Dibuat mak mcm bibik. Bila penat buat rmh mak mcm tmpt “bcuti”. Ini yg jd bila niat nak tegur.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi semua. Saya ada masalah sikit, mungkin bagi orang benda ni simple je. Tapi bagi saya, benda ni sangat besar sebab dah ganggu ment4l dan em0si saya.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang tidaklah terlalu mewah, tapi kalau nak apa apa inshaa Allah dapat. Saya ada kakak yang sudah berkahwin hampir lima tahun, dan sekarang dia ada tiga anak. Apa yang jadi masalahnya, dia masih mengharapkan mak saya dalam tiap apa yang dia buat. Contohnya, memasak, jaga anak, uruskan pakaian dia sekeluarga (termasuk semua pakaian suami dan anak anak ye).

And banyak lagilah dia masih harapkan mak saya dalam hidup dia. Patut ke seorang anak yang dah berkahwin masih buat perkara macamni? Dia ada rumah sendiri, tetapi kerap dia datang rumah mak saya dan tidur dekat sini. Saya tak kisah dia nak melawat mak ayah saya, tapi dia tak hormat priv4cy adik adik dia.

Dia akan tidur kat rumah berhari hari, jadi saya sebagai adik perempuan terpaksa bertudung, nak jaga aurat dekat rumah. Dahlah kena jaga aurat, yang lebih menggeramkan hati saya, dia datang sini untuk berehat. Ibu saya pula yang kena bersengkang mata dan kerah tenaga untuk jaga anak dia. Dia dan suami dia pula tenang berehat dalam bilik ibarat tak pernah ada anak.

Bila makanan dah terhidang, dia dan suami paling laju nak makan. Sedangkan mak saya tadi dah penat memasak tapi mak saya kena jaga cucu dulu sementara mereka makan. Patut ke benda ni terjadi? Dia tak paksa mak saya untuk jaga cucu, tapi mereka membiarkan mak saya jaga cucu. Saya sangat marah bila fikir dan saya ni jangan betul betul naik baran je.

Bertahun dah saya makan sabar. Saya bukan taknak tegur, tapi susah bila wujud orang yang rasa dia je betul, tak nak dengar cakap and teguran orang. Saya ni kesian dekat mak saya, ibarat bibik pula dia buat. Dahlah kena jaga cucu, cucu pula bukannya perangai elok mana. Dan mak saya juga jaga kakak saya 100% daripada dia bersalin.

Suami dia hanya tengok saja, tak tolong mandikan, makanan pantang kakak saya pun mak saya uruskan, dia tak ada tolong apa apa. Dan bila anak kakak saya tu buat perangai, dia bagi anak dia dekat mak saya sebab bagi dia, mak saya boleh tenangkan. Sejak anak pertama dia kecil lagi, dia duduk kat rumah ni dan bila dia pergi kerja, mak sayalah yang jaga.

Dia tak fikir ke mak saya dah tua, em0si dia pun tak berapa nak stabil dah bila nak hadap anak kecil? Saya agak geram bila dia jadi lepas tangan, tanpa fikirkan apa yang dia buat tu salah. Dia dan suami dia sama saja. Datang sini nak makan dan berehat. Tak pun main phone. Cuba bayangkan, mak saya tengah jaga anak diaorang, and diaorang boleh main phone depan mak saya?

Persoalannya sekarang, itu anak anak siapa? Bila anak menangis, mak saya yang buatkan susu dan dodoi sampai tidur. Kenapa mak saya yang perlu bersusah payah? Mana tggungjawab ibu bapa anak anak tu selepas jadi ibu bapa? Niat mereka berkahwin untuk susahkan mak ayah saya ke? Saya dah terlalu lama pendam. Mak saya pula bila dia dah penat melayan kerenah cucu yang kejap menangis.

