Masa hamil, hairan bila ipar beria2 suruh mkn durian. Tp adiknya yg hamil, dihalang pulak. Aku dah rasa lain.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Saya berkahwin sudah hampir 5 tahun. Saya berkahwin atas permintaan aruwah mertua. Awal perkahwinan suami tinggal dengan kakak beliau yang masih bujang.

Saya dan suami bersetuju untuk tinggal berasingan memandangkan saya ada rumah sendiri. Suami saya sangat sayang kakak dia jadi bila ibu mertua men1nggal kami berbincang dan setuju suami jaga kakak dia kerana kakak sulung umpama pengganti ibu. Ayah suami adik bongsu yang jaga sebab aruwah emak mertua pesan adik jaga ayah.

Jadi suami tiap-tiap bulan bayar RM500 dan duit makan minum kakaknya. Saya diberikan nafkah 500 kerana masih berkerja. Tapi semua berubah ketika saya mengandung. Awal-awal mengandung kebetulan adik ipar pun mengandung. Satu hari ketika dirumah kakak ipar semua adik beradik ipar berkumpul mereka bawa durian.

Kakak ipar saya beria2 menyuruh saya makan durian, Tapi bila adik dia yang sama mengandung datang kedapur dipesan jangan makan durian tu sebab tengah mengandung, Saya terpinga-pinga sambil gosok perut sebab saya pun mengandung. Mula hari itu hati saya rasa tak sedap.

Hari berganti saya bersalin dan berpantang di rumah kakak ipar, Suami saya bersangka bila berpantang di rumah kakak adalah yang menjaga walau kakak dia bekerja. Sekurang-kurang waktu malam bila suami kerja shift malam ada yang jaga. Tapi semua itu tidak terjadi, malahan makan, jaga anak, pakaian semua saya urus sendiri.

Pernah satu malam suami shift malam anak kecil saya menangis sepanjang malam dan saya nyaris-nyaris mencmpakkan anak saya sebab mer0yan, mujur saya tersedar dan istighfar. Kakak ipar saya dibilik sebelah langsung tak peduli. Malahan keesokan pagi dia kata ada dengar budak nangis tapi lupa yang dalam rumah ada budak kecil.

Saya yang dalam pantang rasa sangat sedih. Kakak ipar ni secara terang memang lebih sayangkan anak adik perempuan dia. Sekolah ditanggung, susu, p4mpers semua la senang cerita. Malah suami beli susu mahal untuk anak saya pun disuruh tukar susu. Dalam hati saya kata bukan kakak ipar yang tanggung kami.

Pada ketika anak saya berusia 3 bulan suami saya exc1dent motor. Saya ambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga suami di hospital. Anak saya diawal minggu adik ipar minta untuk jaga sebab dia belum kawin. Satu hari adik ipar bawa anak ke hospital dia drive dari utara ke Kuala Lumpur. Bila saya ambil anak saya menangis keras, saya pelik kenapa??

bila ditanya mana botol susu rupanya botol susu masih didalam stoller dan susu dah berkerak basi. Saya terfikir sejak bila anak saya last menyusu. Lepas dibuat susu rupanya anak saya kelaparan. Saya maklumkan suami saya tak mahu adik dia jaga anak saya. Kemudian di jaga makcik dia barulah elok.

Tapi selepas 2 minggu kakak dan adik dia datang lagi ke hospital. Tapi waktu di bawah tempat menunggu kakak dia beritahu saya suruh tinggalkan suami saya biar suami jaga diri sendiri. Saya kata tengok la keadaan suami saya mana mungkin dia boleh jaga diri sendiri. Kaki patah dipasang besi. Kncing dan b3rak pun saya urus.

Kakak ipar kata biar je suami urus sendiri dan terus berlalu naik ke wad. Saya menangis semau-maunya di situ tapi rupanya ayah mertua nampak saya. Tapi kerana jarak yang agak jauh tidak pasti ayah mertua dengar atau tak apa yang kakak ipar cakap. Kemudian saya pun naik wad nak ambil beg baju. Suami saya pelik dan tanya kenapa.

