“Knp along xcari abah”. Masa bduit, Ayah “buang” kami. Lps brtahun, ayah mcm xwaras. Merayu sebut pggl aku satu kmpg.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih admin jika siarkan conffesion ini.

Aku cuma nak meluahkan rasa yang terpendam dalam hati selama hampir 20 tahun. Sebelum itu, aku kenal kan diri. Wanita yang sudah berkahwin, ada suami, ada anak lelaki. Seorang penjawat awam beruniform. Confession dahulu ada cerita ringkas tentang ayahku. Semasa umur aku di awal sekolah rendah, ayah aku menghalau aku, adik-adik, dan mak aku sendiri sehelai sepinggang dari tempat berteduh.

Duit sesen tak ada dalam tangan. Mujur ada tuan yang baik hati (pada mulanya baik tetapi ada niat yang tak baik) sewakan rumah kampung untuk berteduh sementara. Untuk cari sedikit wang demi kelangsungan hidup, mak aku hantar kuih-muih, nasi ke gerai jualan pagi. Adakala berniaga di pasr malam. Kitaorang tak ada kenderaan langsung.

Hanya ada 3 buah basikal buruk sahaja yang ada. Dengan basikal itu lah kami angkut barang jualan. Tenaga budak sekolah, apa la sangat. Tetapi entah macam mane aku aku angkat payung kanopi dan angkut bawak setiap kali meniaga (berat badan overweight tahap 2). Masa ni dah tingkatan 1.

Jarak rumah dengan pasar malam dalam 5km jugak la. Jauh bagi yang tak ada kenderaan macam kami Macam-macam aku lalui, pergi sekolah ada kala tak ada duit belanja. Ada juga insan yang baik hati bagi duit belanja sekolah. Baju sekolah lusuh, kasut koyak, tak pernah berganti.

Hanya pemberian dari jiran-jiran yang baik hati. Ada kala tersisip rasa malu pada kawan-kawan sekelas. Kawan-kawan sekelas semuanya berasal dari keluarga yang senang. Namun, mereka semua sangat-sangat baik dan tak pernah menyisihkan aku dari mereka. Kadang-kadang, mereka bagi makanan, kongsi makanan mereka bawak, serius, sangat2 terharu dan tak pernah lupa.

cuma aku tak dapat sertai mereka kemana-mana kerana faktor wang. Sepanjang aku bersekolah, tiada satu pun kelibat ayah aku ke sekolah. Bertanya keadaan anak ini, adik-adik aku pun sama. Tak pernah muncul. Tak pernah bertanya atau menghulurkan sesen dua wang. Sedangkan rumah ayah aku dengan sekolah dalam kawasan yang sama.

Aku jatuh sakit atau terjadi apa-apa. Tidak pernah sekalipun, Disaat itu, aku anggap ayah aku dah m4ti dalam hidup aku sendiri.. Aku kahwin pun, aku guna wali hakim (ada syaratnya yang aku tak dapat nyatakan disini sebabnya). Dalam masa hampir 20 tahun ni, aku, adik2 dan mak aku dah bahagia dengan hidup sendiri.

Ada kerjaya sendiri, keluarga sendiri. Dalam jangka masa waktu itu juga, tak pernah sekalipun bertembung dengan ayah aku. Sedangkan kami dalam satu daerah K. Bandar K pun tak besar mana. Adakah Allah S.W.T. tidak izinkan ayah aku berjumpa dengan anak-anak yang dia buang ini??

Di ketika ini, orang kampung ada sampaikan kepada adik ipar. Adik dan adik ipar tinggal di kawasan yang tidak jauh dari rumah lama yang dihalau. Orang kampung bercerita yang ayah aku kini kurang waras, sakit tua. Berjalan kaki dalam kampung seorang diri sampai langgar tiang lampu, benteng.

Kerap kali bertanya dengan orang kampung yang dia kenali tentang aku, anak sulungnya. “Ada terjumpa Along tak?? Abah nak sangat tengok Along”. “Kat mana nak cari along”. “Kenapa along tak cari abah”. “Along macam mana agaknya ya”. Dalam hati aku ada macam2 rasa. Aku terkesima.

Kenapa aku dah besar, ada kerjaya, mampu berdiri tanpa seorang ayah, ada keluarga sendiri baru mencari-cari. Kenapa bukan 10-15 tahun lepas?? Kenapa disaat ayah aku senang, dengan duit berkepuk2 beratus ribu dalam tangan hasil jualan tanah pusaka, kerajaan S ambil untuk buat highway, ayah aku buang aku macam tak ada nilai anak di mata dia.

Dan kini, merintih2 mencari anak yang dibuangnya ketika dulu. Malah, dengan bangganya berkata-kata “jangan cari abah walau apa pun berlaku”. Dan aku pegang pada kata2 nya sehingga sekarang. Aku anggap ayah aku dah m4ti dan anak yatim sebelum masanya. Rumah lama aku tahu di mana. Tetapi aku tak ada kekuatan dalam diri.

