Dpt isteri “mata duitan”. 20k sebulan pak tam sediakn. Lps pak tam mnggal ingat insaf, tp nie yg mak tam balas.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih admin kerana sudi siarkan confession aku. Aku confess ni sebab aku nk bgtau semua bahawa watak ant4g0nis dalam drama tu sebenarnya wujud.

Malah lebih jahat dari tu. Kalau drama Ind0nesia tu beratus episod, aku tak taw la apa yang jadi kat family aku ni berapa ratus episod dah. Dan yang paling sedihnya, sampai dah mer4gut ny4wa pun still lagi watak ant4g0nist tu tak insaf. Kalau dalam drama selalunya dah insaf rasanya.. Tak tahu la sampai bila. Hanya mampu berdoa Allah bagi petunjuk dan hidayah buat dia.

Aku bukan nk burukkan or aibkan keluarga aku, tapi nak bagi pengajaran kepada semua pembaca dan minta pendapat semua apa yang patut keluarga aku buat sekarang. Kami sampai buntu. Maaf la kalau cerita ni terlalu panjang dan membosankan. Aku ada seorang bapa saudara yang kami gelarnya Pak Tam . Pak Tam ada seorang isteri bernama Aza (kami panggil Mak Tam).

Pak Tam aku ada bisnes. Yang agak maju la jugak. Bulan-bulan boleh cecah RM20K macam tu pendapatan dia (aku taw la sebab sebelum ni aku pernah buat akaun dia…keluar masuk duit semua aku tau..) Mak Tam ni jual tudung.. Macam2 jenis tudung la dia jual.. Dia ni jenis yang high taste sikit la.. Harga beg, kasut semua ribu-ribu..

Tak kesah la semua tu asalkan hang hormat laki hang sudah (Ha, kantoi kami oqang utaqaa… hihi.. ). Depa ada 3 orang anak. Yang sulung umur 14 tahun, yang kedua 9 tahun dan yang bongsu umur 2 tahun…

-NOVEMBER 2015-

Cerita bermula lebih kurang setahun yang lalu… Mak Tam ni melampau-lampau pulak perangainya… Sebelum ni, kami satu keluarga sedia maklum yang Mak Tam ni kalau berbelanja memang dasyat la jugak.. Tapi kami tak kesah sangat yang tu.. Kalau hang mampu, apa salahnya.. Berniaga pun Pak Tam aku bagi modal, tapi untung tak dapat tengok pun..

Sekali nak ambik barang, Pak Tam aku bagi duit.. Sekali nak ambik lagi, Pak Tam aku bagi lagi… Untung tak nampak jugak.. Yang kami geram sangat tu sebab selalu bergaduh.. Sampai nak berbnuh-bnuh.. Sampai jiran semua keluar tengok.. Benda ni jadi memang selalu la jugak.. Sebelum ni pun ada gaduh2 jugak.. Tapi kadang-kadang je..

Semenjak dua menjak ni makin kerap… Makan pakai suami semua dah tak terjaga…Yang makin melampau bila sampai tak balik rumah.. Alasan berniaga.. Pak Tam aku la yang cerita semua ni kat tok aku… So, secara tak lgsung kami semua taw… Yang Pak Tam pun berlembut sangat dengan isteri.. Ikut semua cakap isteri… Pak Tam cakap, Pak Tam tak nak gaduh… yela, malu dengan jiran-jiran.

Kadang bila tak tahan sangat tu la sampai bergaduh teruk.. Sebab Mak Tam ni jenis melawan… Jadinya, nak selamatkan keadan, Pak Tam aku selalu beralah… Yang kami ni plak duk syak Pak Tam aku dah kena guna-guna.. huhuhu.. Bab duit, memang laju… Pak Tam bagi kt Mak Tam nie duit belanja setiap bulan RM2000 bersih… hutang semua Pak Tam bayar..

