“Hidup brtuankn adik”. Bila mgadu dekat ibu, aku disindirnya. Kadg2 rasa xprcaya kami nie bkongsi drah daging.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku kakak yang tinggal bertiga dengan adik perempuan dan adik lelaki. Umur kami tak jauh beza, selang setahun atau dua tahun sahaja.

Berasal dari negeri jauh dari KL. Berkerja di KL membuatkan parents kami memberi sebuah rumah untuk kami tinggal. Sewa rumah di sponser oleh ibu ayah kami. Masa awal aku menyewa dulu, aku berkerja secara kontrak dijabatan kerajaan. Apabila tamat kontrak, aku mengambil keputusan untuk berniaga secara online. Alhamdulillah, rezeki berniaga online melebihi pendapatan aku ketika berkerja kontrak dulu.

Namun, perkara yang aku perlu k0rbankan adalah masa. Rasanya siapa sahaja yang berniaga online secara fulltime pun tahu, betapa banyak masa dihabiskan di depan komputer pagi sehingga tengah malam belum masuk aktiviti COD dan pos barang lagi. Begitu jugalah aku. Adik perempuan aku pula berkerja di company swasta, keluar rumah jam 8.00 pagi balik sampai di rumah jam 6.30 petang.

Dan adik lelaki aku juga lebih kurang sama waktu kerjanya. Al-kisahnya. Sejak dari kecil ketika zaman remaja lagi aku sudah diajar ibu untuk membuat kerja rumah, mengemas, memasak dan mencuci. Bukan aku saja, semua adik-beradik di ajar begitu kecuali anak lelaki. Aku tak pasti kenapa anak lelaki cuma dikerah buang sampah seminggu 3 kali. Itupun tak buat. Jadi faham-fahamlah adik lelaki aku tu macam mana orangnya.

Dekat sini aku lebih kepada nak meluahkan persaan kecewa dan geram aku dekat adik-adik yang pemalas dan buat aku jadi bibik mereka. Bayangkanlah adik aku yang perempuan tu (gelar dia N lah senang nak cerita) punya rutin harian adalah begini– bangun pagi, lipat selimut, kemas bantal tidur dia sahaja. Masuk mandi, baju dicampak dekat lantai penjuru bilik (kalau aku tak letak bakul baju kotor) dan bersiap pergi kerja.

Balik kerja, dia makan terus sebab aku dah siap masak dan hidang dinner jam 6 petang. Lepas makan dia basuh pinggan dia makan saja, pinggan lauk dia biar dalam sink. Bila aku tegur katanya nak rendam. Meja makan pun dia tak lap sebab dia kata tak kotor pun. Naik atas, mandi, main HP dan tidur. Ulang balik rutin sama. Kalau weekend pula, kalau dia tak keluar shopping atau dating, dia baring dekat sofa sambil main HP dari pagi sampai malam.

Waktu makan dia cuma makan je tak masak sebab aku sorang je yang masak dalam rumah ni, macam biasa basuh pinggan dia sebijik tu jelah. Kalau datang mood dia nak masak (wajib upload dkt FB n IG) dia masak tapi tak cuci balik dapur, kadang-kadang je dia cuci. Tapi sangat jarang. Kerja rumah yang dia buat ada 2 je, itupun sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Basuh baju dan buang sampah.

Itupun kalau dia buat keja ni dia punya sindir aku siap sebut “Baju berlambak nak basuh, tadi dah siap satu bakul. Ni kalau tak basuh bertimbun lah macam selalu.” Kalau bertimbun pun, aku yang cuci hari-hari dia tak adanya nak cuci dia kerja bising dan sindir baju penuh bakul. Bila dia basuh baju, sebulan sekali tu dia rasa dialah seorang je yang basuh baju dalam rumah ni siap sebut “Selalu aku yang basuh baju.”