Kejap meng4muk, kejap buas sana sini.. Dia akan terbawa bawa em0si marah dia kepada anak anak dia yang lain. Contohnya, sayalah. Saya yang selalu kena marah sedangkan saya tak ada buat apa apa. Em0si saya cukup terganggu sebab saya pun ada masalah sendiri dalam hidup saya, dan saya juga perlu hadap banyak masalah daripada masalah yang kakak saya cipta.

Saya nampak semua ni, tapi saya tak mampu nak tegur mak dan kakak saya. Nanti saya yang disalahkan sebab tak cuba nak faham kakak saya yang susah nak jaga tiga anak dalam waktu yang sama. Tapi pada saya, seorang anak yang sudah berkahwin perlu keluar daripada rumah ibu bapa dan jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Dan bentukkan anak anak sendiri tanpa campur tangan ibu bapa. Lainlah cerita kalau ibu bapa tu s4kit dan perlukan pertolongan anak anak. Ni yang kakak dan abang ipar saya yang cukup mampu dan sihat untuk jaga anak anak sendiri. Bukan niat saya untuk jauhkan hubungan diaorang dengan mak ayah saya, Tapi berpada padalah dan tak perlu susahkan mak ayah saya.

Saya faham besarkan anak anak kecil tu susah, dan saya sendiri belum berpengalaman jaga anak sendiri tetapi perlukah susahkan mak ayah saya yang makin tua dan berkurang kudratnya? Bukankah benda tu suatu benda yang salah dan ibu bapa perlu tahu untuk jaga anak sendiri? Ibu bapa kita semua dulu dahulu mampu besarkan anak anak sendiri walaupun susah, kenapa sampai kakak saya dia tak boleh?

Dan kalau macamtu, apa tujuan kahwin? Dapat anak ramai ramai dan lepas tangan? Kalau tahu tak mampu jaga, kenapa tak merancang keluarga terlebih dahulu? Kenapa sekarang menyusahkan orang ramai, sampai adik adik seperti saya yang terpaksa hadap tempiasnya? Saya fikir jadi seorang adik sangat berat bila adik beradik yang lain sudah mula berumah tangga.

Saya sebagai adik terpaksa kawal emosi sendiri, hadap masalah sendiri sebab tiada siapa mahu dengar masalah saya. Semua sibuk dunia sendiri dan bila mereka penat jaga anak dan nak berehat, masa tu lah baru nampak adik adik ni. Setakat ini, itu sahaja. Tapi ini baru 40% yang saya ceritakan, banyak lagi benda yang saya pendam.

Saya sangat em0si masa tulis cerita ni sampai saya menangis. Maaf semua, saya tak ada tempat nak mengadu, saya sensitif dan malu nak bercerita tentang keluarga. Takut sangat buka aib. Harap cerita saya ni dapat perhatian dan saya nak sangat baca pendapat orang ramai, dan paling penting saya nak difahami 🙂 – C (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Faye ramlan – Dik, apa kata awak dengan adik-adik lain kumpul duit lepas tu bawak mak awak jalan mana-mana, satu hujung minggu ke, seminggu ke. Awak buat surprise ke mak awak – sambil tu surprise la kat kakak awak dia kena jaga anak2 dia sendiri pasal awak tak cukup duit nak tanggung family dia.

Lepas tu, bila tengah bercuti tu, nampak mak awak tengah relax, happy macam tu, awak slow talk la dengan dia. Cakap apa yang awak dan adik-adik lain rasa, terutama bab cara dia lepas geram tu. Cakap kat dia, kalau ada tak puas hati dengan kakak tu, cakap je dekat kakak.

Yakinkan dia, yang awak dan adik-adik kesian tengok dia, dan akan sokong dia. Mak awak boleh tegur kakak tu. Pasal, melainkan mak awak bergantung sangat2 kewangan dengan kakak awak, ke mana je kakak awak nak marah dengan mak tu. Tengok gaya dia lebih perlukan mak dari mak tu perlukan dia.