Saya kata saya malas nak gaduh dengan adik beradik dia. Mujur suami tak izin saya pergi. Sebaliknya dia suruh kakak dia yang beredar. Tapi semua tak berakhir disitu, selang beberapa hari abang suami pula datang menyatakan hal yang sama supaya saya tak payah jaga suami saya.

Kemudian istri pakcik suami pulak menyatakan hal yang sama seolah-olah mereka bersekongkol pula. Di hari yang lain di hospital suami kata dia nak beli tongkat nanti senang nak bergerak. Kakak dia kata bagi kad bank kat dia biar dia pegang. Saya dengar cuma diam saja. Tapi suami tak bagi pun kad bank dia.

Cuma suami minta kakak dia belikan tongkat tapi pakai duit saya. Sepanjang suami exc1dent ketika tu tahun 2018 pelik sebab saudara mara belah ayah mertua tak seorang pun menziarah. Sebelah ibu mertua yang datang pakcik dan bininya tu pun ayat macam suruh saya jadi isteri derhaka.

Mujurlah adik saya banyak membantu, dari segi kewangan dan kenderaan tapi tu la adik saya stay johor. Masa suami nak disch4rge pun kakak ipar suruh suami naik grab padahal sepupu semua pakai kereta. Kakak ipar seolah tak mahu kami dapat atau meminta bantuan sesiapa. Tapi Allah Maha Kaya dengan suami kaki keliling besi kami ditumpangkan wakil insuran sampai kerumah.

Sepanjang suami MC dan saya tak kerja, selain duit socso kawan-kawan suami dan adik dan kawan-kawan saya yang membantu dari segi kewangan. Adik beradik suami langsung tak membantu. Malahan bil-bil rumah, sewa RM500 dan makan minum kakak ipar suami dan saya yang tanggung. Mana nak bayar hutang kereta dan kad kredit suami lagi.

Untuk makluman saya tak ada lesen dan suami tak benarkan saya drive. Selepas dari peristiwa di hospital memang sikap ipar duai pelik la kan. Kak ipar balik kerja bentak-bentak macam tak puas hati saya ada dirumah dia. Semua ipar seolah sengaja menunjuk-nunjuk sayang mereka pada biras saya. Sindiran-sindiran pedas dah jadi makanan saya.

Memang sekarang masih sama. Tapi Alhamdulillah lidah saya Allah tak izinkan menjawab. Maka tiadalah pernah berlaku per4ng mulut. Hari-hari saya menangis dalam solat. Doa saya jadi kuat untuk anak dan suami. Rupanya bila saya slow talk dengan suami baru dia buka cerita bahawa adik beradik dia memang tak suka suami saya sebab arwah mertua sayang dia.

Dulu masa suami balik kampung dan mak dia masak atau terlebih sikit dengan suami adik beradik dia ada je yang membentak kat mak mertua. Alhamdulillah sekarang suami dan saya dah pindah keluar dan tinggal di rumah sendiri. Suami dapat duit p4mpasan sokso dan insuran pun saya tak ambil walau sesen.

Cuma suami beli baju dan peralatan rumah atas kerelaan dia. Bagi kat ayah dia dan selebihnya repair kereta dan simpan. Cuma bila nak balik kampung saya susah hati. Maklumlah ment4l fizikal kena kuat nak tahan peel ipar duai dan biras kan.

Tapi sebab saya fikir ayah mertua tu tanggungjawab suami. Kesian juga ayah mertua dengan perangai anak-anak dia. Bila suami minta adik dia hantar infaq ke tahfiz adalah yang kata tolong adik beradik dulu baru tolong orang luar. Dan kata-kata tu masih berterusan sekarang.

Cuma saya berkata-kata dalam hati masa saya dan suami susah dan sedang Allah uji adik beradik suami dimana? Kenapa tak tolong kami. Banyak perkara saya boleh cerita tapi sebab saya fikir orang beriman tak akan buka keaiban orang lain.