Psik0 betul, padahal aku yang basuh hari-hari. Dia baru basuh sebulan sekali dia rasa dia yang basuh baju semua. Sedangkan kalau basuh sebulan sekali bukan setimbun satu raga tu je, separuh rumah dah penuh baju kotor. Buang sampah pun kalau aku dah siap ikat double plastik, dah siap angkat letak luar rumah dia cuma perlu letak dalam tong sampah besar je.

So, siapa yang buat kerja rumah? Akulah. Aku tak tahulah sebab apa dia rasa dia tak perlu buat kerja rumah. Adakah sebab aku berkerja dari rumah dan aku duduk rumah so akulah kena buat kerja rumah semuanya? Bayangkan aku ni dah serupa bibik. Menyapu, vacuum dan mop lantai, lap habuk, buang sawang ni kalau aku tak buat, maka rumah aku penuh dengan sampah dan rambut.

Aku kadang saja biar je nak tengok adik-adik aku ni ada kesedaran tak nak sapu rumah. Tak ada! Akhirnya aku sendiri dah tak tahan geli. Macamtu jugak dengan tandas. Aku saja biarkan tandas tak bercuci, memang kotor. Adik aku siap boleh cakap “Kotornya tandas” Itu first time aku biar tandas kotor. Sebab aku nak tengok ada tak makhluk selain aku yang akan cuci.

Tak Ada! Diaorang lagi sanggup mandi, berak dalam tandas kotor, rambut kalau aku tak kutip memang boleh bertakung air masa mandi. Rumah aku banyak rambut sebab si N tu ada masalah rambut gugur, rambut dia je penuh satu rumah dan toilet. Akhirnya aku mengalah buat kesekian kali sebab aku geli so aku cuci. Lipat baju? Si N tu lipat 10 helai pun masuk Instagrm.

Mulut dia lagilah wajib sindir aku “Baju ni kalau tak lipat bertimbun macam selalu.” Aku peliklah yang bertimbun tu baju dia dengan adik lelaki. Aku nak kena lipat baju dia ke? Aku basuh, sidai dan asingkan baju dia pun dah cukup baik dah byk buang masa n tenaga aku. Dahlah baju adik lelaki aku tu memang akulah kena lipat, segala hal adik lelaki aku pun aku yang urus.

Yang seorang ni lagilah, bilik dia aku kemas kutip kain baju atas lantai, sampah sarap pinggan mangkuk cawan dalam bilik dia akulah yang kemas. Kenapa aku buat? Sebab kalau aku tak buat seminggu sekali dia tak akan buat sampai kiamat pun. Pernah aku sebulan tak masuk bilik dia, nak pijak lantai pun tak jumpa lantai. Nasib baik baju dia pandai pulak dia campak dalam bakul kotor aku.

Pernah aku mengmuk, dia boleh pulak kata aku berkira buat kerja rumah siap call mengadu dekat ibu aku. Ibu aku pulak sentap bila ada isu ni, sebab ibu aku kata aku salahkan ibu tak didik anak lelaki. Akhirnya aku yang salah dan mengalah. Last sekali aku sebut ayat ni “Orang lain berak, aku cuci. Tak boleh rasa letih tak boleh rasa marah sebab nanti aku yang jahat. Aku yang berkira.

Kalau nak tengok aku berkira betul, aku boleh je buat. Nak?” Semua pandai sentap label aku mulut laser pulak. Lepastu baju kerja adik lelaki aku ni pun aku cucikan, siap kutip dalam bilik dia. Aku pernah minggu tu tak cuci baju, tak kutip aku biar je sebab makin melampau. Esok dia nak pergi kerja. Cari baju tak ada, lepastu tak pergi kerja. Pandai pulak diam. Takut aku mengmuk.

Aku ingatkan insaf, tak insaf pun. Lepastu ibu aku call suruh tolong adik lelaki aku bab baju kerja “Biasalah lelaki, teruk sangat ke nak urus semua tu? Ibu boleh je buat kalau ibu duduk sana.” Sebab benda nilah akhirnya aku jadi kuli adik-adik aku. Tiap hari Sabtu aku masuk bilik kutip baju, sambil diaorang main PS4, main IG gelak terbahak-bahak.

