“Kena kacau tanggung sndiri”. Paling lewt 2 pg wajib tdo itu syarat ketua kem. Tp tiap 3pagi ak tjaga dipnggl “suara” garau.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai Assalamualaikum, Terima kasih admin jika ceritaku disiarkan. Harini aku bawa cerita baru pula . Seperti dalam tajuk, korang nampak kan? Kem. Camping la. Bismillah……

Dulu aku ada mengikuti satu kem ni, kem pasukan badan beruniform (PBB), tak mahu lah sebut kawasan mana tetapi tempat ini dikelilingi oleh hutan dan ladang kelapa sawit. Maksudnya nak cari jalan keluar daripada situ memang jauh dan susah, kena ada kenderaan seperti kereta atau motor, kalau jalan kaki memang jenuh lah.

Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tiba sahaja di sana, memang ramai dalam 300+ orang juga. Di sini banyak pantang larangnya, antaranya ialah tidak boleh memijak rumput, tidak boleh keluar dari dorm lebih jam 1 pagi, dan dia keraskan perlu tidur selewat lewatnya pukul 2 pagi. Kami selalu habis aktiviti jam 12 ke 12:30 macam tu.

Sebaik sahaja selesai aktiviti, jika hendak ke tandas perlu ke sana dahulu, sebab apabila sudah masuk dorm, tidak boleh keluar sama sekali. Selepas semua orang tiba di dewan berkumpul itu, waktu itu jam 10 pagi. Semua orang kena briefing terlebih dahulu dan seterusnya spot check. Kem ini tidak boleh membawa telefon, sesiapa yang berkeras untuk membawanya auto kena rampas.

Selesai spot check, kami duduk semula tempat masing masing dan ketua jurulatih akan bahagikan dorm. Aku dapat duduk di dorm A pada waktu itu. Setiap barisan dorm ini, mempunyai tandas di hujung dorm. Jadi, senang lah untuk semua orang. Selepas meletakkan semua barang barang di dalam locker, semua diminta untuk keluar dorm dan berkumpul semula di dewan tepat jam 12:30 tengah hari untuk menjalankan aktiviti kawad.

Siapa lambat, denda. Jurulatih memang beri masa untuk menukar pakaian dan kasut sahaja. Aktiviti kawad selesai kira kira jam 3:30 petang, jurulatih mengarahkan kami untuk menunaikan solat, makan tengah hari dan rehat. Petang tu lengang sedikit kerana tiada aktiviti, waktu ini lah sesi berkenalan bersama dorm mate masing masing.

Katilku yang di sebelah kanan kawan sekolah aku, yang belah kiri pula nama dia siti. Siti ni tidak banyak cakap, aku perhati je dia kalau waktu aktiviti, dia selalu dipinggirkan. Dekat dorm pun dia tidaklah bercampur dengan kami, pelik. Malam itu sesi latihan pandu arah. Ada jurulatih yang datang mengajar kami menggunakan kompas kerana esok ada aktiviti pandu arah menggunakan kompas tu.

Aku ni sudah mengantuk mendengar jurulatih menerangkan itu ini. Habis aktiviti kira kira jam 12:30 pagi. Kami diarahkan balik semula ke dorm, sesiapa yang mahu ke tandas, perlu ke tandas terlebih dahulu! “Semua tidur sebelum pukul 2 ya! Tak nak ada bunyi orang bersembang, berparti dalam dorm pula, kena kacau nanti tanggung sendiri.”

Jurulatih itu jerit dari dewan, semua akur. Tapi waktu ni terngiang ngiang juga, apa maksud “kena kacau tanggung sendiri”? Malas mahu memikir panjang, aku masuk dorm dengan kawan kawanku bersiap siap untuk tidur. Di pintu masuk dorm, mempunyai satu cermin besar yang menampakkan refleksi pintu tu. Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku terus mengucap.

Aku suruh semua orang bagi salam terlebih dahulu sebelum masuk, ada benda sedang tunggu di situ. Benda itu makin dekat dengan aku, mungkin dia perasan yang aku telahpun nampak dia. Aku terus bagi salam dan benda tu hilang dalam sekelip mata. Aku masuk lalu menutup pintu. Sebelum tidur, kami pastikan semua orang cukup didalam dorm.

