Hairan kak ipar elak btembung dgn ipar duai. Mak mertua pula pendm rindu dgn cucu. Rupanya kak ipar “kena” dulu dari aku.

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Saya Johana, 30 an, ibu pada dua orang anak. Saya terpanggil nak tulis cerita yang berlaku dalam keluarga saya. Moga jadi iktibar.

Suami saya, seorang Jurutera, ada 5 beradik perempuan yang belum berkahwin dan seorang abang dan kakak ipar. Umur adik adik suami saya lebih kurang saya. Kakak ipar isteri kepada abang ipar saya umur 40 an dan suri rumah. Tapi dia sebenarnya berpendidikan tinggi dan online seller. Awal perkahwinan saya tidak nampak apa sebenarnya berlaku.

Apabila saya perhatikan riak air muka kakak ipar saya dan abang ipar seakan akan tidak suka bertembung dengan ipar duai perempuan. Mulanya saya anggap keduanya sombong dan ada kelas sendiri. Nak pula kakak ipar saya ini jarang hendak duduk berhimpun dalam keluarga. Kalau ada pun sekejap waktu raya kemudian sehari dua dia akan balik.

Lama ke lamaan baru saya dapat tahu yang kakak ipar saya ini ada makan hati dengan mulut mulut ipar duai perempuan kami dah lama. Perkara jadi sama pada saya waktu saya bersalin dan tidak berkerja kerana tumpuan pada anak. Bukan main galak ipar duai perempuan tunjuk lagak. Rupanya kakak ipar saya telah melalui apa yang saya rasa terlebih dahulu.

Ikut pada kata suami saya, kakak ipar saya seorang yang bertanggungjawap dan tidak lokek memberi duit. Mungkin sebab tak tahan mulut adik beradik perempuan suami akhirnya kakak ipar saya buat macam dunia dia sendiri. Sejak akhir akhir ini, saya nampak kakak ipar saya lebih mendiam. Dalam whatsapp family pun dia silent jer dah bertahun rasanya.

Saya dapat tahu dari suami, kakak ipar dah lama balik rumah mertua kami dan anak anak nya juga tak dibenarkan berhubung dengan keluarga mertua saya. Mak mertua saya pula, sejak akhir akhir ini seolah olah makan rasa, banyak bersedih. Rupanya mak mertua saya rasa sedih teramat sebab dah lama dia tak dapat jumpa anak anak kakak ipar saya.

Abang ipar saya pula jenis lembut. Tak memaksa. Mungkin masing masing ada alasan tersendiri ambil mana yang lebih mudarat. Tapi abang ipar saya masih bertanggungjawap pada mertua saya dan menanggung keperluannya. Suatu hari saya sempat bersembang dengan kakak ipar saya di rumahnya.

Terkeluar dari mulutnya lama juga dia terfikir nak buka cerita bila saya menanya kenapa kakak macam tak mesra dengan ipar duai. ‘Mana tahan Hana, kita bagi apa pun tak pernah dia orang berterima kasih. Nampak buruk kita jer’. Mak pula, mana boleh dicuit tegur perangai anak anak perempuan dia. Alamak masamlah muka pada kita menantu’.

Jadi baik kita diam jer lah. Apa apa pun kita nih orang luar. Itu anak anak diam Cakap banyak kan. Kesianlah pula abang kau. Malas akak” Betul juga. Rupanya kakak ipar diam sebab dia tak nak keruhkan keadaan keluarga mertua dengan suaminya. Tapi serius saya cukup kesian pada dia. Makan hati sungguh. Emm.. mertua saya jenis pantang kalau ada orang sentuh bab anak anak dia.

Betul ke salah. Jangan sekali. Jadi benda gini makin susah bagi saya dan kakak ipar orang luar nak bercakap apa apa walaupun sebagai stand ahli keluarga. Saya sebagai orang luar faham apa kakak ipar saya rasa. Dan saya juga rasa cukup kesian pada mak mertua saya yang keadaan sedih. Mak mertua saya macam biasa tak kan tegur salah anak anak dia jadi dia hanya diam makan hati.

Kedua duanya jadi mngsa akibat anak anak perempuan andartu yang tidak ada snsitiviti kehidupan orang dah berkahwin. Sebenarnya hal ini kalau semua panjang akal boleh fikir yang mak kita nak anak menantu berbaik. Tapi yang jadi punca binasa hubungan pula kita adik beradik perempuan. Dalam keluarga saya amat menjaga perkara ini.

Ibubapa saya jenis tidak akan bela anak depan menantu kerana dia tak nak menantu terasa seolah olah anak anak di protect. Dah besar panjang pandai pandailah harungi rumah tangga. Itulah biasa mak ayah saya pesan. Dia takkan campur urusan anak beranak dah kahwin. Manakala anak anak perempuan dalam keluarga kami diberi amaran dan dikunci mulut jangan ulas atau tunjuk apa apa reaksi jika tak berkenan dengan ipar duai.

