Iparku seorg “diva”. Mak pesan belikn cili. Usai mbeli dimintanya rm2 dr mak. Terkebil2 mak dbuatnya. Rupanya ipar tak “biasa”.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Berkali-kali Kak Nana fikir, perlu atau x, utk share di sini. Kak Nana harap, dgn confession ni, secara x langsung boleh dijadikan panduan bg sesiapa yg akan berkahwin, yg bakal menjadi menantu & ipar.

Kedua-dua adik lelaki Kak Nana, berkahwin tahun lepas. Masing-masing belum ada anak. Adik ipar A & adik ipar B, dua-dua pun keluarga kami sayang, kami x bezakan, layanan sama rata. Tapi sikap A betul-betul penyayang & rendah diri, buat kami sgt sayang & senang dgn dia. Emak Kak Nana pun selalu memuji A, tapi bukanlah puji di depan B, takut B terasa hati.

A masih muda, baru bekerja, tapi bila datang ke rumah emak, mesti dibawanya buah tangan. Bukanlah buah tangan mahal sbb dia pun baru bekerja, gaji pun kecil lagi. A belikan pisang goreng tepi jalan pun emak dah gembira sangat, mungkin orang tua tu rasa dirinya dihargai.

B pulak bergaji besar, tapi mungkin dia x biasa dgn budaya memberi, memang dia x berilah buah tangan. Baru ni masa pulang beraya, emak pesan adik lelaki utk beli cili padi. Kebetulan adik akak dan isterinya B tu ada di luar. Balik tu, belum sempat emak tanya berapa RM, B minta RM2 dari emak.

Akak memang x kisah la sbb memang dah anggap B tu x biasa dgn budaya memberi tapi kesian tgk emak yg dah tua tu, terkulat-kulat bila diminta RM2. Emak bukan jenis pesan dgn air liur, tapi selalu lepas barang dibeli, dia akan tanya berapa & bayar kemudian. Bila berjalan ke mana-mana, kami semua akan berebut-rebut utk bayar makan, tapi B akan senyap, sambil buat-buat tgk phone.

Nak kata B berjimat pun, handbag dia semuanya RM2000 ke atas. Selain berkira, B jugak acah-acah diva. Masa berkunjung ke rumah nenek, cuma ada satu bilik tetamu. Sepatutnya utk jaga aurat, biarlah perempuan (emak & B) tidur di dalam bilik, dan lelaki (ayah & adik) di ruang tamu. Tapi B nak juga dia & adik lelaki akak tidur di bilik.

Disuruhnya emak & ayah tidur di ruang tamu. Adik lelaki ikut juga kemahuan isterinya tu. Tapi bagi akak, anak yg baik, perlulah dahulukan orang tua. Bila emak & ayah nak tumpang kereta, laju je B, duduk di sebelah driver seat. Ada sekali tu, ayah dah buka pintu utk duduk di depan, tapi B nak jugak duduk di depan.

Berbeza dgn adik ipar A, mesti dia pelawa ayah utk duduk sebelah driver seat, sbb memang selalu ayah duduk di depan. A pulak akan duduk di belakang, bersembang dgn emak. B jgn kata nak bersembang, bila emak tanya soalan pun buat acuh tak acuh. Bila balik beraya, semua orang lepas Subuh dah keluar bilik, sibuk di dapur.

A walaupun dari kecil, rumahnya ada maid, sibuk jugak la dia nak membantu. B pukul 10 baru bangun, itupun sebab dipanggil utk makan. Dah makan, masuk semula bilik. Kami x kisah kalau dia x suka buat kerja rumah, tapi apa salahnya luang masa dgn emak & ayah. Dari umur, A muda lebih 5 tahun dari B, tapi akalnya lebih matang & sikapnya lebih penyayang.

Jgn pulak yg kata B sikap begitu sbb asal dari keluarga berada. Tak ye. Ibunya surirumah, ayahnya buruh. A, yes, anak orang berada, tapi dia simple & humble. Asal usul xde kena-mengena akak rasa, cuma mungkin B tu tak terfikir, apa sepatutnya sikap seorang menantu perlu ada.

Memang sekufu la B dgn adik lelaki akak tu. Dalam adik-beradik pun memang dia kurang ambil berat tentang emak ayah. Kami adik-beradik ada menegur, tapi biasalah, x mahu terima. Kesian sbb kalau x dahulukan emak ayah, macam mana Allah nak dahulukan kita?Apapun, yg bakal berkahwin, layanlah emak & ayah mertua kita sama macam emak ayah kita.