Love white – Awak jer lar perli2 kakak awak. Ingat mak tu maid ke? Patut lar di akhir zaman nabi ada kata ibu melahirkan tuan. Pastu awak pun berkeras halang ibu awak jaga budak2 tu. Suruh ibu awak duduk di meja dan makan. Cakap budak2 tu ada mak bapaknya sendiri. Kalau tak, hantar ke rumah kebajikan.

Jangan tau beranak setakat nak tunjuk boleh buat anak tapi tak pandai jaga. Biar jadi gaduh sikit. Tapi awak kena kental dan kuat. Pakat dgn adik2 yg besar supaya sokong awak dan membela awak. Biar kakak tu merajuk tak dtg rumah. Jadi awak boleh guna kesempatan tu brainwash mak.

Cari info dan maklumat yg berkaitan dan kongsikan kpd mak awak. Jelaskan kedudukan dia sebenar kepada anak. Jelaskan perbuatan kakak adalah salah dan kesannya pada semua org dlm family. Tak mghormati priv4si.

Usha narayanan – Tegur jer kakak awak tue. Ramai jer anak-anak yang masih melayan ibu bapa mereka macam orang gaji. Saya masih tak faham kenapa kalau berpantang kena suruh emak yang jaga. Keputusan untuk menimang cahaya mata adalah keputusan suami isteri jadi kenapa suami tak take charge jaga isteri semasa berpantang.

Ibu bapa jaga kita semasa kita kecil sampailah kita dah dewasa. Takkan lepas kita dewasa, kita masih nak harapkan mereka untuk jaga kita dan anak-anak kita. Bukan berdosa ker layan ibu bapa macam orang gaji? Kalau tak mampu, tolong jangan beranak dan menyusahkan hidup orang lain.

Safina zainol – Sy faham perasaan sis.. bezanya sy abg kandung dgn kakak ipar… tapi mungkin sbb mak sy bg muka awal2.. makan pakai mak sediakan ..sampai cucu xtdo malam pun mak sy yg jaga..mak suruh kak ipar sy tdo.. sedangkan mak pun kerja esok tu..mak xprnh anggp dia menantu.. tp anggap ank sndiri.. sy pulak yg kesian kat mak.. semua bnda mak urus..

tp tulah..bila makin baik makin diambik kesempatan.. sampaikan kakak ipar sy balik rehat makan kt rmh mak bawa kawan lagi.. dah la anak2 dia mak jaga.. dia buat mak sy mcm bibik plak..panjang kalau nk cita apa lg mak kena hadap..hampir 11 tahun kami sekeluarga memendam rasa.. bukan kakak ipar sy xda kebaikkan dia..cuma kebaikkan mak sy jauh lebih byk utk dia..

sy nmpk mak lg byk ambik hati dia dari dia ambik hati mak..mak saya letih tp dia xluah.. sehinggakan makin lama mak sy makin str3ss.. sy pun str3ss sbb mak xbg tegur abg dan kak ipar sy tu..niat mak nk bg anak menantu hidup senang tapi sampai menyusahkan mak..s4kit mak makin teruk..bila mak sy serahkan balik semua tanggungjwb dia..abg sy mula ada masalah rmhtgga..

kakak ipar sy jd biadap dgn mak..sy pendekkan, jodoh abg sy xpnjang.. now mak sy masih jaga 3 org cucu ank abg sy..sbb kakak ipar sy xmampu jaga ank dia mcm mak jaga.. lgpun cucu2 ni lg kasih dgn tok dari ibu.. walaupun tok tp dipanggil mak..skrg walau mak kena jaga cucu juga.. tp mak sy nmpk lg bahagia dan x str3ss … pesan sy dekat sis, sis kena byk tolong mak sis utk ringankan beban mak..

sbb mungkin kakak sis xda perasaan kesian kat mak sendiri…tntg kakak sis tu, sis kena pandai2 la cakap dgn dia.. jgn sampai bergaduh.. nt mak lg sedih..cari la idea utk buat mak berehat kejap.. sy doakan urusan sis dipermudahkan ye..aamiin

Sumber IIUM