Kami sangat berhati hati kerana tahu mangsanya ibu sendiri, si nenek yang akan sentiasa rindu pada cucu. Jadi kita janganlah s3lfish tak pikir perasaan orang tua semata ikut kepala otak kita jer yang masih muda. Apa yang saya nak sebut disini, pengajaran kita jika ada ipar duai kalau kena pula dalam kalangan adik beradik kita yang geng jangan simply buat orang luar(ipar) macam tersisih.

Tahulah kita sama keluarga kita, tapi orang dari keluarga lain. Tentu budaya keluarga mereka tak sama. Cuba bayangkan kalau adik/abang kita yang berkahwin masuk family orang dapat cara macam kita buat. Tentu kita marah. Samalah ipar orang lain pun, ada mak ayah family dia orang pun akan marah kalau orang treat ahli keluarga lebih kurang.

Benda macam ni tak patut wujud dalam satu keluarga. Berkahwin ni macam bertambah keluarga. Bukannya istilah ‘keluarga keluarga kita jer’. Mata belajarlah jangan suka melihat keburukan orang kerana kita sendiri pun banyak mata mata boleh menilai kelemahan kita. Nak tak nak jer orang bercakap. – Kamariah

Reaksi warganet

Siti isha – Nama pun berkahwin means bercampur.. setiap family ada loghat setempar sendiri.. Klu org utara lagi kasar bahasanya.. kakak ipar aku lagi bisa bahasanya masa baru kahwin tu aku yg banyak terasa rupanya dah memang cara cakap dia kasar… kalau bersembang macam atas boat dia punya hingar tu macam petir.. kalau gelak macam j1n.. hahaha aku pun lantak lah kau kak asal kau bahagia..

Ada org menantu baik macam malaikat dapat mertua macam y4hudi.. ada orang mentua baik macam malaikat menantu pula macam y4hudi zi0nis.. Klu korang dpt ipar duai macam zi0nis jgn balas macam zi0nis korang game je balik.. kalau dapat ipar duai yg baik tolong jangan pijak kepala diaorg.. barulah harmoni sampai syurga.

Nur najiy – Saya punya kakak ipar mulut dia mmg macam cel4ka. And dia sejenis manusia yg hip0krit dan suka post dalam media sosial. First day kahwin eh. KAHWIN. Tulis kat fb yg family kitorg takde adab kurang ajar. Apa? Kalau balik rumah kitorg, dia punya baik bermuka and takkan post pape lah kt fb walaupun duduk 3hari kat rumah.

Then lepas balik dr rumah kitorg, esoknya CONFIRM dia cakap buruk2 pasal family kitorg. Lagi mcm si4l tu dia post rumah kitorg takde heater takde aircond takde hbo, tak macam rumah dia “rumahku syurgaku”. Kau rasa? Perlu ke? Belum lagi post kat fb yg suami dia gitu gini.

Semua baca kot. Dalam tu bukan sorg dua. Semua family sedara ada kot. Org kata biarlah kau belajar tak pandai, miskin harta. Dpd belajar tinggi, gaji besar tapi takde adab takde otak!!!

Shila hasmilla – Family sy pun mendidik x penah nak bezakan anak menantu, dan jgn penah sisihkan org luar yg masuk dlm keluarga kita. Kene perbanyakkan aktiviti bersatu supaya ahli baru dlm keluarga xrasa terasing, makan sama2 bercuti sama2 baju semua tema sama dan kain pun beli sama2 xde beza corak menantu/anak.

Yg salah tetap salah dan perlu ditegur tanpa kira darah daging sendiri atau bukan. Utk nsb kakak ipar sis diatas banyakkan bersabar jelah ya, family sy sentiasa berpesan sabar kunci kejayaan, dan yg penting buat je apa yg perlu di rumah mak mertua walaupun sehabis baik tapi x dihargai sekalipun,

Inshaallah 1 fine day bila mereka dah berumahtangga mesti mereka akan tersedar n terkesan jua. Diam adalah lebih baik supaya mereka sendiri akan malu betapa beradabnya family kita mendidik tanpa melawan dgn apa yg mereka dah buatkan. Banyakkan sabar dan doa. Allah itu maha Adil.

Ida kazman – Betul tu.. rasanya sy faham kakak ipar tu.. maka diam lebih baik utk dia. dulu saya mesra dgn keluarga ipar. Tp kdg bila berckp, fakta kita di manipulasi, maksud kite di salah erti. Akhirnya saya sendiri jadi bahan umpatan anak sedara .. biras dan ipar duai.

Bila sy dah tau hal tu.. sampai skrg dlm grup family ipar sy x pernah bersuara lagi. Kadang baca pun tak pernah. Lebih sukar kami duduk setempat. Kdg tu mereka buat makan2 , family gathering, cuma family diorg.. family kami excluded. Padahal kami nampak dpn mata sbb rumah dkt. Buat makan sate bbq cuma panggil mak mertua sbb mak mertua kami yg jaga.

Tu pun bising bila kami jaga mertua semua kami nampak x betul. Bukan nak putuskan silaturrahim.. tapi lebih baik diam saja. Apa mereka suruh pun kite yess boss saja. Tak yah bising2 .. yang penting kite bersabar hadapi kerenah mertua dgn ipar duai ni.. doakan saya….

Sumber IIUM