Ketua dorm mengira semua orang satu per satu, sepatutnya ada 25 orang satu dorm, tetapi bila ketua kira ada 26. Hah sudah, garu kepala semua. Aku cakap lah “siapa daripada dorm lain ni keluar lah, semua orang dah nak tidur.” Sepi. Aku suruh ketua kira semula jumlah kadet dalam dorm, okay dah cukup 25. Aik pula, tadi terlebih?

Aku diam saja, aku fikir benda tu muncul kacau sekejap. Jam 1:30 pagi semua dah lelap mata. “Pergi kau dari tempat aku!” terbeliak biji mata aku. Aku terjaga jam 3 pagi disebabkan bisikan garau tadi. Aku pandang kiri kanan, tak ada orang. Aku check katil kanan, ada orang. Toleh sahaja kekiri, hah sudah mana pula si Siti ni pergi.

“Cari siapa tu hihi, kawan hilang ke?” suara seperti orang mengil4i di tepi telinga. Aku terkejut, perasaan takut menyelubungi diri tetapi aku bangun beranikan diri dan terus mencari Siti, rupanya dia duduk dihadapan cermin. “Kau buat apa dekat sini?” aku tanya kepada Siti. Dia membisik sesuatu seolah olah sedang bercakap dengan orang.

Sebaik sahaja aku merapatkan diri aku dengannya, rupanya dia sedang menyanyikan lagu ulek mayang! “Ulek mayang ku ulek, ulek dengan jala jemala” aku berundur sedikit, dia memandang ke arahku. “Kamu semua tak akan selamat!” Siti berkata dengan suara garau. Aku membaca ayat ayat yang sepatutnya seperti ayat kursi, al fatihah dan 3 qul.

Siti rebah, aku memapahnya naik ke atas katil. Tidurku tak lena pada malam itu, seram memikirkan kejadian yang berlaku. Pada jam 5 pagi, semua bangun mandi bersihkan diri dan solat subuh. Perempuan solat dalam dorm, lelaki sahaja yang akan ke surau. Tiba tiba emilia menyapaku dari belakang, “kau cakap dengan siapa malam tadi?”

oh, dia perasan rupa rupanya, mungkin dia buat buat tidur akibat ketakutan. “Ada budak ni, dia hilang dari katil pastu aku cari lah dia. Dia duduk depan cermin nyanyi lagu, lepastu aku pujuk lah dia suruh tidur, dah lewat dah.” Aku tak ada lah nak terangkan tentang bisikan garau itu dan lagu apa yang dinyanyikan oleh Siti, takut pula budak tu nanti.

Selesai subuh, jam 7:30 pagi kami semua perlu berkumpul di dataran untuk membuat senaman pagi sebelum memulakan aktiviti. Lepas senaman itu, kami pergi menjalani aktiviti mara lasak. Mara lasak ni macam merentas desa lah. Lelaki 5km, perempuan 3km. Ketika sedang berlari, ada masuk ladang kelapa sawit, pada waktu itu aku dah mengah dah HAHAHAHA, penat weh.

Aku pandang pandang lah ladang tu sambil jalan laju, tiba tiba mata aku tertangkap pada satu bayang bayang ni, bila aku berhenti dia berhenti juga, bila aku sambung jalan, dia jalan juga. Aduh main main pula benda ni dalam ladang. Aku sambung lari, tak fikir apa dah waktu ni. Sampai garisan penamat, semua dah kecundang.

Lepas selesai penyampaian hadiah, semua balik dorm untuk solat zohor dan rehat. Jam 3 petang semua diminta berkumpul semula di dataran, untuk aktiviti pandu arah pula. Untuk pergi lokasi tersebut, kami perlu menaiki satu trak, takkan lah nak lari lagi, semua dah pancit. Tiba disitu kami dibahagikan beberapa kumpulan dan kumpulan masing masing mempunyai seorang jurulatih.