Selebihnya biarlah antara mereka dan Allah saja. Panjang lagi perjalanan hidup ini, doakan saya kuat nak hadap sikap ipar duai saya ni. Kesian suami kalau saya bercerai sebab adik beradik dia. Suami saya baik dan jenis tak melawan. Doakan kami ye semua… Terima kasih. – Isteri Duka (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Naazhira nazri – Sis? Mak ayh sis ada? Masih sht? Kalau mereka x keberatan, mengapa tidak hntr shja bayi sis ke rumah mak sis? Haihh.. rsau bayi kcik lg..kalau sy, mmh sy akn hntr pd org yg sy btl2 yakin utk jaga. Tkt nk pas pd org sebarangan. Lg satu2 , dh alang2 dorg pun x reti nk hrmt awk, awk pu. X perlu lah nk buat baik sgt dgn dorg.

Biase2 sudahlah.. asalkn x smpai biadap. Org yg x reti nk hrmt org ni, mknn dia kne bg setepek dua kata2 kt muka dia. Jgn la bia org pjk2 maruah sis. Org surh a awk buat a..org suruh b..awk buat b…awk ni mmg penyabar orgnya..kalau sylah..mmmm..mmg xdelah…ckupalah skali.jd pngjrn…

Mohd adnan – Pertama, hentikan semua elaun kepada kakak ipar tu. Dia masih bujang dan tak ada komitmen, so boleh bekerja. Kedua, amik lesen kereta/motor/kedua-duanya. Penting sebab zaman sekarang ni semua benda nak kena cepat. Kalau asyik menunggu orang bawa mmg susah.

Ketiga, sila hibah harta anda kepada anak-anak secepat mungkin. Itu penting. Dan boleh suruh suami ambil insurance utk keluarga. Pentingnya sebab sekiranya berlaku apa2 pada TT atau suami, at least nasib kalian sekeluarga dikemudian hari lebih terjamin

Shahanie habibur – Sis, perkara pertama ialah belajar memandu ya. Belajar sampai lulus. Kedua, soal rumahtangga dan kewangan keluarga sis uruskan. Tepis campur tgn ipar duai tu. Bincang secara telus dengan suami. Ketiga, pulang ziarah ayah mertua sekali dlm sebulan atau 2x dlm sebulan ikut keadaan.

Jika tak tahan tak perlu bermalam. Sis dan family bermalamlah di hotel mengikut kadar kemampuan. Kak ipar kerja kan? Bil2 rumah semua suami tanggung kan? Boleh dah kurang kan separuh duit sis tu. Selebihnya buka insurans untuk anak2 u atau diri u.

Harta yg suami ada tu hibahkan supaya tiada perebuatan di kemudian hari. Bak kata sis jauh lagi perjalanan sis dan anak2 kan. Usaha la ya. Doa terus jgn putus. Kuatkan ment4l ya. Kena kuat.

Hasnah ghani – Jgn m harap adik beradik n saudara mara m bantu kita bila dah berkeluarga, klu kita susah kita kena ingat org lain lg susah, anak saya belajar 2 org d uni tempatan n 2 org d luar negara , tiada keluarga yg bantu wpun x cukup belanja, saya pun x mahu m nyusahkan mrk sbb mrk pun ada tjwb tersendiri, cuma masa tunggu result spm ada juga adik2 saya dtg tlg jg anak2.

buat apa nak m nyalahkan org lain bila kita bermasaalah,buat sekadar yg kita mampu,allah kn ada utk kita minta pertlgan suami saya d uji dgn mcm2 peny4kit n keluar masok hosp, klu boleh jg saya jg dia d wad ,klu ada keperluan lain serahkan pd staf hosp,suami pernah m jlni pembedhan jantung n d masokan k ccu, nurse je yg jg.

x perlu kita berhenti kerja sbb masa tu kita perlukan belanja yg lebih,kita d uji m ngikut kemampuan kita, persefahaman antara suami isteri itu yg penting, bijak menagani masaalah bkn m nambah mcm2 lg dlm kehidupan kita, jd lah isteri yg bijak yg buat suami teruja dgn ketabahan hati kita,semoga dgn kebijaksanaan kita menangani keluarga m buat suami fikir 10 kali utk memilih org lain,bila cinta suami berbunga lg

Sumber IIUM