“Alamak, mak ty bila nak kawen”. Tergedik2 bila sebt hal kawin. Dia ingt kawin mcm dlm drama jam 7.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan hi. Baca tajuk, mesti anak dara rasa meruap ruap kan. Apa halnya pulak anak dara nak kawen dikatakan tergedik-gedik?

Kalau tak kawen, takkan nak membujang sampai tua? Bukan. Bukan tu maksud aku. Sebelum tu, maafkan penggunaan ‘aku’ dalam kisah ni. Lebih selesa. Baik. Teruskan pada topik. Kakak nak nasihat sikit buat anak dara yang selalu sangat update status ‘mak tanya bila nak kawen?’ ‘Alamak, mak cakap pasal jodoh’ ‘Alamak, mak bising takde boyfriend ke’

Pertama sekali, d0sa tau f1tnah mak walhal mak kau tak kisah pun. Jangan nak jadi ‘attention seeker’ sangat dok buat status macamtu. Kawen is not all about happiness and blessing. Bukannn. Jangan narrow minded sangat. Jangan rasa ‘high’ sangat dengan angan-angan mat jenin perkahwinan kau tu nanti.

Bukan kawen tu macam indah sangat seperti dalam drama jam 7 takpun drama kpop yang korang selalu tengok. Jauh panggang dari api. Kawen ni satu benda yang BESAR. Kakak guna istilah gedik-gedik tu sebab nak buat adik-adik sekalian alam sedar bahawa hidup adik-adik bukan dengan mengakhiri zaman bujang itu adalah destinasi ‘syurga dunia’ terakhir adik-adik.

Tidak sama sekali ya. Nampak kakak macam kasar but i do. Sebab nak sedarkan adik-adik yang terlalu ‘galak gatai merenyam’ dok cakap pasal kawen ni. Adik-adik mesti fikir kan. Kawen tu bangun pagi, terbayang indahnya ada suami di sebelah. Boleh pelvk suami. Boleh sweet-sweet.

Kemudian, adik-adik buat sarapan untuk para suami sekalian. Sebelum suami pergi kerja, adik-adik salam, hug dan cium your husband kan. Senyum manja-manja. Hantar suami depan pintu. Bawak briefcase suami. Lepastu petang masakkan malam. Makan sama-sama. Malam, tengok movie sama-sama. Bercanda di malam hari.

Pergi shopping sama-sama tiap weekend. Lepak dengan suami. Belum baru-baru kawen. Tiap masa boleh spam gambar honeymoon korang. Terbayang indahnya honeymoon bersama suami. Halaahhh halahhhhh. Untuk sebulan pertama yelah. Manis lagi. Ada orang tak sampai sebulan, sudah merasa ada pahitnya juga berumahtangga.

Okay adik-adik. Tadi kakak bawak adik-adik menelusuri bersama-sama angan-angan mat jenin adik-adik tentang perkahwinan. Okay, mari bercakap tentang realiti supaya adik-adik buka mata, buka minda, buka hati dan fikir masak-masak sebelum kawen. Setidaknya bersedia fizikal emosi untuk perkahwinan impian adik-adik yang belum pasti berlangsung bila.

Memang ya. Suami adalah sahabat terbaik kita selepas kawen. Tapi, adik-adik kena fikir baik-baik ya. Kawen dengan suami bermaksud adik-adik ‘kawen’ sekali dengan keluarga dia dan suami juga begitu. Tidak ada istilah, gaduh-gaduh lari balik rumah mak. Baik jangan berangan nak kawen.

Istilah yang tepat adalah tolakn ansur. Kalau dapat keluarga mertua ala ‘Megah Holdings’ yang macam dalam drama jam 7 takpelah. Ni kalau dapat keluarga mertua kiriman ‘ner4ka’, jangan hari-hari ada rasa nak cerrai pulak. Ini realiti ya adik-adik.

Itu keluarga mertua ‘kiriman ner4ka’ kalau suami ‘kiriman neraka’ Bersedia tak nak hadap suami selepas sebulan baru adik-adik sedar semua buruk dia. Biasalah manusia. Buruk orang nampak, buruk sendiri tutup mata. Tapi adik-adik kan tetap manusia. Nanti lepas kawen, tetap nampak buruk suami.