Sama dengan adik perempuan aku tu kalau aku tak basuh baju dia, baju dia habis tak ada nak pakai dia senyap-senyap bukak almari aku pakai baju aku pulak. Ayat dia, “Nak pinjam.”. Takkan aku tak bagi, dia dah pakai nak pergi kerja dah pun, depan pintu rumah baru mintak izin aku. Kalau aku kering hati aku suruh je dia bukak baju aku tu. Kadang baju aku yang aku pakai ke majlis formal pun dia belasah bawak p kerja.

Baju dia? Mana boleh aku pinjam, nanti sepanjang hari dok sebut berapa ratus harga baju dia yang aku pakai tu siap perhati je aku takut baju dia rosak. Tapi aku memang tak jenis pakai baju tudung dia. Dia je sampai baju tidur aku pun dirembatnya. Pernah sekali, aku balik kampung 3 minggu urus hal aku nak bertunang. Balik rumah terkejut aku tengok rumah.

Sinki penuh pinggan cawan, cawan satu almari kosong semua duduk dalam sinki, sampah berulat, lantai dapur berlinang air sampah bocor punyalah busuk, meja makan melekit, baju kotor bertimbun tahap satu dapur penuh dengan baju kotor atas lantai (mesin basuh dkt dapur). Lantai rumah aku penuh rambut, sampah tisu bekas makanan tin air dan habuk tebal.

Dalam peti ais penuh pinggan lauk bertindih dan botol kosong Tandas dah jadi warna kuning berlumut, mangkuk tandas naik kuning, rambut bergumpal penjuru toilet dah nak besar kepala baby. Bilik tidur tak berkemas, cadar tak tukar dengan penuh sampah bekas makanan segera entah bila punya. Rumah busuk g1la rasa nak pengsan aku. Rasa nak tomoi je adik-adik aku ni.

Aku rasa macam tak percaya kami ni berkongsi drah daging yang sama. Lepas tu yang paling aku geram, baju aku separuh almari adik perempuan aku si N tu pakai. Almari baju dia kosong terus. Adik lelaki aku punya bilik kalau korang pernah tengok TV, realiti show “H0aders” macam tulah keadaan dia. Tapi adik aku ni bukan ada penykit H0aders, dia cuma pemalas tahap level paling atas sebab didikan dari kecil campur tak ada kesedaran siv1k.

Bila diaorang balik kerja, belum sempat aku marah adik perempuan aku si N sebut sambil gelak-gelak “Aku tak pandai kemas rumah” nak je aku m4ki hamun diaorang dekat situ tapi aku ingat pesan ibu aku sebelum aku balik tadi jangan gaduh adik-beradik, aku kena sabar dengan adik-adik kena tunjuk contoh teladan yang baik (padahal org macam ni mana boleh didik dah otak dah tepu, eg0 dan tinggi langit, malas dah sebati) .

Ini bukan tak pandai memgemas ini pemalas dan pengotor dah lah perangai tak sedar diri bila buat kerja rumah sikit sebulan sekali kerja meyindir macam dia tu Tuan aku, dapat duduk rumah goyang kaki baru dia diam. Bila aku tanya kenapa tak basuh baju? Dia jawab “Nanti hantar je dobi” Macamlah kalau hantar dobi tu dia yang buat, dia tak akan buat sebab mind set dia aku duduk rumah so aku buat.

Alasan dia “Aku kerja, weekend nak rehat”. Bila aku tegur dia bab kerja rumah suruh diaorang sama buat kerja rumah sebab aku pun kerja dan letih dia mesti akan cakap “Ala… nanti aku panggil cleaning service… semua org tak payah buat kerja, nanti tak ada orang tarik muka.” Siap sindir aku lagi. Tapi tak pernah panggil pun cleaning service.

