“Kerja kita xsama, awk kena fahm”. Gaji suami besar. Baru stahun kawin, ak terasa sunyi. Nk ank tp aku “takut”.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi, aku Erin, sudah setahun lebih berkahwin. Suami aku Alif, bekerja sebagai seorang engineer di semua firm engineering.

Alif memang dari kecik nak jadi engineers, belajar pun pandai so jadi la engineer.
Sebelum kahwin aku dah tau Alif memang busy nak mampus dengan kerja and fully 99.9% g1le kerja dan sangat komited. Sebelum kahwin pun dah banyak isu2 merajuk sebab aku rasa terabai. Alif dari segi kewangan memang dah cukup sangat nak kahwin so dia pun tak tahan aku asyik merajuk, dia ajak aku kahwin.

Aku pun okay je la sebab dah lama bercinta. Aku pulak seorang yang bekerja tetap, bertenaga dan sangat berdikari. Aku tak reti meminta2 sebab aku biasa buat everything sendiri. Alif sibuk, aku pulak berdikari so masing2 buat hal sendiri. Aku terlalu sibuk menguruskan rumah sorang2. Alif sangat particular bab kebersihan so memang rumah kena tiptop.

Aku hari2 balik kerja mesti akan vacuum rumah, cuci toilet sikit2, basuh/ lipat baju and kemas dapur/ rumah Aku balik awal dari Alif so aku akan masak dan terus kemas dapur. Alif biasa balik waktu Isyak paling awal and jarang makan waktu kerja sebab waktu lunch hour pun dia tak lunch, dia lagi suka kerja.

So aku lepas balik kerja terus kelam kabut masak and kemas dapur sebab Alif tak suka sepah2. Lepas makan Alif selalunya terlampau penat dan terus tidur sebab esoknya dia akan bangun awal untuk sambung buat kerja kat rumah sebelum gerak pergi office selepas subuh. Aku pula bekerja shift, kadang2 seminggu rasa tak bertegur dengan Alif sebab jadual kerja kami.

Pada hujung minggu pula, jika aku tak bekerja, aku akan duduk rumah tengok Alif berkerja. Dia stop jap untuk mandi, makan, dan solat. Begitulah hubungan kami suami isteri. Aku sangat sunyi dan penat. Aku juga bekerja tapi gajiku tidak setinggi Alif dan pekerjaan aku tak se-gah Alif.

Setiap kali aku suarakan isu ni, Alif akan cakap “Kerja kita tak sama, awak kena faham”. Aku cuba fahamkan tapi aku semakin sunyi. Aku juga mahukan anak tapi aku takut untuk ada anak dengan cara kehidupan sebegini. Aku hampir melakukan semuanya berseorangan. Mampukah aku jaga anak sorang2 nanti?

Pada awalnya kami memang merancang nak dapat anak lambat sikit, aku ada makan pil perancang atas nasihat doktor. Bila tamat tempoh kami merancang, aku sebenarnya masih senyap2 makan pil perancang kat office sebab aku takut nak dapat anak. Aku sangat sukakan baby tapi aku tak yakin boleh jaga baby sorang2.

Aku nak anak sebab aku sangat sunyi. Tapi sekarang pun aku dah cukup letih, mampu ke aku uruskan anak nanti? Aku pernah tanya pendapat di Fb page lain tapi dikec4m pula sebab tak memahami suami. Aku cuba fahami suami tapi siapa nak faham perasaan aku yang sunyi, penat dan risaukan rumahtangga kami.

Masing2 mengatakan syukurlah suami rajin kerja, suami orang lain tak bagi nafkah, sibuk memancing, lepak, etc. Alif memang menyediakan secukupnya kelengkapan rumah, walaupun most of the time dia bagi duit je pastu aku pergi beli sendiri. Hadiah birthday pun kena aku kena beli sendiri hahaha, dia bagi duit je.

Memang takde usaaha langsung la nak romantik2 suprise2 ni. Waktu tidur pun Alif memang tidur m4ti punya tak sedar apa, jangan harap la nak cuddle ke, nak peluk ke. Hubungan atas katil kami pun tak pernah rancak dari awal perkahwinan, suam2 je.

Kadang2 sudah separuh jalan, Alif boleh tertidur kerana keletihan. Hidup aku terasa kosong. Aku pun tak boleh nak marah Alif sebab dia bekerja pun untuk menyara kami dan aku cukup faham berapa banyak projek dia handle dalam satu2 masa. Rasa berdosa pulak kalau mintak masa dia untuk spend together.

Tapi aku rasa kosong, rasa sunyi, rasa nak single balik pun ada kadang2 sebab single boleh buat sesuka hati nak hilangkan sunyi. Entahlah kadang2 rasa tak mampu bertahan tapi Alif seorang lelaki yang baik, tidak merok0k, tidak tinggal solat, pandai jaga adik2, bekerja bagus, ada ke lelaki lain yang lebih baik dari dia?

