Brcinta lps kawin dgn “bidadari aneh”. Pelik, tgh bwk keta disuruhnya brhenti, sbb nak bau “asap”. Bila fikr balik, aku rasa bsyukur.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita abam.

Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca cerita ini. Pengenalan ringkas. Nama aku Abam Manis. Sudah dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Kami tinggal di ibu kota sebagai perantau, mencari rezeki halal di tempat orang.

Di sini, abam nak ceritakan tentang my soulmate, siapa lagi kalau bukan isteri abam a.k.a bidadariku yang aneh. Layan sahaja ye. Aneh ke tak isteri abam, pelik ke tak, hangpa boleh nilai sendiri melalui points di bawah:

A) Bau Asap Bakar Sampah

Bau ni la yang isteri abam paling suka. Kalau ada je orang yang bakar sampah (daun-daun kering ye,bukan sampah dalam erti kata yang sebenar) terutamanya jiran, terus dia berhenti bercakap untuk hidu dan menikmati baunya, “Bestnyaaaaaaa bau”,katanya sambil menguntum senyuman paling menawan. Lagaknya macam dialah yang paling gembira dalam dunia ni.

Dia tak tahu, abam lagi gembira sebab tak perlu belikan perfume mahal-mahal, atau bunga ros harum mewangi. Cukup sekadar cari tempat orang bakar sampah. Haha, gurau sahaja ye. Ada juga suatu ketika tengah drive dan lalu kat tempat orang bakar sampah, dia terus mintak abam berhentikan kereta.

Punyalah pelik, tapi abam layankan sahaja. Sampai abam pulak yang ketagih sama. Adeh. Tapi lama-lama baru abam tahu kenapa. Bau tu mengingatkan kita kepada kampung, bau yang biasa kita hidu bila mak ayah bakar sampah di kampung. Orang merantau memang camtu la bila da rindu.

B) Iron Lady

Kenapa iron lady? Tak kan hangpa pulak nak jawab, abam la kena jawabnya, hehe. Sebab, isteri abam ni memang susah sangat nak sakit. Sihat walafiat dan gagah perkasa sahaja. Dalam setahun, abam da demam 3 atau 4 kali, dia steady je takde sakit apa-apa.

Abam pulak yang confuse, sape laki sape perempuan sebenarnya ni? Kami terperangkap dalam badan yang salah ke? hehe. Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat isteri abam ni.

C) Tak Suka Shopping

Satu lagi keajaiban yang abam baru temui selepas kahwin. Sebab kami bercinta selepas kahwin. Isteri abam ni bukan golongan typical woman di luar sana tu yang gilakan shopping, g1la-g1la dalam bershopping atau menjadi g1la semasa bershopping. Lain macam pulak ayat abam ni.

Abis la kena k3cam dengan makcik bawang seantero dunia. Haha. Kalau nak apa-apa, abam yang kena tanya. Jarang sekali isteri abam ni ajak shopping, selalunya abam yang ajak dia. Pelik tapi benar!

D) Tak Suka Bersolek

Orang kata, best friend perempuan adalah mekap. Tak sah kalau tak keluar rumah tanpa mekap. Malu dan boleh jatuh maruah kalau orang tengok muka sebenar tanpa mekap. Macam tu sekali kebanyakan perempuan zaman sekarang..hehe..Tapi tak semua la ye.. Termasuk la isteri abam jugak, memang jenis tak suka bersolek.

Nak keluar mana-mana pun,cukup sekadar menempel bedak sahaja untuk segarkan wajah. Dah macam perempuan melayu terakhir pulak lagaknya. Sebenarnya, kebanyakan lelaki memang suka tengok natural beauty, baru puas hati. Mekap dan solekan tu semua palsu, topeng kecantikan semata-mata.

Since isteri abam ni memang tak suka bermekap, memang jimat la duit abam daripada beli benda alah tu. Jangan cakap abam kedekut ye, dia yang tak nak.tak kan abam nak paksa pulak (sambil lompat bintang).

E) Master Chef

Untung sangat abam rasa, ada chef serba boleh di rumah. Sebut je nak makan apa, isteri abam boleh buat. Kalau menu yang dia tak pernah buat atau tak tahu, dia akan bertapa dengan syeikh go0gle dan selepas beberapa detik bersilat di dapur, terus siap.

Mungkin ni la bakat yang dianugerahkan kepadanya. Hari-hari memasak,memang tak suka makan luar. Macam-macam dia cakap,makan kat luar tu tak bersih la, ada ajinom0to la, bau asap rok0k la, itu la ini la.. huhu. Tu yang abam berkobar-kobar nak balik rumah lepas abis kerja. Tak sabar nak rasa air tangan isteri. Abam is happy

F) Expert Driver

Ni memang melangkaui jantina sikit. Bab drive kereta dan semua perkara berkaitan dengannya, isteri abam lagi power daripada abam. Fuhhh, abam mengaku kat sini je tau, depan kawan-kawan, pandai-pandai la abam twist cerita nanti, haha. Isteri abam ni drive lagi laju, parking kereta lagi cekap, siap boleh tegur lagi kalau abam yang drive.