Bila aku cakap “Kerja rumah sendiri, kita yang buat kotor takkan nak upah orang cuci. Bukan ada budak kecik pun dalam rumah ni. Tak malu ke”. Dia siap cakap “Habis tu takkan aku nak buat?” G1la betul orang yang m4ti-m4tian taknak buat kerja rumah ni, bila dia nampak aku tertunggang langgang buat kerja rumah dia boleh baring atas sofa tgk IG sambil gelak-gelak dok videocall boyfriend 24jam.

Dia tak rasa ke kenapa aku ni boleh pulak buat kerja rumah sorang dia tak pernah buat sedangkan dalam rumah tu dia pun tinggal sama. Aku ambil masa 2 hari cuci semua rumah seorang. Adik-adik aku balik rumah tengok rumah bersih, kain baju diaorang aku kutip cuci sidai. Satu dapur aku sembur air nak cuci air sampah. Boleh je tak ada perasaan buat macam tak ada apa-apa yang jadi bila tengok rumah dah bersih. Adik laki aku je mintak maaf dan nampak kesian dekat aku.

Bila tengok aku masam muka adik perempuan aku tanya “Kau marah ke kena buat kerja rumah?” Aku jawab sinis “Nak marah apanya? Selama 4 tahun duduk rumah ni ada ke orang selain aku yang buat kerja rumah? Aku kan bibik korang, korang buatlah tunggang langgang rumah kotorkan semua nanti aku cuci bagi bersih bagi korang selesa nak duduk rumah!” Reaksi dia apa? Masuk bilik hempas pintu.

Tak ada perubahan apa pun walaupun dah sindir, dah tegur. Aku sampai tahap nak buat jadual kerja rumah tapi nampak macam aku ni berkira sangat pulak. Korang jangan cakap aku tak tegur, tak marah dan asyik bagi muka. Kalau aku tak buat jugak semua, benda ni akan effect aku. Aku ni orang yang sgt suka bersih tak akan aku nak duduk rumah kotor semata-mata sebab adik-adik aku pengotor.

Kalau aku tak cuci baju diaorang, semua patah balik dekat aku. Aku lah yang jahat sebab berkira masatu pandai pulak cakap “Basuh baju bukan susah pun, petik je suis” habistu kalau tak susah kenapa korang tak buat? Aku dah letih nak bergaduh macam budak kecik. Adik lelaki aku tu pernah cuti hari Jumaat, sampai tahap tak pergi Solat Jumaat sebab baju melayu aku tak cuci, aku tak gosok.

Nanti ibu aku call tanya aku “Kenapa tak sediakan baju adik aku nak solat?” Bila aku tanya ibu aku “Orang ke yang kena sediakan? Bukan dia ke kena buat sendiri? Orang byk kerja nak buat dengan berniaga lagi nak urus rumah nanti diaorang balik nak masak lagi..” ibu aku punya jawapan. “Kalau ibu ada….. ibu buat je semua… dapat pahala…” Entahlah… aku selalu tak ada jawapan untuk semua ayat ibu aku.Semuanya sebelahi adik-adik aku.

Bila aku jawab, akhirnya akulah anak yang menjawab. Bila aku fikir balik, hidup aku ni fungsi nak senangkan hidup orang je ke. Orang gunakan aku sepenuhnya, tak pernah fikir pun pasal aku. Abang kakak aku pun sama, bila nak dating mesti hantar anak-anak datang rumah aku. Sehari suntuk aku jaga sampai baby 6 bulan pun tinggal dekat aku sebab nak dating. Sudahlah makanan pun tak sediakan, akulah yang kena masak.

Bila anak dah tidur, baru datang ambil. Sebulan sekali dua wajib hantar dekat aku. Adik aku yang perempuan tu mana ada nak bantu, dia sama naik baring bergolek dengan anak buah sepahkan rumah. Ini ada ujian baru pulak, paip atas bumbung rumah sewa aku ni bocor(aku dah panggil org repair tapi dia x boleh buat, aku pun x faham kenapa atas bumbung ada paip? Rumah aku ni teres tak ada tingkat atas pun.).