Namun, mak aku dan adik-adik aku masih tak mampu menerima kembali ayah aku setelah apa yang ayah aku laku kan. Aku dilema. Aku tak kuat. . Ada sisi dalaman aku yang aku tak mampu terima. “Abah, kenapa buang Along”. “Apa salah Along abah??”. “Kenapa tak cari Along???”. “Abah memang tak nak jumpa Along”

Kenapa aku yang selalu disebut-sebut berbanding anak2 yang lain. Banyak persoalan yang aku simpan selama ini dan liku-liku kehidupan sukar yang aku lalui sebagai seorang kanak-kanak sehingga kini. Tentang mak aku, aku perlu tunggu mak aku. Hati dia pun, aku kena tahu. Macam2 rasa ada sepanjang 25 tahun digantung tak bertali.

Ada hati yang perlu dijaga. Mak aku sendiri seolah -olah masih di awang awangan. Jika aku pergi mencari, aku perlu bawa mak aku sekali. Adakah aku perlu mendapatkan sendiri kemaafan dari perigi yang membuang???Orang yang tak pernah merasa dibuang pasti mengecam. Tetapi ketahui lah, sebagai anak, cemburu orang lain ada ayah. Tetapi aku?? Dibuang ayah sendiri.

Aku tahu memaafkan perkara yang sangat mulia. Tapi, AKU TAK KUAT… Sungguh. Sekadar coretan dalam hati seorang anak kecil yang kehilangan nilai seorang ayah sebelum masanya. Aku memerlukan kata-kata semangat dari semua. Allah S. W. T. juga yang menggerakkan segala -galanya dengan waktu, masa yang tepat. tidak cepat dan tidak lambat. – Sakura (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Hayati mohd – Keadaan kau sama mcm hidup aku dlu. Bila aku ngan akak aku dh hampir rezeki ada segalanya, ayah datang. Tapi kau hargai lah dia. Kalau kau kenang d0sa lama dia, kite yg anak ni binti tetap tak dapat tukar. Aku masa tu sampai fikir apesal org tua ni wujud balik dalam hidup lagi.

Kami dh tanak mintak duit dia dh. Tp Allah bagi ‘hint’, habiskan masa dan maafkan dia. Ibu pun cuba terima sebagai kawan. Tapi bila keluar makan bersama, rasa mcm sebuah keluarga. Rindu dia Allah yg faham. Tak lama pun kami rapat semula, Allah tarik ny4wa ayah.

Kite yg anggap dia laa yg byk berd0sa, buang kita dlu, paling mulia Allah ambil dia. Awak, kuatkan hati. Kite sekeluarga pun tak kuat terima, tapi kita luaskan jiwa bagi peluang kat dia. Insha Allah. Allah mudahkan urusan dunia kita.

Cik ros – Ni kalau ada org jumpa bapak kau dan dia v1ralkan di fb. Sah2 netizn kec4m kau adik beradik sampai ke lubang cacing dicarinya. Selalu sangat jadi mcm ni. Macam kes artis2. Masa muda cerraikan isteri tinggalkan anak2. Dah uzur dan s4kit tenat mula ingat anak2.

Org luar yg tak tahu hujung pangkal confirm salahkan anak2 sbb netizn tak berada dlm kasut anak2 tu. Yg menderita sejak kecil dan membesar berdikari tanpa bantuan (tanggungjawab) ayah/mak tu. Apa2 pun.. Kau buat la keputusan terbaik. Boleh kot jumpa bapak kau tu atas ehsan sesama manusia.

Beri ler dia bantuan sikit. Anggap je la sedekah sesama insan kalau tak boleh redha dgn apa yg terjadi. Atau anggap je la buat baik terhadap org tua yg x upaya. Lg pun dia pun dh tua dan x lama dh nak hidup.

Ims je – Sedihnya.. Sebenarnya minggu lepas saya baru dengar kisah realiti lebih kurang mcm ni. tapi adik tu kecik lagi.. masa dia umur 6 tahun ayah dia mennggal. Pastu ibu dia tinggalkan dia cmtu je kt rumah dgn adik dia yg umur 5tahun dan 1 tahun lebih.

Petang tu dia tunggu la ibu dia tp xbalik2.. sampai la mak angkat dia dtg sekarang dah 2 tahun berlalu.. yg 5 dan 6 tahun otw mjd Hafiz .. byk juzuk dah kat dada. Tapi part paling terharu ialah bilamana adik berdoa.

dia xkn lupakan doakan syurga utk ibu dia Walaupun ditinggalkan sedemikian, dia masih memuliakan ibunya. Semoga akak dapat kekuatan untuk memaafkan ayah akak. Inshaallah akak boleh. Saya tau akak kuat.

Radin arishah – Baru dua tiga hari lepas baca confession yg ditulis anak pasal dibuang ayah dan rindu ayah. Mungkin di sini ada jawapannya. Dah tua x larat nanti balik juga ayah mencari anak2 dan bertanya2 kenapa anak x cari dia. To that confessor, this could be you from the future. Utk confession yg ini, tt menulis sbb rasa serba salah. Nak jumpa? Tak jumpa?

Akak bukan nak back up ayah awak tapi percaya la selagi awak tak jumpa dia apa yg awak rasa sekarang xkan hilang. At least, bila awak jumpa dia awak dah jalankan your duty sbg anak. Awak akan rasa lega dan org xkan tuding jari kata awak mcm2. Whatever happens after that is another story. Keep us posted. Hugs.

Sumber IIUM