“Mintak maaf dik, pakcik dh xde”. Aku rasa sesak nafaz. Dia “ada” lagi, aku rasa nk gali kbur dia.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua pembaca IIUMC. Today aku nak kongsikan kisah pemergian ayah aku bulan lepas. Ayah aku, jarang2 s4kit, dia sihat2 je tapi siapa tahu, bila sampai masa dia.

Dia pergi jua menjejak ibuku yang dah pergi 10 tahun lepas. Doa aku, moga ayah jumpa ibu kat sana, dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aku sebenarnya tak kuat nak tulis pasal ni. Aku masih lagi sedih, belum dapat terima kehilangan ayah. Bila tgk bilik ayah, aku rasa dia masih ada, aku masih berharap dia balik, ada rasa sesak kat d4da.

Rasa nak meraung, kadang aku rasa nak korek balik kbur ayah sbb aku rasa ayah tak m4ti lagi. Astagfirullah… Dalam lemah, aku bisik ‘Ya Allah pegang aku, aku tak kuat. Jangan lah aku derh4ka pada Mu Ya Allah kerana ujian ni.” Aku sebut banyak kali. Time tu aku tak boleh solat, mmg out la em0si aku.

Tapi entahlah, bila tawakkal pada Allah, Allah datangkan rasa comfort, tak tau nak explain rasa tu camna, rasa ada harapan, rasa macam ada orang bagi tau ‘takpa Allah ada, jangan meraung, jangan tarik2 rambut, itu bukan ajaran Allah’ Alhamdulillah, lama2, aku tak rasa sunyi, tak rasa kosong, hati penuh dgn rasa comfort sampai aku boleh bangun, makan, dan teruskan hidup.

Aku nak kongsikan, perjalanan pergi ayah aku yg mudah. Malam tu lepas dia balik dari masjid solat Isyak, dia makan kemudian tidur. Lepas tu dia bangun mengadu s4kit dada, jadi kita terus ke klinik, dan dalam perjalanan ke klinik yang tak sampai 5 minit dari rumah tu ayah mennggal dalam kereta.

Igtkan ayah cuma pengsan, tapi bila sampai klinik, doctor ckp, “mintak maaf dik, pakcik dah takde” Dalam kereta tu tak dengar pun ayah susah bernafas, tak dengar pun dia naz4k, cuma tetiba dia senyap. Ada orang kata kata ayah aku pergi bagai di sambut dgn karpet merah, sbb pergi dgn mudah, macam malaikat ambil ny4wa ayah dgn lembut sampai tak bunyi pun nafas terakhir dia.

Tak sampai 10 minit dia s4kit dada dan kemudian dah takda. Dia tak ters3ksa lama. Aku positif je. Ayah aku, baru balik haji dalam 40 hari macam tulah. Ayah mmg jaga solat, dia solat 5 kali sehali tak pernah tinggal. 5 waktu tu dekat masjid means dia solat di awal waktu. Kalau tanya waktu solat, mesti ayah aku tau. Cth, maghrib 7.09 minit malam.

Walaupun huruf ganjil mesti ayah akan igt. Dan ayah aku suka sgt mengaji, dia sentiasa mengaji kalau ada masa lapang. Kalau kita bosan kita main hp kan, ayah aku kan tak pandai main phone, jadi time bosan dia ngaji. Kadang aku nampak waktu petang dia mengaji, kemudian mengantuk dia tidur. Bangun minum air, sambung mengaji balik.

Sebelum tidur mesti dia mengaji dulu sampai dia mengantuk. Hidup dia Quran, Quran, Quran. Ayah aku pemurah, suka sedekah. Kalau siapa2 datang mintak derma mmg dia tutup mata bagi je. Dengan saudara mara, ayah aku ni dah jadi mcm banker. Saudara mara suka pinjam duit dgn ayah, ada yang pulangkan ada yang tak. Tapi ayah aku senyap je, tak pernah mengungkit.

Dgn anak2 kami ni, lagilah ayah mmg tak berkira. Especially bab makan kami. Ayah aku suka check barang dapur, apa yang kurang, gula ke, beras ke, minyak masak ke, kalau dah kurang ayah mmg terus beli. Tak payah cakap pun. Cuma kadang2 dia tak perasan, tapi bagi tahu je, cth aku ckp ayah sos cili dah habis, jap lagi tgk mesti dah ada.

Kalau dia makan apa2 kat kedai, dia akan tapau untuk anak2. Walau umur kami ada yang dah 30an dah kawin pun. Itulah, bab nafkah ayah mmg tak berkira, dgn aruwah ibu dulu pun tip top, aruwah ibu tak pernah ngadu ayah kedekut ke apa. Walau dulu kami susah, ayah aku akan tunaikan apa2 yang ibu aku nak. Ibu aku pun faham ayah susah, dia tak pernah demand benda2 merepek.

Sederhana je hidup dia sampai ibu pergi. Lagi satu ayah aku ni tak ambik barang orang. Orang yang selalu ambik barang dia. Par4ng, cangkul semua hilang orang ambik. Aku ingat, ayah aku kena tipu dgn kawan dia. Ayah aku nak renovate dapur, kawan dia janji harga lain, tapi bila buat kawan dia charge harga lagi mahal. Extra berbelas ribu juga.

Orang kampong kan takde contract hitam putih, main janji gitu je. Sian ayah aku, dia bayar jugak. Banyak la lagi kisah, orang ambil kesempatan pada ayah aku. Panjang nak cerita tapi takpelah, sbb ayah dah takde, yang paling penting byk pelajaran hidup yang aku dapat dari dia. Ayah aku pun, pentingkan pelajaran kami, dia didik supaya berdikari, supaya boleh cari makan sendiri.

