Lps “pindah” mak mula brubah. “Diasingkan” barg dapur dia dan aku. Ingtkn ibu je, rupanya ayah pn turut mcanang.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Terima kasih jika hasil tulisanku disiarkan. Nama aku Siti Aishah.

Aku merupakan seorang penjawat awam berusia 30an, anak bongsu, sudah bersuami dan memiliki 3 orang anak perempuan. Kedua ibu bapaku berusia 70an. Suamiku menjalankan perniagaannya sendiri. Kehidupan kami pada asalnya normal seperti biasa, tinggal di bandar yang agak jauh dari rumah ibu bapa dan mertua.

Kami akan balik kampung sebulan sekali atau dua kali. Setelah beberapa tahun menetap di sebuah bandar di selatan tanah air, aku mula berhasrat untuk pindah ke kampung halaman. Aku sememangnya lahir dan dibesarkan di kampung, jadi jiwa kekampungan sudah begitu sebati. Hasrat aku disokong sepenuhnya oleh suamiku.

Dia tidak kisah aku hendak berpindah ke kampung halamanku, dia akan mengikut sekali dan memulakan perniagaan di kampung halamanku. Maka di sinilah bermulanya cerita. Untuk pengetahuan semua, hasrat aku untuk pulang ke kampung halaman disokong oleh semua ahli keluarga. Ibu bapa akulah yang paling gembira dan amat berharap aku dapat pindah.

Ayahku menyatakan hasratnya untuk menyerahkan tanah pusaka (tapak rumah ibu bapaku) kepadaku. Aku berasa bersyukur kerana impianku sememangnya mahu membina rumah di kampung walaupun aku telah membeli rumah berhampiran tempat kerja. Setelah beberapa kali gagal untuk bertukar tempat kerja, doaku dimakbulkan Allah.

Aku menerima surat penempatan semula di kampung halamanku. Gembiranya aku bukan kepalang. Bukan mudah untuk ditukarkan ke kampung halaman kerana sektor pekerjaanku agak krit1kal di kawasan bandar. Lalu, kutinggalkan semua rakan-rakan,jiran-jiran,rakan sejawat tersayang,begitu juga rumah yang telah kubeli di bandar untuk sebuah kehidapan ‘bahagia’ di desa.

Kusangka langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kehidupan ‘bahagia’ di desa bertukar ‘dis4ster’. Ceritanya bermula apabila aku menumpang tinggal di rumah ibu bapaku sementara aku bina rumah. Bermula dengan urusan tanah yang mencetuskaan salah faham dalam kalangan adik beradik yang lain.

Ok, fine. Aku beritahu ibuku, aku tak mahu secebis pun tanah ibu bapaku lagi, hatiku terguris dengan isu tanah tersebut kerana menyebabkan maruahku tercalar. Rumah tak jadi kubina, aku fokus kepada beli rumah pula yang prosesnya agak lama untuk cari rumah yang sesuai.

Betullah kata orang, jauh wangi, dekat busuk. Hidup bahagia di samping keluarga tersayang yang ku dambakan bahagia bertukar menjadi mimpi ng3ri dalam hidupku. Sebulan pertama semuanya berjalan lancar, aman, tenang walaupun aku sedikit kalut menguruskan segala urusan di tempat baru.

Masuk bulan kedua, mungkin ibuku sudah mula bosan dengan kami. Sikapnya mula berubah. Dia sudah mula tidak mahu bercakap denganku. Layanannya terhadap anak-anakku turut berubah. Dia asalnya seorang yang ceria dan periang. Aku mula merasai perubahannya. Dia menjadi pendiam, murung dan garang.

Tetapi apabila jiran atau adik beradik lain datang, dia ok sahaja. Untuk pengetahuan semua, ibuku juga seorang yang tidak akan mendengar kata sesiapapun. Puas aku terangkan padanya, dia tidak perlu buat segala kerja rumah,buat apa yang dia mampu sahaja, balik kerja aku akan uruskan semua.

Namun, apa yang aku katakan ibarat mencurah air di daun keladi. Dia beri seribu alasan, contohnya, ‘takkan nak masak dua kali, mak masak sekali lah’. Tentang barang dapur pula, dia seolah-olah cuba mengasingkan barangku dengan barangnya. Ibuku tak mahu gunakan barang dapurku.

Beras yang ku bawa dari rumahku semasa berpindah, tidak berusik. Aku ‘slow talk’ dengannya untuk meredakan keadaan, tapi keadaan tidak berubah. Semakin hari keadaan semakin worst. Ibuku yang sememangnya tidak suka suamiku, semakin menunjukkan pr0tesnya. Mungkin suamiku tidaklah seperti anak-anak lelakinya yang rajin dan baik ibarat lelaki kiriman syurga.

Aku juga tidak mampu menjadikan suamiku seperti abang-abangku, kecuali aku ada kuasa ‘m4gic superpower’. Suamiku cuba mengambil hatinya, tapi keadaan tidak berubah. Ada sahaja yang tidak kena dimata ibuku. Anak-anak sukar dikawal kerana ibuku sangat s3nsitif kalau aku dan suami marahkan anak.

Masuk bulan ketiga, setelah usaha berdamai gagal, aku mula mendapatkan maklumat dari adik beradikku yang lain. Sp3echless aku mendengar segala cerita yang berlegar-legar selama ini. Ayahku yang selama ini kulihat tidak ‘ambik port‘ tentang kemelut aku dengan ibu rupanya pun sama.

Dia rupanya pernah datang ke rumah abangku secara tiba-tiba dan marah-marah disebabkan isu tanah yang kukira sudah tutup buku. Semasa ketiadaanku disebabkan balik ke rumah mertua, ayahku pernah kumpulkan adik beradik dan anak-anak saudaraku untuk berbincang tentangku. Allahu. Sebaknya hati.