Sebulan mampu bertahan. Setelah berbulan-bulan, jangan makan hati berulam jantung pulak. Jangan asyik dok up cerita dekat Kisah Rumahtangga yaa. Jangan tidur malam membelakangkan suami pulak sebab sentap. Sebab apa?

Sebelum kawen, fikir manis-manis. Tak pernah timbang-tara. Main taram saja. Tulah Prof Muhaya kata, perempuan yang paling malang adalah perempuan yang salah pilih suami. Haa tepat sekali. Hidup ni ada berbagai-bagai ujian dari Allah dan tidak dapat dinafikan. Tapi yang buruk tu bukan dari Allah ya tapi dari kelemahan kita sendiri.

Sebab tu nak kawen, jangan pasang angan-angan nak manis saja. Kena bersiap-sedia untuk galas tanggungjawab dan amanah yang besar. Bukan fikir seronok. Kawen bukan game nak tunjuk suami siapa paling hebat, paling tampan,paling rajin. Bukan nak tunjuk perut sarat mengandung.

Bukann ya. Haa tu belum cakap bab ada anak kecil. Ada yang sampai meroyan sebab suami tak nak kerjasama jaga anak. Adik-adik jangan tak tau ya. Jaga budak kecik bukan macam jaga patung barbie tak berny4wa. Ni ada ny4wa. Malam-malam pandai menangis sampai bawak ke pagi. Haa seram ke tidak?

Tu belum bergaduh pasal hobi suami suka memancing, suka main game 24/7. Jadi kaulah kena mengemop, kena jaga anak. Sambil kendong anak, sambil mop. Sekali suami suruh buat air pulak. Lari la ke dapur buat air. Dengan kau belum mandi. Bila suami nak dekat, dah bau masam sebab seharian uruskan rumahtangga.

Suami balik main game saja sampai malam, baru cari kau. Itu realiti ya adik-adik. Belum lagi rumahtangga diuji dengan pelbagai ujian. Adik-adik. Bukalah mata. Kadar pencerraian dekat Malaysia ni terlalu tinggi. Please. Kalau aada tergedik-gedik nak kawen tu, fikirlah. Aku dah bersedia ke belum nak galas tanggungjawab?

Bukan kawen, buat anak, nanti dah bercerrai, anak bagi mak ayah jaga. Ada anak sampai m4ti kena der4 dengan pasangan baru. Sekali lagi, ini bukan cerita dongeng. Ini realiti. Adik, dunia ni bukan seindah yang kita mimpikan. Kakak bukan kata, kawen tak indah.

Ada manisnya, tetap juga ada pahitnya. Berkahwinlah bila jodohmu tiba. Sebelum sampai waktu tu, sibukkan diri adik untuk perbetulkan hidup. Perbetulkan solat. Banyakkan berdoa supaya dikurniakan seorang suami yang mampu membawa ke syurga.

Sambil-sambil tu, perbetulkan perangai adik-adik yang suka member0ntak bila kena tegur. Nak jadi isteri kena matang. Sama juga nak jadi suami orang. Perbetulkan perangai adik-adik yang malas solat. Bangun lambat. Perbetulkan perangai adik-adik yang suka berlumba nak hidup macam instafames.

Hakikatnya adik-adik, hidup ni macam kita bermusafir. Sampai di tempat yang cantik, kita gembira. Bila tersesat, kita sudah cemas. Ada yang tenang-tenang sebab dah cukup ilmu di dada. Yang cemas ni lah rugi. Sebab tak ada ilmu di dada. Fikir pendek. Akhirnya, pahit yang dapat.