Alhamdulillah, adik beradik aku semuanya menjadi, bekerjaya dan masing2 baik lelaki ke perempuan ke tau independent. Harta ayah dan mak aku pun kami adik beradik tak berebut, boleh je berlebih kurang, semua tak kisah, kongsi sikit2 sorang. Kakak aku lagi lah, malas nak ambik tau. Tapi tulah yang peliknya sedara mara yang sibuk nak ambik tahu.

Tanah tu dapat ke siapa, berapa bahagian korang bagi2- Facepalm. Aku cerita ni bukan nak show off ke apa, cuma nak berkongsi. Apa yang kita buat kat dunia ni akan reflect pada kem4tian kita, dan pada hidup kita lepas ni. Ayah aku suka mudahkan urusan orang mungkin sbb tulah, urusan dia di akhirnya dan insha Allah di akhirat sana akan mudah juga.

Nak jadi cerita, baru2 ni kami buat kenduri tahlil aruwah ayah aku kat Kota Bharu kg asal ayah aku. Kat sana kan musim tengkujuh jadi mmg hari2 hujan. Tapi, hari tahlil ayah aku tu cerah, tak hujan. Jadi orang ramai datang makan. Lauk habis tapi cukup untuk semua. Syukur sangat2. Alhamdulillah majlis lancar je. Esk tu dan 2, 3 hari lepas tu sambung hujan balik dari pagi sampai malam.

Reality check pada aku lah kan kita tak boleh aniaya atau tipu orang, takut perjalanan hidup kita esk susah. Kalau suami, nafkah anak isteri kena jaga, tak boleh main2. Aku ni pun dalam proses nak insaf dan bertaubat sbb aku bukannya baik sgt. Tapi aku nak berubah. Aku nak belajar ngaji, nak buang show off kat Insta, Fb tu semua.

Socmed, malas nak layan sgt dah. Sekarang ni aku peminat Ustaz Wadi Anuar hehe sbb dia selalu bercerita pasal alam barz4kh dan akhirat. Aku rasa kita tak patut buang masa dgn benda2 lagha, baik kita focus kat akhirat kan, kumpul byk2 amalan baik2 sebagai bekal kat sana.

Ustaz wadi ada cakap, kita tak tau bila Allah nak ambil ny4wa kita, daun muda tak semestinya tak gugur, ikut nasib dan rezeki kita. Jadi cukup ke amalan selama kita hidup ni. Seriau aku dengaq weh, dah la amalan aku tak byk, harap2 kita pegi sana dgn byk amalan baik. Insha Allah. Doakan aku istiqamah ye. – Ema

Reaksi warganet

Mohd fazdhil – Abah.. Ketika tangan kerasmu legam dik panasnya matahari. Saat urat-uratmu renyuk dan tumpul. Mengangkat tandan2 sawit berat berduri .Aku masih terus sebal terlupa… Abah… Ketika suara kasarmu mengherdik aku malas mengaji. Leka oleh umpan paya sungai dan getah gelang
Aku hanya berfikir sisi sarkastik dan benci Menampar-nampar marahku…

Abah.. Ketika aku tekun menikmati pesona remajaku. Kau biarkn aku lepas, bebas dgn sijil percayamu. Kau bisikkan ke telingaku
Tentang selekoh t4jam, gaung-gaung yg dalam
Pendakian kecil dan besar. Yang sedia menipu dalam perjalanan hari2 depanku. Semoga aku boleh menjadi perdana menteri hebat
Dalam kerajaan kecilku sendiri

Abah… Ketika abah sakit terlantar.. Hanya airmata yg menjentik em0siku. Kakiku terkunci dalam lemah waktu, Mengusir marahku jauh-jauh. Mengunci belas sayu dan sayang
Meronta2 angin pasrahku… Inikah saatnya…
Senyum mu m4ti di tengahari. Hari ini. Hanya rindu menemani rasa…Aku anak nakal..

Yg terbina dari sayang mu yg luhur
Kadang2 manja tapi selalu buntu dlm ego yg berlaga…Terima kasih tuhan meminjamkn abah utk aku..Terima kasih abah kerana memaafkan aku. Allahy4rham Abd Hamid bin Abdullah… damai dikau di persemadian abadi… Alfatihah.

Faizatulakhmar ahmad – Cerita confessor ni buat aku rindu pada aruwah abah. Abah pun jenis menjaga solat. Solat di awal waktu dan selalu ingatkan anak2 ttg solat.Tak pernah kedekut duit, semua duit gaji bagi mak utk manage, anak2 mintak duit insyaallah akan bagi semampu abah. Selalu mengaji dan pergi masjid. Abah pergi pun mudah.

S4kit s4kit dada, pergi hospital, masuk emergncy abah dah pergi. Allah, sedihnya hati ni wpun dah nak 3 tahun peristiwa pahit tu berlalu. Sessungguhnya rindu ni tak pernah surut walau sehari. For those yg masih ada abah, jagalah abah dgn baik. Yg lelaki berusaha jadi lelaki yg baik, seperti abah.

Aini nur – insya Allah semoga arwah ayah sis ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh. bab sis nk berubah tu saya setuju sangat. saya pun dah delete semua post2 saya di fb yang tak memberi manfaat bila orang lain baca. oh ye di fb lain sbb ni fb 2nd. so yg tinggal di wall saya cuma benda yg memberi manfaat pada orang yg tgk je.

kdg2 bila tengok kwn2 post g sana sini, buat itu ini, terasa juga nk post macam tu. tapi saya tahan sebab benda mcm tu xde manfaat pun kalau dah men1nggal. selpie2 semua memang xde lah. lama juga lah proses nk delete semua tu, tapi puas hati. rasa tenang je.

Sumber IIUM