Jangan berkira & jangan berlagak diva. Dahulukan orang tua, gembirakan hati diorang, inshaAllah yg baik jugak nanti datang pada kita. Itu je Kak Nana nak pesan – Kak Nana

Reaksi warganet

Salawati dasufi – Memang betul apa yg dihighlight kan atas ni.tapi pendapat saya lah,kalau kita sbg anak perempuan dlm keluarga tu,ada rasa mcm ni terhadap ipar ipar,satu hari nanti keluarga kita akan berpecah belah.sy pon ada ipar,dan perangai mereka juga pelbagai,tp bagi saya,tiap orang berlainan sifat sbb datang dari latar belakang berbeza.

tegur sikit sikit tu okay,tapi kalau nak perfect spy org tu berubah mmg susah.so pendekatan saya,bila berkumpul sesekali tu sy akan butakan mata,pekakkan telinga saja,asalkan keluarga berkumpul.bukan selalu dapat bersama,kebahagiaan utk jangka masa panjang tu lagi penting.

sbg anak perempuan,ipar tak tolong pon sy tak kisah,biarlah sy berpenat mengemas dan memasak,sbb yg saya buat tu adalah rumah keluarga saya.lg pon bukan selalu.

Hazisul ezzarina – Sebenarnya benda ni simple je. Tak perlu dirumitkan. Terima lah kekurangan atau kelebihan masing2. Apa, si B tu langsung tak ada kebaikkannya ke? Just wondering. Be open to things like this la. Bila ada new family members from different backgrounds, bukan mudah bagi mereka nak adapt diri diorang.

Maybe dia malas di umah ko sebab dia kekok tapi dia rajin di rumah sendiri. And dia rasa tak ada keperluan nak tunjuk atau pura2 rajin. Some people are like that you know. Ada yang jenis hati kering tak ambil peduli sangat ngan persepsi orang, then ada pulak yang macam kau suka judge orang. Just saying.

Suharne zainuddin – Bab duduk depan (sebelah tempat duduk driver) pun usahlah dijadikan isu. Sbbnya, kadang tu pemandu tu nk berteman. Nk borak borak sambil hilangkan ngantuk. Kalau yg duduk depan tu, saling berbual x apa. Sbbnya, scara x langsung bantu pemandu tu x bosan.

Lagpun, isu duduk depan ni mudah dan simple je. Ikut mana yg selesa…. Dan bg sy, biarlah pasangan dgn pasangan. Lain org, lain pesyen nye… Jdnya isu ni x sepatutnya jd isu dlm famili confessor atau oleh mana mana pun. Aduhai.. Isu kecil mcm ni usahlah dibangkitkan. Nampak sgt confessor ni x matang. Kata kakak…

Ibu atau ayah sy pun.. Kalau naik kereta, otomatik mereka akan duduk belakang. Sy duduk sebelah suami di depan, dan suami memandu. Di sebelah suami pun bgitu. Mertua sy akan duduk belakang. Kami suami isteri di depan. Biarlah mak ayah (kandung/ mertua) jd bos. Duduk belakang.

Kalau suami (driver) nak air ke.. Nak kudap apa apa ke, senang sbb wife dia yg disebelah. Pendek kata, wife bantu suami agar x hilang fokus. Suami pun lebih selesa suruh isteri dia itu-ini dr suruh ibu ayah.. Sekali lagi, lain org.. Lain pesyen nye.. Hmmm Cer positif wahai confessor..

Bg sy, confessor ni x matang dan ibarat api dlm sekam. Kata keluarga anda syg botg ipar A n B, kalau syg x jaja cerita ipar dlm media sosial… Wallahualam..

Aimi farzana – aku syak orang yang back up si B ni mesti perangai diva en bila balik rumah mentua. lol. korg suruh dia tegur adik lelaki dia sbb tak ajar bini cara beradap kat kg. weh benda simple tak perlu ajar sepupu aku yg 12 tahun budak upsr pon tahu kalau org masak kat dapur bangun awal tolong apa patut.

tak pandai masak basuh pinggan potong bawang sapu2 dapur. satu lagi bab bizi jaga anak tak tolong family. ni aku nak tanya suami kmu tu apa tunggul ke? tak akan jaga anak sejam pon tak mampu lepas kat. Cadangan aku lah en step 1 face 2 face adik kamu , tegur tentang bini dia. Tanya lah diorg ada masalah dlm hubungan ke? Mungkin boleh jadi punca en.

Step 2 , kalau spesis lambat bangun pagi jangan guna teknik sentap2 tapi teknik tolong. kalau ada keje dapur ajak dia tolong. bangun pagi kejut dia ajak dia tolong masak.

Sumber IIUM