Susu, pampers anak, makanan semua Pak Tam sediakan.. Setiap hari bagi RM50 untuk lunch, RM50 untuk dinner.. Yela… Nak masak kat suami, sebulan sekali pun payah… Hari-hari shopping.. X cukup duit, terus kol Pak Tam mintak duit sekarang jugak.. Bank in kan sbb nak bayar duit tak ckup.. Kalau tak bagi, marah-marah kat suami… Aku kadang ada jugak naik kereta dengan Pak Tam ..

So, aku taw la bila isteri dia kol.. Kol je duit.. Duit, duit, duit… Sampaikan Pak Tam aku pernah cakap, “Mak Tam ni sampai hujung ny4wa Pak Tam pun still nak minta duit..” Nak dijadikan cerita, satu hari, Mak Tam nie call Pak Tam suruh pergi bank. Pak Tam pun pergi ja lah, tengok-tengok Mak Tam suruh sign loan beli kereta, kalau korang nak tau Pak Tam aku dah ada 3 biji kereta, 2 biji van dan 2 biji motosikal.

Pak Tam baru saja beli van (hiace) untuk mak tam aku berniaga yang harga 90K++. Bayangkn, hutang saja sebulan duk ada nak dekat 15K… Berniaga bulan2 mesti kadang-kadang untung tak banyak… Ni nak tambah lagi beban…Mak Tam aku nak beli jugak kereta Sw1ft tu… Last sekali, Pak Tam aku belikan jugak… Sebabnya tak nak bergaduh… Duit yang dia simpan nak masuk rumah baru tu dia bg isteri dia buat bayar duit muka kereta..

So, Pak Tam aku tak jadi lagi pindah banglo dia… Dah lama Pak Tam nak pindah masuk rumah baru tu, tapi Mak Tam aku tak nak sebab tak letak nama dia… Padahal Pak Tam tak nak letak nama dia sebab kalau Pak Tam aku mennggal, dia kena sambung bayar kalau letak nama kedua… Apa ke b0 dohnya… Amek kaaww.. Kan dah kena.. Nak jugak2 letak nama dia…

Eiii.. Sori la.. Sape la nak ambil harta dia tu semua… Jadinya, bertambah la lagi bebanan hutang Pak Tam… Satu lagi yang kami perasan, Mak Tam ni jenis nak semua orang pandang dia banyak duit… Habis canang kat kawasan perumahan dia tu cakap yang dia banyak duit apa semua… Mampu beli tu, beli ni… Ada jugak la orang perangai macam ni sy4itann.

Semenjak ada kereta baru ni, dia makin kerap tak balik… Tok aku nasihatkan Pak Tam suruh kawal sikit isteri tu.. Tak boleh isteri kerja sampai tak balik rumah… Ada anak nak kena jaga.. Rumah sampai tak terurus… Kitaorg pergi rumah tengok bersepah yang amat… Baju tak berlipat… Duit pulak makin kerap mintak kat Pak Tam..

Dah la bebanan hutang makin bertambah… Bayangkan ada satu malam tu, Pak Tam aku ada RM20 je dalam poket.. Dia boleh mintak RM20 tu kat Pak Tam aku cakap nak beli makanan dan belanja kawan dia makan… Dia boleh kol suami tengah kerja, suruh balik hantar susu anak.. Duit sampai tak da nak beli susu anak.. Duit dia habis ke mana tak tahu…

Dalam akaun tak da, akaun anak-anak pun habis dia kebas… Bayangkanlah dalam seminggu dia boleh habiskan 10K lepas jual barang kemas dia..Sebab tu la Pak Tam sampai str3ss.. Bila tegur, melawan dan end up bergaduh.. Sampai polis pun pernah datang la rumah diorang… Sampai nak berbnuh-bnuh bagai…

Dengan perangai dia lagi yang tak balik rumah, tak nak layan kehendak suami, tak jaga makan minum pakai suami, tak jaga anak-anak… Pagi-pagi, Pak Tam la bangun awal, sediakan sarapan kat anak-anak, hantar anak pegi sekolah. Dah tengah hari, ambil anak-anak sekolah.. tengah hari sikit baru la pegi rumah tok uruskan bisnes dia (Pak Tam urus bisnes kat rumah Tok..) Oh ya! Adik mak tam aku ada sekali duk dengan diorang..