Ala-ala pegawai JPJ time tengah driving test tu.. huhu. Beraninya dia, Hilux pun selamba badak je dia bawak daripada KL ke kampung. Hilux ni mertua abam punya. Abam bukannya tak berani, saja bagi peluang. ahaks 😉 Jangan sampai isteri abam buat confession “Suamiku Paling Aneh” sudah lerrr.

Setakat ini sahaja cerita abam buat waktu ini. Kalau abam rajin, abam sambung lagi ye in sha Allah. Hangpa tolong doakan kebahagiaan kami ye. Nasihat abam, hargailah pasangan a.k.a bidadari kita sebaik mungkin. Ada kelemahan atau kekurangan, sama-samalah kita perbaiki.

Jangan cari yang sempurna, kerana kita pun bukannya sempurna. Ingat, perbezaan itulah yang melengkapi kehidupan kita, lantas mampu membawa kita hingga ke syurga. Ameen. Terima Kasih… – Abam Manis

Reaksi warganet

Arifatri mohammad – Hamboi abam, alhamdulillah, jaga bini abam baik2, jangan duakan dia, jangan lupa siapa yang mula2 hidup berumahtangga bersama abam, jangan jadi macam sebahagian lelaki kat luar sana yang akal celah kngkang, jangan curang, jangan berkira dengan isteri.

untuk jaga hati isteri yang paling asas untuk dijauhi ialah PEREMPUAN, JUUDI dan 4RAK. Bab juudi dan 4rak mungkin tiadalah untuk kita umat Islam tapi bab PEREMPUAN ni kena kuatlaa…sebab maksud pakcik perempuan species B4BI ramai je…kalau kita tak menempel, depa yang menempel.

silap meny0ndol, habislaa segala bahagia yang abam alami sekarang. Pakcik doakan abam dan isteri serta anak-anak kekal bahagia hingga ke jannah tanpa gangguan, amiiin.

Zauzah ahmad – Tak aneh la,sebab orang perempuan ramai je yang jenis macam isteri abam. Bau orang bakar sampah tu sama dah macam saya.Tapi suami saya pernah berjumpa seorang isteri yang setia dan baik,melayan suaminya bak raja. Masa makan si isteri melayan suami seolah olah itulah kali terakhir dia makan bersama suami tersayangnya.

Hatta sampai buang tulang yang halus pun dia yang buat.Yang ni baru aneh,susah dah nk jumpa wanita solehah yang macam tu.Suami seorang lecturer, balik kerja buka kan stokin,baju n beg terus simpan dalam bilik,ambik air terus picit bahu suami. Terbaik isteri tu,moga jannah tempatnya kelak.

Bella osman – Skrg aku dah mula merasa kan diri aku aneh dan aku mula merasa janggal hidup di bumi ni.. Sbb aku pun suka bau asap bakar sampah. Aku suka bau minyak kereta masa time isi minyak. Aku suka bau selepas hujan,, nyamennnn sekali bau nya. Aku tak pakai barang2 branded.

Mekap pun aku tak ada, hanya sebatang mascara, dan sebatang lipstik yg anak aku dh patahkan dua. Yg rosak aku buang, tinggal saki baki nya aku guna. Calit sikit2, alhamdulillah dah hampir setahun guna dan masih ada lg, insyallah boleh guna utk 6 bulan ke depan lg.Jimatt.. Jimattt..

Aku tak reti shopping baju ke kasut ke beg sgt ,tp aku kenal la pasaraya2 kt negeri aku ni, termasuk yg kt pelosok2 kampung pun.
Cari barang2 dapur ni kau kena pandai beli dan pandai banding membandingkan harga dkt setiap pasaraya. Banyak beza woooo.

Amira shafiqah – Hmm ape yg pelik makcik sy boleh bawak kontena, kereta manual auto tkde hal ada je girl yg cekap bawak like me haha since sy ada kenal lelaki yg memg tk reti bawak kereta manual. Make up lagi ramai girl tk minat make up dr yg minat taw, adek ipar sy siap boleh bawak backhoe lagi k0rek tanah, adehh biasa jelah tkde aneh.

Bab shopping pun biasa je, dah dia rasa tkde ape dia perlu beli, tkde lah dia beli.. Nanti dia rasa ada yg tk cukup, dia beli lah. Bukan ke begitu.. Bab masak plak memg ada org power masak, tp kemas umah, menjahit tk berapa mahir, ada mahir kemas rumah susun atur barang, boleh menjahit tp bab masak kurang. Tu namanya normal.. Huhuhu

Sumber IIUM