Rasanya perkahwinan terlalu awal untuk fikirkan perpisahan. Aku betul2 sayangkan dia tapi aku rasa sangat sunyi dan mungkin depr3ssed sedikit. Aku nak selamatkan perkahwinan kami tapi Alif tak nampak pun di mana masalahnya perkahwinan kami.

Dia tau dia busy melampau tapi dia kata tu memang tanggungjawab dia. So aku yang kena faham. Setahun pun aku dah rasa nak depr3ss berk0rban itu ini, macam mana nak bertahan seumur hidup. Waktu tak akan kembali. Kami sia2kan usia muda kami dengan masalah2 macam ni. Aku tak tau apa nak lakukan lagi. – Erin Tasha (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Syazwani razali – Bila kita decided utk kawin dgn work4holic. Kita kena terima yg dia akan sentiasa busy dgn keje dia. First, puan kena belajar utk redha yg suami puan mcm tu..dia bukan buat bnde tak elok..dia cari rezeki. Second, ramai yg srh puan ni pregnant. Prof. Dr. Harlina Siraj pernah ckp setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted).

Supaya kita rasa gembira sujud syukur bila kita dpt tahu kita pregnant. Anak ni lifetime commitment jd both parties kena ready. Anak tak solve problem yg puan ade skrg pn. Third, buat la ape yg puan rasa happy. Mintak izin suami nk pegi holiday ke sambung belajar ke. Isi masa dgn bnde yg fulfill your happiness.

Tenang2 je ok? Jauh lg perjlnn ni baru lg kawin. Forth, usually laki ni bad listener jadi mengadu la dekat Allah yang Maha Mendengar..ok puan? Tenang2 je. Semoga dipermudahkan semuanya utk puan.

Liniey coway – Cari kawan sis at least xbosan sgt.. Biasalah awal kawin mmg xdpt rentak lagi.. Sy masa awl kawen pun cmtu, suami keje balik lewat. Dah balik lewat keluar main sukan pula.. Nangis xberlagu rasanya hahaha…bertahun struggle nk cari persefahaman tu.. Yg penting saborr…

Communication tu yg penting dan jgn takut untuk suarakan. Gaduh2 tu biasa awal2 sbb masing2 ada eg0 bila ditegur.. Tp sentiasa berdoa dan berzikir supaya Allah lembutkan hati suami dan hati sendiri. Banyakkan ilmu tentang personality dan karekter diri dan suami. Bila dh tahu tu, cerita kat suami..

Nnt sama2 boleh gelak.. Cari aktiviti ringkas yg boleh buat kat rumah je klu xde masa nk keluar.. Berkat sabar, suami akk pun skrg bnyk duk rumah dan dia pun dh pandai handle kerja drpd rumah… Dan maybe sbb akk ttc 6 taun banyak mmbantu juga dr segi masa untuk saling memahami..

Catatan ctie – Maaf rasa nak mencelah, saya antara orang yg busy dengan kerja, tapi bukan engineering lah, and punyai sifat yg tak senang duduk kalau kerja tak siap. Tapi saya faham dengan perasaan isteri tu, sangat faham. Berkahwin ni satu ikatan hari yg sah, dan perlu memahami antara satu sama lain. Saya pendapat, kalau busy sekali pun, semai sifat yg buat isteri rasa disayangi.

Sifat tu tak perlu masa, cuma kena ada sifat tu. Contohnya, hantar text i love u, always say thanks, hantar bunga, and so on, saya percaya semua terletak pada hati untuk manage rumahtangga. Jangan salah faham dengan tt, dia cuba meminta kita semua melonggarkan ketegangan dia.

Jangan kutuk dia, tapi give her moral support. Hulurkan hati baik anda pada dia. Bersabar dik, cuba lagi dengan cara lain, insyaallah

Somer denot – suami ada juga yg jenis tak sibuk bekerja tp juga tdk tahu nak ingat besday bini, bagi surprise pd hari bkn besday, in fact belanja bini mkn pisang goreng pun tak reti. bkn psl sibuk, mmg dia jenis kisah diri sendiri je. kalau rumah kena tiptop bersih, biar laki tt yg buat. tt bkn org gaji dia.

kalau tt yg nak bersih, setakat bersih ikut kemampuan tt la, xpyh nak tiptop sgt, lepas tu merajuk ckp penat. ramai isteri yg jaga anak sendiri2, sy rse jenis tt ni pun boleh je jaga anak sendiri, bwk checkup sendiri, anak tak sihat tt urus/ jaga sendiri. cuma sedih sbb suami akan tau tanya dan suruh buat itu ini, contoh kalau anak demam dia hanya akan ckp nnt awak bawalah gi klinik, dia xdenya nak bawa.

sebenarnya sblm kahwin lg dah nampak tak serasi tp kita teruskan juga dgn harapan semuani akan pulih. spt yg dia kata, tt kena faham dia kerja gini gini, so dia pun kenalah fsham tt nak gini2 dlm perkahwinan ini. kalau xde usaha merawat/ kauns3ling, keadaan akan kekal mcm ni percayalah

Sumber IIUM