Umur 16 Tahun… Adik Mak Tam duk dengan diorang semenjak mak kepada mak tam aku mennggal.. Korang boleh bayang tak? dari 7 tahun Pak Tam aku sara adik perempuan dia.. Ada ayah lagi kot.. Tapi Pak Tam tak kesah… Pak Tam jaga macam adik dia sendiri.. Ayah dia ni pun jenis lepas tangan juga… Bila bagitaw perangai anak dia, buat b0 doh je… Nasihat apa pun tak… Pak Tam pergi uruskan kerja dalam pukul 3-4 petang macam tu kat rumah tok..

Kadang sampai ke malam la jugak sementara kerja nak habis.. dalam pkul 9-10 malam cam tu baru balik rumah… Tapi semenjak dua menjak ni, Pak Tam pun balik rumah lewat.. Dalam pukul 1-2 pagi baru balik.. Tok nasihatkan, tak boleh macam ni, kena balik rumah awal.. Ada anak dan isteri… Pak Tam cakap dah tak da apa kat rumah dia tu… Kalau ikutkan tak nak balik langsung.. Tapi sebab ingat anak-anak, Pak Tam balik jugak..

-DISEMBER 2015-

Disebabkan Mak Tam aku terlalu boros, kami syak dia ada lelaki lain kat luar.. Satu hari, Pak Su cakap ‘Ntah2 ada lelaki lain la kot dah duit selalu habis dan tak balik apa semua..’ Pak Su cakap depan kami satu family semua la.. Nak dijadikan cerita, one of mak sedara ni (Mak Chaq) menyampai ke Mak Tam.. Mak sedara ni pun satu hal jugak… Suka kut tengok orang bergaduh…

dah tu memandai tambah cerita plak.. Kita cuma syak je.. Tapi dia g bawak mulut cakap kitaorang kata Mak Tam curang dengan Pak Tam.. Ada lelaki lain kat luar… Duk kngkang kat laki lain la apa la… Sampai macam tu sekali tokok tambah ceritanya.. padahal kita syak je… Dah bergaduh plak Mak Tam n Pak Su.. Siap ser4ng gi rumah lagi…

Malam tu jugak, kami berkumpul adik beradik betulkan apa yang Pak Su cakap… Kitaorang sebagai saksi… Dan kami semua minta Pak Tam dan Mak Tam selesaikan masalah rumah tangga diorang… Pak Tam aku pun cakap la apa yang dia tak puas hati dengan isteri dia.. Yang Mak Tam aku ni boleh duk gelak-gelak… Mak Tam bgtaw pergi berniaga je, tu yang sampai tak balik tu…

Pas tu, Tok n Pak Sedara yang sulung ape semua nasihatkan Pak Tam dan Mak Tam suruh duk elok2 semua.. Jangan gaduh2… Mak Tam pun jangan la tak balik apa semua… Pi niaga dekat2 sudah.. Padahal suami mampu sediakan semuanya kalau tak berniaga pun… Taw tak Mak Tam aku kata apa lepas tu?? “Aza taw la semua tu… 30 juzuk dalam dada ni..“ Tok dan Pak sedara aku apa semua tersentak…

Terus terdiam kami semua.,.. 30 Juzuk dalam dada uolllss… Tapi perangai macam hantu… Depan kami semua, Pak Tam cakap “Aza, abang minta maaf kalau abang ada buat silap dengan aza..” Mak Tam ni senyum-senyum ja… Satu patah kata maaf pun tak da untuk Pak Tam… Korang boleh bayang tak isteri apa macam tu. Sejak hari tu kami bagitaw Pak Tam yang kami dah tak nak ambil kesah dah pasal rumah tangga Pak Tam…

