Salmah ludah Haikal selps dmaki krn tolak cinta. Lps jamu ns goreng kg, sejak itu Salmah “diikat”.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua pembaca. Pertama tamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita aku ni.

Nama aku Mira. Tapi kali ni aku bukan nak bercerita tentang kisah aku. Aku nak cerita pasal isteri kepada pak cik aku. Kiranya makcik aku la. Nama makcik aku ni Salmah. Untuk pengetahuan korang, mak cik aku ni memang lawa la masa zaman muda. Orang cantik, mestila menjadi perhatian ramai lelaki di luar sana. Tapi Salmah tak belajar tinggi.

Lepas SPM, dia pun bekerja di kantin salah sebuah sekolah di Perak. Ada seorang kerani (Haikal bukan nama sebenar) di sana selalu juga lah pergi ke kantin kat makcik aku kerja tu, sambil borak borak dengan makcik aku. Makcik aku ni memang peramah pun. Dia tak gatal, tapi memang banyak mulut la. So dia layan semua orang sama je.

Nak dijadikan cerita, ada suatu hari tu, Haikal tu luahkan perasaan dia kepada makcik aku. Dan makcik aku dah tolak baik baik tapi si Haikal ni tak puas hati cinta dia ditolak, dia m4ki makcik aku. Makcik aku apa lagi memang menyirap terus, makcik aku pun panas dengan laki tak reti bahasa ni. Terus makcik aku m4ki dan ludah dia.

Itulah detik permulaan keseksaan hidup makcik aku. Dipendekkan cerita, Haikal pun menyesali dan ingin menebus kesalahannya. Haikal membelikan Salmah nasi goreng kampung berlaukkan telur mata. Kegemaran makcik aku. Hampir setiap hari dia akan datang dan membawakan bekal untuk mak cik aku.

Haikal memohon maaf kepada Salmah atas keterlanjuran perbuatannya itu. Haikal ingin berbaik dan menjadi kawan Salmah. Selepas peristiwa itu, Salmah asyik teringatkan Haikal. Asyik nak jumpa. Kalau sehari tak berjumpa, rasa tak lengkap hidupnya. Ibaratnya macam orang meroyan.

Pagi petang siang malam asyik teringatkan Haikal. Salmah yang dulunya rajin solat, jadi culas sekarang. Oleh sebab mak Salmah ni garang, dia memang paksa Salmah untuk solat jugak. Keadaan ni menimbulkan kehairanan kepada orang tua Salmah. Salmah ni bagitau mak dia yang dia nampak kelibat Haikal kat luar rumah.

Padahal Salmah ni duduk di kuarters polis. Oh lupa nak bagitau yang dia nk anak anggota polis. Bukan sembarangan orang boleh masuk ke dalam kawasan kuarters ni. Rupa rupanya jelmaan Haikal tu adalah syaiitan. Sebab berkemungkinan lelaki tu dah guna guna kan si Salmah ni. Ada satu malam tu, Salmah ni asyik meronta ronta nak keluar rumah sambil menjerit,

“Nak jumpa Haikal. Haikal ada kat luar.” Menyedari keganjilan yang berlaku terhadap diri anaknya, mak kepada Salmah menahan anaknya dari keluar rumah dan membaca sedikit ayat ayat suci Al-Quran. Hari demi hari, Salmah jadi tak tentu arah, mak ayah Salmah membuat keputusan untuk membawa Salmah ke rumah ustaz yang boleh berubat orang yang terkena benda benda m1stik macam ni.

Jadi ustaz cakap memang Salmah ada minum benda kotor, dah terkena minyak pengasih. Rupa rupanya makanan dan minumam yang Haikal bagi tu dah diguna gunakan oleh Haikal. Lepas daripada Salmah berubat dengan ustaz tu, dia jadi okay sikit. Tapi on dan off lah, macam tak 100% okay seperti sebelum tu.

Dipendekkan cerita, makcik Salmah aku ni dikahwinkan dengan pakcik aku yg bernama Abu (bukan nama sebenar) selepas dia dah okay sikit tu la, mereka dah kenal lama la. Cuma jarang jumpa. So masa sebelum hari perkahwinan diaorang tu, ayah Salmah ni pnggil ustaz untuk “pagarkan” kawasan kuarters diaorang tu sebab majlis diadakan dalam kuarters tu je,

Ayah dia minta ustaz “pagarkan” sebab tak nak ada syaiitan syaiitan terlepas dan mengganggu majlis. So alhamdulillah la mereka selamat jugak berkahwin dan berjalan lancar lah majlisnya. Setelah seminggu berkahwin, Abu membawa Salmah pulang ke Johor dengan harapan Salmah dapat melupakan kisah silamnya dan memulakan hidup baru bersamanya.

Pakcik aku ni memang suami yang baik dan sentiasa bersabar melayan kerenah Salmah. Walaupun dibenci Salmah, Abu tetap melayannya dengan baik. Hari demi hari, minggu demi minggu, Abu merasakan tiada sebarang perubahan pada diri isterinya. Malah sampai tahap Salmah langsung tidak mahu melihat mukanya lagi.

Oleh sebab dah m4ti kutu, Abu terpaksa menelefon ayah dan mak mertuanya di Perak dan menceritakan tentang keadaan Salmah pada mereka. Tanpa melengahkan masa, mereka terus berikhtiar untuk membantu Salmah. Sampailah mereka berjumpa dengan b0moh orang asli. B0moh ni nasihatkan untuk mencari sepasang belangkas yang melekat.