Dah report dengan owner rumah tapi masih tak hantar orang baiki, so rumah aku ni banjir 24jam, kadang air laju kadang air menitik je. Kerja aku bertambah, hari-hari lap air. Lap, perah dan lap, perah dan lap. Adik aku? Bila air melimpah jerit panggil aku, “Tu haa… dah melimpah air.. kena lap dah tu…” Serius aku rasa nak penampar je muka dia. Dia ingat aku ni bibik?

Belum lagi kes dia beli pencuci toilet, hulur dekat aku “Nah, guna ni… kawan dekat office kata bagus…” Aku sound dia? “Kau cucilah.. main hulur2 je ke? Dah sama pakai toilet sama cuci lah.” Tahu tak dia buat apa? Dia tuang sebotol besar pencuci tu dalam toilet tu dia tak bagi guna toilet tu dalam 2 jam. Tak berus tak sental dia tuang sebotol terus.

Lepas tu dia cakap “Aku dah cuci toilet” Aku geram je tengok toilet bertampung putih-putih dengan bahan pencuci, aku tahankan je diri aku supaya tak sental dan cuci aku nak biar je tengok berapa lama dia nak sedar yang pencuci tu kena sental dengan berus, daki tak hilang pun cuma dia putihkan daki tu je. Adik aku bukan tak tahu, dia cuma malas. Geram aku.

Belum aku sebut pasal bil. Sewa rumah memang parents aku bayarkan. Tapi bil dan duit barang dapur yang tanggung, aku dengan adik lelaki aku. Adik perempuan aku langsung taknak bayar. Bila aku sebut dia mesti sindir “Yelah, aku kenalah bayar bil, dah aku ni menumpang je rumah korang.” Dia cakap macam tu sebab asalnya rumah tu aku sewa seorang je dulu sebelum dia dapat kerja dekat KL.

Habistu dia nak duduk Free je ke, gaji dia semua tu buat simpanan, shopping baju handbeg dia je lah? Serius aku tak faham. Antara kami bertiga, gaji dia yang paling besar hampir puluhan ribu. Kalau aku pesan dia singgah kedai belikan beras atau barang dapur nanti dia akan bagi resit “Claim, aku takde duit, gaji dah habis…nanti transfer akaun Maybank aku” Bila aku sebut takkan lah tak boleh sama beli brg dapur, dia akan sebut duit minyak kereta dia dan duit bayar kereta dia bulanan.

Katanya dia punya duit tak cukup nak bayar bil dgn brg dapur sebab bayar minyak kereta dgn bayar kereta (pakai kereta produa je kot) . Aku faham maksud dia tu sebab adik lelaki aku tumpang dia pergi kerja, padahal dia lalu satu jalan dia cuma drop adik aku dekat LRT je. Kalau tak tumpangkan adik lelaki aku pun dia lalu jugak jalan tu, dah kenapa sebab ni dia taknak sama bayar bil.

Bab bayar bil ni sampai bergaduh dengan adik lelaki aku, dia kata dia tak duduk rumah sangat kalau nak banding dengan aku. Dia tak tengok TV sangat, dia kadang diet tak makan nasi (tapi paling kuat ratah lauk), dia tak minum air panas COWAY dan dia kadang dekat rumah tak pakai UniFi sebab data dia banyak. Habistu aku nak kira macam mana? Akhirnya aku taknak bergaduh macam orang tak ada iman, macam duit ni segalanya sampai bergaduh adik beradik.

Akhirnya aku mengalah. Bahagian dia, aku bayar. Aku tetap bahagi 3 bil. Sebab aku kesian dekat adik lelaki aku, gaji tak sampai RM 2 ribu kereta pun tak mampu pakai lagi. Bila fikir balik, aku ni macam kakak yang b0 doh. Yang k0rbankan segala untuk adik -adik. Yang setiap malam tak lena tidur keletihan cari duit sambil urus rumah.