Pandai-pandai la Pak Tam uruskan.. Yela.. Pak Tam cerita masalah dia kat family, tapi bila balik rumah duk dengar jugak cakap isteri… Isteri kata A, A la… sampai Pak Tam tak boleh bersuara langsung…Kami nasihatkan kalau rasa dah tak tahan, pergi pejabat agama… Nanti mesti diorang panggil untuk kaunseling…

-JANUARI 2016-

Satu hari Pak Tam pergi rumah tok cakap pening kepala.. Pegang badan Pak Tam panas sikit… So, suruh Pak Tam tidur dulu… Perasan yang Pak Tam punya kepala nampak senget.. Nampak macam urat kat leher tu tegang sebelah… Pak Tam pun dah kurang cakap… Kalau cakap pun macam tak dengar jelas sangat.. waktu tu aku ada kat rumah tok.. Cakap kat Pak Tam suruh pegi klinik cek..

Yela, mana tahu high bl00d pr3ssure ke apa ke… Risau la jadi str0k ke apa kan… Pak Tam cakap tak nak.. dia ok je… Balik rumah, bgtaw mama minta mama pujuk Pak Tam bawa gi cek klinik.. Takut nanti jadi apa2 susah.. Nak dekat seminggu dah urat leher jadi tegang tu… Mama pun pujuk Pak Tam pergi check up.. Doktor check cakap tak da apa2..

bl0od pr3ssure and darah semua menunjukkan bacaan normal… Doktor cakap “ Saya tengok awak ni, saya taw awak str3ss sebenarnya… Awak ada masalah apa2 ke…” Pak Tam geleng… Doktor tanya lagi.. “Awak kerja apa?” Pak Tam bgtaw la buat bisnes apa semua… Doktor pun tanya la ada masalah dengan business ke.. Pak Tam jawab tak da masalah…

Last sekali doctor tanya “Awak ada masalah keluarga ke?” Pak Tam mengiyakan… Pak Tam bgtaw doctor yang isteri dia boros apa semua… dapat sebulan 20K, 20K dia nak habiskan.. Sampai str3ss duk fikir mana nak cari duit.. Pak Tam bgtaw doctor yang dia dah lama tak boleh tidur malam… Korang boleh bayangkan tak??? sebulan kot dah tak boleh tidur langsung…

kesian Pak Tam… Jiw4 dan b4tin dia ters3ksa sangat… Bila cek doctor tak da apa, kami decide bawa Pak Tam ke Darulsyifa’… Ustaz cakap tak da apa2 jugak… Yang ustaz pesan, semua masalah dari Allah.. Balik rumah, buat solat taubat, solat jangan tinggal, minta allah permudahkan semuanya.. segala masalah atau beban tu ujian Allah.. Hanya Allah je boleh tolong kita.. tu je ustaz tu pesan…

-FEBRUARI 2015-

Satu petang tu, kami sekeluarga pegi rumah tok… Macam biasa la hari minggu kalau mama tak kerja kami semua pergi rumah tok.. Pak Tam ada duk uruskan bisnes dia.. Kesian tengok Pak Tam duk jalan senget kepala… Ajak pegi specialist tak nak… Padahal ada m3dical cards apa semua.. Tengah sembang2 tu, Pak Tam tiba2 menerpa kat kitaorang dan jatuh atas riba tok…

Pak Tam kena s3izure.. Kalau Bahasa kampong ni kami panggil tarik… Kami semua panik.. Mulut berbuih-buih apa semua… Tok dengan mama duk ajaq mengucap apa semua… Aku terus kol ambulance.. Sambil tu mama urut2 tangan dan badan Pak Tam… Takut sangat rasa waktu tu.. Bila ambulance sampai, diorang cek tekanan d4rah tinggi.. terus bawa pergi hospital.. Kami follow belakang..