Orang tua Salmah berasa musykil dengan permintaan b0moh itu lalu mereka bertanyakan kepada seorang ustaz. Ustaz bagitau boleh guna dengan tujuan untuk menyelamatkan rumah tangga tapi syaratnya tidak membnuh orang. Selepas itu, ayah Salmah mengupah orang untuk menyelam mencari sepasang belangkas di lautan.

Nasib mereka baik sebab berjaya menjumpai sepasang belangkas yang duduk melekat antara satu sama lain. Sebab jarang jarang boleh menjumpai belangkas seperti itu. Tanpa melengahkan masa, mak ayah Salmah bawa belangkas itu kepada b0moh tersebut, taktahu macam mana prosesnya, tapi akhir sekali belangkas itu ditukarkan kepada debu.

Oh ya, b0moh tu bagitahu yang melawannya adalah b0moh siam. Kiranya lelaki tersebut menggunakan b0moh siam. Jadi selepas itu, mak Salmah pergi ke Johor dengan membawa debu belangkas tu untuk anak menantunya. Sepanjang mak Salmah di sana, mak dia akan tabur debu belangkas itu dalam makanan dan minuman anak menantunya (dengan pengetahuan mereka).

Pakcik aku (Abu) jenis kaki masjid dan orang baik baik. Dia jadi geli tekak nak makan benda-benda macam tu, tapi dinasihatkan untuk turuti demi menyelamatkan rumah tangganya, dia akur. B0moh itu menjanjikan pada hari ke-10, Salmah akan okay. Jadi pada hari ke-10, dengan izin Allah, baru lah makcik aku Salmah ni nampak suami dia, baru lah tak benci suami dia.

Mereka sekeluarga bersyukur sebab Salmah kembali seperti orang normal, sebelum ni memang nampak macam tak keruan. Selepas itu badan makcik aku ni jadi lemah sikit, jin jin dan makhluk halus suka dekat dengan makcik aku, Ada pernah seorang yang ada ilmu sikit ni bagitau makcik aku, j1n suka bau makcik aku.

Jadi sebab itu mereka suka dekat dengan makcik aku, sebab makcik aku dah pernah minum dan makan benda benda kotor. Oh ya, akhir sekali, lepas dah bertahun tahun lamanya, makcik aku baru tahu yang Haikal sudah mennggal dunia. Semoga Allah mengampunkan dosa dosanya.

Jadi pengajarannya kat sini, kalau kita tak suka orang tu, tolak lah dengan baik baik, dan kalau kita ditolak pun, terima lah dengan berlapang dada. Mungkin kita akan dapat orang yang lagi baik, janganlah berdndam, susah hidup semua nanti. – Mira (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Misz atam – Baca dlm confession ni, Salmah tu dah tolak cara elok tapi Haikal tak dapat terima hakikat. Nak tolak cara macam mana lagi klu spesis lelaki yang nak menang sentiasa atau jenis memaksa? Coz saya ada kenalan pompuan, ada lelaki sukakannya tapi dia tak nak. Dia dah tolak cara elok. Entah macam mana.

Dia ugut pompuan tu, paksa kawin dgn dia dgn cara nak bagitau bapak pompuan tu, “anaknya nyaris kena rogol gara2 bkenalan dgn sorg lelaki mnerusi online.” Bapak pompuan tu garang n tegas yang amat. Tpaksa jugaklah pompuan tu kawin dgn lelaki tu akhirnya.

Ismi sha asri – So.. Jalan penyelesaiannya si pembuat s1hir tuu akhirnya m4tii jugak ye. Tp kesian kpd mangsa walaupun org tu dh mati, s1hir takkan dihantar lg, tp kesannya still terpalit sampai ke sudah kpd mangsa. Sebab bdn bekas kena menantang tu masuk mmg akan ada lubang laluan dia dh.. Susahhh nk tutup… Hmmm

Aien sein – Betul.. Kalau ye pun xsuka seseorang tu jgn sampai m4ki apatah lagi meludah.. Takut nnti silap org kita cari hal diri sendiri yg terkena… Kt kg. aq pun prnh ada kes mcm ni.. Mak aq cerita mak cik tu cantik sgt.. Then ada lelaki ni suka dekat dia tapi dia xnk.. Ntah mcm mn dia reject sampai ludah la kiranya.. Sudahnya mak cik tu jadi mcm org xbetul.. Lebih kurang mcm cerita dlm ni la.. hmmm

Kudean honey – Susah gak jadik org lawa ni…. Mana2 yg ada anak lawa2 tu pun beringat je lah….. Mcm2 cara org guna kalau dah berkenan…. Tp yg biasa mak bapak terkena, bakal menantu menipu hal kerjaya dan hal keluarga….. Dh kahwin baru tahu status sebenar.

Permaisuri hati – Sepupu aku kena mcm ni la reject suami org yg ajak dia kahwin dia xmau.. kesian kat dia asalnya student pandai .. keje elok.. last2 jd xda apa sbb s4kit mcm ni.. aku xrasa dia maki org tu utk tolak sbb dia sejenis ppuan baik dan bln mulut laser… Org kalo dah hati jahat.. sy1rik je yg dia tau .

Sumber IIUMC