Memasak tiap hari, cuci kotoran adik-adik aku tinggalkan dan berkerja 24jam cari duit bayarkan bil tanggung makan minum adik. Sedangkan adik aku, bersenang lenang, gaji bersih masuk poket, duit simpanan banyak sungguh tiap bulan simpan lebih dari 30% dari gaji, kerja jaga muka jaga badan belek kuku je dan bercinta 24jam. Rupa aku? Nak tengok cermin pun tak sempat.

Siap kerja rumah sambung kerja berniaga. Siap berniaga, sambung kerja rumah. Aku ni letih tahap nak meletop je kadang tu. Kenapalah aku ada adik-beradik penting diri macam ni. Kalau korang yang baca ni perangai macam adik aku. Sila ubah, buat kerja rumah sama naik dengan isteri, mak, ayah, suami, kakak, abang, housemate, roomate korang tu.

Yang aku perasan adik aku ni sentiasa bermasalah dekat tempat kerja, ada je orang cari salah dia dan boss pun suka remehkan dia. Tempat kerja asyik bertukar je. Aku rasa inilah salah satu kesan daripada mengani4ya kakak sendiri. Korang yang baca ni sila semak diri korang, adakah korang membuli atau dibuli? Aku harap adik aku baca ni.

Dia mesti tahu aku tulis pasal dia sebab aku rasa diaorg berdua ni je perangai macam ni kot. Dah diaorang berdua je ada kakak yang jadi hamba adik-adik tanpa rela. Dah tegur dah marah dah abaikan pun tak jadi. Aku tinggal nak halau je suruh sewa rumah lain. Sekian. Terima kasih kerana membaca. Bye aku nak cuci toilet pulak. – Kakak Letih

Reaksi warganet

Mizez zack – Maleh nak cakap banyak..Satu je nak cakap; AWAK TU YANG TENGIN!! Dah tau adik2 perangai bongok gitu, halaukan aje! Suruh mak ayah awak carikan rumah sewa lain utk deme dua beradik..baru deme ada akal! For God’s sake, 4 tahun ‘bertahan’ dgn sindiran dr adik2, ayat pembelaan dr mak yg bokeh buat lg sakit hati, awk punye tengin tu mmg bertingkat2..

jgn jadi b0doh..kalo bkn deme yg keluor dr rumah tu, awk jelah yg keluor cari rumah laen! Bemda simple gini pon nak kena kabo..pastu nnt kabo siap2 kt kakak2 awk yg suka anto anak tu, pasni kalo nak berdating smpai tak balik skalipon, gi anto kat pengasuh! Awk bknnya babysitter..

Adam mukriz – jujur habaq , hang b0 doh. Kalau aku jadi hang, aku isytihar perang teruih. Hang keluar uruskan hal hang, dalam tempoh 3 minggu hang balik, hang tgk umah tunggang langgang, hang amik gambaq semua, pastu hang upload fb, instagrm, pastu tag adik adik hang. Hang tulis, baru tinggal umah 3 minggu, umah mcm tongkang pecah. Mcm ni hangpa nak buat laki bini, hang tgk apa jadi kat dia.

Amy jazsdina – Nie semua atas didikan mak ayah.. Dari kecik macam tu membawa ke besar.. Awak kakak, awak ade hak untuk bertegas.. Sebab tu perlu jadi kakak yg garang sewaktu kecil..Sebab sy dulu, kakak2 memang garang..kadang nampak kakak balik sekolah jln masuk lorong rumah terus jerit dkat abang..

“kakak dah balik!“berdesup kemas mana patut, sebab takut punya pasal..Bila dah besar masing2 jd akrab walau dah kahwin. Beterima kasih plak pada dorang sebab garang dgn adik2 masa kecik..

Sumber IIUM