Doktor suruh admit ward sebab nak pantau… Kami kol mak Tam berpuluh kali tak jawab… Dalam sejam macam tu baru dia kol balik.. kitaorang bagitaw la Pak Tam kena admit ward.. Dia bgtaw dia busy hari tu… So, bila dah habis waktu melawat, kami pun solat ape semua dulu.. tengah turun tangga nak balik, Mak Tam baru sampai… Dah malam kot baru sampai.. Apa la yang penting sangat dari suami tu…

Keesokannya, aku tengah sedap tidur, tetiba Pak Tam kol… Pak Tam bgtaw dah boleh keluar ward.. Pak Tam minta aku tlg jemput dia.. Pak Tam bgtaw yang dia ada kol mak Tam tapi tak berjawab … Aku pun bergegas la ajak mama pi hospital ambil Pak Tam.. mama tengah masak kat Pak Tam waktu tu.. Ingat tengah hari sikit la baru nak pergi kat Pak Tam bawa makanan sekali.. Sampai hospital, kesian tengok Pak Tam..

Pakai balik baju semalam… Berus gigi, towel semua tak ada.. Pak Tam cakap dah pesan kat Mak Tam tolong bawakan tuala dan berus gigi pagi tu.. Tapi mak Tam tak datang.. Kol tapi tak jawab… mama terus kol Mak Tam.. lama jugak, baru jawab.. Mak Tam cakap pergi aerobik.. Ya Allah… Geramnyaaa rasa… Aerobik lagi penting dari suami… Mak Tam cakap dah bayar, tu kena pi jugak walau macam mana pun..

Kami beristighfar dalam hati je.. geram sangat3… Kami tanya Mak Cik.. Mak Cik dulu pernah join jugak kelas aerobic tu.. Mak Cik bagitau kelas tu RM5 je.. Nampak sangat dia memang tak sayang suami dia dah.. kesian sangat kat Pak Tam.. Hidup dia diuji macam ni… Sebelum discharge tanya doctor apa penykit Pak Tam..

Doktor cakap tak da sakit apa.. Result d4rah semua elok.. Bl00d pressure pun dah normal.. semalam tu je tinggi sikit.. Lepas tu doctor bagi tarikh temujanji.. 16 MAC 2016.. Aku masih ingat lagi tarikh ni.. Doktor nak buat CT sc4n…

-MAC 2016-

1 MAC 2016. Lebih kurang 4 minggu selepas kejadian Pak Tam jatuh dan tarik kat rumah tok, dalam pukul 10 pagi, kami dapat berita Pak Tam pergi bertemu ILAHI.. Jantung berhenti berdegup masa tu… Pak Tam baru umur 39 Tahun.. Nampak sihat dah walaupun kadang-kadang nampak leher tu senget2 lagi.. Bercakap pun dah ok..

Cuma kadang-kadang jadi pelupa… kami semua tinggal dalam satu kawasan yang sama… Cuma taman lain-lain je… Dekat je kalau nak pergi rumah Pak Tam.. Hari tu, adik-beradik yang lain semua kerja termasuk mama.. Pak Cik dan mak Cik je tak kerja… jadi, Mak Tam kol Pak Cik cakap Pak Tam dah tak da.. Pak Cik dan Mak Cik terus pegi rumah Mak Tam..

Panggil 2,3 orang jiran datang tengok.. Semua cek, memang nadi dah tak ada.. Pak Tam mennggal atas sofa rumah dia… Kami waktu tu dah sampai rumah Pak Tam… Ambulance semua dah kol.. diorang datang pun cakap memang dah tak da.. Skang ni, semua tak tahu macam mana nak ambil tok dan cara nak sampaikan dekat tok yang Pak Tam dah tak da..

