 tahun… Malah rumahtangga mula goyah, apabila keluarga mertua menuduh saya punca anak lelaki mereka iaitu suami saya tidak pulang ke kampung dalam tempoh yang lama..

Saya juga dilemparkan fitnah tidak pedulikan keluarga sendiri, apabila sukar untuk balik ke kampung, kerana suami enggan mengambil cuti untuk pulang ke kampung. Malah urusan inf3rtility tr3atment (rawatan kesuburan untuk mendapat zuriat), juga saya sendirian berulangalik ke hspital. Pernah saya bertanya kepada suami, antara saya dan kerjaya beliau, mana lebih penting?

Jawapan yang beliau berikan adalah kerjaya beliau… jawapan yang tidak membuatkan saya marah, tetapi hanya mampu senyum. Alhamdulillah, setelah 7 tahun berkahwin, kami dikurniakan zuriat sulung. Sejak ada anak, nampak ada sedikit masa yang beliau luangkan untuk kami.

Beliau dah mula “tahu” bagaimana untuk mengisi borang cuti tahunan, dan telah mula berani to say no, jika beliau diarahkan untuk bertugas, di luar waktu jadual bertugas beliau. Alhamdulillah, itulah rezeki kurniaan zuriat dari Allah… Tetapi nikmat tersebut tidak lama…..

Semua urusan menghantar dan menjemput anak ke rumah pengasuh, tetap saya lakukan sendirian, sehingga kami dikurniakan anak kedua… Saya terpaksa kendong anak sulung dan kedua di kiri kanan dengan beg keperluan anak2, sendirian… rasa memang nak menangis masa tu… Penat turun naik tangga untuk kereta, kalau hujan, lecun kami 3 beranak, dari parking ke rumah.

Bila minta tolong dengan suami untuk beliau pulang on time, beliau menolak, alasan masih ada tugasan… urusan anak yang kerap masuk wad, juga saya sendirian, tanpa bantuan suami dan keluarga… Tetapi, kuasa Allah Maha Besar, pada usia anak sekolah tadika, suami mengalami acc1dent kr1tikal dan k0ma beberapa hari.

Semua tu berlaku dalam perjalanan beliau ke tempat kerja… 4 bulan beliau lumpuh sementara. Urusan untuk keperluan suami pada masa itu, saya uruskan sendirian, seperti menjaga baby yang kecil… Pada waktu itu, tempat kerja beliau mengalami masalah yang kr1tikal, kerana suami masih bercuti s4kit.

Berulangkali pihak pengurusan tertinggi menelefon suami untuk mohon bantuan guide secara online, kerana kepakaran dan data sulit syarikat, hanya suami yang tahu. Akhirnya suami mencadangkan syarikat beliau untuk mengupah pakar dari luar, untuk tidak mengganggu beliau dalam tempoh beliau masih perlukan rawatan selepas acc1dent itu.

Dalam tempoh beliau lumpuh, suami banyak diamkan diri. Lebih banyak ucapkan terima kasih kepada saya dan anak2… Selepas 4 bulan, Alhamdulillah, beliau pulih dan boleh berjalan dan bekerja seperti biasa. Malah beliau turut dinaikkan pangkat yang lebih tinggi…

Langit tidak selalu cerah, kesibukkan suami tetap sama walaupun baru pulih dari acc1dent. Tetap pulang lewat malam, malah pernah 48 jam tidak pulang ke rumah. Beliau tidur di pejabat sementara waktu.. Sehingga sekarang, kesibukkan suami masih sama. Situasi yang sama selama 22 tahun saya berkahwin dengan lelaki yang mengejar kerjaya…

Tetapi, bila semakin lama saya dan anak2 alami begitu, kami dah terbiasa untuk berdikari dan bersyukur. Walaupun suami sibuk, nafkah dan kasih sayang beliau tetap sama untuk saya dan anak2. Masih memberi didikan agama kepada kami. Jika ada masa, itulah masa untuk kami sekeluarga bersama for quality time.

Saya pun dah tak reti untuk menuntut dari suami. Tambahan bila melihat kawan2 yang kem4tian suami, yang dicerraikan suami, mereka lebih perit menanggung d3rita, berbanding saya yang ada suami yang sibuk bekerjaya. Kesibukkan suami mengajar untuk saya berdikari dan mendidik hati untuk bersedia, jika suami “diambil” oleh Allah swt, pada masa yang ditetapkan nanti.

