Dilema mak “ket4gih” main phone. Rasa malu nk mgaku dia mak aku. Bila mgadu dekat ayah, ini yg aku terima.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan hi. Sebenarnya sudah beberapa kali aku ingin meluahkan perasaan yang terbuku sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

Namun aku padam semula bimbang komen-komen yang tidak aku harapkan makin mengusutkan lagi benak aku yang memang dah sedia kusut. Tapi takpe, aku cuba untuk luah kan juga memandangkan tahap kesabaran aku sudah berada ditahap maksimum.

Baiklah, berbalik kepada topik, ‘her’ yang aku maksudkan tu mak aku sendiri. Mak yang dulunya aku rasa paling sempurna didunia namun sekarang tidak lagi, bahkan aku rasa malu mengaku dia mak aku. Semuanya bermula bila mak aku menjadi ket4gih dengan telefon pintar.

lagaknya seperti anak remaja yang tak boleh langsung nak berenggang walau sekejap cuma. Berbulu mata aku tengok orang tua yang masih lagi lalai tatkala orang tua lain sibuk gandakan ibadah. Sudah berapa kali kantoi dengan aku dia ber ‘Whatsapp’ dengan lelaki-lelaki muda.

Sudah tentulah lelaki-lelaki tersebut tak tahu yang perempuan yang berbalas whatsapp dengan mereka sudah lanjut usianya.kenapa lelaki tu tak tahu? Sebab mak aku guna identiti adik aku. Guna indentiti adik aku sendiri tau! Anak dia! Dia suka betul kacau laki orang duk berabang-abang dengan jantan tu.

Guna gambar adik aku. Ko bayangkan macam mana nasib adik aku kalau bini-bini jantan-jantan tu tahu? Tak ke adik aku yang terima akibat? Dah banyak kali aku ingatkan dia bahawa apa yang dia buat tu satu jenyah sibr duk guna identiti orang sesuka hati. Tapi langsung dia tak heran.

Aku lah anak paling banyak sekali hadap perangai dia sebab aku kerja dekat kampung. Perangai dia memang tak berubah dari zaman aku di universiti lagi. Kalau balik cuti sem bukan boleh release tension tapi makin tension. FYI, bapak aku masih hidup lagi taw. Tapi sebab bapak aku tak tak tahu apa benda yang dipanggil telefon pintar tu.

jadi bapak aku tak ambik pusing. Masa dia banyak dihabiskan dengan baca quran. Tanpa sedar kat belakang dia mak aku tengah khi4nati dia. Tiap kali aku atau adik beradik lain ‘berper4ng’ dengan mak, mesti bapak aku marahkan anak-anak sebab dia ingat kami ni anak-anak derhal4ka asik nak tinggikan suara dekat mak je.

Padahal kami dah lama hilang sabar. Sebab tiap kali nasihat mak ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Takde nye dia herann. So, sekarang ni soalan aku pernah tak sesiapa menagalami nasib macam aku? Macam mana korang setel perangai mak korang ye? Aku buntu g1la? Aku tak tahu nak buat apa lagi?

Nak bawak pegi kauseling terapi, tak nampak pulak mak aku macam orang tak waras, nak bawak jumpa ustaz macam bukan gangguan j1n. Bagi aku ni perangai cheater yang suka curang. Tua ni je baru jadi macam ni, muda2 dulu mmg dia perfect sebagai seorang mak. Huhu.

Banyak lagi sebenarnya benda tak masuk akal mak aku buat, aku cuma penat nak taip. Aku akan sambung bergantung kepada komen korang. Kalau ko rasa aku anak tak guna. Buat apa aku nak sambung lagi, orang hanya tahu judge je. So, takde point.

Terima kasih sudi baca. Maaf kalau rasa kasar, aku taip masa tengah bengang. Of course, baru lepas bergaduh. – Unknown (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Na mina – Mak umur brp? Berjiwa muda lg ni nmpknyee. Dpt no “abg2” tu dri mane? Fb ke? Online site ke? Mcm kurg kasih syg pun ade jgk. Kalau cadangan blok no abg2 semua tu dia leh p cari abg2 lain kan. Xpee, bl0ck & delete je no jantan2 tu lpstu unistall segala med soc. Uninstall sekali app/play store. Dia akn guna fon mcm biasa cuma dia akn terase pelik knp sume dh hilang n xde org nk contact dia dh.

Dlm masa yg same awk blh ajak dia konon nk g mkn luar ke mall ke tp bawalah ke darussyifa. Kdg2 boleh jd sihir pemisah, sihir keluarga atau guna2 kn xsalah pun mencuba. Sian plk kt adik tu klo tiber gmbr dia kene v1ral, sekali conversation deme tu.

Miyyon quinn – Org ii tua mcm mak ayah ni kan, sebaiknya dia org guna nokia tu je lagi bagus sy rasa. Asal boleh call. Mcm mak sy dulu guna nokia je, skrg dh ade fon touch screen abg sy yg belikan mmg awal ii tu ketagih betul. Tak berenggang. Asik main ws, skrg mula lyn utube tgok g0sip ii artis fuhh.

Mak dri sejak ade ws asik nk mintak buatkan fb, nasib baiklah sy dgn adik beradik semua tk layan Cukup lh reti ws dgn tgok youtube gitu ii je. Ws kitaorg adik beradik ajar cara nk mesej, hantar sticker dan tgok video yg utube recommend tu je. Mak tak reti search. Mcm tu je dh memadai rasanya.

Noraizah rara – Hai confessor, sy perbetulkan sedikit tanggapan atau pemahaman salah kamu ttg kaunseling terapi. Pergi kaunseling terapi bukan bermaksud untuk tak waras sahaja tapi boleh bantu hilangkan ket4gihan gajet mak kamu tu.

A)Memang kena bawa pergi rawatan sebab jika budak kecil pun boleh ket4gihan gajet apatah lagi orang tua. Sekurang kurangnya kamu akan tahu apa kamu boleh lakukan untuk tlg mak kamu bila bawa berjumpa dengan kaunselor.

B)Kamu boleh galakkan juga ibu kamu join aktiviti kemasyarakatan atau surau. Biar masa banyak terluang pada perkara tu berbanding gajet.

C)Delete je profile pic adik kamu dan jgn bagi satu pun gambar pd ibu kamu sebagai simpanan.

D)Paling mudah ambil je hp tu sorokkan dan off kn. Biar dia meracau mencari pada awalnya kalau kamu betul2 sygkannya.

C)cuba tanya apa yg dia inginkan?

Syahwan rahmat – mak aku pnh bt mcmni, aku ank sulung, plan siap screensht pbualan dn gambq kt ayah aku. aku plan baik dgn adik2 aku lain..kptusannya, aku kena pulau dlm kluarga,apabila abah aku maafkan mak aku, dn skg kluarga aku aggp aku nk pecah belahkn kluarga,mreka kata aku btu api.

so nasiht aku, DIAM shja. mmg mgeramkn, tp seorg ank xde kuasa nk nasihat kt mak ayah. ayah tu yg kena jlnkn tgungjwb sbgai suami. aku skg dpulau keluarga,mereka bgelak twa tnpa aku. aku myesal,klu aku blh ulang masa, aku nk pejam mata.

Sumber IIUM