“Isteri yg tidak dicintai”. Nangis2 call aku bgtau xleh lupakn ex dia. Bila mereka bhubung, terima whtapp ak dicerraikn.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum admin, terima kasih kalau sudi update post saya, hari ni genap sebulan saya dalam iddah, dan berbaki lagi 2 bulan untuk saya bebas.

Saya seorang wanita yang berpendidikan tinggi, berumur 20-an, juga seorang pensyarah. Tarikh hari ini genap 1 tahun 3 bulan 22 hari usia perkahwinan saya. Kalau diikutkan itu masih di usia perkahwinan yang masih dalam fasa honeymoon kan? Tujuan post saya bukan nak mengaibkan bekas suami atau sesiapa.

Bekas suami saya seorang yang sangat beriman dan baik, tak pernah pkul saya mahupun mki saya sepanjang kami melayari perkahwinan bersama. Cuma sebagai pengajaran buat para wanita di luar supaya memilih jodoh yang tepat sebelum berkahwin. Mesti semua tertanya tanya kenapa saya anggap bekas suami saya bukan pilihan yang tepat sedangkan dia seorang yang sangat baik?

Saya kenal bekas suami dalam tempoh yang sangat singkat, kurang dari setahun, bekas suami sangat baik dan penyayang yang membuat saya terima lamaran setelah pernah patah hati dengan bekas kekasih, 5 tahun saya bercinta dengan bekas kekasih tetapi tiada jodoh dan kami berpisah.

Kemudian bekas suami muncul dan saya malas nak bercinta dan membuat keputusan untuk berkahwin dan bercinta selepas nikah. Sebelum berkahwin suami pernah bercinta dengan seseorang, 8 tahun tempoh mereka bercinta dan terputus di tengah jalan kerana tiada restu keluarga. Kemudian suami kenalkan saya dan keluarga suami setuju.

Maka kami pun berkahwin. Ujian berat saya bermula ketika kami bertunang, suami minta izin saya untuk ke majlis graduasi bekas kekasih bagi mengakhiri hubungan. Apabila majlis selesai, ketika itu saya dan keluarga sedang bercuti di Terengganu dan suami call saya sedang menangis2 dan bagi tahu dia tak dapat melupakan bekas kekasihnya.

Sebagai tunang mesti saya rasa sedih perlu kah suami memberitahu saya sedemikian sedangkan kami sudah bertunang. Saya masih sabar dan anggap sebagai ujian bertunang. Memang saya tak bijak. Kemudian berlaku lagi ins1den ketika hari kami fitting baju kahwin bersama, saya jmpa mesej dia bersama bekas kekasih.

Apa yang di tulis oleh suami adalah dia tak akan melupakan kekasihnya sampai bila2 dan hanya ada kekasihnya sahaja di dalam hatinya. Bagai dir0bek hati saya ketika memabaca mesej tersebut dan masih berdaya untuk fitting baju kahwin walaupun dalam keadaan sebak. Memang saya tak bijak dan masih anggap ujian bertunang.

Saya meneruskan perkahwinan dan terima suami seadanya walaupun suami datang dalam keluarga yang bermasalah dan juga tiada kasih sayang seorang ibu, keluarga saya juga menerima suami saya dengan pintu yang terbuka dan menyayanginya dengan setulus hati. Saya diuji lagi ketika saya mula berpindah mengikut suami tinggal di rumah bapa mertua saya dan ibu tiri suami.

Saya jumpa pelbagai kenangan bekas suami dan kekasih di rumah tersebut, terdapat bermacam gambar dan kenangan, sebagai seorang isteri mesti hati saya hiba. Saya juga masih jumpa mesej suami dan kekasihnya walaupun suami pernah berjanji selesai akad nikah kami, dia tidak akan berhubung lagi dengan wanita tersebut.

Wanita tersebut juga tahu bahawa suami saya sudah berkahwin dan masih berhubung. Masalah bertambah berat apabila suami tinggalkan kerja dan berhijrah ke luar negara sementara saya di tawarkan kerja di negeri saya. Jadi suami suruh saya tinggal bersama ibu bapa kembali memandangkan ibu bapa saya lebih berada dan selesa.

Saya dapat tahu bahawa kekasih suami kerja di negara tersebut yang membuat saya pergi kesana bersama ibu bapa saya untuk meminta suami pulang dan bekerja di sini, tapi hampa, saya di halau pulang apabila tiba di sana. Tetapi demi menjaga hati ibu bapa saya suami saya pulang bersama sebentar dan kemudian kembali ke sana.

Oleh kerana saya dan suami satu universiti dan kami graduasi bersama jadi saya yang menguruskan segala dokumen graduasi suami dan mengaturkan ‘photoshoot’ untuk kami. Tapi salah seorang rakan suami yang tinggal di negara suami bekerja memberitahu saya bahawa suami saya telah mengadakan sesi photoshoot graduasi bersama bekas kekasihnya.

Dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Saya juga tahu suami banyak bercerita buruk mengenai saya pada rakan-rakannya serta bekas kekasihnya supaya saya terlihat sebagai seorang isteri yang tidak membantu suami dan tidak ada ketika suami susah. Saya pernah menghulurkan bantuan kewangan tetapi suami menolak serta bank in semula duit saya pada saya.

Dan saya dapat tahu melalui akaun bank suami bahawa wanita tersebut yang memberi wang kepadanya. Saya juga tahu mereka sering berjumpa ketika di sana kerana saya jauh. Memang saya terluka dan tetap bersabar. Oleh kerana saya rasa saya tidak dicintai, saya telah pergi ke mahkmah dan menfailkan percerraian tetapi suami memujuk saya dan saya lembut hati dan tidak teruskan niat saya.

Pernah sekali suami menyuarakan hasrat untuk p0li gami walaupun saya sendiri tahu dia tak mampu kerana saya pun dia tak jaga sebaik mungkin dari segi zahir dan batin. Tetapi saya terima dan suruh suami bekerja dengan lebih keras walaupun perasaan saya sering diabaikan.

Pengakhiran hubungan saya adalah apabila saya tahu suami saya telah mencerraikan saya via Whatsapp ketika saya sedang peperiksaan akhir Sarjana, iaitu sebulan yang lalu. Kini saya sendiri tidak pasti dengan perasaan saya, sama ada terluka atau sudah biasa tetapi sekiranya suami saya membaca confession saya.

Saya sangat berdoa agar dia bahagia dan berkahwin dengan suri hatinya supaya dia tidak lagi menyakiti perasaan orang lain selepas saya. Saya juga harap pembaca mendoakan saya mendapat jodoh yang baik di masa akan datang dan pastikan bakal suami anda betul-betul move on sebelum berkahwin. Sekian terima kasih admin. – Ana

Reaksi warganet

Siti nur alia – Prnh kenal laki yg x boleh move on dr first love dia, kami dah fasa bertunang pun bkn setakat dia x move on, siap pasang spare lg cil4ka betul, agaknya dia test market, ade mengena pulak tp sronok la buat isi masa lapang. Alhamdulillah da putus. Tup2 kawen jgk dia dgn first love dia.

Baguslaa drpd hidup berf0ya2 byk sgt main message dgn ppuan2 lain. Alhamdulillah jgk x jadi kawen dgn dia, because bayangkan nanti ada anak, i think they dont deserve a father like him. So sis syukur jela banyak2. Allah da selamatkan sis skrg.

Dayangku nurul – Perkara paling termalang bagi wanita adalah apabila tersalah pilih calon suami. Sepatutnya halang suami jumpa bekas kekasih semasa majlis graduasi. Jumpa untuk putuskan hubungan adalah alasan dia semata. Itu petunjuk Allah dah bagi. Sebagai wanita, perlu tegas dengan pendirian sendiri.

Sebagai perempuan, Saya paham, perempuan selalunya akan pertahankan diri sebab nak pujuk hati. Dengarkan kata hati dan buatlah keputusan melalui akal fikiran matang. In Shaa Allah. Saya doakan yg terbaik untuk Puan Ana dan semoga sentiasa diberkati Allah dalam kehidupan.

Salwa hassan – Dont worry, girl. U did the right thing, you are on the right track. Percerraian bukanlah sesuatu yg Allah suka tp ia tak h4ram. Bila semua jalan lain dah dicuba n still tak boleh cope with that marriage, cerrai je the only solution. I wont say you were dumb, maybe somehow sometimes kita dibutakan dgb rasa cinta n rasa utk menerima.

Biarlah tu semua jadi pengajaran hidup u, utk lebih berhati-hati. N maybe jugak u both marrying each other just sbb rebound (baru break dgn kekasih lama masing2). Its ok girl, u might not have a husband now but I believe u ada byk lagi good things in ur life. Good parents, education etc.

Btw if dia suami yg beriman, dia akan tahu control n4fsu dia daripada kmbali ke kekasih lama. Dia akn tahu u ni amanah dia. Bersyukurlah u terlepas dari jadi salah seorang isteri dia lagi. Alhamdulillah. Blh buat sujud syukur n kenduri

I might be just a stranger but I doakan Allah bagi kekuatan pada u, kebahagiaan dunia akhirat sbb u dah cuba jadi yg terbaik utk bekas suami u. Be safe, count your blessings & Allah bless you my dear.

Yaney zerr – Ni jenis jahat pesen lain. Tak pukul xterajang tak m4ki. Tak kesah langsung ke bini ni s4kit hati juga. Apa motif kahwin ntah. Yg exgf nye tu melayan text laki dah nak kahwin tu kenapa. keluarga org tu dah reject ngko kan? Tak malu?

Tp syukurlah. Slamat confessor dari terus hidup dgn laki saiko gini. Bila diminta cerai ..merayu.. pastu alih alih… bagi wasapp nak cerai pula. Malu la jadi lelaki takde pendirian aniaya perempuan, minta duit kat exgf dpt… bini pun nk bg tp tolak pulak. Senang hidup.

Sumber IIUM