Jadi, tibanya waktu kumpulan kami pula yang masuk ke dalam ladang tersebut, semua dah siap sedia dah. “1, 2, go go go!” Dengar sahaja bunyi hon, kami terus masuk dalam ladang itu berpandukan kompas. Lari punya lari, tangan aku tersangkut pula dekat satu dahan ni, dahan tu tajam, habis luka la cerita dia. Tapi aku masih bertahan habiskan aktiviti tersebut, tahan s4kit HAHAHAH.

Dah sampai check point yang terakhir, aku toleh belakang. “Woi korang tinggal member sorang ke belakang tu?” aku cakap macamni sebab aku nampak ada orang tertinggal nun jauh belakang tu. Lepastu ada orang cakap, “mana? Bukan cukup ke semua orang ni?” aku pun pelik lah, bila aku pusing balik, aik takde orang pula.

Aku meremang lah, terus habiskan aktiviti ini. Selesai aktiviti pandu arah, semua balik semula ke lokasi perkhemahan menaiki trak, solat asar, makan petang dan rehat di dalam dorm. Ketika sedang syok melepak tu, ada orang buka cerita. “Tadi waktu sarapan, dengar cerita ada ulat sampah dalam nasi.” Semua waktu tu beriya iya dengar, aku duduk diatas katil sudahpun kepenatan.

“Takkan lah dia nak bagi kita makan makanan yang dah basi?” tanya pula salah sorang dari kumpulan tu. Perbualan mereka semakin rancak, tapi aku pula semakin hanyut, lalu aku dibuai mimpi. Aku tersedar dalam jam 7 petang, itu pun sebab ada orang kejutkan, kalau tak sampai ke larut malam lah. Aku bangun untuk mandi dan mengambil wudhuk bersiap siap untuk menunaikan solat maghrib.

Setelah selesai solat maghrib, kami diarahkan untuk ke dewan bagi menjalankan aktiviti ikhtiar hidup. Sekali lagi kami dibahagikan mengikut kumpulan, semua seronok lah masak masak waktu ni. Kumpulan aku masak maggie ayam dengan nasi sardin, dan tahniah, tak sedap pun sebenarnya. Nasi tu tak masak masak, str3ss semua orang.

Aktiviti selesai sekitar jam 12 malam, waktu ni ada la masa lagi nak sembang sembang dengan dorm mate semua, ramai juga lah yang dah terciduk awal kepenatan sangat. Aku ni dah tidur petang tadi, tak rasa mengantuk sangat. Jam 12:30 pagi tu mula lah semua nak buka cerita hantu, aku join je lah nak dengar. Syok cerita tu, “TUMMM!” bunyi guruh kuat.

Semua terperanjat, dah nak pukul 2 dah waktu tu, semua tarik selimut nak tidur. “Seronok gelak tadi? Hihihi” Terbeliak mata aku. Aku tengok jam, pukul 3. “Lagi sekali?” aku mengeluh. Waktu ni aku baring lagi, tiba tiba aku terdengar satu suara ni. “Katil 1 tidur, katil 2 tidur, katil 3 tidur, katil 4 tidur, katil 5 tidur, katil 6 buat buat tidur ke tu?”

memang waktu ni aku terus selimut badan aku. Lepastu tak ada suara, aku buka selimut tengok kiri kanan tak ada orang. Tiba tiba pandang atas, nah kau ada cik ponti melekat dekat atas siling. Aku baca je surah surah yang aku tahu sambil pejam mata, takut sangat dah waktu ni. Buka mata, tak ada apa apa. Aku selimutkan badan aku, sambung tidur, memang tak lena la cerita dia.

Esok pagi tu bersiap siap untuk pulang ke sekolah. Siti tiada di katilnya. Aku tanya semua orang, “siti mana siti?” Lepastu member aku pelik, “siti mana?” Aku cakap la siti sebelah katil aku, tiba tiba tak ada orang, aku fikir dia balik awal lepas gangguan apa apa ke.

Lepastu kawan aku cakap, “kau tak tahu ke, katil belah kiri kau tu kosong? Tak ada orang.” Kesimpulannya, siapa Siti yang aku nampak selama ini? -TAMAT- kredit cik A

Sumber fiksyenshasha