Sedangkan aku tidak tahu apa-apa dan ayahku tidak pernah berterus terang denganku. Untuk pengetahuan semua, Segelintir ahli keluargaku memang suka ‘cakap belakang’ dan itulah yang selalunya mengh4ncurkan kemesraan kami. Sebenarnya itu tidak lagi mengguris hatiku, yang mengh4ncur luluhkan hatiku apabila aku dengar rupanya ibu canangkan pada adik beradik.

Aku tidak beli barang dapur, tidak pernah masak, dia penat buat semua kerja rumah. Allah, Istighfar panjang aku dengan deraian air mata. Allah, betapa aku ‘strggle’ membahagikan masa antara komitmen kerja, anak-anak dan tugasan rumah. Apa yang aku buat hanya sia-sia selama ini. Niatku untuk menjaga kedua orang tuaku rupanya dibalas dengan h1naan dan kebncian.

Entah apa lagi yang ibuku canangkan, aku tak mampu dengar. Aku merasakan kasih sayang ibu bapa terhadapku sudah hilang, yang ada hanya kebencian. Buat masa ini aku sedang bertahan sebelum keluar dari rumah ‘bahagia’ ini. Aku tidak mampu berhadapan dengan ibu bapaku untuk berbincang dan memperbaiki keadaan.

aku takut aku akan hilang kawalan dan jadi anak derh4ka. Aku juga sedih memikirkan maruahku yang sudah dijaja dalam kalangan adik beradik, anak saudara dan entah siapa lagilah, mungkin jiran-jiran juga. Aku akan berpindah ke rumah sewa tidak lama lagi.

Berbaki 2 minggu sebelum pindah ke rumah sewa, aku rasakan bagai 20 tahun. Banyak lagi sebenarnya dugaan sepanjang 3 bulan tinggal bersama ibu bapaku yang tak mampu aku coretkan. Semoga kisahku ini menjadi iktibar kepada semua. Doakan aku kuat… – Siti Aishah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Ttdi runner – Kesian, mungkin ada perbuatan atau tingkah laku suami yang parents x berkenan, tu yg mula2 ok kemudian x ok, apapun langkah dh dimulai tt, iaitu pindah, insyallah keadaan harapnya akan jadi lebih baik. Memang x sepatutnya pun bina rumah atas tanah pusaka wpun parents nak berikan sebab kemudian hari akan timbul perbalahan.

memandangkan tt ada adikberadik lainnya yg punyai hak atas tanah tu, tt semua u dah lakukan tinggal hadap karenah keluarga saja untuk 2 minggu ni sementara pindah rumah sewa. Lepas ni pindah rumah baru lapangkan fikiran doa yg baik2 dan jangan ambil pusing hal rumah dan tanah pusaka sebab benda tu yg buat jd mula masalah kan. Goodluck tt.

Khadijah muhammad – Bab harta, jangan main2 ya… walaupun baik camna sekali pun.. jgn sesekali ambil bahagian adik beradik. Duduk dekat busuk.. walaupun ibubapa sendiri kecuali, ibu s4kit, bapa s4kit, merekalah sepatutnya berpindah kerumah kita, bukan kita yang ke rumah mereka… konsep dh salah. Sbb tu kita xblh usik brg dlm rumah mereka. Ibu masih queen dlm rumah, sebab dia masih sihat, dapur dia xsuka berkongsi.

Dia tak sakit terbaring lagi… Dia rimas cucu ramai2 dalam rumah, mungkin em0si terganggu dah tua xsuka pening2 bising.. saya pun blk kg sendiri xblh lama2.. tau dah mak saya xblh cucu bising lama2 dia str3ss.. anak saya “baik2” sgt waktu tu.. Bapa masih ada, biarkan mereka berdua je dirumah.. Puan dtg sekali sekala je.

Ungku emmy rina – Abah saya berusia 87 tahun. Mak saya dh mennggal, mennggal dnia ketika berusia 82 tahun. Dia selalu cerita pada saya, zaman dulu2 masa dia baru berkahwin, diorg mmg tidak akan tinggal sebumbung. Hari ni nikah/sanding, esok dah kena pindah ke rumah sendiri. Parents dulu2, tok nenek kami, mmg tak suka anak menantu duduk serumah.

“Engkau dah kahwin, pandai2 la engkau cari rumah sendiri” Jadi abah ckp, masa lepas jer sanding, terus dia keluar dari rumah parents dan menyewa bilik. Waktu tu xmampu nak beli rumah atau sewa sebiji rumah. Kat situ la masak kat situ la tidur baring, abah saya cakap.

Alhamdullillah perkahwinan kekal sampai ke akhir h4yat. Walaupun ada anak2 dia yg dah kahwin, mmg dia xamek port hal anak menantu. Diorg dah kahwin, pandai2 la settle masalah sendiri.

Tulip putih – Bersabarla tt, nsb x buat lg umh kt tanah tu..kalu da bt mau jd perang teluk..blm lg pinjam duit kt bank abis byk duit lps tu nk ngadap drama beribu episod.. sng2 bli umh lain..tapak lain..xde sape nk mg4muk..utang dgn bank je..ada m4khluk bising kita call je polis suh beware..

xpon bela anjing garang bg mkcik bawang takut nk btandang ajak bg0sip..hidup sdri dgn suami dan ank2 lg tenang..lg tenang da kawen dr tggl dgn mak ayh..tt..saya blh byg prsn tt..pnh melaluinya..bt xtau je..sewa umh lain blk la kdg2..atau jrg2 bak kata p.ramlee, org tua ni xde kerja tua suka bdrama pnt..ptt da tua bt ibadat..bkn mgumpat.

Sumber IIUM