Akhir sekali, Pak Chaq la yang pi bgtaw tok.. Sedih sangat waktu ni.. Yela, anak yang kita sayang akhirnya dah tak ada.. Anak yang setiap hari ada kat rumah tok dah pergi menghadap ILAHI.. diuji dengan isteri yang g1la duit.. Allahuakbar.. semoga banyak ganjaran untuk Pak Tam… Sabar sangat dengan perangai isteri dia.. Tok sampai ja rumah pak tam, Tok terus kata “ Puas hati ampa??

Anak aku dah m4ti..” Mama terus sabarkan tok.. yela.. jiran-jiran semua ada… kalau ikut geram ni, dah makan penampar dah Mak Tam tu.. Dalam pukul 11 mcm tu polis sampai.. Bawa jenzah gi hospital… Sampai sana, doktor cakap memang prosedur mennggal bawah umur 40 ke 50 ntah, kena buat p0st-m0rtem… Kalau ikutkan kami tak nak buat, tapi dah memang prosedur terpaksa la buat..

kesian jenzah… Diorang pun terangkan sebenarnya p0st-m0rtem ni untuk bagi keadilan kepada keluarga si m4ti.. Tambah mennggal di usia muda.. Xda penykit apa… sebab kadang kita tak tahu apa punca sebenarnya kem4tian tu berlaku.. so, kami pun terpaksa bersetuju je la..

Habis p0st-m0rtem, jenzah dibawa ke rumah family aku.. rumah kitaorang besar sikit.. senang nak uruskan jenzah.. Waktu tutup kain kafan yang terakhir tu, tok dan adik beradik PakTam semua cium kecuali isteri dia dan Pak Cik aku sebab Pak Cik sangat sedih… tak boleh tahan.. terus balik rumah dia dan menagis dalam bilik sorang2 (anak dia cerita.. dia bg alasan sakit perut..)

Yela.. best friend dr kecik.. Yang Mak Tam aku plak menangis je kerja dia… Kami ingatkan dah insaf… Tapi rupanya tak… Sekarang ni tengah berebut duit penginggalan Pak Tam aku.. dengan duit bahagian anak dia pun dia nak ambik.. Dengan anak2 terbiar…Okay. Setakat ni saja dulu. Tenanglah Pak Tam di sana andai hidup di dunia Pak Tam ters3ksa…

Tu je ayat yang selalu aku pujuk mama dan tok.. Tok pulak, dari tak da tekanan drah tinggi, terus ada tekanan drah tinggi lepas kem4tian Pak Tam.. Sekarang on medication.. kesian tok.. Kesian Pak Tam.. tolong doakan mak Tam berubah jugak.. Kesian anak-anak dia… terima kasih semua… – Anak Sedara Pak Tam

Reaksi warganet

Rabiatul adawiyah – Ya, watak mak tam tu memang ada dalam masyakarat kita, memang wujud, ada tu, kikis duit laki sampai jatuh miskin, derhaka dgn suami, curang, hutang kad kredit beriban, last mintak cerai, anak2 pun diasuh dengan perangai yang sama, hidup dalam kekufuran dan xkenal erti syukur.

Cik suhana – Hang ni kalau aku luku sedaih baru ada akai. Cita la bg habeh. Maktam hang buat apa la ni? Anak2 jadi gena yg kata dia biaq tu. Ampa adik beradik ramai, fight la utk anak2 aruwah. X kan nganga tgk saja. Kalau dia ada anak lelaki, lagi la kuat waris. Pi jumpa lawyer asingkan hak utk anak2 tu. Kecik2 lg depa pun.

Muna aziz – Aku pun maktam jugak. Tapi idok ler begini perangainya. Minta jauhlah perangai mata duitan, derhaka dengan suami semua ni. Untuk family hang, kakak doakan semuanya dipermudahkan urusan. D0sa isteri yang derhka kat suami ni dasat. Satu hari maktam hang mesti terduduk disebabkan d0sa d0sa dia. Bukan nak doakan keburukan dia tapi janji Allah itu pasti.

Sumber IIUM