Banyak perkara yang mengajar diri saya untuk terus bersyukur dengan semua yang berlaku. Apa yang tidak inginkan, itulah ujian untuk diri kita sebagai hamba Allah. Kekurangan diri tidak bermakna kita tidak memiliki kelebihan yang lain. Syukurilah nikmat yang kita milik, tanpa melihat kekurangan diri.

Kelebihan orang lain, tidak semestinya ia suatu nikmat untuk kita, jika dimiliki…. Saya mohon maaf, jika nukilan ini, tidak menyenangkan hati pembaca yang lain… Yang buruk datang dari diri saya sebagai hamba Allah.. dan yang baik, hanya datang dari Allah swt sahaja… – Bakal Jenzah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mashitah mashie – Alhamdulillah..best baca confession ni.. betapa tt seorang yg sgt matang & redha.. Tapi kan..mcm mna kalau plot twist..si isteri yg pergi dulu kpd penciptaNya..tinggallah si suami uruskan ank2.. sesuatu yg tak pernah dia buat selama ni..

Umur2 begini, saya bnyk muhasabah diri, hidup ni kna seimbang..dunia & akhirat.. begitu jugak kerjaya & keluarga…mencari harta & kekayaan dunia kdng sampai kita terlps pandang.. tanggungjwp kpd ank & isteri.. nafkah batin kpd isteri..slh satunya kasih syg.

Anisah shahirah – Beliau SAW bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR Tirmidzi). Mgkin puan boleh terima keadaan tersebut, tetapi bagaimana pula dengan perasaan si anak? Lagi2 anak yang sedang remaja dan membesar memerlukan perhatian yang lebih dari ibu bapa.

Bila anak perlukan masa dengan ayahnya, tapi ayah pulak sntiasa sibuk dgn kerja sehinggakan tiada masa bersama. Apapon tahniah utk puan. Puan sgt kuat n tabah, smoga anak2 pun turut paham situasi ayah mereka.

Shazana sabri – Confessor suami terlalu sibuk xsalah pon sy rasa..dia cuma nakkan sedikit perhatian dri suami..bukan dia xbersyukur..seeloknya seimbangkan lah hal kerja dan keluarga..mcm yg dituntut seimbangkan dunia dgn akhirat..kalau jatuh sakit..pasangan jugak yg akan berada disamping kita..bukan bos kt tempat kerja.. klu s4kit..

company dah xboleh nak hire kerja lagi… silap2 kena buang..sape yg akn susah senang ngan suami…isteri jugak…xrugi pon jaga hti istri..confessor tu xmtk dibelai 24jam pon..hnya sedikit perhatian pon dah ckup.. pernah kan dgr ceramah2..bahagiakan isteri.. nescaya rezeki suami akn lebih melimpah ruah… so xsalah pon nak kerja sambil bahagiakan isteri..

nak kejar kerja smpai bila pon xkan abes.. ambik contoh ustaz ebit lew…bz ke sana ke sini..bgi bantuan dgn org..tpi masih lagi ada msa utk isteri..masih lgi dpt bawak isteri jln sane sini..beli groceries sama2.. ramai kecam confessor suruh kawen ngan biawak hidup klu nak bermanja2…

awk2 yg lain yg dpt bermanja ngan suami tu kawen ngan biawak hidup ke?haishhh… xpaham… jgn smpai si suami bt isteri jadi mental sorg2 alami bnda2 mcm ni…boleh ke nak menjawab kt sane esok???sy xkecam confessor yg ini ye..sy hnya bgi pendapat sy.

Ashika mitra – Company ni kalo kehilangan staff cam suami tt nie.. Sekelip mata leh cari pengganti, tapi kalo suami tt kehilangan bini dan anak2, leh cr ke pengganti nya? Time kat spital lumpuh coma, yg jaga nya bini tt.. Bukan boss syarikat suami dia. Work hard tak semestinya hardworking.

Sebab tu org kata work smart supaya boleh balance family life dgn kerjaya, suami tt secara face to face ckp no 1 kerjaya, br family, seriously kalo sy di tempat tt, abis meletup satu rmh. Kalo penting kan kerjaya sgt apsal kahwin? Kerjaya awk tu sampai bersara je… Time awk nak m4ti tu, tepi katil awk akan ade bini dan anak2 je.. Family awk je la bengong!!!! Uhh geram betul sy.

Sumber IIUM