Bila kita dah bersedia dan bernikah, tapi tiba-tiba diuji dengan suami yang hanya Allah saja yang tahu perangainya, sekurang-kurangnya kita sudah matang untuk berfikir dan bertindak. Tidaklah bergaduh, lari rumah. Tidaklah bergaduh, bnuh diri. Tidaklah bergaduh, curang pula. Fikir masak-masak. Yang ikhlas, – KAKAKMU (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Ainaa wanie – ade ke perempuan yg x gedik dan x berangan2 ms nk kawen? sikit mesti ada. hehe. org nmpk x nmpk je beza dia 😅 Insyaa Allah. pengalaman mematangkan manusia. kita selagi x lalui, kita xkn belajar erti hidup. doa byk2. perbaiki diri. moga yg baik2 juga Allah bagi utk kita.dan moga Allah permudahkan urusan kita.

jika dugaan dtg lepas kawen, tu kan qada’ dan qadar Allah. ujian Allah utk kita sbgai hamba-Nya. mana ada perkahwinan yg xda ujian, semua org ada ujian yg tersendiri. dr buat maksiat, baik kawen. usaha, doa dan tawakal pd Allah. jgn takut2kan sgt org x kawen. sebab disebalik ujian² kawen, ramai je org bahagia sampai tua. hehe

Ha limah – Kakak ni, macam pkul rata pulak. Tak semua suami tu buruk perangai macam tu. Buat adik-adik, kalau dah ready nak kahwin, kahwin la. Sebelum tu, pilih pasangan tu elok-elok, doa banyak-banyak supaya suami tu adalah lelaki yang baik. Kahwin ni umpama perjdian, tak semua menang l0teri.

Tak semua lelaki sama macam dalam confession ni. Jangan la fikir masalah rumahtangga orang, buat str3ss kepala je. Follow with the flow. Gaduh manja-manja tu biasa, yang penting be professional, jangan mulakan perangi maki-maki, naik tangan, jerit-jerit, mintak cerrai, confirm sampai ke tua perangai macam tu akan kekal.

Lala bella – Tak baik tau label macam ni. Kalau yang dah kahwin, syukur la Allah dah bagi rezeki jumpa jodoh. Kalau yang belum kahwin, tak salah pun dia pun berangan nak kahwin, sebab Allah dah bagi semua orang ada rasa fitrah nak berpasangan. Jangan la label, anak dara yang gedik nak kahwin.

Yang dah kahwin dulu, tak gedik jugak ke time nak kahwin dulu? Even belum kahwin, tapi hakikatnya semua orang tau, realiti perkahwinan tu berat. Ada yang diuji sebelum kahwin, ada yang diuji tengah kahwin. Macam2 ujian. Untuk confessor, kalau dah kahwin, moga perkahwinan sentiasa bahagia.

Tapi doakan jugak untuk yang belum kahwin, agar dia pun dapat ketemu dan rasa macam mana rasanya berpasangan. Kisah hidup semua Allah dah tentukan. Berdoalah ditemukan dan sentiasa dipermudahkan urusan dalam perkahwinan. Yang ikhlas, Anak dara yang belum kahwin.

Nur mustikarahman – Kehidupan ni memang akan ada dugaan. Kahwin ke bujang ke. Memang akan ada. Yang Kahwin tak semesti berat ujian nya lagi dari yang bujang. Perkahwinan ni macam satu fasa dan proses dalam kehidupan je. Jangan sempit kan kepala otak anda dengan perkataan perkahwinan.

Just fikir, dalam kehidupan ni memang akan dugaan, kalau tak nak kawin sebab takut bercerai etc, kalau Kahwin sebab nak hidup dalam fairytale bahagia selalu.. Dua dua salah. Jangan takut nak kahwin, orang ramai cerita pasal buruk perkahwinan.. Sebab tu perkahwinan dia. Baca ambil pengajaran dan lalui proses tu sendiri..

Kalau dari pwrmulaan kita buat bahagian kita dengan baik, niat yg baik.. Apa yg nak kita sesali? Kita dah buat yg terbaik, yg lain serah kepada Dia,Dan itulah ujian.. Kepada yang dah Kahwin Sudah2 lah takut kan orang untuk kawin. Kalau perkahwinan awak buruk, tak kan nak suruh orang anggap semua sama?

Doakan yg terbaik. Jangan sempit kan permikiran kita dengan perkataan perkahwinab sehingga lahir nya perasaan takut sampai tak dapat nak grow, nak rasa nikmat Allah yg bagi. Setiap nikmat yg diberi datang selari dengan tanggjawab, juga dugaan.

Sumber IIUM